Sabtu, 28 Ogos 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Bagaimana Lori treler ini boleh berani berada di atas jalanraya ?

Posted: 28 Aug 2010 07:41 AM PDT





Petang tadi dalam perjalanan ke Putrajaya untuk berbuka puasa dirumah anak saudara aku, sempat aku snap 2 gambar lori treler diatas di jalan berhampiran Klang Sentral. Apabila aku ternampak saja lori treler yang mungkin membawa muatan kabel ini, aku dah nampak ada banyak yang tidak kena dengan nya. Pada pendapat aku, antara nya ialah:

1. Lori ini tidak stabil kerana muatan yang dibawa terlalu tinggi dan platform untuk gelung kabel juga tidak stabil dan tidak berkedudukan rata dengan lantai lori. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika sedikit kesilapan apabila mengambil selekoh yang tajam.

2. Setahu aku dan yang pernah aku nampak dulu dulu, kalau lori treler bawa muatan sebegini, dibahagian belakang nya mesti ada kain merah atau lampu merah.

3. Selalu nya lori bermuatan begini hanya dibenarkan bergerak waktu malam kerana malam kurang kenderaan di jalan raya.

4. Tidak kah nampak macam lebih muatan saja?.

5. Rasa nya patut kena ada kereta pengiring dibelakang lori tersebut.

Persoalan nya ialah ada kah tuan punya syarikat pengangkutan bersaiz besar ini tahu atau tidak bahawa mereka melakukan kesalahan ?.

1. Mereka yang terlibat memang tahu bahawa mereka melakukan kesalahan tetapi tak kesah sebab mungkin kalau kena saman pun bukan nya banyak mana pun.

2. Mereka yang terlibat mungkin sudah 'kautim' dengan pihak berkuasa. So dont worry !.....lu jalan, sapa pun takda kacau.

Tu yang kadang kadang aku terfikir betapa murah nya nyawa nyawa kita semua apabila berada dijalan raya.

Sekian...berhati hati dijalan raya dan raya pun tak lama lagi

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Tiada ulasan: