Rabu, 18 Ogos 2010

.

.


Selepas Sahur

Posted: 17 Aug 2010 02:28 PM PDT

Setiausaha Akhbar Menteri Disiasat SPRM?

JAM 1:35 pagi tadi seorang kawan lama menghantar SMS bertanya apakah saya sudah dengar cerita seorang setiausaha akhbar seorang menteri telah disiasat oleh SPRM. Katanya, beliau telah diberitahu oleh pegawai di kementerian berkenaan petang tadi. Kawan ini juga bekas pegawai di kementerian berkenaan. Si setiausaha akhbar itu juga merupakan rakan sepejabatnya satu masa dulu.

Walaupun mata sudah mengantuk, saya membalas juga SMS rakan itu dengan memberi tahu tidak dengar lagi. Beliau membalas memberi tahu cerita itu sudah kecur di pejabat kementerian berkenaan. Tapi belum ramai orang yang tahu. Bagaimana pun pegawai dalaman sudah pun mengetahuinya.

Menurut rakan itu, setiausaha akhbar berkenaan disiasat kerana gaya hidupnya yang mewah. Berkereta BMW, jam tangan berharga RM25k, rumah dekat RM1 juta dan berbelanja seharian cukup mewah. Kekayaan itu katanya tidak mampu dengan pendapatan sebagai seorang setiausaha akhbar. Begitulah kata kawan itu. Tambah beliau lagi setiausaha akhbar ini juga memang baik dengan beberapa ahli politik sejak sebelum menjawat jawatan itu kira-kira tiga tahun lepas.

Bila ditanya bila setiausaha akhbar itu kena siasat kawan itu lupa tarikhnya. Tetapi beliau jamin 100% kejadiannya benar. Menurutnya lagi seorang rakan bekas sepejabat dengan setiausaha akhbar berkenaan juga memberitahunya tentang kejadian itu. Malahan berita kawan setiausaha akhbar itu dia sendiri turut disiasat berhubung kes ini.

Hari ini kawan itu berjanji akan memberi maklumat detail mengenai berita ini. Apabila semuanya butiran sudah diperolehi nanti akan diketahuilah siapa gerangan setiausaha akhbar berkenaan. Dan saya juga sedang menghubungi beberapa 'mata-mata gelap' lain untuk mengesahkan berita awal pagi yang penuh sensasi ini. [wm.kl. 5:30 am 18/08/10]

Tiada ulasan: