Blog-list Malaysia |
- 11 Empangan Baru Di Sarawak Dikuasai Keluarga Taib Mahmud
- Jaga Muhyiddin... Najib dah nak balik weeh!
- Muhyiddin Yasin Dalang Lagakan PKR Dan Sultan Johor
- Semoga Allah Melaknat Kamu
- Bekas MB Johor Dalang Sebenar
- Khir Toyo Dan Umno Pengkhianat Rakyat Selangor
- Kamera Tersembunyi Dijumpai Di Bilik MB Selangor
| 11 Empangan Baru Di Sarawak Dikuasai Keluarga Taib Mahmud Posted: 11 Aug 2010 10:10 PM PDT DAP Sarawak mahu pembinaan 11 empangan di negeri itu dihentikan segera kerana hanya syarikat-syarikat milik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud sahaja yang akan menerima faedahnya."Kedua-dua Cahaya Mata Sarawak (CMS) dan Naim Cendera adalah dua syarikat milik ahli keluarga beliau. "CMS ialah pembekal tunggal simen di Sarawak manakala Naim Cendera ialah sebuah syarikat pembinaan; hanya dua syarikat ini yang akan mendapat keuntungan," kata Setiausaha DAP negeri, Chong Chieng Jen. Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Kuching berkata, rakyat Sarawak dan para pembayar cukai, bukan sahaja akan rugi tapi akan menjadi tebusan. Di samping itu, empangan Bakun dan Murum, yang kini sedang dalam pembinaan, kerajaan juga membina 11 empangan lagi termasuk empangan Baram dan Bengoh "Empangan-empangan ini tidak praktikal dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Pokok-pokok akan musnah, sistem-eko akan rosak dan kehidupan penduduk pribumi akan bercempera," kata Chong. "Masa depan anak-anak kita menjadi gelap kerana dana kerajaan negeri menjadi kering untuk membiayai projek pembinaan empangan-empangan ini." Penawaran yang berlebihan Beliau berkata, "tidak ada gunanya lebih banyak empangan dibina kerana keperluan tenaga di negeri ini hanya sebanyak 900MW, iaitu lebih dari mencukupi." "Dengan mengambil kira penawaran tenaga elektrik dari empangan Bakun dan Murum maka kapasiti tenaga di negeri ini akan meningkat kepada 2,400MW. "Ini melebihi keperluan kami. Memandangkan kami tidak memerlukan tenaga yang banyak maka kesemua ini akan membawa kepada pembaziran. "Kita juga tidak dapat mengeksport tenaga ke Semenanjung kerajaan kos memasang kabel di bawah laut terlalu mahal," katanya, menambah Semenanjung juga mempunyai lebihan sebanyak 40 peratus tenaga dan tidak memerlukan tenaga elektrik dari Sarawak. Chong mendesak supaya kerajaan negeri mengurangkan tarif elektrik kepada sektor komersial dan industri di negeri itu, kerana elektrik yang dijanakan oleh empangan Bakun adalah lebih murah. |
| Jaga Muhyiddin... Najib dah nak balik weeh! Posted: 11 Aug 2010 08:39 PM PDT Menjelang kepulangan PMNajib ke tanahair, Timbalannya Muhyiddin membuat dua ulasan. Barangkali 2 ulasan ini sebagai "penyedap hati" maupun "pelepas diri" akibat kenyataannya semasa PM Najib bercuti di luar negari. Muhyiddin terpaksa mencipta beberapa isu agar PM Najib "lupa" tentang kenyataanya menyokong Dr.Mahathir yang mengkritik slogan Najib 1Malysia. Pertamanya, Muhyiddin cipta isu ,"lontar batu sembunyi tangan" berkenaan penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang PKR. Muhyiddin dengan "kebodohan dan gelojohnya" menyeru PKR minta maaf kepada Sultan Johor sedangkan polis masih menyiasat. Terkini, Pengerusi PKR Johor mendedahkan kerja jahat ini dilakukan oleh bekas MB Johor. Tentunya yang dimaksudkan oleh beliau adalah Muhyidin.Rekod menyatakan semasa isu Mahathir menghina Raja-Raja Melayu,Muhyiddin adalah MB Johor. Muhyiddin juga sekonyong-konyong menjelang kepulangan Najib dari bercuti mengaku setia terhadap PM Najib.Beliau membuat pengumuman itu semasa merasmikan pelancaran sebuah buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" hari ini. Nada beliau mengulangi "ayat-ayat cinta" Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semasa era Mahathir. Kesemua mereka "ditendang" oleh Mahathir, sifu Najib. Tidak mustahil Muhyiddin bakal alami mimpi ngeri ini. Tok Pepijat |
| Muhyiddin Yasin Dalang Lagakan PKR Dan Sultan Johor Posted: 11 Aug 2010 06:00 PM PDT Selepas gagal memisahkan Pas dari Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan dengan DAP, pimpinan Umno kini cuba melaga-lagakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan institusi istana.Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, semua ini didalangi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi meraih sokongan rakyat melalui usaha memburuk-burukkan PKR dengan membawa fitnah. Umno dipercayai terlibat mendalangi penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi melagakan-laga PKR dan istana. Baik Chua mahupun PKR Johor sudah membuat penafian terlibat dalam mencetak kain rentang ini dan menyifatkan usaha berkenaan sebagai strategi jahat Umno yang gerun dengan kemaraan Pakatan Rakyat. "Sepertimana yang saya pernah cakap dulu, Mahyuddin memang batu api. Sekarang sekali lagi dia tunjukkan kemahiran dia mahu laga-lagakan Chua dan PKR dengan Sultan. "Dia (Umno) tak boleh menang pilihan raya atas dasar pemerintahan BN, dia hanya akan menang dalam pilihan raya sekiranya dia menjadi juara batu api di kawasan nusantara," katanya. Peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai batu api semakin terdedah apabila Timbalan Perdana Menteri itu begitu galak menggesa Pakatan Rakyat memohon ampun kepada Sultan Johor berikutan isu berkenaan. "Sepatutnya selidik dulu adakah benar atau tidak ia dilakukan oleh PKR. Ia jelas mainan politik BN untuk melagakan PKR dengan istana," katanya. Kebelakangan ini ceramah Anwar di pelusuk Johor mendapat sambutan menggalakkan dari segenap lapisan rakyat sekalipun johor selama ini dianggap kebal dari pembangkang. Dalam hal ini, Chua memainkan peranan penting bagi menembusi Johor. ini menjadikan beliau sebagai sasaran fitnah juak-juak Umno. "Walaupun Chua adalah Pengerusi PKR Johor, tidak semestinya kalau dia menang pilihan raya, akan jadi MB kerana perkara ini jelas dari segi amalan kita di Perak dulu dan di Selangor. "Seperti Azmin jadi ketua PKR negeri tapi Khalid jadi MB. Jadi, ini sengaja dimainkan oleh Umno untuk melaga-lagakan Umno - mahu timbulkan perkauman apabila orang Cina jadi MB. "Ini politik jahat. Ini kerja Umno. Kita tak sebodoh itu untuk kaitkan Sultan dengan Chua dengan jawatan MB Johor dan sebagainya," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor. |
| Posted: 11 Aug 2010 09:28 AM PDT Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya. Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami. Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah. Sekian, terima kasih. Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat. |
| Posted: 11 Aug 2010 09:24 AM PDT Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu. Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya. Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor. "Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya." Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat. "Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu. "Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis." Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu. "Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com. Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair. Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR. "Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini," katanya. |
| Khir Toyo Dan Umno Pengkhianat Rakyat Selangor Posted: 11 Aug 2010 01:59 AM PDT Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat. Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu. Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021). Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air. Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat. Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya. Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik. "Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah. Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet. Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan UMNO- BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat. mi kerugian sekurang-kurangnya RM8 bilion berikutan kecuaian bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo dalam merunding perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Sebaliknya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedia berdepan dengan tindakan mahkamah berikutan keengganan memenuhi perjanjian konsesi yang memerlukan tarif air dinaik hingga membebankan rakyat. Kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Khir sebelum ini menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas yang membenarkan syarikat itu menaikkan tarif mengikut tempoh tertentu. Mengikut perjanjian, Syabas dibenar menaikkan tarif sebanyak 37 peratus pada 2009,25 peratus (2012), 20 peratus (2015), 10 peratus (2018) dan lima peratus (2021). Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang melampau jika kerajaan negeri mengambil alih pengurusan air. Malah, kerajaan negeri tidak gentar berdepan ugutan saman 1 bilion ringgit yang difail Syabas walaupun syarikat ini mendapat sokongan kerajaan Pusat. Ini kerana kerajaan Selangor lebih mementingkan rakyat yang layak, mampu menikmati hasil dari dasar termasuk pemberian diskaun, insentif dan sebagainya. Dalam kenyataan media, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin menganggap Dr Khir patut berasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat keranan kecuaiannya menghalang rakyat menikmati perkhidmatan air yang lebih baik. "Rakyat Selangor berhak mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir Toyo seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam tatacara mentadbir negeri ini," kata Faekah. Faekah juga mengulangi gesaan supaya dokumen perjanjian air dan laporan audit didedah kepada umum supaya rakyat tahu hal sebenar dan hal ini wajar dibawa ke mesyuarat Kabinet. Langkah wajar bagi mendedahkan penganiayaan UMNO- BN terhadap rakyat melalui pemberian konsesi ini kepada syarikat kroni, akan diteruskan bagi memberi kefahaman kepada rakyat. |
| Kamera Tersembunyi Dijumpai Di Bilik MB Selangor Posted: 11 Aug 2010 01:41 AM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis. Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah. Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan