D'Perbatasan |
- Bila Umno jerit "Melayu! Melayu!", tu maknanya "Duit! Duit!"
- Mesti Baca : RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis
- Hentikan politik selak kain
- Duit Raya Untuk Peneroka Felda !! Kerajaan BN Panik??
| Bila Umno jerit "Melayu! Melayu!", tu maknanya "Duit! Duit!" Posted: 14 Aug 2010 07:51 AM PDT Bagi saya, berita Malaysian Insider hari yang bertajuk ""57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana" " tidaklah menyebabkan saya seronok sangat. Berita itu sepatutnya kita terjemahkan kepada realiti untuk memastikan peratusan yang sama dari kalangan orang-orang Melayu benar-benar membenci dan memusuhi Umno dan Barisan Nasional (BN) serta mahu membunuh parti-parti puaka itu.Kerja itu bukanlah kerja yang senang dan mudah. Umno yang sedang bersedap-sedap menikmati kuasa sudah tentu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan perkara itu tidak terjadi. Dengan kuasalah Umno kini senang-lenang dan kaya-raya tak terkira. Kata Orang Putih, "live in clover". Ca baca ni apa kata Tengku Razaleigh Hamzah: "Kita mempunyai ahli-ahli politik yang tidak mahu atau tidak mempunyai kebolehan untuk menangani isu utama kini kerana mereka telah senang-lenang dan begitu selesa dengan sistem yang dibina di atas pembohongan dan pencurian" serta "hidup di kelilingi pengampu-pengampu"(baca selanjutnya di sini). Andakah anda fikir Umno mahu melepaskan gitu-gitu sahaja kesenangan dan kekayaan yang mereka tibai puas-puas kini dan hidup susah? Haji Mohamad Sabu pernah kata, kalau Umno dah tak berkuasa, ketua-ketua Umno bahagian akhirnya terpaksa jual mee tepi jalan. Anda ingat orang-orang Umno mahu perkara itu berlaku? Anda jangan lupa, manusia sanggup berbunuh kerana duit dan kesenangan. Abang adik pun sanggup berbunuh. Anda fikir orang-orang Umno tak sanggup bunuh orang yang nak kacau kesedapan kesenangan berkepuk-kepuk mereka hari ini?Sebab itulah orang-orang Umno la ni dok jerit "Melayu! Melayu!" Anda faham ka apa makna sebenarnya perkataan itu? Lain kali, kalau anda dengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", ia sebenarnya bermakna "Duit! Duit!". Ingat! Bila lain kali anda mendengar orang-orang Umno jerit "Melayu! Melayu!", telinga anda hendaklah mendengarnya sebagai "Duit! Duit!". Orang-orang Umno bukan mempertahankan Melayu. Peduli apa depa Melayu-Melayu ni semua. Peduli apa depa Melayu ka, Islam ka. Depa sebenarnya sedang mempertahankan kesenangan dan kekayaan depa yang depa rembat melalui kuasa yang ada pada depa. Kalau kuasa dah tak ada di tangan depa, depa takut depa akhirnya akan jual babi tepi jalan. Oleh bakaq a.k.a. ~penarik beca |
| Mesti Baca : RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Posted: 14 Aug 2010 04:20 AM PDT Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday. RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai. Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai. "Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar. "Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual. "Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu. "Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi. Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu. "Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa. "Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK. Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri. "Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan. Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya. Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan. Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang di kaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang. "Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan. "Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau. Oleh Fazli Othman |
| Posted: 13 Aug 2010 09:01 PM PDT Berkesempatan diperdengarkan beberapa keratan rakaman teman - teman lama yang bersama Ezam menyeberang untuk bersama regim penguasa dalam parti Umno.Umno yang makin hilang hujah dalam mempertahankan tindakan mereka dari serangan sudah tentu seronok mempergunakan mereka ini. Garis pendekatan mereka yang sensasi, bermain politik selak kain cukup untuk menarik perhatian rakyat dan mengalihkan tumpuan terhadap isu polisi dan dasar. Cuma selaku anak muda hendak mempertegaskan politik selak kain ini tidak mendidik rakyat sama sekali. Ramai yang hendak cheGuBard dan beberapa teman-teman bekas Exco Pemuda Keadilan Nasional atau Exco Angkatan Muda Malaysia di bawah Ezam menjawab serangan Ezam. Kalau hendak jawab dan berlawan politik dalam kain mudah sangat. Ghani Haron dalam banyak siri ucapanya menumpang pentas Ezam sering menyerang Azmin dengan menyatakan akan membogelkan Azmin. Walaupun semua dalam parti tahu selepas Ghani keluar ISA dia 'dibela' oleh Azmin. Pada ketika itu ramai kelompok seperti ini dalam parti di mana dia mahu disudu kerana pada mereka, mereka hilang punca pendapatan kerana bersama perjuangan maka pemimpin utama parti harus memikirkan makan minum mereka dan keluarga. Masih teringat dalam satu mensyuarat Pemuda Keadilan terpaksa dihentikan kerana Ghani Haron dan Zahid Md Arif bergaduh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saifuddin Nasution pada ketika itu memangku tugas Ezam Md Nor terpaksa dihentikan kerana Zahid dengan lantang menuduh Ghani ada hubungan 'luar biasa' dengan isteri Ezam. Ramai dalam Pemuda pada ketika itu mengetahui bagaimana Ghani sering bangga kerana ke sana sini beritahu orang dia pakai pakaian Ezam dan diberi tidur rumah Ezam. Zahid dalam mesyuarat juga menuduh Ghani pernah cuba 'try' isteri seorang tokoh Sarawak tempat dia menumpang ketika mereka ke Sarawak untuk program parti. Ghani minta Zahid menarik tuduhan itu, tetapi Zahid enggan. Cuma persoalanya apa untungnya pada rakyat ? Memang ia sensasi dan menarik tetapi tidak sama sekali mendidik. Kerana itu cheGuBard mengajak diri dan rakan - rakan untuk bermain politik yang membincangkan dasar dan polisi. Menyerang lawan politik perlu dengan fakta yang mendidik dan tersangkut rakyat bukan kerana isu sulit dan peribadi. Kepada penyokong Pakatan Rakyat khususnya teman anak muda juga harus ditegaskan tinggalkan politik serang peribadi selak kain dan seumpamanya. Politik sensasi yang tak mendidik massa rakyat. Dalam kes Altantuya, ramai yang suka mensensasikan isu tersebut sehingga isu itu dilihat sebagai isu seks, perempuan simpanan dan seumpamanya. Buku Misteri di Sebalik pembunuhan Altantuya dikeluarkan kerana untuk menjelaskan isu itu demi membetulkan cara rakyat melihat isu itu. Siapa juga ada hubungan seks dengan Altantuya itu seharusnya bukan keutamaan, tetapi yang seharusnya diberikan keutamaan ialah wang negara yang hilang, proses perundangan dan penguatkuasaan yang pincang. Contohnya rekod imegresen Altantuya hilang dari simpanan, malah ketika dibangkitkan oleh Azmin dalam Dewan Rakyat mengenai isu ini jelas Menteri juga tak menjawab, maka ini sebagai bukti dan rakyat harus sedar betapa negara boleh dikawal bagi menutup kelaku jenayah orang berkepentingan tinggi.Kes Altantuya harus dibincangkan keluar dari kerangka 'politik selak kain'.....ia harus dibincangkan dari segi kaitan dengan rakyat dan negara. Kepada semua cukuplah politik menyerang kotor dan memasuki ruang peribadi seseorang. Kita harus jujur dengan diri. Memang ada sebuah blog milik teman yang mengaitkan nama cheGuBard dengan serangan politik peribadi terpulangnya, cheGuBard tidak mahu terlibat kerana ia jelas tidak mendidik. Maaf kepada saudara Ezam dalam hal tersebut saudara lebih kenal penulis blog tersebut dari cheGuBard. Kepada Ezam M.Nor, saudara pernah mengajak cheGuBard membuka sebuah organisasi yang dinamakan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), kerana kononya memberikan penumpunan mendidik rakyat mengenai demokrasi dan rasuah yang rakyat sering tidak faham. Kita pernah bersama dalam banyak program dalam dan luar negara atas nama organisasi ini menimba ilmu dan pengalaman demi mendidik rakyat. Walaupun akhirnya GERAK mati tanpa nisan. Alhamdulillah hampir semua anak muda didikan GERAK semuanya celik pendidikan politiknya. Nazree dan teman-teman muda lain semuanya tidak bersama saudara ke dalam Umno walaupun didesak untuk bersama kerana mereka kurang yakin garis politik yang kurang mendidik massa. Cuma cheGuBard ingin bertanya mana dokumen yang berkilo - kilo kita kumpulkan bersama dalam operasi membongkar amalan korupsi pimpinan Umno. Mana dokumen korupsi Kementerian Pertanian (dibawah Muhiyuddin Yassin), dokumen korupsi Khir Toyo, Noh Omar, Hishamuddin Tun Hussien dan paling besar dan lengkap kita pernah kumpulkan dokumen korupsi Nor Mohamed Yaakop. Ada banyak lagi butiran dokumen rasuah tersimpan di GERAK. Adakah semua dokumen ini sebagai tukaran kepada surat lantikan sebagai senator ? Saudara Ezam lupakah saudara dengan keputusan saudara untuk mendedahkan dokumen rasuah Rafidah Aziz dan rahim Thamby Chik yang dilabel sulit (OSA), walaupun dinasihatkan peguam agar guna cara lain kerana saudara pasti ke penjara namun saudara didik anak muda agar berani, saudara dedahkan juga..... Saudara ke penjara bukan kerana Anwar tetapi kerana keberanian saudara mendedahkan dokumen OSA yang melindungi rasuah pimpinan Umno....Malangnya anak muda kecewa melihat saudara akhirnya sujud berkongsi pentas dengan Rafidah dan Rahim perasuah yang menyumbatkan saudara ke dalam penjara demi menyerang Anwar Ibrahim. Mana prinsip yang saudara sering laungkan dan didik anak muda ? Ketika saudara meletakan jawatan ramai yang ikut.....ketika saudara keluar parti ramai juga yang ikut ..... tetapi ketika saudara masuk Umno hanya dua tiga kerat yang ikut ......fikirkanlah.......... Satu ketika dahulu masih teringat bagaimana setia saudara dengan Anwar. Jangan kata apa pun terhadap Anwar walau bergurau sesama teman, pasti air muka saudara berubah. Pada ketika itu jangan pertikai setianya saudara kepada Anwar. Ketika parti sedikit terpesong dalam membincangkan isu, saudara mengarahkan teman - teman melancarkan Gerakan Anwar Bebas (GAB) agar semua kembali fokus isu Anwar..... bagi saudara semuanya kerana Anwar..... Kini ketika dalam Umno begitu jugalah saudara pula fokus menyerang seolah semuanya kerana Anwar.... Kerana itu anak muda harus pergi lebih jauh tinggalkan politik naungan. Anak muda harus bangkit dengan berani dan ilmu demi menerobos pintu perubahan. Perjuangan ini bukan sekadar persoalan individu tetapi ia kerana proses kemerdekaan rakyat. Perjuangan harus dilandaskan dengan kefahaman dan kesedaran bukan ikutan semata. Jika kita masuk penjara sekalipun ia kerana kesedaran diri dan amat rugilah kalau kita masuk penjara atau mati dalam perjuangan kerana hanya mengikut.............Anwar kini ialah faktor penyatu gerakan massa yang dipersetujui bersama, itu sahaja selebihnya ia adalah kerana kita dan anak cucu kita. Kepada anak muda yang ada dalam regim penguasa mahupun yang berada di pihak progresif, ayuh kita tekadkan bersama tinggalkan mainan politik garis 'selak kain' yang tidak mendidik lihat ke depan.....ayuh kita debatkan soal polisi, dasar dan proses penyampaian..... pertembungan biar dalam debat pengurusan dan kepimpinan. Anak muda yang ada dalam regim dicabar semarakkan politik perdebatan terbuka. Dari Blog Chegu Bard |
| Duit Raya Untuk Peneroka Felda !! Kerajaan BN Panik?? Posted: 13 Aug 2010 08:12 PM PDT Kerajaan regim Najib-Muhyiddin telah menekan butang panik apabila dengan tidak semena-mena, ratusan ribu warga Felda seluruh pelusuk negara bakal menerima saguhati duit raya. Jumlah saguhati tersebut bernilai RM350 untuk peneroka Felda dan RM150 untuk peneroka agensi lain. Berita baik ini muncul sebagai berita pertama dalam Buletin Utama TV3 edisi 13 Ogos 2010.Lihatlah betapa paniknya kerajaan apabila memikirkan, siapakah UMNO tanpa undian si peneroka. Pemberian saguhati berbentuk duit raya merupakan gula-gula Barisan Nasional yang jatuh dari langit. Justeru, semua warga Felda diwajibkan untuk menerima saguhati yang diberi kerajaan, tanpa berganjak daripada kebangkitan menuntut kebenaran. Inilah satu kejayaan, inilah satu hasil dari sebuah gerakkan dan semua peneroka Felda mendapat manfaatnya. Tiada lain yang mampu diucapkan selain dari syabas kepada semua peneroka Felda yang telah menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit, dan inilah hasilnya apabila peneroka semakin bersatu bertindak bijak dengan menekan kerajaan penipu supaya memulangkan hasil sebenar jualan sawit. Penipuan Felda terhadap pesertanya telah dijelaskan secara ringkas dalam entri sebelum ini - Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !! Sangkaan saya sebelum ini bahawa pendirian warga peneroka Felda tidak boleh berubah adalah meleset sama sekali. Mungkin setelah sedar betapa mereka di tipu selama berbelas dan berpuluh tahun lamanya, ia memberikan satu anjakkan paradigma kepada peneroka agar mereka tidak lagi diperbodohkan lagi oleh kerajaan melalui agensinya Felda. Ayuh semua golongan masyarakat, bersama warga peneroka kita tumbangkan kerajaan penipu lagi zalim ! |
| You are subscribed to email updates from DPerbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


.jpg)

.jpg)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan