Blog-list Malaysia |
- Ibu Kugan Akhirnya Berjaya Hantar Petisyen Kepada Yang Di-Pertuan Agong
- Zambry Rampas Tanah Untuk Kroni
- Saya lebih baik daripada Khir Toyo
- Apa Beza Kain Rentang Hina Sultan Johor Dan Sultan Terengganu
- Ghani Patail Memalukan Kehakiman Negara
| Ibu Kugan Akhirnya Berjaya Hantar Petisyen Kepada Yang Di-Pertuan Agong Posted: 13 Aug 2010 12:55 AM PDT Percubaanya yang untuk kali ketiga ini adalah demi mendapatkan keadilan bagi anaknya yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis. Kugan yang ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta, meninggal dunia lima hari kemudiannya. Mendiang meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya. Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam dan menyebabkan keluarganya yang tidak berpuas hati menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua. Keluarganya mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair. Terdahulu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis itu sebagai kes bunuh. |
| Zambry Rampas Tanah Untuk Kroni Posted: 12 Aug 2010 09:05 PM PDT ![]() Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin Umno peringkat bahagian. Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin Umno berkenaan. Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd. Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT). "Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng," ujarnya. Katanya, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab. Kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ujarnya tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. "Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas," ujarnya. Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan itu. Beliau berkata, sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang. Lih Kang juga menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes itu. "Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun," katanya lagi. Ini, ujarnya menunjukkan bahawa Umno Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun sudah rakus dan rasuah. Untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku lagi, beliau menggesa agar Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes itu dijalankan di samping membatalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani. Di samping itu, katanya wakil rakyat Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud. Selain itu, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya Exco bukan Umno perlu menjelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes itu daripada berlaku. - Harakah Daily |
| Saya lebih baik daripada Khir Toyo Posted: 12 Aug 2010 08:58 PM PDT Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya. "Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak. "Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri. "Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri." Dalam wawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh. "Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun," kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu. Ketawa besar Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange. Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya. "Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air," katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor. Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet. Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut. "Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi," jelas bapa kepada empat orang anak itu. Hanya satu isteri Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran. Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah. "Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini," kata Khalid. Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu. Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu. Bagaimanapun, jawab Khalid: "Ini jawatan lama." |
| Apa Beza Kain Rentang Hina Sultan Johor Dan Sultan Terengganu Posted: 12 Aug 2010 06:43 PM PDT Ini dia wajah Dalang kain rentang Derhaka Oleh Ustaz Saiful Bahri
Bagi mereka politik menghalalkan cara ini sudah menjadi darah daging. Krisis raja-raja melayu sekian lama sebelum ini termasuk yang terakhir dizaman Mahathir adalah UMNO yang menjadi dalangnya. Tetapi malangnya pembangkanglah yang dapat tahik. Akhirnya pemimpin PAS juga yang diISAkan. Ketika Idris Jusoh gagal menjadi MB Terengganu lalu keluarnya kain rentang dengan tulisan "Aku Nak Deris Natang". Siapa dalangnya? Siapa yang buat kalau tidak UMNO. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tindakan dibuat. Kalaulah pembangkang yang lakukan nescaya macam filem P.Ramlee jadinya. Di putar setiap masa dan zaman sehingga membekas dalam kepala rakyat bahawa Pas, PKR dan DAP sebagai penderhaka. Apa yang terjadi di Perak. Pas yang dilabelkan sebagai penderhaka. Bagi rakyat yang bodoh terus ditelan ke dalam perut. Seolah-olah UMNO lah juara dan pembela institusi kesultanan dan raja-raja. Kini Idris Jusoh, Bekas MB Terengganu, selaku Pengarah Pilihanraya UMNO. Tidak hairan kalau agenda memperlagakan pembangkang dengan institusi Raja di Johor muncul.Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional. Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi. Datuk Chua merujuk kepada ucapan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Pembangkang perlu memohon ampun dan maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menggunakan gambar baginda pada kain rentang sempena kempen Parti Keadilan Rakyat di Johor baru-baru ini. Sambil menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pembangkang tidak wajar mengeksploitasi dan menggunakan nama baginda Sultan bagi kepentingan politik mereka."Saya tak tahu sama ada perkara ini melanggar undang-undang atau tidak. Apa pun mereka perlu memohon ampun kepada raja. Mereka tidak patut mengulangi perkara ini lagi. "Bila raja sudah murka, pihak yang dimurkai itu perlu memohon ampun dan maaf kepada baginda. Itu perkara biasa bagi adat kita sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau. Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar. Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal. Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya. Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor. "Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau. Kita tengoklah nanti. Kalau didapati kerja ini kerja UMNO nescaya akan diperap dibawah karpet saje isu ini nanti. Pihak Polis, SPRM, Majlis daerah hanya akan hanya bertindak jika selain daripada UMNO. Apatah lagi jika terlibat dengan golongan OKU nescaya mereka telah mengatasi undang-undang. Hilang macam tu aje. Kita nak orang yang bertanggung-jawab hendaklah dihukum dan bukannya seperti apa yang terjadi dalam isu kain rentang di Terengganu. Ianya menghina Sultan Terengganu bahkan selaku Yang Dipetuan Agong. Tetapi rakyat jangan lupa UMNO ni merupakan spesisi batu-api yang akan memperlagakan sesiapa sahaja yang menjadi musuh mereka. Mereka cuba memperlagakan sesame pimpinan PAS. Sesama parti dalam Pakatan Rakyat bahkan sesame mereka sendiri. Apatah lagi dengan institusi kesultanan dan Raja-raja Melayu. Semasa mereka hendakkan sokongan Raja mereka sentiasa mewiridkan rukun Negara sebagai penyokong setia raja-raja berpelembagaan. Semasa mereka berkonfrantasi dengan sultan keluarlah media kisah "Hang Jebat. Sultan Adil Sultan di Sembah dan Sultan Zalim Sultan diSanggah" "Antara dua darjat" dan macam-macam lagi. Kalau ada lagi yang terpaut hati dengan UMNO ni.. ish 10X memang betul-betul butalah tu. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ |
| Ghani Patail Memalukan Kehakiman Negara Posted: 12 Aug 2010 05:28 AM PDT Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan "rasa tidak puas hati, marah dan kecewa" berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya. Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan. "AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan," petik kenyataan itu. "Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?" Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka. "Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah)," kata keluarga itu. Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh. Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner. Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan