Isnin, 23 Ogos 2010

.

.


Susupan Tengahari

Posted: 22 Aug 2010 09:54 PM PDT

MPM - Zaman Membunuh Orang Dengan Keris Sudah Berlalu

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) yang disertai oleh lebih 100 NGO Melayu telah mengadakan persidangan meja bulat kelmarin. Persidangan itu dipanggil ekoran MCA membuat 12 resolusi menuntut hak mereka. Serentak itu dikeluarkan kenyataan - mendedahkan ada segelintir orang Melayu berusaha untuk menghapuskan institusi raja.

(Itu sajalah yang termampu dibuat oleh MPM, bersidang, buat kenyataan ataupun bersorak di tepi jalan tirus idea Anwar Ibrahim berdemonstrasi).

MPM dakwa mereka yang terlibat adalah mereka yang bodoh dan boleh diperalatkan oleh golongan tertentu. Golongan tertentu itulah ialah Cina. Hujah MPM ialah ekoran empat kejadian yang membabit raja. Antaranya mengenai penggunaan gambar sultan Johor atas banner PKR dan terbaru penguguran nama sutlan dalam khutbah dan diganti dengan nama Guan Eng.

Saya tidak tahu apakah pemimpin MPM ini kalangan mereka yang profesional dari berbagai bidang ataupun terdiri dari mereka yang kuat Melayu, bernama Andak, Damak, Lelak ataupun Alang yang benci kepada orang Cina? Adalah malang kalau NGO dipimpin oleh orang berkenaan. Apakah tindakan begitu tidak menentang konsep 1 Malaysia diwar-warkan Najib?

Ke manakah arah perjuangan dan politik mereka. Hampir 100% pemimpjn mereka terdiri dari ahli, bekas pemimpin Umno. Jadi orang nampak apakah motif dan tujuan mereka. Jadi bila mereka menentang Cina mempertahankan Melayu secara penuh emosi apakah ia menguntungkan Umno?

Tindakan MPM itu mencelarukan Umno sendiri. Bersama BN Umno melaungkan perpaduan dan kerja sama menerusi BN, di luar Umno bersikap anti Cina. Inilah dikatakan Umno sudah hlang arah dan hilang kompas dalam usaha mempertahankan parti berkenaan. Dolak dalih pendirian ini disedari dan difahami oleh orang bukan Melayu.

Seperkara lagi kononnya kalau mereka benar-benar pembela sutlan dan raja-raja Melayu, mereka boleh pertahankan institusi itu sampai ke akhir hayat. Hanya segelintir saja yang berusaha untuk menghapuskan institusi itu seperti mana dakwa mereka. Jadi saya rasa MPM terutamanya NGO Perkasa yang perkasa itu boleh tangkap seorang demi seorang golongan segelintir itu dan tambat dipokok kayu kemudian sula mereka. Tiru apa yang dibuat dalam filem-filem Melayu klasi.

Kenapa nak risaukan mereka yang segelintir itu? Ataupun MPM hanya kuat cakap dan berani bersuara atas akhbar saja. Saya tenguk MPM hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat. Dongengan orang Melayu masih ketat dalam kepala MPM. Sepatutnya MPM sudah sedar bahawa kerja mereka sia-sia saja dan tidak mencerminkan situasi politik yang profesional.

Usaha yang pratikal untuk memperkasa Melayu tidak pula dibuat. Misalnya kalau MPM mengambil berat terhadap nasib Melayu mengapa mereka tidak jadi orang tengah membawa Pas, PKR dan Umno di meja perundingan. Ataupun mengemukakan formula untuk mensejahterakan politik negara ini. Itu baru boleh dikatakan NGO yang profesional dan disegani ramai.

Saya melihat cara MPM memeprtahankan hak dengan menggunakan semutar, lembing atau tombak sudah tidak relevan lagi. Cara kuno itu sudahpun berakhir. Hari ini orang sudah tidak takut lagi kepada semangat Hang Tuah, Hang Jebat itu. Sekarang orang takut kepada kepintaran dan kebijaksana orang mengolah diri. Zaman orang membunuh orang dengan keris susah pun berlalu! Tenguklah bekas Adun Umno yang mati baru ini pun membunuh diri dengan pistolnya sendiri. [wm.kl. 1:00 t/hari 23/08/10]

Berita Dalam Siasatan

Posted: 22 Aug 2010 04:05 PM PDT

Umno Kelantan Bakal Terkejut
Seorang Ketua Bahagian Terima Rasuah Sex?


[kemaskini] KALAU berjalan lancar, Umno Kelantan bakal dikejutkan satu berita besar yang memalukan seluruh parti Melayu berkenaan dan sekaligus mengaibkan juga Tok Empat Umno Kelantan, (ketua Umno Kelantan) Mustapa Mohamed. Ceritanya ialah mengenai tindakan seorang ketua Umno bahagian yang dikatakan telah menerima rasuah sex dari seorang ahli wanita juga dari parti berkenaan.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum puasa lalu.

Buat masa ini pihak yang sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu sudah memperolehi lebih 90% bahan-bahan bukti untuk dibawa ke tengah termasuk kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara bahan bukti ialah perbualan (SMS) di antara ketua bahagian berkenaan dengan wanita tersebut ketika melalukan rundingan rasuah berkenaan.

Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti dan akan disiarkan dalam blog ini. Nama wanita itu sudah diperolehi tetapi bagi mengelakkan dia ditekan dirahsikan dulu.

Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.

Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu termasuk sedia untuk memberikan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpadaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan. Mereka berjumpa di sebuah hotel.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan dikatakan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan yang dimasukkan ke dalam akaun. Bayaran itu sebagai menutup supaya kisah itu tidak di dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman berpcakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menawar' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemakluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS dan akan didedahkan wanita berkenaan.

Terbaru, sikap tidak senonoh ketua bahagian berkenaan katanya akan dibawa ke pengetahuan ketua Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dan presiden pareti dalam tempoh terdekat.

Tunggu perkembangan lanjut. [wm.kl. 7:00 am 23/08/10]

Jelas dan Kata

Posted: 22 Aug 2010 09:11 AM PDT

Antara Dua Buka Puasa

DUA hari tidak up date blog kerana melakukan kembara Ramadhan bersama seorang sahabat. Selepas posting catatan berbuka puasa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ling Guan Eng (yang kini difitnahkan sebagai didoakan oleh khatib dalam khutbah Jumaat) Khamis lalu saya tinggalkan blog saya tanpa di isi. Banyak juga penjenguk rasa sakit hati dengan catatan berkenaan. Melayu yang anti Cina 'murih' benar dengan kedatangan saya ke majlis berbuka puasa anjuran Guan Eng.

Saya tidak pasti fitnah terhadap Guan Eng itu sudah selesai atau semakin membara di Pulau Pinang. Saya percaya Umno akan terus eksploitkan isu berkenaan. Al maklumlah Zaid Hamidi seorang Islam tulen.

Tetapi menurut Dr Mohamad Nor Manute, beliau sudah mendapat penjelasan dari kerajaan Pulau Pinang mengenai isu khutbah mendoakan Guan Eng itu. Katanya tuduhan itu tidak benar. Tidak ada imam lantikan Majlis Agama Pulau Pinang yang mendoakan kesejahteraan Guan Eng dalam khutbah seperti mana yang timbul itu.

"Apa yang berlaku ialah imam jemputan yang membaca khutbah itu. Imam itu mendoakan kesejahteraan kerajaan Pulau Pinang dan bukan istimewa untuk Guan Eng." begitu jelas Dr Muhammad Nor Manute ketika bertemu dengannya sekejap tadi, di rumah Tengku Razaleigh Hamzah. Permainan isu khutbah itu menunjukkan Zahid Hamidi yang memimpin Umno Pulau Pinang tak ubah seperti petani yang sudah kehabisan baja untuk pokoknya di mana sanggup mengambil najis sendiri sebagai pupuk.

Kehadiran saya ke majlis berbuka puasa anjuran Guan Eng itu menyebabkan ada yang telah menganggap saya diperdaya oleh Guan Eng. Mereka mengkelaskan saya sebagai Melayu yang mudah dipujuk? Wah, kontroversi juga dari sisi otak sesetengah penjenguk. Saya rasa tak salah untuk saya hadir pada majlis berkenaan. "Saya adalah saya" yang tidak pernah membentangkan sempadan dengan sesiapa pun! Saya boleh berkawan dengan sesiapa juga. Dalam konsep ini benarlah kata Tok Guru Ana, kalau syaitan sedia membantu untuk kebaikan dengan syaitan pun boleh berkawan. MasyaAllah, masyaAllah!

Rasanya dua tiga penjenguk setia blog saya yang tidak faham dengan tulisan itu dan menuduh saya boleh diupah nasi sepinggan untuk memuji Guan Eng ialah mereka yang otak kemetot dan dangkal. Mereka yang otak kemetot senantiasa mempersempitkan pemikiran mereka dengan perkara jumud begitu dan selalunya merasakan pandangan dan tindakan mereka saja yang baik.

Sekali lagi saya nak jelaskan kehadiran saya pada majlis Guan Eng kerana dia "memadah" saya. Dia menitikkan pesanan. Justeru saya menghormatinya.

Seribu kali kalau pun saya mengenali Nik Abdul Aziz, atau Abdul Hadi kalau tidak ada pelawaan saya tidak akan pergi. Dalam Islam menghadiri majlis kenduri adalah haram kalau tidak dijemput apa lagi kalau majlis itu melibatkan protokal dan ada jamuan. Majlis seumpama itu melibatkan persediaan makanan. Kehadiran yang tidak diundang boleh menyebabkan tuan rumah bermasalah semisalnya makanan disediakan tidak mencukupi. Sebaliknya kalau dijemput kehadiran itu wajib.

Lainlah kalau pada majlis kematian atau majlis 'menolak kereta' mampus. Miskipun orang tidak jemput pun kita wajib hadir atas kapastiti sebagai orang Islam. Orang Islam patut bertolong bantu di antara satu sama lain ke arah kebaukan.

Dimaklumlan sepanjang hidup saya, saya tidak pernah menerima undangan untuk berbuka puasa dengan Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang atau mana-mana pemimpin tertinggi Pas. Tidak! Pelik bukan? Ini realiti. Saya tidak kesal, tetapi apa saya nak ceritakan Guan Eng adalah seorang pemimpin Cina yang mesra media. Kalau pun tindakan itu ada motif politiknya, itulah kebijaksanaan Guan Eng dengan ahli politik lain.

Saya dapat tahu beliau mendahului pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat lain yang meraikan petugas media dan bloger pro oposisi. Bak kata kawan sdr Sabree Shafii dalam Facebooknya, undangan Guan Eng itu menunjukkan KM Pulau Pinang itu menghayati syiar Ramdhan.

Begitu juga dengan majlis berbuka puasa atau apa-apa majlis oleh Perdana Menteri, baik di zaman sesiapa pun, saya tidak dijemput atau sengaja menghadirikan diri. Walaupun kawan-kawan pelawa dan kehadiran itu halal sebagai penulis, saya tidak hadir. Saya hanya akan hadir majlis terbuka dan bukan majlis melibatkan makan atau minum. Ini juga sebahagian dari kod etika penulis atau wartawan.

Jadi kepada penjenguk blog ini yang otak kemetok dan mempertikaikan dan menyesali kehadiran saya pada majlis Guan Eng itu harap fahamlah kenapa saya hadir majlis Guan Eng tempoh hari. Cuba jangan persempitkan pemikiran dengan fahaman-fahaman atau sikap yang menunjukkan ketertutupan (jumud) pemikiran kita.

Berbuka puasa dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dan baru sekejap tadi, sebaik sampai ke rumah dari kembara Ramadhan saya terus bergegas ke rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Ampang untuk memenuhi undangannya berbuka puasa dengan beliau. Meskipun saya masih dalam edah kembara, saya percepatkan balik demi memenuhi undangan Tengku Razaleigh. Sebenarnya sudah dua tahun saya tidak berada dalam majlis berbuka puasa di rumah Tengku Razaleigh walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak mis.

Jadi apabila hari Rabu lalu setiausaha peribadi Tengku Razaleigh, Haji Riduan menelefon dan menjemput, saya telah meletakkan jemputan itu sebagai penting dan wajib untuk saya hadir. Kerana itu walaupun keletihan saya memaksakan diri untuk berbuka puasa dengan Tengku Razaleigh dan bertarwaih bersama.

Mungkin ada juga setengah dari penjenguk nanti beranggapan saya sekali lagi diupah dengan sepinggan nasi oleh Tengku Razaleigh. Harapnya tidak begitu. Saya kira sesiapa pun tidak pernah termakan upah dengan Tengku Razaleigh bila menghadiri majlis berbuka puasa di rumahnya. Mengajak orang berbuka puasa kemudian menunaikan solat terawih beramai-ramai di surau di rumahnya merupa rutin tahunan beliau yang jarang diketahui umum termasuk juga para ustaz.

Kegitan merai dan mengimarakkan bulan Ramadhan ini sudah bertahun dilakukan Tengku Razaleigh tanpa dihebuhkan kepada umum. Saya pernah merunggut pada satu tahun sewaktu bersembahyang terawih di rumahnya, apakah ada pemimpin lain yang berbuat seperti Tengku Razaleigh ini? Atau pun di rumahnya memilik sebuah surau yang boleh memuatkan sekitar 140 orang? Saya kira tidak ada.

Bukan saja pemimpin politik, rasanya raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam juga tidak berbuat demikian. Adakah istana raja yang setengahnya mempunyai bilik lebih dari 20 buah memiliki surau sebesar surau di rumah Tengku Razaleigh? Kemudian diimarakkan surau itu dengan sembahyang terawih dan tadarus Quran di sepanjang bulan Ramadhan. Rasanya tidak ada?

Inilah kelebihan yang ada kepada Tengku Razaleigh tetapi tidak ada kepada rumah orang lain. Tapi tidak banyak yang mengetahui kelebihan ini. Apabila difikirkan, kesedaran dan kewajiban Tengku Razaleigh ini samalah apa yang dibuat oleh Nik Aziz dan para pemimpin Pas yang lain atau para tok guru dan ulama dahulu. Di tepi rumah mereka ada masjid atau surau yang kemudian rumah Allah itu diceriakan dengan kegiatan agama. Maka begitu juga dengan Tengku Razaleigh ada surau yang dimeriahkan dengan kegiatan agama, yang berbezanya dia bukan ustaz dan tok guru.

Bukan bermakna saya ingin mengatakan Tengku Razaleigh lebih agamanya. Tetapi dalam menganjurkan kegiatan dan menyediakan tempat ibadat Tengku Razalegih ternyata telah mendahului beberapa bekas perdana menteri dan perdana menteri waktu ini. Sepatutnya apa yang disedaiakan Tengku Razaleigh itu juga terdapat di rumah bekas-bekas pemimpin negara yang lain.

Seperti mana sebelum ini majlis berbuka puasa rumah Tengku Razaleigh tetap meriah. Semua jemputannya hadir. Dan mereka yang hadir adalah mereka yang juga hadir pada tahun tahun sebelum ini. Malahan ada muka-muka baru yang sebelum ini tidak nampak dan agak liar dengan Tengku Razaleigh kerana masalah politik juga kelihatan.

Kehadiran yang konsisten ini menggambarkan bahawa kawan dan sahabat, penyokong dan pengkagumnya tetap bersamanya. Mereka ini yang setia dengannya. Mereka yang bersimpati atas nasib politiknya yang kurang bernasib baik. Mereka ini adalah yang iklhas bersama Tengku Razaleigh kandatipun Tengku Razaleigh tidak mempunyai kuasa meluluskan projek atau mengurniakan AP.

Dan malam ini satu saya melihat tetamu Tengku Razaleigh terus bertambah. Kalau sebelum ini kebanyakan tetamunya terdiri dari pemimpin NGO, pegawai tinggi kerajaan yang telah pencen, ataupun rakan-rakan politik, penulis dan sasterawan yang mengkagumi perjuangan istiqamah Tengku Razaleigh mengenai Melayu, tetapi kali ini kedapatan beberapa bekas menteri dan timbalan menteri kabinet. Kelihatan juga beberapa beka ketua bahagian Umno dan ahli korporat yang bernasib malang dalam politik. Tidak ketinggalan juga rakan Tengku Razaleigh yang menjadi pemimpin dalam parti pembangkang - Pakatan Rakyat.

Mungkin Tengku Razaleigh tidak merasai bahawa kawannya makin bertambah - sebab beliau tidak jadikan majlis itu majlis politik, tetapi saya melihat ke situ. Mereka yang hadir ini rata-rata yang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dalam Umno kini. Mereka ini juga yang baru sedar kebenaran yang Tengku Razaleigh perjuangkan selama ini. Ironisnya ada yang datang itu mereka yang dulu menentangnya, atau pun bersekutu dengan lawan Tengku Razakeigh dalam politik Umno.

Sebelum balik.. ketika berbual dengan Tengku, katanya Ramadhan kali ini bagi ada sedikit kelainan di mana dia tidak menjemput rakan-rakan politik di kalangan vvip dan juga tetamu di raja. "Kali ini saya hanya panggil rakan-rakan yang ada pada majlis ini saja." Bila ditanya kenapa, Tengku tidak menjawab dan hanya tersenyum. Saya cuba menyelaminya kenapa, mungkin rakan-rakan yang disenaraikan dalam tetamu malam ini mereka lebih ikhlas ataupun lebih menyeronokkan beliau sebagai tuan rumah. [wm.kl. 6:20 am 23/08/10]

Tiada ulasan: