Blog-list Malaysia |
- Skrip Beng Hock Sama Dengan Anwar
- Umno Selangor Telah Memalukan Najib Razak
- Saya Ada Tugas Murni Untuk Dilaksanakan Di Felda - Yusuf Nor
- PAS Kesal SPRM Enggan Siasat MAS
- Zahid Hamidi Dengki Tak Bertempat
- Nurul Izzah - Siapa Pengkhianat Sebenarnya?
- Mahfuz - Jangan Percaya Sandiwara Chua-Muhyiddin
Skrip Beng Hock Sama Dengan Anwar Posted: 20 Aug 2010 12:57 AM PDT Lebih sedekad lalu, kerajaan mencadangkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencederakan dirinya sendiri selepas didapati beliau mengalami kesan luka dan lebam pada tubuh dalam tahanan polis. Kali ini, skrip yang sama diulang di inkues kematian Teoh Beng Hock apabila peguam mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata mendiang telah mencekik dirinya sendiri, dalam pengawasan pihak berkuasa. Banyak pihak berkata cadangan Datuk Abdul Razak Musa itu amat melucukan. Bahkan ada pembayar cukai yang berasa malu wang mereka digunakan untuk menggaji peguam seperti itu. Menyifatkan ianya sebagai satu ciptaan-ciptaan pihak yang cuba melindungi diri mereka sendiri dan bertujuan untuk membuktikan Teoh Beng Hock membunuh diri, masyarakat mula mempersoal kewujudan bukti-bukti baru tersebut sedangkan siasatan serta pemeriksaan awal tidak pula mengatakan beliau mencekik dirinya sendiri. Selain dari itu tidak kurang juga komen yang mengatakan ia adalah idea lucu,bodoh dan tidak masuk akal dan jelas sekali memperlakukan seolah-olah rakyat Malaysia bodoh sehingga tidak boleh menilai kebenaran dari perkara tersebut. Rentetan dari kronologi kes tersebut dan juga beberapa kes yang 'unik' itu Malaysia, terutamanya dalam bidang perundangan mungkin bakal mendapat soratan meluas dunia dengan label tertentu. |
Umno Selangor Telah Memalukan Najib Razak Posted: 19 Aug 2010 10:07 PM PDT Program Umno Di Masjid Gagal ,Atas Bantahan Ahli Kariah Akhirnya Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor tak jadi datang ke Majid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS. Akibat tentangan kuat dari ahli-ahli kariah khasnya Nazir dan SU Masjid majlis berbuka puasa bersama Najib itu, anjuran Umno Selangor terpaksa dipindahkan pada saat-saat akhir dari Masjid berkenaan ke tapak letak kereta berhadapan Masjid as Salam di Taman Sri Manja juga di PJS. Itu pun pihak penganjur masih dengan bongkak menaikkan sepanduk dan kain rentang parti bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka itu tanpa kebenaran mana-mana pihak. Negeri ini kan ada peraturan, ikutlah peraturan. Akhirnya pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya PJ (MBPJ) telah bertindak menurunkan bendera dan kain rentang mereka itu. Bukankah majlis ini sudah dipersetujui dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)? Bukankah antara syaratnya tidak dibenarkan sebarang bendera atau kain rentang parti politik dinaikkan? Kerajaan negeri menghormati hak PM untuk turun berjumpa rakyatnya, tetapi apabila turun ke negeri ini,maka undang-undang dan peraturan negeri perlulah dipatuhi dan turut dihormati. Kalau ikut nafsu Noh Omar dan Khir Toyo memanglah begitu. Akhirnya kerana tidak menghormati undang-undang dan peraturan yang diguna-pakai mereka sendiri menjadi susah. Kedatangan Najib dan majlis berbuka puasa diadakan juga di bawah khemah di tapak letak kereta itu. Segala ucapan dan majlis bantuan diadakan di bawah khemah dan tidak di masjid, kerana mereka tahu jika buat di masjid sudah pasti mereka perlu patuhi peraturan yang dikenakan Jawatankuasa Masjid. Akhirnya mereka sekadar bersolat di masjid. Itupun terpaksa mendengar tazkirah pula oleh penceramah jemputan masjid. Khabarnya Najib tidak tinggal untuk dengar tazkirah sebaliknya angkat kaki dan pulang ke Putrajaya. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli kariah kedua-dua masjid kerana berjaya menyekat masjid dari digunakan sebagai gelanggang politik oleh mereka-mereka yang "desperado" di Selangor ini. Syabas juga kepada ahli majlis yang bertindak menurut peraturan walaupun terhadap majlis PM! Sesungguhnya peraturan yang ada bukannya menghalang sekadar majlis kibar bendera dan naikkan kain rentang, tetapi perlulah dipatuhi. Proses kelulusan dan kebenaran perlu dilalui walaupun ke atas siapa tanpa memilih bulu. Kalau dulu semasa BN ada arahan mengharamkan terus permohonan dari parti pembangkang tetapi kerajaan sekarang beri kelonggaran, syaratnya patuhilah proses yang ada. Syabas sekali lagi semua pihak yang berani mempertahankan kebenaran di PJS......kita tunggu nasib Pengarah JAIS. Dipetik dari : http://n32.blogspot.com/ |
Saya Ada Tugas Murni Untuk Dilaksanakan Di Felda - Yusuf Nor Posted: 19 Aug 2010 07:39 PM PDT Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah sengaja mencari "publisiti murahan" kerana terus mendesak agar mendedahkan pendapatan yang diterima selaku Pengerusi Felda. Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari "publisiti murahan". "Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan. "Kami ada tugas yang murni untuk dilaksanakan," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sivarasa yang masih mendesaknya agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda. Bagaimanapun Sivarasa menegaskan beliau tidak akan membuat pendedahan itu terlebih dahulu, tetapi mahu Yusof sendiri menjelaskan jumlah sebenar pendapatannya. Sivarasa berkata, Yusof (gambar) sepatutnya mendedahkan ganjaran yang diterima kerana beliau berkhidmat dengan sebuah agensi ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat. "Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat, jadi sebagai seorang pengerusi beliau (Yusof) patut dedahkan pendapatan tahunannya kepada umum terutamanya kepada peneroka. "Lagipun ia sudah menjadi amalan biasa seorang pengerusi yang bekerja dengan badan berkanun dedahkan pendapatan mereka," katanya. Pada Sabtu lalu Sivarasa mencabar Yusof agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda. Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun. Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa. Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau. Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut. "Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan. "Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh," kata Yusof lagi. Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit. Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu. |
PAS Kesal SPRM Enggan Siasat MAS Posted: 19 Aug 2010 07:35 PM PDT Naib Presiden PAS Pusat Salahuddin Ayub meluahkan rasa kesal terhadap keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerugian sebanyak RM8 bilion yang dialami oleh Malaysia Airline System (MAS). "Alasan SPRM bahawa kes ini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan SPRM tidak mempunyai kuasa, tidak boleh diterima," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, selepas mengadakan pertemuan dengan SPRM. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerugian MAS ini telah berlaku hampir 10 tahun yang lalu tapi pihak berkuasa masih berdolak dalih bagi melengahkan siasatan. "Saya amat kecewa dengan alasan yang diberikan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustapa Ali yang langsung tidak membantu untuk menyelesaikan penyelewengan MAS ini," katanya. Ujar beliau, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak perlu memain peranan menyelesaikan kemelut MAS dengan segera supaya ia akan menjadi ikhtibar kepada semua pihak. Dua PM tidak siasat "Dah dua perdana menteri yang bergelar Tun gagal menyelesaikan isu kerugian MAS ini, tak kan Najib pun turut melindungi dalang disebalik kerugian besar ini," ujarnya. Salahuddin berkata, beliau akan menunggu jawapan daripada pihak SPRM kepada dokumen yang diserahkan dan jika SPRM masih gagal, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Yang Dipertuan Agong. "Saya selaku ahli parlimen yang mempunyai hak akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk melakukan penyiasatan terhadap kes kerugian MAS ini. "Dalam perbincangan tadi, saya juga mengesyorkan kepada SPRM supaya memohon dipinda Perlembagaan Negara agar memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM. "SPRM selalu memberi pelbagai alasan dengan menyatakan pihaknya tidak dapat mendakwa orang yang tertuduh kerana kuasa pendakwaan adalah dibawah Peguam Negara," katanya. Salahuddin sebelum ini mendakwa bahawa pendedahan maklumat sulit berkenaan kerugian RM8 bilion daripada SPRM kepada polis menyebabkan bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut masih tidak didakwa. "SPRM telah mendedahkan dokumen butiran yang diberikan oleh MAS kepada PDRM untuk membantu Tajuddin supaya beliau tidak akan disiasat. Ini bertentangan dengan Akta SPRM," ujar beliau. MAS mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika Tajuddin menerajui syarikat berkaitan kerajaan itu di antara tahun 1994 hingga 2001 sebagai pengerusi eksekutif. |
Zahid Hamidi Dengki Tak Bertempat Posted: 19 Aug 2010 07:25 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. "Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat," kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka. "Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi. Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan. Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. "Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya. Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya' Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan. "Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri," kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan. "Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan," katanya. |
Nurul Izzah - Siapa Pengkhianat Sebenarnya? Posted: 19 Aug 2010 03:00 PM PDT Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal. Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama. Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara? Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan. Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi. Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan. Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan. Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu? |
Mahfuz - Jangan Percaya Sandiwara Chua-Muhyiddin Posted: 19 Aug 2010 02:04 AM PDT PAS dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan rancangan terbaru BN mengenai pertelagahan antara Tan Sri Muhyiddn Yassin dengan Datuk Dr Chua Soi Lek berhubung cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan Presiden MCA, Chua Soi Lek tersebut sebenarnya untuk mencuit emosi pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya mengambil sikap cauvinis seperti Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). "Apa yang dilakukan oleh Presiden MCA (Chua) ini lebih untuk mencuit kita (PAS) dan Pakatan Rakyat, mereka mahu kita dilihat cauvinis macam mereka," ujarnya. Katanya lagi, sekiranya provokasi Chua itu berjaya, sekaligus dapat menimbulkan rasa benci rakyat pada PAS dan Pakatan Rakyat sebagaimana mereka membenci politik perkauman Umno BN pada pilihan raya umum lepas. "Untuk ajak orang Cina bersama MCA atau Umno atau BN, susah sebab rakyat tolak politik perkauman," ujarnya. "Pilihan yang ada adalah mencetuskan semua ini supaya rakyat boleh benci kita pula semacam rakyat benci politik perkauman mereka ini." Sambil menyifatkan inisiatif Chua sebagai opera cina serta mengulangi sandiwara Lim Kim Sai, Timbalan Presiden MCA pada tahun 1987 lalu, beliau mendakwa Chua cuba mencipta Operasi Lalang kedua sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Inilah persembahan opera terbaru MCA, dia (Chua) nak ulangi apa yang dilakukan oleh Lim Kim Sai, dia mungkin nak cetuskan apa yang pernah berlaku 23 tahun lalu," tegasnya. Manakala, dakwanya lagi tindakan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memberi amaran pada Chua seakan mengulangi peranan Datuk Harun Idris (Ketua Pemuda Umno) membakar emosi orang-orang Melayu supaya anti Cina. "Muhyiddin pula ambil peranan Harun Idris dengan pementasan bangsawannya rendah moral bagi membakar semangat Melayu," beliau menambah. Dalam pada itu, beliau mempersoal motif Chua kerana tidak mengajak DAP bersama-samanya mendesak kerajaan pusat menghapuskan kuota Bumiputera. "Bila Chua kata MCA akan cuba sependapat dengan DAP, maknanya dia cuba bersandar DAP dan tak boleh tolak DAP, kalau dia tolak DAP, Cina akan jauh dari MCA dan BN. "Chua buat ini semua supaya orang-orang Melayu rasa terancam konon-kononnya MCA dan DAP bersatu, supaya heret orang Melayu dan orang-orang PAS sokong BN macam dulu," ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal niat Chua kerana tidak menjemput Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri bersama-samanya memperjuangkan cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera itu. "Kalau ya cadangan Chua itu adalah resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia, saya nak tanya: mengapa dia (Chua) tak ajak sekali DAP, tak ajak Guan Eng hapuskan kuota Bumiputera," soalnya sambil memuji tindakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kerana paling awal bertindak memberi nasihat kepada pemimpin DAP supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara Chua dan Muhyiddin. Begitu juga dengan Umno, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempopularkan slogan 1Malaysia supaya orang-orang bukan Melayu tidak terus menolak politik perkauman parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Dengan sandiwara Chua-Muhyiddin, tambahnya lagi mungkin mampu membendung orang-orang Melayu dari melengkapkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. "Saya ingat Chua atau Muhyiddin pun tahu bahawa sokongan rakyat pada pilihan raya dulu (PRU12) umumnya adalah ehsan orang-orang Melayu, dia nampak takut kalau orang-orang Melayu sokong kita pada pilihan raya depan (PRU13)," beliau menambah. Melihat pada politik kotor Chua dan Muhyiddin, beliau mencadangkan kepemimpinan PAS serta Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya mempopularkan suatu jaminan sosial yang lebih jujur lagi dinamik kepada rakyat dalam masa terdekat ini. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan