Selasa, 10 Ogos 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana

Posted: 10 Aug 2010 05:50 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau.

Jangan Adakan Majlis Kenduri Besar-Besaran

Posted: 10 Aug 2010 05:46 AM PDT

Oleh Fazli Othman

PETALING JAYA - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali mengingatkan pemimpin parti yang bakal bertanding dalam pemilihan parti bermula 17 September depan supaya mengelak menggunakan majlis rumah terbuka sebagai pendekatan kempen.

Justeru itu beliau menegaskan parti akan memantau rapat semua aktiviti kempen agar ia tidak menyalahi kod etika yang telah ditetapkan.

Antara larangan termasuk mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi memandangkan tempoh pemilihan bertembung dengan musim perayaan Aidil Fitri, acara rumah terbuka dibenarkan tanpa sebarang bentuk kempen.

"Parti telah melantik 150 pengawas pilihan raya untuk memantau semua aspek dan proses pemilihan," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini tengahari tadi.

Hina Islam: SAMM ancam bertindak ke atas Chua

Posted: 10 Aug 2010 05:42 AM PDT

Richard Loo Wai Hoong

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini menerima memorandum 'amaran' daripada sebuah NGO dan pemimpin pembangkang berhubung kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh isu negara-negara umat Islam.

NONEEmpat wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Badrul Hisham Shaharin (dua dari kiri) - juga ahli majlis pimpinan pusat PKR - yang menyerahkan memorandum itu mendakwa Chua telah menghina Islam.

Pada 6 Ogos lalu, Chua dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana didakwa menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Merujuk kepada buku Syed Akbar, Chua (bawah) menyenaraikan semula beberapa ciri umum di 57 negara Islam, antaranya, kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

azlanUcapan itu mengundang kritikan keras daripada pemimpin pembangkang sama ada yang Islam dan bukan beragama Islam, antaranya daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sebelum naik ke ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Badrul memberitahu pemberita, Chua diberikan 14 hari untuk menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf atau "atau bakal menghadapai tindakan anak muda daripada seluruh negara di depan pejabatnya".

Badrul berkata, kumpulan itu akan bertindkan di seluruh negara. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut 'tindakan' itu.

Dalam memorandumny, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mempersoalkan kedudukan Chua dan latar belakangnya sebagai bekas pengamal perubatan.

Katanya, sebagai presiden MCA yang berpendidikan tinggi patut tahu bahawa ucapannnya tentang Islam tidak berasas dan tidak tepat.

"Beliau seorang doktor, patut tahu bahawa perubatan moden mempunyai akar dalam sejarah tamadun Islam," katanya.

Presiden MCA hina Islam? TPM tak mau tokok tambah

Posted: 10 Aug 2010 05:37 AM PDT

Salhan K Ahmad

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai pandangan sendiri ke atas kritikan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ke atas Umno.

Namun
, pada peringkat ini, beliau masih meneliti pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Umno sebelum memutuskannya.

"Saya tidak hendak menokok tambah lagi kalau dia dilihat tidak sehaluan dalam hal ini (kerana) tidak boleh membantu meningkatkan imej BN," katanya.

Tambahnya, beliau lebih "berminat" sekiranya perkara tersebut dibincangkan di peringkat BN.

"Kal
au ada perkara tertentu yang Datuk Chua Soi Lek berasa perlu penjelasan, kita boleh buat dalam keadaan begitu.

"Tapi bila sudah keluar (dilaporkan meluas) begitu, saya sambut dengan pandangan saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, beliau juga tidak ingin memanjangkan lagi hal tersebut kerana ada pihak yang mahu mengambil peluang apabila wujud perbezaan pandangan dalam BN.

Pada 6 Ogos lalu Chua membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya," katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam," katanya.

Muhyiddin ikrar setia sokong PM meskipun diprovokasi

Posted: 10 Aug 2010 05:34 AM PDT

Salhan K Ahmad

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi sokongannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bagi menepis tanggapan bahawa hubungan antara mereka berdua bermasalah.

Berucap ketika merasmikan pelancaran sebuah buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" hari ini, Muhyiddin berkata masalah berkenaan sengaja ditimbulkan oleh pembangkang.

"Saya sudah nyatakan walau diprovokasi berulang kali, saya akan kekal sokong beliau (Najib)," katanya dalam majlis di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur petang ini.

Ketika ditanya lanjut dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin juga menafikan bahawa berlakunya krisis antara beliau dengan Najib.

Katanya lagi, beliau juga akan terus menyokong Najib yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

"Saya tahu kedudukan saya," tambahnya yang menjelaskan bahawa soal kesetiaannya itu ditimbulkan sebagai masalah oleh "pihak di sebelah sana."

"Ini tidah berjaya mereka (pembangkang) lakukan," katanya yang turut menegaskan bahawa tidak ada apa-apa krisis antara beliau dan Najib.

Liwat II: Anwar raikan ulangtahun 63 di mahkamah

Posted: 10 Aug 2010 05:32 AM PDT

Hafiz Yatim

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan jawapan daripada peguam utamanya, Karpal Singh kepada Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung permohonan pihak pembelaan untuk membatalkan tuduhan liwat itu.
Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif.

Dalam cubaan pertamanya, Anwar berhujah dakwaan liwat itu lemah berdasarkan "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur", tetapi ia ditolak Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.

Semalam, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak dua permohonan lisan daripada Karpal.

Pertama adalah permohonan Karpal untuk memanggil timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi.

Katanya, bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

Kahwin luar negara

Karpal Singh dalam hujahannya untuk meyakinkan hakim membenarkan permohonan bagi menggugurkan pertuduhan, berkata apa jua yang dinyatakan Anwar dalam afidavitnya mengenai hubungan Mohd Saiful dan Farah Azlina bukanlah satu dengar cakap tetapi beliau mempunyai pengetahuan peribadi untuk memastikan fakta berkenaan.

Permohonan kedua Karpal yang ditolak semalam adalah berhubung untuk menyoalsiasat timbalan pendakwa raya kanan Hanafiah Zakaria.

Ini berikutan dakwaan bahawa Hanafiah telah berkahwin dua di luar negara.

Ketua pasukan pendakwaan, Mohd Yusof bertanya apakah relevan dakwaan tersebut dalam perbicaraan kes liwat itu untuk memanggil timbalan pendakwa raya itu.

Karpal berhujah bahawa Mohamad Hanafiah dalam afidavit balas kepada afidavit Anwar mengenai hubungan itu, terpaksa bergantung kepada beberapa keratan akhbar bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful bahawa pada waktu berkenaan tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan.

Tak gentar, pilih kasih

Mohd Hanafiah juga sebelum ini membuat afidavit yang mengesahkan bahawa dokumen pendakwaan tidak pernah dibocorkan kepada rakannya, Farah Azlina.

Selepas selesai penghujahan Karpal pada pagi ini, Mohamad Zabidin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penghakimannya pada Isnin depan.

Mo

hamad Zabidin pada asalnya memutuskan untuk memberi keputusan pada Jumaat, tetapi Karpal Singh mendesak beliau supaya bertindak tanpa gentar atau pilih kasih, dan menyatakan bahawa buat pertama kalinya di negara ini, dan kemungkinan juga di negara-negara Komanwel dalam hal berkaitan saksi dan timbalan pendakwa raya mempunyai hubungan.

"Yang Arif (hakim) boleh mengambil masa anda, ini sangat penting. Perkara ini tidak pernah berlaku di negara-negara Komanwel, ia hanya berlaku di sini," kata Karpal Singh.

Mohamad Zabidin berkata: "Ya, saya tahu."

Hakim kemudiannya berkata dua hari tidak mencukupi untuk beliau meneliti hujahan panjang kedua-dua pihak dan menetapkan Isnin depan bagi memutuskan perkara itu.

Anwar, yang genap berusia 63 tahun hari ini, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Gobind: AG bazirkan masa semua pihak

Posted: 10 Aug 2010 05:29 AM PDT

Lee Way Loon

Dokumen dalam bentuk 'nota terakhir' yang bakal dikemukakan pada inkues Teoh Beng Hock kemungkinan besar menyaksikan keperluan perbicaraan semula, kata peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

NONENamun, ia tidak pratikal untuk dilakukan kerana inkues tersebung telah berlangsung hampir setahun dan kini pada peringkat akhir, bidas Gobind.

"Kenapa tidak sahaja mulakan semula inkues berkenaan. Kenapa kita berbuat demikian?" soal Gobind yang berang apabila ditanya oleh wartawan sama ada pengemukaan dokumen itu akan menyaksikan beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula.

"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka," katanya.

Kebimbangan utama Gobind sekarang ini adalah keluarga Teoh dan bukti baru yang dikemukakan itu mungkin melenggahkan lagi inkues berkenaan dan menambahkan lagi perit penderitaan mereka.

NONEKeterangan beberapa saksi sebelum ini, katanya akan berbeza berdasarkan cara soalan diajukan dengan penemuan dokumen baru berkenaan.

Menurut Gobind, pejabat peguam negara sepatutnya dipertanggung-jawabkan berhubung kekalutan itu.

"Susahkah bagi AG berkata: 'Oh... maaf. IO (pegawai penyiasat) saya tidak melakukan tugasnya dengan betul, tetapi tidak mengapa. Biar kita melaluinya segalanya sekali lagi.

"Adakah kita harus hanya berpeluk tubuh? Seseorang mesti mengambil tanggungjawab itu," katanya.

Menurut Gobind, tujuan inkues adalah supaya koroner mengkaji dokumen dan bukti sebelum membuat keputusannya dan tugas AG adalah untuk membantunya.

NONE"Dalam kes ini, AG sepatutnya menceritakan perkara sebenar dan bukannya memihak. Dalam keadaan seperti ini (kehadiran dokumen secara tiba-tiba) ia sepatutnya dibawa ke mahkamah majistret pada tahap awal.

"Saya percaya setiap orang dalam perbicaraan ini akan mengambil tindakan yang berlainan dalam pendekatan mereka jika mereka mengetahui mengenai bahawa nota itu wujud," katanya.

Gobind berkata adalah lebih tidak boleh dimaafkan untuk melenggah-lenggahkan pengemukakan dokumen itu setelah bAG mengaku nota itu dimiliki pihaknya sejak Oktober tahun lalu.

Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri

Posted: 10 Aug 2010 05:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

KNONEetua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada kawan dan anggota keluarga kedua-dua mangsa dan mendapati tiada kejadian misteri berlaku.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Polis juga menjumpai sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.

Aazlanziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Aziz adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita Umno bahagian itu.

Nota terakhir, banyak persoalan daripada jawapan

Posted: 10 Aug 2010 05:19 AM PDT

Aidila Razak

Spekulasi berhubung nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh Beng Hock yang merupakan 'bukti terakhir' yang muncul awal bulan lalu, kini meninggalkan pelbagai tandatanya.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikan kepada bekas pembantu politik itu dakwaan nota itu wujud seawal bulan lalu tetapi hanya disahkan oleh pejabat peguam negara semalam menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan.

"Kenapa berita tersebut keluar daripada pihak Umno secara tiba-tiba, (iaitu) melalui blog dan Utusan (Malaysia) dan bukannya daripada pejabat peguam negara atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?" soalnya.

Kandungan dokumen tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia susulan daripada satu sidang akhbar oleh sebuah NGO - Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Pada 24 Julai lalu, dilaporkan JMM menuduh dengan kewujudan 'surat penting' tersebut membuktikan bahawa Teoh - yang berumur 30 tahun ditemui terbunuh selepas menjalani soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 tahun lalu - adalah disebabkan tekanan yang kuat.

Ketika dihubungi, setiausaha agung JMM Tengku Amaluddin Sani berkata kumpulan itu difahamkan mengenai kewujudan dokumen tersebut "tiga atau empat hari" sebelum ia dilapor oleh media.

"Ia adalah satu perkara yang baik, untuk dijadikan sebagai bahan bukti (dalam inkues). Sekiranya dokumen itu benar, maka ia sesuai (dikemukakan) dalam mahkamah," katanya.

Blog pro-Umno memfokuskan banyak perbincangan mengenai dokumen tersebut dan menuduh peguam Tan Hock Chuan - yang mewakili kerajaan persekutuan - 'menyembunyikan bukti berkenaan.

Bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Nor pula meminta polis dan SPRM supaya menyiasat nota itu.

"Saya percaya Ezam juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu," kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan.

Dokumen yang dpercayai 'nota terakhir' itu dijumpai dua bulan selepas kematian Teoh dan sepatutnya dikemukakan di mahkamah koroner semalam, tetapi ia dicabar oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, ia bercanggah dengan peraturan kerana dokumen itu telah disimpan sehingga pada pagi semalam.

Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib

Posted: 10 Aug 2010 05:02 AM PDT

MALAYSIA KINI


Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

"Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen," kata Sarawak Report semalam.

"Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco."

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

"Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham," petik artikel itu.

"Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya."

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Ked
ua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

"Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?" akhiri artikel itu.

Salahudin pernah jual kuih di bulan Ramadhan

Posted: 10 Aug 2010 04:51 AM PDT


Li Fook Gao


MINDA NAIB PRESIDEN PAS

Jika saudara mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila hantarkan soalan saudara ke sembangnaibpresidenPAS@gmail.com. Pemilihan soalan pembaca adalah bergantung keistimewaan soalan dan juga budi bicara pengelola kolum ini.

MARI KITA SEMBANG BERSAMA…Datuk Tuan Ibrahim (TITM, YB Salahuddin Ayub (SA) danDato' Mahfuz Omar (MO)

Selamat membaca!

Soalan 1:

Apa nasihat para Naib Presiden kepada semua warga Muslim seluruh negara di bulan Ramadan ini? Bolehkah Naib Presiden sekalian berkongsi amalan-amalan atau peristiwa-peristiwa menarik masing-masing semasa berpuasa selama ini?

TITM: Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan selamat menyambut kedatangan Ramadhan, bulan rahmat dan keberkatan, bulan pengampunan dan kasih sayang Ilahi, bulan jihad dan perjuangan. Kehebatan bulan Ramadhan mestilah diambil peluang sebaiknya bagi seluruh umat Islam dengan melakukan muhasabah dan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Perkara yang sukar dilakukan ialah melakukan perubahan; namun bulan Ramadhan memberi ruang yang luas kearah perubahan tersebut; samada perubahan personaliti, amal ibadah serta penggabungan diri dalam perjuangan Islam.

Ambillah kesempatan dengan menghadirkan diri dalam majlis ilmu dan ibadah. Menikmati setiap amalan yang dilakukan dengan penuh ketaqwaan. Menghayati sejarah perjuangan umat Islam lampau dalam bulan Ramadhan serta kehebatan mereka. Marilah kita memelihara Ibadah puasa dengan mengisi setiap detik waktunya dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

Pengalaman yang paling manis dalam bulan Ramadhan ialah bersama sahabat ketika pengalaman berbuka, bertaraweh dan tazkirah di tepi pantai bersama sahabat satu usrah.

Suasana yang nyaman dan tenang di saat matahari terbenam, dengan laungan azan dan menikmati juadah yang dibawa bersama adalah pengalaman jamaah yang kalau diberi peluang saya akan mengulanginya. Alangkah indahnya bila mana semua ahli keluarga dapat bersama. Mengukuhkan ukhuwah dalam jamaah.

SA: Ramadan kali ini perlu dilihat dari perspektif baru dan segar, dan saya rasa apa yang kita perlu hari ini ialah suatu tekad yang luar biasa untuk kita melakukan ibadah di bulan Ramadan ini dan juga kebajikan-kebajikan yang sangat dituntut kerana Ramadan kali ini telah membuktikan usia kita ini telah bertambah setahun lagi.

Inilah masa terbaik untuk membuat perkara yang secukupnya. Dalam konteks perjuangan, saya rasa inilah masa terbaik untuk kita mengumpul kekuatan di bulan yang sangat berkat ini, untuk kita lebih berinovatif dalam melayari bahtera perjuangan Islam ini dan apa yang perlu kita lakukan hari ini ialah kita perlu membuktikan Islam yang kita perjuangkan ini bukanlah suatu halangan besar untuk kita terus maju ke hadapan dalam konteks politik Malaysia.

Yang agak menarik dalam kehidupan saya semasa Ramadan ini, saya masih teringat lagi sewaktu saya belum menjadi wakil rakyat ialah bagaimana saya membantu isteri saya untuk mendapatkan sedikit rezeki dengan menjual kuih-muih dalam bulan Ramadan dan untuk juga menghadapi Hari Raya. Saya cukup ingat pada peristiwa itu sehinggakan saya pernah terjatuh daripada menaiki motosikal apabila saya membeli persiapan-persiapan untuk membuat kuih-muih itu kembalinya dari pasar. Kuih yang paling laris sekali ialah kuih Melaka.

Rasanya cukup sedih pada waktu itu kerana kereta pun tak ada – di sekitar 80-an waktu saya sudah mula full time dengan parti, dan pada masa itu sudah ada 2 orang anak yang masih kecil.

MO: Menjelang ramadan, letakkan taqwa sebagai maklamat yang perlu dicapai dalam melaksanakan ibadah puasa. Jadikan ibadah wajib dan sunat serta sedekah jariah, infak dan jihad sebagai bidang keberhasilan utama yang perlu dicapai.

Jimat berbelanja dan turunkan berat badan bagi yang terlebih berat dan gemuk. I miss you, Ramadan.

Sejak terlibat sebagai pemimpin PAS dan rakyat, saya tiada mempunyai banyak masa untuk berbuka dengan keluarga. Pada tahun 2009, hanya 3 kali saya dapat berbuka bersama keluarga.

Walau apa pun saya tetap beri ruang dan waktu untuk bersama keluarga – berhimpun bersama anak-beranak serta keluarga abang adik saya untuk berbuka bersama. Selebihnya saya banyak berbuka dengan masyarakat di masjid dan surau.

Pada tahun ini sudah diatur program berbuka dan bersahur dirumah orang orang miskin, wargamas dan anak yatim disamping menyampai bantuan sumbangan – harap saya boleh bawa keluarga sekali untuk mendidik mereka secara mendekati dan merasai denyut nadi umat. Insyaallah.

Soalan 2:

Saya merupakan salah seorang pemuda Umno di Gombak, tetapi saya berminat dan selalu mengikuti perkembangan PAS dan juga parti lain di dalam Pakatan Rakyat sejak dari dahulu lagi. PAS bagi saya adalah sebuah parti yang sangat dihormati baik kawan ataupun lawan.

Tokoh Spiritual PAS yang sangat dihormati Tuan Guru Nik Aziz memberi impak dan pengaruh yang amat besar di dalam sejarah moden PAS buat masa kini, kami Pemuda Umno melihat PAS mungkin akan kehilangan impak dan pengaruh kepada pengundi jika ketiadaan TGNA.

Bagaimana ini dapat diatasi dan apakah momentum TGNA dapat diteruskan oleh penggantinya nanti?

SA: Saya yakin dan percaya bahawa pemimpin dalam PAS ini datang dan pergi. Dan kita telah ada rekod – kita telah berusia setengah abad, walaupun faktor kepimpinan dan tokoh itu sangat-sangat penting dalam mana-mana organisasi termasuk PAS tetapi yang menyebabkan PAS boleh hidup pada hari ini pada kekuatan 'amal jamaii' nya – kita punya konsep dan amalan kolektif responsibility atas nama jamaah itu lebih kukuh sebenarnya.

Oleh itu, jangan bimbang sangat – memang saya sendiri pun hari ini merasakan begitu, kalau tak ada orang ini, PAS akan susah – kalau tak ada Tok Guru ini, nanti siapa penggantinya tapi dengan kekuatan jamaah yang kita bina bersama ini, sampai masanya besok akan lahirnya pemimpin baru yang lebih dinamik dan berinovatif untuk terus memimpin parti. Yang penting saya rasa benda-benda fundamental tidak boleh terhakis, terutama sekali dasar Islam kita yang jelas, dan di situlah terbinanya personaliti, integriti, akhlak pemimpin-pemimpin yang kita boleh banggakan dan juga seterusnya ialah komitmen kita kepada perjuangan.

Saya rasa pemimpin-pemimpin PAS ini ialah principled man – tidak mudah melompat ke sana ke mari, dan itulah saya rasa suatu khazanah yang kaya di dalam PAS.

MO: Pertama, saya ucapkan terima kasih atas soalan tersebut kerana ia suatu gambaran menunjukkan penghormatan dan pengiktirafan yang diberikan ahli-ahli Umno kepada Tok Guru Nik Aziz. Ia adalah satu penghormatan yang sangat tinggi kerana ini menunjukkan Tok Guru mempunyai ketinggian ilmu dan ketokohan yang ada pada beliau.

Namun begitu, dalam konteks parti, PAS tidak hanya berdiri atas kekuatan pemimpin semata-mata, tetapi PAS berdiri atas kekuatan daripada pelbagai sumber daya kekuatan yang ada ini.

Sebab itu ahli-ahli kita tidak pun lari walaupun pemimpin pergi sama ada melarikan diri ataupun meninggal dunia, tetapi ahli PAS tetap berdiri teguh kerana ahli PAS telah dididik satu didikan yang cukup kuat di mana penyertaan kita dalam perjuangan PAS ini bukan atas nama pemimpin tetapi atas kewajipan untuk memikul amanah daripada Allah.

Oleh sebab itu, para pemimpin melatih dan mendidik ahli-ahli untuk menghayati konsep ini – apabila mereka dapat menghayati konsep ini maka mereka berada di dalam PAS bukan kerana pemimpin, tetapi kerana kewajipan dan tanggungjawab amanah yang dipikul ini. Oleh kerana itu, walaupun ada pemimpin yang lari, ada pemimpin yang meninggal dunia, tapi ahli tetap berdiri bersama dengan perjuangan PAS.

Konsep ini jugalah yang dilakukan oleh PAS dalam membentuk budaya politik masyarakat Malaysia - supaya menyokong PAS itu bukan hanya sekadar kerana diri pemimpin itu, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk memikul amanah yang diberikan Allah ke atas kita.

Demikian juga dengan tanggungjawab pemimpin – ia bukan sahaja untuk penampilan diri dia, menonjolkan dari segi kehebatan diri dia sendiri tetapi penampilan yang diberikan pemimpin itu ialah penampilan yang menzahirkan amanah yang diberikan Allah Sub'hanahu Wa Ta'ala.

PAS membawa penampilan pemimpin parti dalam konteks integriti, kejujuran dan keikhlasan bukan sahaja pada diri seseorang pemimpin tapi semua pemimpin diberikan penekanan termasuk ahli-ahli untuk menampilkan satu penampilan yang membezakan kita dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang ada dalam negara kita ini.

Inilah yang menjadi penyambung seterusnya kepada perjuangan PAS ini walaupun dengan ketiadaan pemimpin atau kehilangan seseorang pemimpin tetapi yang adanya terus akan memberikan penampilan-penampilan yang sama sebab yang diberikan oleh Tok Guru Nik Aziz ialah integriti, kejujuran dan keikhlasan dan orang dapat melihat perbezaan pada Tok Guru Nik Aziz dengan yang ada apa pemimpin Umno.

Ini juga yang akan dibawa pemimpin-pemimpin PAS yang lain selain daripada Tok Guru Nik Aziz.

TITM: TGNA adalah tokoh besar mewarnai perjuangan PAS. Impak besar yang ada pada beliau telah berjaya membawa satu demensi baru dalam politik negara; saya akui ia sangat dihormati oleh lawan dan kawan - sehingga ada yang bimbang bilamana ketiadaan beliau.

Memang kita akui untuk mencari orang sepertinya adalah sukar. Namun PAS pernah mempunyai tokoh hebat dalam sejarah perjuangannya dan kehilangan mereka sangat dirasai, contohnya kehilangan Dr Burhanuddin al Hilmi, Dr Yusuf Rawa, Us Fadhil Nor juga mempunyai kesan besar dalam politik.

Itulah silih berganti kepimpinan, dan kita yakin Allah akan mengatur urusan agamanya dengan sebaik mungkin walaupun untuk mencari dan menandingi kehebatan seseorang tokoh sangat sukar.

Pemimpin yang paling baik ialah yang menyediakan penggantinya lebih baik darinya.

Soalan 3:

Mungkin tak Sabah dan Sarawak juga akan dijual secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional? Apa pandangan Naib Presiden sekalian tentang perkara ini?

MO: P Ramlee banyak mengajar kita – pertama beliau memberikan walaupun secara gurauan, Alif Mim Nun Wau sepatutnya bunyinya UMNO tapi beliau membuat dalam bentuk joke, Alif tolak Mim tendang Wau, bunyinya Sarkas – jadi maknanya telahan P Ramlee ketika itu yang saya berpendapat bahawa itu adalah telaahan gurauan yang menunjukkan satu hari nanti UMNO akan menjadi sarkas.

Dan P Ramlee juga memberikan satu gambaran bahawa penyamun atau orang-orang yang mencuri di kampung satu hari nanti akan menjadi penyamun 'collar' putih. Begitulah juga soalan pembaca di atas seperti mana P Ramlee menggambarkan bahawa suatu hari nanti keluarga pun boleh dijual demi harta seperti dalam filem Tiga Abdul.

Yang saya nak kaitkan di sini ialah bagaimana bapa mertua Ahmad Nisfu ini jual menantu dia hanya semata-mata untuk mendapatkan harta. Perkahwinan anak dia itu, hanya untuk merebut harta kekayaan yang ada pada menantu dia.

Akhirnya apabila menantu dia melanggar peraturan undang-undang yang ada dalam rumah dia, dia jual kerana perjanjian itu kata kalau marah, semua harta akan diambil oleh bapa mertua.

Jadi P Ramlee sudah bagitahu lama bahawa kerana harta, segalanya boleh dijual walaupun menantu dia. Jadi macam itu juga pemimpin Umno, kalau kerana wang dan Ringgit Malaysia, Blok L dan M dia jual, tak mustahil Sabah dan Sarawak ini pun dia boleh jual.

TITM: Persoalannya apakah Sabah dan serawak juga akan turut 'terjual' secara senyap-senyap oleh BN - memang realiti kini pun telah berlaku.

Kedua negeri ini mempunyai hasil yang santa besar, dan mampu menjana ekonomi yang herat. Namun, mereka adalah negeri yang rakyatnya paling miskin di Malaysia.

Hakikatnya, kekayaan hanya dikaut oleh pemimpin dan kroninya sahaja. Rakyat menyaksikan bagaimana hasil mahsul sabah dan Sarawak diangkut keluar di hadapan mata mereka menyebabkan mereka masih lagi terbelenggu dengan kemiskinan - jauh dari arus pembangunan sehinggakan kemudahan asas gagal disediakan.

Keperluan utama seperti jalanraya, leterik dan bekalan air bersih masih Belem disediakan meskipun mereka didendangkan dengan lagu pembangunan negara maju menjelang 2020.

Hentikan kerakusan ini dengan segera and mereka perlu bangkit membuat perubahan dalam PRU ke 13. Anda akan meyaksikan bagaimana hasil mahsul negeri tidak lagi berada dalam mulut-mulut buaya darat yang sedia menggadai negeri demi memenuhi nafsu mereka.

SA: Menjual negara ini, saya rasa sudahpun berlaku secara tidak langsung, terutama dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara, ini cukup kita bimbang – jadi kita harus hati-hati untuk menghadapi isu ini dan menamatkan dan merehatkan BN dalam pilihanraya akan datang – itu sangat penting.

Jais diminta dedah AJK masjid letak jawatan

Posted: 10 Aug 2010 04:31 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi mendedahkan perangkaan dan bukti ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meletakkan jawatan setiap hari di negeri ini.

Ini ekoran Khusrin dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab demi memburuk-burukkan institusi masjid dan surau di Selangor sebelum ini dengan mengatakan kira-kira 20 hingga 30 ahli jawatankuasa masjid dan surau meletakkan jawatan setiap hari.

"Tak ada sampai 20 hingga 30 orang meletak jawatan sebagai pengerusi masjid (dan surau) setiap bulan, itu semua kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

"Sengaja memperbesarkan semua ini untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di Selangor, memburuk-burukkan masjid dan surau di Selangor," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Pun begitu, katanya, mereka yang terbabit meletak jawatan mungkin disebabkan kurang kebolehan untuk mengimarahkan masjid-surau atau mungkin dilihat tidak mampu memikul tanggungjawab masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mencabar Khusrin mendedahkan perangkaan dan bukti sebenar di sebalik kenyataan berunsur tidak munasabah itu.

Sabtu lalu, akhbar melaporkan Khusrin mengandaikan perletakan jawatan mereka yang terbabit berpunca oleh kegiatan ceramah agama di surau dan masjid oleh sejumlah tertentu penceramah.

Khalid juga menyarankan agar Khusrin terlebih dahulu mendapatkan '4 Sanawi' dalam Sijil Menengah Agama (SMA) berhubung cadangan mahu memperkenalkan peraturan baru, iaitu setiap calon pengerusi masjid dan surau mesti sekurang-kurangnya memiliki '3 Sanawi'.

"Kalau Pengarah Jais nak tentukan bahawa pengerusi masjid sekurang-kurangnya perlu memiliki kelulusan agama '3 Sanawi', maka Pengarah Jais sekurang-kurangnya mesti ada 4 sanawi terlebih dahulu," ujarnya petang semalam di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Shah Alam, di sini.

Bagaimanapun, beliau mengaku syor tersebut adalah bermanfaat untuk kedua-dua pentadbiran institusi agama Islam di negeri Selangor.

Baginya, profesionalisme Khusrin wajar dipertikai oleh semua pihak memandangkan beliau langsung tidak mempunyai sijil kelayakan khas agama yang asas seperti '4 Sanawi' atau diploma serta ijazah dalam bidang agama sedangkan beliau mentadbir institusi agama seperti Jais yang nyata penting bagi umat Islam di Selangor.

Awang Selamat dayus, tali barut Umno

Posted: 10 Aug 2010 04:30 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

"Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Mengenai kemarahan Awang kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno, beliau berkata, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan PAS.

"Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan," katanya.

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

"Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat sama ada harta atau agama," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi.

PAS, tegasnya tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik, kebetulan Umno pula sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, moral mengkhianati harta rakyat dan sebagainya.

"PAS ingin mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat," ujarnya.

Tambahnya, Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang redha dengan Yahudi APCO.

Katanya, Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis difaraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura.

Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana, katanya.

"Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?" soalnya.

Beliau berkata, apa makna umno parti Melayu tetapi dayus membela agama dan bangsa di mana sejarah dayus Umno yang gagal bela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti.

Katanya lagi, jika hendak bercakap soal siapa yang membela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kepada Umno dan Awang Selamat bahawa PAS lebih bertanggungjawab kepada Islam dan bangsa.

Justeru, ujarnya PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam.

"Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi," ujarnya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula membidas kenyataan Awang Selamat itu yang menyifatkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai menjijikkan kerana tidak inginkan perpaduan dengan Umno.

Menurut Firdaus, sepatutnya Awang Selamat melihat penghinaan yang selama ini dilakukan oleh Umno terhadap PAS.

"Sudah begitu lama Umno menghina PAS dengan pelbagai tribulasi yang mereka lakukan. Secara terang dan juga sembunyi dengan menggunakan pelbagai kaedah yang mereka mampu," ujarnya yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

KSSB sumbang hasil pasir kepada ketua kampung

Posted: 10 Aug 2010 04:23 AM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menunaikan janji memberikan keuntungan 10 peratus hasil pasir negeri itu kepada semua Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung seluruh negeri itu.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari semalam.

Seramai 368 pemimpin masyarakat itu dari sembilan daerah di negeri ini menerima sumbangan sekitar RM1793 seorang sebagai mengenang jasa mereka yang berhadapan terus dengan masyarakat akar umbi selama ini.

Haji Yaakob berbuat demikian selepas berucap dalam program Seminar Motivasi dan Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan Pasir Dari KSSB Kepada Ketua-ketua Kampung Negeri Selangor.

Dalam ucapannya, beliau berharap rakyat seluruhnya dapat menilai bagaimana perbezaan antara bentuk pentadbiran dua kerajaan BN dahulu dan PR sekarang.

Menurutnya, jika dahulu mereka memberikan hak kepada rakyat mengikut 'warna' tetapi kerajaan sekarang memberikan hak kepada sesiapa sahaja yang berhak menerimanya.

Beliau juga menarik perhatian semua ketua kampung agar memberikan perhatian dan bertanya khabar kepada semua lapisan anggota masyarakat tanpa mengira warna.

Katanya, kerana amalan memberikan hak milik rakyat kepada mereka yang sewarna sahaja dengan mengenepikan fahaman warna-warna lain selama inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

"Kita sering mendengar 'Kerana nila setitik rosak susu sebelanga', kerana itu, jika ada warna biru tua karat, maka rosaklah sesebuah kampung itu," tegasnya sambil mendapat tepukan hadirin.

Namun, jelasnya, ketua kampung yang ada sekarang ini tidak boleh mengamalkan begitu, sebaliknya semua anggota masyarakat perlu ditarbiah agar yang biru tua menjadi biru laut dan hijau segar.

Sebelum itu, dalam seminar separuh hari itu dipenuhi dengan ucapan dari wakil-wakil kerajaan seperti Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, Timbalan Exco Kebajikan, Sains dan Inovasi, Dr Abd Rani Osman, Timbalan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Shuhaimi Shafie, Pengerusi Jawatankuasa Dewan tentang PBT dan Tanah, Ng Swee Lim

Suaram ragui KDN pantau kesihatan, rawatan OKT

Posted: 10 Aug 2010 04:22 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) amat meragui kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan semua orang kena tahan (OKT) dipantau dari segi kesihatan serta mendapat rawatan kesihatan sekiranya diperlukan.

Suaram turut mengutuk keras Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia di atas kematian Wan Khairul Azizi Wan Ali, 34, dalam Mahkamah Majistret 2, Kuantan, Pahang semasa dalam tahanan polis.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata, pihaknya mengutuk pihak polis yang bertugas langsung tidak menjalankan tanggungjawab untuk memastikan keadaan OKT dalam keadaan yang sihat dan baik seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap(L.N.3289/1958)(4) semasa di lokap Mahkamah Majistret 2, Kuantan.

Wan Khairul Azizi yang berasal dari Felda Bukit Goh dan telah ditahan di Penjara Penor sejak 12 Mei 2010 atas tuduhan berkaitan dadah mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 7 Ogos lalu, orang kena tahan (OKT) tersebut telah hadir di Mahkamah Majistret 2, Kuantan untuk sebutan kesnya dalam keadaan badan yang amat lemah.

Tidak lama setelah berada di mahkamah, beliau telah rebah dan meninggal dunia.

"Suaram ingin membangkitkan beberapa persoalanan berhubung perkara ini," ujar Heng Lung dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya di manakah pegawai polis yang bertugas ketika mangsa OKT dalam keadaan amat lemah; dan kedua, mengapa pengawai polis enggan mengambil tindakan kecemasan yang sewajarnya ketika diminta oleh ahli keluarganya.

Beliau berkata, Suaram melahirkan kekecewaan terhadap kualiti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Jabatan Penjara Malaysia.

Katanya, mengikut kenyataan ahli keluarga mangsa, pihak pengawai penjara juga tidak memaklumkan keadaan kesihatan OKT kepada mereka sebelum itu.

Ini, ujarnya menunjukkan pihak penjara tidak memberi penjagaan yang sepatutnya seperti yang termaktub di dalam Akta Penjara 1995 (Akta 537) dan Peraturan-peraturan Seksyen (234), (235) dan (236).

"Kes kematian dalam tahanan ini bukan yang pertama. Mengikut Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat sebanyak 141 orang yang mati dalam tahanan sejak tahun 2000.

Sehubungan itu, katanya Suaram menyeru agar kerajaan segera melaksanakan IPCMC iaitu Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil.

Di samping, ujarnya tindakan tatatertib hendaklah segera diambil terhadap pengawai polis dan penjara yang terlibat selain meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap kualiti PDRM dan juga Jabatan Penjara serta menghentikan penyalahgunaan institusi negara terutama PDRM untuk menindas hak-hak rakyat.

Bela bantu perbaharui insurans kenderaan

Posted: 10 Aug 2010 04:19 AM PDT

Hazayani Zakaria

GOMBAK: Selepas berjaya melancarkan Kempen Anti Saman ekor (Kase), PAS hari ini mengorak langkah dengan melancarkan Gerakan Bela Rakyat (Bela) bagi mencari penyelesaian kepada masalah pemilik kenderaan berusia 20 tahun ke atas yang terpaksa membayar tinggi untuk memperbaharui polisi insurans.

Pengerusi Bela, Salahuddin Ayub berkata, pemilik kenderaan 20 tahun ke atas terpaksa melalui prosedur yang merumitkan dan membayar upah untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka.

Mereka terpaksa melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dan Uniasia untuk memperbaharui insurans kenderaan, dan bayaran yang dikenakan meningkat sehingga 200 peratus berbanding dahulu.

"Hari ini saya mewakili rakyat bawahan melancarkan Bela kerana memahami kumpulan rakyat bawahan sangat tertekan dengan isu kereta dan motor yang berusia 20 tahun ke atas yang menghadapi masalah untuk memperbaharui atau mendapatkan perlindungan polisi insurans," katanya pada sidang media pelancaran Bela di sebuah restoran, di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan hanya mendengar aduan daripada pihak insurans bahawa mereka mengalami kerugian jika memperbaharui insurans kenderaan 20 tahun ke atas dengan harga asal, dan tidak mendapatkan pandangan umum, sebaliknya terus membiarkan rakyat menjadi mangsa.

Isunya sekarang, kata beliau mereka terpaksa mengambil insurans dengan MMIP dan Uniasia.

"Dulu pemilik kenderaan boleh beli insurans dengan mudah di mana-mana syarikat insurans dengan harga yang murah tapi ada aduan syarikat insurans yang mendakwa mereka mengalami kerugian rugi dan menyarankan kepada pihak kerajaan agar mekanisme baru dicari untuk mereka mengatasi apa yang dikatakan kerugian itu.

"Dan tanpa kajian dan pandangan umum diambil kerajaan, polisi ini diaplikasi dan rakyat menjadi mangsa," katanya.

Salahuddin juga berkata, bebanan itu sangat dirasai oleh rakyat yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman kerana MMIP hanya terdapat di pekan-pekan besar.

"Masalah ini dihadapi oleh rakyat di kampung dan kawasan pedalaman sebab MMIP hanya ada di pekan-pekan besar sahaja.

"Dan soalan yang ditanya dalam borang yang diberikan sangat menyusahkan orang-orang kampung. Kalau mereka tidak tahu jawab, kena upah orang untuk isi borang dengan bayaran RM20 hingga RM30.

"Nak ambil borang kena ke pekan besar, lepas itu kena upah untuk isi borang, jadi berapa kali kesusahan yang mereka terpaksa hadapi untuk mendapatkan insurans kenderaan," katanya.

Sehubungan itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan mengadakan satu persidangan meja bulat bagi mencari penyelesaian kepada polisi yang sudah hampir setahun berkuat kuasa ini.

Beliau berkata, tujuh kumpulan akan dipanggil menyertai meja bulat ini antaranya persatuan insurans am Malaysia, persatuan pemilik kereta bermotor, insurance and takaful brokers assosiatioan, Fomca dan badan-badan lain yang berkaitan selain wakil daripada kementerian kewangan dan kementerian pengangkutan.

"Bela akan mengadakan persidangan meja bulat dalam masa dua minggu lagi untuk mencari penyelesaian kepada isu ini. Saya akan panggil beberapa kumpulan untuk saya dapatkan pandangan mereka.

"Persidangan ini untuk kerajaan bertindak segera bagi memberi satu skim kepada rakyat untuk mendapatkan insuran yang mereka mampu untuk bayar. Selepas itu saya akan bawa hasil perbincangan ke persidangan Parlimen seawal mungkin," katanya.

Tambahnya juga, Bela akan bergerak ke seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung polisi yang membebankan ini.

Tegasnya, kerajaan seharusnya menyediakan satu dasar yang jelas berkenaan perkara ini.

"Kerajaan mesti ada satu mekanisme dan dasar automotif negara dan dasar insurans rakyat. Kita tahu insurans memang tidak boleh dihapuskan keran amelibatkan keselamatan pemilik kenderaan itu sendiri namun merka mesti datang denagn satu penyelesaian yang tidak membebankan rakyat.

"Kita tidak mahu satu dasar yang flip flop kerana kita tahu insurans mestilah ada kepentingan mereka sendiri," katanya.

Kit Siang sangsi bukti terbaru ‘Nota Teoh’

Posted: 10 Aug 2010 04:13 AM PDT

LFG

KUALA LUMPUR: Kemunculan bukti terbaru yang dipercayai satu 'nota' telah menimbulkan lebih banyak kecurigaan dari memberikan penjelasan ke atas punca kematian Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai tahun lepas.

Beliau mati ketika disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan yang sama.

"Twist terkini dalam inkues Tan Hock Beng's (adalah) yang amat mengejutkan dan belum pernah terjadi sebelum ini," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menulis di laman Twitternya mengenai perkembangan terkini inkues Teoh.

Kit Siang juga mendakwa kehadiran 'bukti baru' tersebut telah menjejaskan keyakinan dan kepercayaan awam bahawa punca sebenar kematian Teoh akan dibongkar melalui inkues.

Semalam, semasa inkues, SPRM telah mengemukakan sebuah bukti "baru" yang berupa nota yang ditemui pada tahun lalu di dalam beg sandang Teoh yang mungkin mengandungi petunjuk tentang kematian bekas setiausaha politik pemimpin DAP itu.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menyebabkan ketidakpuasan di kalangan peguam yang mewakili keluarga Teoh dan kerajaan Selangor. Akibat daripada perkembangan tersebut, sidang inkues ditunda kepada 18 Ogos, Isnin depan.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh melahirkan rasa kecewa beliau terhadap perkembangan tersebut, dan menuntut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memberikan penjelasan terhadap 'bukti terbaru' tersebut yang didakwanya disembunyikan pihak pendakwaraya kerana 'bukti' sudahpun dimiliki pihak pendakwaraya sejak Oktober tahun lepas.

"Bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding," beliau dipetik sebagai berkata.

Sebagai respon kepada dakwaan Gobind, pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan satu kenyataan lewat petang semalam menjelaskan bahawa Peguam Negara hanya akan mengemukakan dokumen sebagai bukti jika pejabat itu berpuas hati tiada lagi kemusykilan terhadap sesuatu bukti.

Menurut kenyataan tersebut, pejabat Peguam Negara telah dimaklumkan mengenai penemuan nota pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal walaupun pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.

Kenyataan itu turut mendakwa bahawa Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang simati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan rumi.

Bagaimanapun, 'nota' tersebut tidak dikemukakan ke inkues kerana ketika itu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak berasa yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina.

Beliau juga berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan, menurut kenyataan itu lagi.

Namun, selepas pegawai penyiasat berkenaan menjelaskan kepada pejabat Peguam Negara bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes bunuh diri, Peguam Negara telah memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut.

Beliau juga mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan membiarkan perkara itu diputuskan oleh koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen.

"Inkues Teoh Beng Hock – semakin banyak perkembangan luar biasa. Boleh percaya tak?" soal Kit Siang ketika mengulas penjelasan pejabat Peguam Negara sambil menambah beliau sangsi dengan usaha saat-saat terakhir oleh Peguam Negara di dalam mencari kebenaran dalam inkues Teoh.

BUMIPUTERA ISLAM LEBIH HINA DARIPADA BABI DI SABAH?

Posted: 09 Aug 2010 10:25 PM PDT

TERTAWA....Babi ini mungkin mentertawakan pemimpin UMNO kerana nasib Babi lebih baik daripada ahli UMNO yang mereka pimpin.

Oleh: IBNU HAMZAH

MANA MP Batu Sapi? Mana pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf Ketua Menteri dan Menteri? Kenapa biarkan masyarakat Bumiputra Islam di kawasan Batu Sapi dilayan seperti umat Palestine yang rumah-rumah milik mereka dirobohkan oleh puak Zionis Israel tanpa sedikitpun rasa belas kasihan?

Kalau apa yang dilakukan oleh Zionis Israel ke atas umat Palestine itu dikutuk hebat oleh pemimpin UMNO, kenapa pemimpin UMNO yang beragama Islam bisu atau 'babau' terhadap derita yang sama yang dihadapi oleh pengundi-pengundi mereka di Batu Sapi?

Pernahkah kita dengar kampung-kampung milik orang Cina dirobohkan sewenang-wenangnya tanpa pampasan yang munasabah? Pernahkah kita dengar ladang babi dirobohkan tanpa menyediakan tempat alternatif walaupun selama ini kewujudan ladang-ladang babi diprotes hebat oleh penduduk sekitarnya? Jawabnya tidak pernah!

Kenyataan saya ini tiada langsung mempunyai kaitan dengan unsur perkauman atau hasutan! Ianya adalah realiti, nyata dan berita mengenainya disiarkan dalam media arus perdana.

Sentuhlah kampung orang Cina, cuba robohkan kandang babi. Nescaya seluruh pemimpin Cina, baik yang dalam kerajaan mahupun pembangkang, pasti akan bangkit menentang tindakan tersebut.

UMNO dan para pemimpinnya kecut perut bila orang Cina mula bising. Tengok saja kes patung Mazu. Musa Aman sudah umumkan bahawa satu tapak baru telah diberikan kepada Chong Kah Kiat untuk mendirikan patung Mazunya.

Tetapi, bagaimana dengan rumah Bumiputra Islam yang dirobohkan? Kenapa tiada gantinya? Jadi, kita boleh andaikan bahawa UMNO/BN lebih memuliakan patung serta babi daripada memuliakan masyarakat Bumiputra Islam. Itu hakikat yang mesti kita terima.

Majlis Perbandaran Sandakan telah menyediakan tapak kawasan baru seluas lebih 60 ekar bagi menempatkan semula ladang-ladang babi yang selama ini dianggap kawasan 'setinggan babi' atau 'perkampungan haram' bagi babi yang haram dimakan oleh orang yang mengaku Islam dan beriman dengan ajarannya.

Kalaulah kampung-kampung yang telah didiami sejak berkurun lamanya oleh Bumiputra Islam masih dianggap kampung haram dan bakal mengalami tindakan diroboh oleh pihak berkuasa; dengan memperalatkan pegawai Majlis Perbandaran Sandakan yang mengaku beragama Islam untuk mengeluarkan arahan bertulis. Diikuti pula dengan tindakan bisu dan rabun oleh kononnya Pemimpin Juara Rakyat.

Maka apa sangat mulianya kita sebagai Bumiputra Islam, yang kononnya mempunyai hak istimewa yang termaktub Perlembagaan Persekutuan? Di mana mulianya Bumiputra Islam yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO/BN berbanding Babi yang tidak pernah pun mengundi UMNO/BN?

Selagi undi terus diberikan kepada calon-calon UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya akan datang, maka akan berkekalanlah golongan Bumiputra Islam menjadi bangsa 'Pariah' yang dipandang sebagai kasta paling hina di India. Malah lebih hina dari babi!

80 % BELIA KDM TIDAK FASIH BAHASA IBUNDA

Posted: 09 Aug 2010 10:24 PM PDT


WATIKAH……Evon menyampaikan watikah perlantikan kepada Presiden PKKKS, Adang G Simporo.


Oleh : SHAIMON S JUMADI

PRESIDEN Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan (PKKKS), Adang Gangkon Simporo berkata Majlis Sodop Pisompuruon adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli PKKKS.

Ini sejajar dengan seruan 1Malaysia yang lebih mengutamakan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum supaya sentiasa mengamalkan konsep setia kawan antara satu sama lain,"katanya.

Adang berkata demikian ketika berucap di majlis Makan Malam Sodop Pisompuruon anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan di sini malam kelmarin.

"PKKKS juga telah merancang beberapa pendekatan dan strategi yang baru agar persatuan itu lebih hidup dan dinamik di samping tidak melupakan tujuan penubuhan asal iaitu menjaga kebajikan ahli dan memelihara nilai budaya kita," kata Adang.

Antara pendekatan baru itu, jelas Adang penubuhan satu pusat atau tempat yang boleh dijadikan rujukan ahli-ahli dari segi bekalan maklumat baik bersifat akademik.

Selain itu, PKKKS juga telah memainkan peranan penting ke arah memberi peluang perniagaan di samping menyediakan pelapis baru untuk menerajui kepimpinan persatuan pada masa akan datang serta bergerak seiring dengan dasar kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta untuk menangani isu-isu tertentu," tambahnya.

Dengan kata lain, Adang menegaskan bahawa persatuan ini juga akan memperluaskan peranannya agar tidak terhad kepada kebudayaan sahaja dan tiba masanya PKKKS mengambil agar penduduk tempatan akan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Sementara dalam ucapan perasmian, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Dr Ewon Ebin antara lain menjelaskan bahawa wujudnya Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kadazan Sandakan (PKKS) ia secara tidak langsung boleh menyatupadukan seluruh kaum KDM di daerah ini dalam semangat muhibbah dan jalinan kerjasama yang rapat antara satu sama lain.

"Kita juga difahamkan peranan PKKKS bukan saja meningkat dan memperkenalkan adat istiadat dan budaya kaum KDM, bahkan menjurus kepada memertabatkan bahasa ibunda kaum kita sendir," ujar Ewon lagi.

Ewon tidak menafikan bahawa 80 peratus generasi muda sekarang sudah tidak boleh bertutur dengan fasih dalam dialek KDM kerana terbiasa dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan.

"Bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa? Tetapi disebabkan mereka lebih menggunakan bahasa kebangsaan, maka kemahiran bertutur bahasa ibunda mereka semakin terhakis," kata Ewon dalam nada yang agak resah.

Dalam hubungan ini kata Ewon, beliau berharap agar Biro Bahasa dan Kebudayaan PKKS akan dapat mengorak langkah untuk memainkan peranan mendidik anak-anak KDM agar tidak melupai bahasa ibunda mereka sendiri sebagai pertuturan seharian di rumah.

Ewon turut mengumumkan bahawa kementeriannya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk disumbangkan kepada PKKKS sebagai dana pembiayaan aktiviti-aktivitinya.

Majlis Makan Malam itu yang dilangsungkan di Ballroom Sanbay Hotel telah dihadiri lebih 200 orang ahli PKKKS dan para jemputan lainnya. Sebagai pengisian program tersebut, beberapa acara menarik telah dipersembahkan.

"Biar Sabah tangani isu pendatang tanpa izin" – BN negeri

Posted: 09 Aug 2010 10:18 PM PDT

kasim sulaiman_250_220 Oleh Ivan Ho

LAHAD DATU: Seorang pegawai kanan Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan persekutuan supaya berhenti dari melambat-lambatkan isu pendatang tanpa izin di Sabah.

"Tidak perlu kepada kajian dan uji makmal. Sudah tiba masa untuk bertindak. Jika kerajaan pusat tidak boleh melakukannya, beri kami kuasa, sumber kewangan, bantuan logistik dan kami akan melaksanakannya," kata Setiausaha BN Silam, Kassim Sulaiman.

Beliau berkata, isu pendatang tanpa izin ialah isu persekutuan dan kerajaan persekutuan harus faham bahawa masyarakat Sabah merasa bimbang bilangan mereka akan ditenggelami dengan jumlah orang luar.

"Hari ini, isu ini telah merombak demografi, lanskap politik dan ekonomi Sabah dan jika dibiarkan, memberi kesan buruk kepada kepentingan Sabah.

Kassim, yang juga ahli majlis daerah Lahad Datu berkata, beliau kesal dengan sikap kerajaan persekutuan kerana tidak menganggap perkara ini penting bagi mereka (sepertimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala baru-baru ini.)

Kerajaan persekutuan tidak boleh menyifatkan masalah pendatang tanpa izin tidak penting untuk negara dan sekaligus tidak boleh dimasukkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

"Para pemimpin kerajaan persekutuan tahu bahawa Sabah telah banyak memberi sumbangan dari segi politik dan ekonomi, dan mereka harus memberi keutamaan tentang apa yang melibatkan kami – kehadiran pendatang-pendatang tanpa izin di negeri ini.

"Sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan persekutuan sangat mengecewakan kerana Sabah, sebagai satu komponen negara ini, seharusnya diberi layanan yang lebih baik.

Rundingan Perlembagaan

Kassim berkata, kejatuhan Sabah dari salah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia kepada salah sebuah negeri yang termiskin adalah sangat membimbangkan.

Beliau menambah, beliau difahamkan tidak ada apa-apa yang konkrit hasil dari kajian makmal terhadap isu pendatang tanpa izin walaupun cadangan-cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.

"Sabah adalah penting untuk BN sebagai negeri kedua terbesar kepada Umno, ia boleh memainkan peranan utama (dalam politik negara ini). Oleh itu, kepentingan Sabah sangat penting," katanya.

Kassim berkata, "Kerajaan persekutuan tidak ada pilihan tapi untuk memasukkan isu pendatang tanpa izin dalam NKRA. Sebagai alternatif, melalui rundingan perlembagaan, beri Sabah kuasa dan sumber yang mencukupi untuk menanggani masalah ini."

Presiden Pakistan dilempar kasut

Posted: 09 Aug 2010 10:16 PM PDT

LPORAN - AP

pakistan-president-asif-ali-zardari BIRMINGHAM: Presiden Pakistan Asif Ali Zardari menerima lemparan kasut ketika mengakhiri lawatannya ke Britain dengan menyampaikan ucapan pada satu perhimpunan politik di sini semalam.

Beliau berhadapan kritikan dan penunjuk perasaan kerana meneruskan lawatan ke luar negara ketika Pakistan dilanda banjir teruk yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,500 orang.

Pada perhimpunan itu, seorang lelaki melempar kasut ke arah Asif tetapi tersasar, sementara di luar Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmingham, lokasi beliau berucap, polis mengepung lebih 100 penunjuk perasaan.

Asif semalam menyifatkan kunjungannya ke Britain sebagai berjaya kerana dapat mengumpul beribu-ribu pound Sterling buat mangsa banjir di Pakistan.

Kira-kira 2,000 hadirin berkumpul di pusat konvensyen tersebut bagi mendengar ucapan Presiden itu serta pemimpin-pemimpin lain daripada Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Kunjungan Asif ke Britain juga penuh ketegangan kerana ia dibuat tidak lama selepas Perdana Menteri Britain David Cameron menuduh Pakistan 'membawa ketakutan'.

Kenyataan Cameron itu membangkitkan kemarahan rakyat Pakistan dan mengakibatkan tercetus perselisihan diplomatik, kerana kenyataan itu dibuat ketika kunjungan Cameron ke India.

"Kita mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Britain dan masalah yang ada telah diselesaikan dengan bantuan penggubal undang-undang Pakistan," kata Asif semalam pada satu perhimpunan di mana poster isterinya yang mati dibunuh, bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, digantung di dinding.

Beliau diiringi anak perempuannya, Asifa yang memakai selendang berwarna putih.

Di luar dewan, sebahagian penunjuk perasaan mengangkat sepanduk tertulis 'Amerika Syarikat (AS) keluar dari Pakistan dan Afghanisan'.

Sehari sebelum itu, anak lelaki Asif yang juga pengerusi bersama PPP, Bilawal Bhutto Zardari, merayu bantuan untuk mangsa banjir di Pakistan.

Harga barangan keperluan melambung tinggi

Sementara itu di ISLAMABAD, rakyat Pakistan hari ini bergelut dengan masalah kenaikan harga buah-buahan dan sayur-sayuran yang melambung tinggi, berikutan banjir yang memusnahkan sekurang-kurangnya 570,000 hektar tanaman.

Harga barangan keperluan yang melonjak itu menambah lagi derita penduduk negara itu yang sudah pun dibelenggu kemiskinan dan masalah kekurangan makanan sebelum banjir melanda negara ini dua minggu lalu.

Pakistan bekerjasama dengan agensi bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan lebih 100,000 penduduk dan menyalurkan bantuan makanan serta tempat perlindungan kepada beribu-ribu yang lain.

Namun kerajaan menghadapi kesukaran untuk menangani bencana sebegitu buruk yang dianggarkan telah menjejaskan kehidupan 13 juta penduduk.

Keadaan dijangka bertambah buruk kerana Pakistan dilanda hujan lebat lagi hari ini.

"Banjir memusnahkan tanah pertanian dan menghanyutkan tanaman sayur yang sudah sedia untuk dituai.

"Hasil tanaman yang dapat diselamatkan tidak dapat dipasarkan kerana jalan musnah dan hubungan komunikasi terputus," kata seorang petani di bandar Multan, tengah negara ini.

Sekurang-kurangnya 570,000 hektar tanaman musnah di wilayah Punjab yang merupakan sumber bahan makanan untuk seluruh Pakistan, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Inkues Teoh: Dr Pornthip beri keterangan 18 Ogos

Posted: 09 Aug 2010 10:13 PM PDT

BERNAMA

gobind SHAH ALAM: Inkues mendiang Teoh Beng Hock ditunda pada 18 Ogos dan pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand dijangka hadir memberi keterangan.

Gobind Singh Deo, peguam keluarga Teoh memberitahu para pemberita, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan kes selepas diberitahu bukti baru akan dikemukakan.

Azmil membuat keputusan itu dalam kamar ketika kehadiran Gobind Singh; peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor; peguambela yang membantu Tan Hock Chuan, timbalan pendakwa raya Mohamad Abazafree Abas dan Abdul Razak Musa, yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, pembantu setiausaha exco negeri Selangor Ean Yong Hian Wah dijumpai mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.


Azizan: Pelabur Asing dilarang beli tanah di Kedah

Posted: 09 Aug 2010 10:12 PM PDT


azizan Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Kedah mencari jalan penyelesaian sewajarnya untuk menghalang pelabur asing berkunjung ke Kedah membeli tanah di pulau-pulau yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri melarang pelabur asing melabur di pulau-pulau berkenaan adalah kerana ia akan menyebabkan kawasan tersebut berubah menjadi hak milik orang luar yang akan menguasai pulau itu kelak.

Menurutnya, sekiranya 'budaya' pembelian tanah oleh pelabur asing masih berterusan, ia akan merugikan pelbagai pihak untuk masa akan datang.

"Masalahnya sekarang, pelabur asing buat pembangunan di kawasan perkampungan tanah Melayu, ertinya orang Melayu diperalatkan dalam perjanjian di mana orang Melayu perlu mengakui membeli tanah tersebut tetapi sebenarnya pelabur asing yang membelinya.

"Jika ini berterusan, ia akan menjejaskan hak milik orang Melayu contohnya di Pulau Langkawi. Kerajaan negeri sekarang ini juga sudah menetapkan untuk orang luar membeli di tempat-tempat tertentu dan di bangunan-bangunan tertentu," katanya.

Azizan berkata, Kerajaan Negeri peka berhubung isu pembelian Tanah Rezab Melayu di Pulau Langkawi oleh pelabur asing yang dikhuatiri akan merugikan penduduk setempat.

Beliau berkata, kerajaan negeri bimbang sekiranya orang luar membeli tanah dan bangunan di kawasan tanah orang Melayu untuk tujuan mewujudkan kawasan hiburan ataupun pusat peranginan yang akan menyebabkan budaya dan keadaan sosial di kawasan berkenaan berubah.

"Ada juga laporan yang kita terima mengatakan bahawa mereka (pelabur asing) ini membina pub dan sebagainya dalam kawasan kampung dan Kerajaan Negeri akan mengambil usaha untuk mengawal perkara ini.

"Kerajaan Negeri juga akan mengadakan beberapa peraturan, terutama sekali orang luar tidak boleh membeli tanah milik orang Melayu dan yang kedua, sekiranya dibeli atas nama orang lain, kita akan tengok dan kaji siapa yang tinggal di situ," katanya.

Terdahulu, isu berhubung pembelian Tanah Rezab Melayu di Pulau Langkawi pernah dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2 Ogos lalu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid.

Dua lelaki protes kenaikan harga barang dibebaskan

Posted: 09 Aug 2010 10:11 PM PDT

BERNAMA

barang naik baru copy KUALA LUMPUR: Dua lelaki tempatan yang ditahan di Kampung Kerinchi di sini ketika menyertai kempen memprotes kenaikan harga barangan keperluan kira-kira 5.30 petang semalam, sudah dibebaskan malam tadi.

Dua lelaki yang berumur 33 dan 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 10.30 malam selepas polis mengambil keterangan mereka, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Katanya kedua-dua lelaki itu ditahan kerana enggan menyerahkan kad pengenalan apabila diminta berbuat demikian dan mereka juga enggan memberikan kerjasama sewaktu ditanya mengenai sebuah kereta di mana mereka berdua dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada berhampiran dengan kenderaan itu sewaktu protes itu.

"Mengikut undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan kepada orang awam yang enggan memberikan kerjasama ketika ditanya oleh pihak berkuasa seperti anggota polis yang beruniform," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu dan kereta terbabit dibawa ke balai untuk di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas mereka dan Seksyen 24 Kanun Prosedur Jenayah.

Sebelum episod penahanan dua lelaki itu, beliau berkata polis menerima maklumat berhubung satu protes oleh badan bukan kerajaan di Kampung Kerinchi bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan awam.

Wan Abdul Bari berkata polis telah memberikan amaran supaya bersurai kerana protes terbabit tidak mendapat permit.


Tidak menaruh harapan kes dibatalkan

Posted: 09 Aug 2010 10:09 PM PDT


anuar bukhari Kes tuduhan sodomi Anwar bersambung 16 Ogos

Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Pasukan peguambela tidak menaruh sebarang harapan terhadap Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Ogos nanti, untuk membatalkan tuduhan sodomi terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pihak pembelaan tidak yakin mahkamah akan membuang kes itu apabila disambung semula.

Hakim mahkamah itu, Datuk Zabidin Mohd Diah hari ini mendengar hujah dari pendakwa raya dan memutuskan untuk mendengar hujah daripada peguam bela Karpal Singh Isnin ini.

"Kita mendengar hujah pendakwa raya hari ini dan kita, dari pasukan pembelaan akan berhujah kenapa kes ini perlu dibatalkan. Kes fitnah ini perlu dihentikan kerana terdapat penyelewengan daripada pelbagai pihak termasuk pendakwa raya sendiri," kata Sankara.

Anwar berkata, tindakan mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina memberi keterangan tentang dakwaan hubungan intim mereka menandakan sistem kehakiman kita masih tidak mampu untuk melaksanakan keadilan.

Beliau yang menyambut ulang tahunnya ke 63 hari ini menambah, sistem kehakiman masih tidak bertanggungjawab walaupun kita mempunyai bukti yang sah.

Hubungan intim Saiful-Farah

farah Ujar beliau, "kalau mereka (Saiful dan Farah) tidak mengaku hubungan itu, mengapa mereka tidak menyanggah kenyataan saya dan buktikan bahawa tuduhan saya ini salah. Jelas perhubungan itu adalah benar hingga mereka takut untuk menafikannya.

"Penyelewengan dalam kes saya ini amatlah ketara tetapi hakim masih gagal untuk mengetepikannya," jelas beliau ketika diluar perkarangan mahkamah.

Anwar juga tidak begitu yakin akan memenangi kes ini iaitu supaya kes ini dibatalkan sahaja tetapi mereka akan berusaha sedaya upaya.

"Sekarang ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atau pun pihaknya tidak berani menafikan wujudnya perhubungan di antara Saiful dengan Farah serta beliau tidak menggunakan isu ini untuk menyerang saya.

Anwar menjelaskan, "kekejaman yang dilakukan oleh Najib dan kerajaannya terhadap saya membuktikan beliau menggunakan semua pengaruh yang ada untuk menyekat kemaraan saya (dalam politik).

"Sehingga hari ini, pihak kehakiman tidak berani berlaku adil terhadap semua kes yang melibatkan Pakatan Rakyat kerana takut diambil tindakan oleh Najib.

"Sistem kehakiman hari ini tidak mampu untuk menegakkan kebenaran dan menjamin keadilan kerana mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin kerajaan yang diterajui oleh Najib," katanya.

Anwar, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful di sebuah pangsapuri di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: