Khamis, 12 Ogos 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Pemuda PAS Pulau Pinang selar politik murahan UMNO

Posted: 12 Aug 2010 08:39 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN.

Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".





*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Zaid kritik kod etika pemilihan PKR

Posted: 12 Aug 2010 07:53 AM PDT

Bahang menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa apabila ahli biro politiknya Datuk Zaid Ibrahim menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu.

Beliau yang juga penyelaras Pakatan Rakyat berharap PKR tidak menjadi "hipokrit seperti Umno" apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya.

"Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran open house (rumah terbuka) yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti.

"Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!"

Menulis dalam blognya Zaid untuk Rakyat, Zaid berkata kod etika boleh digunakan, tetapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.

"Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?" coret Zaid dalam artikel berjudul 'Demokrasi dalam Parti Politik'.

Belum tentu adil pada semua

Menurut pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua.

Bekas menteri itu berkata, semasa dalam Umno dulu beliau pernah menjadi mangsa apabila digantung keahlian dan menggugurkannya sebagai calon atas tuduhan politik wang.

"Dan walaupun saya meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah... dan Umno mana boleh buat salah," katanya sinis.

Sehubungan itu, Zaid berkata, beliau berharap PKR "tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin"

"Biarlah kita praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan lineup (barisan) atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan," katanya.

Bagaimanapun, Zaid - yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR - hari ini mengumumkan tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan pun.

SUA: Penambahbaikan berterusan

"Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka.

"Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai campaign manager (pengurus kempen) ini," perli Zaid lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas kritikan pedas Zaid itu.

Bagaimanapun ditanya sama ada PKR akan melakukan cadangan penambahbaikan selepas dikritik Zaid, Saifuddin menjawab penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan.

"Parti sentiasa dinamik dan tidak statik," katanya yang juga ahli parlimen Machang

Katanya PKR sebagai sebuah parti ditadbir oleh perlembagaan, peraturan-peraturan dan keputusan daripada majlis pimpinan pusat.

"Semuanya akan diturunkan kepada ahli melalui setiausaha agung sama ada melalui pekeliling atau makluman-makluman tertentu," jelasnya secara umum.

Skandal PKFZ ada VVIP Dari UMNO Pulak!!

Posted: 12 Aug 2010 07:40 AM PDT

Khabar angin sepoi bahasa memberi petunjuk bahawa VVIP yang bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini adalah dari UMNO! Hishamuddin Rais telah memberi hint bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar adalah individu yang dimaksudkan.

Malaysiakini versi English juga telah menyebut VVIP tersebut adalah berkaitan dengan parti UMNO dan ianya juga berkait rapat dengan skandal PKFZ.

Walaubagaimanapun diingatkan bahawa entri ini berkadar khabar angin, sama-sama kita nantikan siapakah individu yang bakal diheret menyertai Tun LLS. Adakah ia benar-benar mewakili kuota melayu setelah Tun LLS mewakili kuota cina. Tunggulah sekitar jam 5 petang sepertimana ketika diumumkan Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah pada 29 Julai lalu.

Saya cuma tidak berapa ingat, siapakah menteri melayu yang dikaitkan dengan PKFZ. Samada Adnan Mansor ataupun, siapa saya kurang ingat. Mari kita tunggu dan lihat, mungkin selepas ini berbondong-bondong rahsia bertembelang yang akan dipecahkan.
Anda mungkin juga meminati:

Umno - BN Yang Banyak Hina, Aib Raja-Raja Melayu

Posted: 12 Aug 2010 12:40 AM PDT

Pemimpin Umno mempunyai sejarah panjang berhubung isu menghina dan mengaibkan Raja-raja Melayu sedangkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan baru dalam lanskap politik negara berpegang kepada prinsip mempertahankan Perlembagaan termasuk melindungi hak serta menghormati martabat raja-raja Melayu di negara ini.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta KEADILAN memohon maaf kepada Sultan Johir berkaitan isu kain rentang provokatif, jelas menunjukkan Umno penuh dengan kepura-puraan dan kini cuba memperalatkan institusi Raja Melayu ketika parti itu semakin ditolak rakyat.

"Umno yang semakin tersepit dalam usaha meraih sokongan rakyat cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu selepas tidak berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Sebelum ini Umno juga cuba menggunakan beberapa individu yang didakwa sebagai ulama muda dan segelintir Mufti supaya mengikuti kehendak mereka.

"Bagi saya, kenyataan Muhyiddin dari awal lagi telah menghina Raja dan kita boleh senaraikan tindakan pemimpin Umno yang terdahulu yang telah menghina dan mengaibkan raja-raja Melayu," jelas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Malahan kata Nizar lagi pemimpin Umno-BN harus dipersalahkan kerana disebabkan mereka, kuasa raja-raja Melayu hilang dan dirampas oleh Umno-BN dengan meminda Perlembagaan mengikut selera politik mereka.

Dalam nada yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar kiri) berkata apa yang berlaku di Johor merupakan perancangan Umno untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kalau kita lihat dari segi sejarah, yang menghina dan mengaibkan institusi raja pemimpin Umno sendiri. Merekalah yang sebenarnya sebelum ini menyerang institusi raja habis-habisan sejak daripada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kedurjanaan mereka berterusan sehingga kini.

"Umno merupakan parti yang apabila mahu menggunakan institusi raja, mereka akan mengeksploitasinya semaksimum mungkin dan apabila hendak dihina, pemimpin Umno yang akan terdepan sekali menghina raja-raja Melayu seteruk-teruknya serta mendedahkan segala keaiban mereka di mata rakyat," tegas Syed Azman.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-BN.

Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.

Dalam pada itu, beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.

Muhyiddin akan jadi batu api sampai PRU 13

Posted: 11 Aug 2010 11:01 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap menjadi batu api dengan memanipulasi kenyataannya serta kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kelak.

Menurut beliau, dengan menjadi bati api membolehkan Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri berusaha mengelirukan orang-orang Melayu supaya Umno BN tidak tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

"Dulu dia (Muhyiddin) laga-lagakan Presiden PASdengan Tony Phua, sekarang dia laga-lagakan saya dengan Ustaz Hadi.

"Selepas ini, tentu dia akan tetap laga-lagakan yang lain sebab dia ini batu api, batu api memang begitu untuk selamatkan Umno pada PRU13 nanti," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Baginya, tindakan Muhyiddin itu sebenarnya bermotif apabila asyik menggembar-gemburkan wacana awam berhubung polisi Melayu Bumiputera mendapat diskaun 7 hingga 10 peratus pada pembelian rumah dan bangunan komersial yang masing-masing bernilai minimum RM500 ribu dan RM2 juta.

"Dia memang suka lebih banyak Melayu miskin yang ramai sebab dengan demikian itu orang-orang kaya termasuk pemimpin-pemimpin Umno yang sedia kaya boleh terus dapat lebih banyak subsidi.

"Mereka ini memang suka batu api ini, mereka suka Melayu miskin yang ramai kerana kalau Melayu miskin dah tak ada, mereka ini tak dapat subsidi lagi," tegasnya.

Ekoran itu, beliau turut mempersoal rasionalisme pada pendirian Muhyiddin pula.

"Bagaimana nak selesainya kemiskinan orang-orang Melayu kalau Muhyiddin mempertahankan dasar memberi subsidi dan diskaun-diskaun ini hanya pada orang-orang kaya," soalnya.

Sebagai contoh, beliau berkata, Bumiputera yang sedia kaya raya sahaja akan terus menikmati subsidi RM35 ribu atau diskaun 7 peratus dalam pembelian rumah mewah bernilai RM500 ribu umpamanya, kerana orang-orang Melayu miskin mustahil boleh memberi rumah-rumah mewah ini.

"Inilah yang segelintir ahli-ahli Umno yang tinggal di rumah kos rendah, PPRT (projek perumahan rakyat termiskin) tidak nampak.

"Mereka sokong perjuangkan batu api ini tetapi orang lain yang dapat subsidi-subsidi ini," ujarnya sambil mencabar Muhyiddin memperjuangkan diskaun atau subsidi yang lebih besar pada penjualan hartanah kos rendah dan sederhana untuk orang Melayu termiskin.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak timbul isu percanggahan pendapat antara kenyataannya dengan Abdul Hadi itu.

"Pendirian saya dan Abdul Hadi sebenar tidak berbeza, iaitu kita nak bantu orang Melayu, kita nak bantu orang miskin, bukannya membantu Melayu dan Bumiputera yang sedia kaya.

"Tak ada percanggahan antara saya dan Abdul Hadi sebenarnya, ini kerja batu api namanya," tegasnya lagi sambil menyuarakan rasa yakin bahawa orang-orang Melayu dan bukan Melayu tidak terpengaruh dengan budaya batu api itu.

Selasa lalu, Muhyiddin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional merangkap Timbalan Presiden Umno mencabar Khalid menyokong pendirian Abdul Hadi kononnya atas dasar perjuangan Melayu.

Cabaran itu ekoran Khalid mengambil 'jalan tengah' dengan mengadunkan cadangan dinamik Abdul Hadi dan Tony itu supaya tetap menguntungkan orang-orang Melayu bawahan, bukannya mereka yang kaya raya.

Khalid pada perkembangan yang sama turut dilaporkan mendakwa perjuangan Muhyiddin bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipopularkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri walaupun Muhyiddin sendiri berkali-kali menafikan hakikat tersebut.

Ini kerana, beliau berkata, Muhyiddin masih dilihat sebagai ekstrem Melayu, sedangkan Najib cuba memujuk orang-orang bukan Melayu supaya kembali menyokong Umno BN melalui slogan tersebut pada pilihan raya akan datang.

Raja Sumpah

Posted: 11 Aug 2010 10:34 PM PDT

Sumpah..sumpah..sumpah…adakah semua masalah boleh selesai dengan hanya bersumpah?
Mengapa bila dibawa kes ke Mahkamah Syariah, Menteri UMNO sendiri yang menolaknya. Mengapa takut dengan Mahkamah Syariah? Bukankah anda mengaku sebagai pejuang Islam.

Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan.

Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman:

"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina." (QS. Al-Qalam:10)

Rahsia kerajaan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada tertegaknya hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahawa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah kerana tidak berlaku tertegaknya hukum yang adil.

Jika pemimpin buat salah, orang "kuat" atau berduit, walaupun kejahatan yang besar, bahkan merugikan masyarakat terbanyak, hukum tidak ditegakkan.

Namun jika yang buat salah itu rakyat marhaen, walaupun kecil kesalahannya, segera hukuman ditegakkan dengan seberat-beratnya.

Rasulullah Saw. bersabda:

"Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya." (HR. Bukhari)

"Demi Allah" sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar.

Sesungguhnya, Allah Ta'ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar." (QS. An-Nahl :94).

Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: "Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?" kami menjawab " sudah tentu wahai Rasulullah." lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: "Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…" lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: "yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. "Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: "seandainya Rasulullah diam" karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah." (Hr. Bukhari Muslim).

Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi untuk mengaibkan orang lain demi untuk kepentingan peribadi.

Jauhilah sumpah palsu dan raja sesumpah.




Dari Sharpshooter

Tiada ulasan: