Blog-list Malaysia |
| Umno Johor Jangan Buat Kerja Bodoh Posted: 10 Aug 2010 02:51 PM PDT ![]() SENAI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka. Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PR mendakwa, kain rentang yang tertera 'PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor', dilakukan UMNO. Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR. Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru. "Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR," katanya kepada :Sinar Harian:, semalam. Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya. "Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka," katanya. Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai 'kerja' orang-orang UMNO. "UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami," katanya. | ||||
| Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib Posted: 10 Aug 2010 05:21 AM PDT Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.
Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta. Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.
Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud. "Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen," kata Sarawak Report semalam. "Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco."
"Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham," petik artikel itu. "Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya." Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California. Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya. Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu. Ked
Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan. "Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?" akhiri artikel itu. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan