Anak Sungai Derhaka |
- Tiada Nama Guan Eng disebut - Abdul Malek (Video Inside)
- Pengetua Rasis di Kedah Pula....
- isu kenyataan rasis Pengetua : Muhyiddin baru bangun dari tidur..
- Guan Eng minta Zahid Hamidi Bertaubat..
- Penang recorded RM1.52B investment in Q1 & Q2 2010 (Video inside) ~ Malaysiakini
- Soi Lek menentang Perlembagaan, kata Rais
- MCA, UMNO sama sahaja: Anwar
- Apa nak jadi dengan Zahid Hamidi ni? Berpuasa tapi memfitnah..
Tiada Nama Guan Eng disebut - Abdul Malek (Video Inside) Posted: 20 Aug 2010 02:20 AM PDT Abdul Malik Bin ABul Kassim merangkap Ah Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang, Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan sidang media di Komtar hari ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang. Malik beri penjelasan ringkas kepada wartawaan-wartawaan yang bukan beragama Islam berkenaan dengan Khutbah Jumaat. Pada kebiasaannya, Khutbat Jumaat ini dibaca oleh katib atau imam dari buku yang dicetak setiap bulan. Cuma nama DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan TYT Gabenor disebut di dalam. "Cuma orang yang kurang waras sahaja mungkin melakukan perbuatan menukar nama Agong dan Gabenor ke nama lain," Malik memberitahu para wartawan. "It is impossible! No one in their their right frame of mind will do such a thing." tambahnya lagi. Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri. Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa. "Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi. Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor. Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu." "Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi |
Pengetua Rasis di Kedah Pula.... Posted: 20 Aug 2010 01:59 AM PDT Pengetua wanita lagi.. beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan. Mungkin kerana sering dihantar menghadiri kursus Biro Tata Negara untuk naik pangkat.. Ketika isu kenyataan rasis pengetua di Johor masih 'panas' manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan sebuah jawatankuasa menyiasat kes itu, seorang pengetua di Kedah didakwa mengeluarkan kata-kata menyinggung pelajar bukan Melayu. Kenyataan rasis melibatkan pengetua di Kedah dikeluarkan minggu lalu. Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya "pulang ke China". Sehubungan itu beliau meminta pentadbiran Najib mengambil tindakan disiplin. Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan. Kata beliau, pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormnati budaya kaum lain. Now, Kedah school principal accused of racism Debra Chong and Dinesh Kumar KUALA LUMPUR, Aug 20 — A Kedah school head was accused of racism today just as Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin ordered investigations into a Johor school principal who allegedly spewed racist slurs at her Chinese and Indian students last week. Kedah Gerakan chief Dr Cheah Soon Hai highlighted today a Sungai Petani secondary school head who allegedly told her Chinese pupils to "return to China", urging the Najib administration to take disciplinary action. The Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Selambau headmistress was said to have accused the Chinese pupils of being insensitive towards their Muslim peers by eating in the school compound during the fasting month of Ramadan last Friday, and ordered them to return to China if they could not respect the culture of other races. "Making statements such as passengers (penumpang) of the country are totally unwarranted," Cheah said in a statement. "Schools are places for learning and such degradable and disparaging words from a school principal should not be condoned at all," he added. Cheah joined the growing chorus of students, parents and politicians from both sides of the divide who are pushing Putrajaya to act quickly and firmly against such school heads to show the government does not tolerate racism. The Kedah case is the second reported incident this year involving school heads. Earlier this week, the principal of SMK Tunku Abdul Rahman Putra in Johor was instructed to take leave by the state Education Department following some 20 police reports lodged by students accusing her of making derogatory remarks against Chinese and Indian students. The students claimed Siti Inshah Mansor had called them "passengers" and likened the Hindu students wearing prayer threads to dogs. In his first remarks about the case, Muhyiddin said he has directed Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom to set up a committee to investigate the matter. Alimuddin had earlier said it was a misunderstanding that had been resolved. "We want to get the real facts. As of now the reaction is very emotional but we must be fair and have the correct information before we can decide on what steps to be taken. This is because there have been many conflicting statements," the deputy prime minister told a press conference. He added that disciplinary action against the principal will decided when the complete report is ready. The police are currently investigating the Johor case under section 504 of the Penal Code for provocation which carries a maximum imprisonment of two years, a fine or both. The Malaysian Insider |
isu kenyataan rasis Pengetua : Muhyiddin baru bangun dari tidur.. Posted: 20 Aug 2010 12:28 AM PDT Pada 12 Ogos yang lalu dalam perhimpunan di SMK Tunku Abdul Rahman, Pengetuanya Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata ini. "Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu." Kenyataan yang jelas berbau perkauman itu telah menimbulkan kemarahan dari berbagai pihak antaranya ialah Lim Kit Siang, Tony Pua dan juga dari Pemuda BN sendiri. Pendirian pemuda BN senada dengan DAP yang mahukan siasatan dijalankan sepenuhnya dan sekiranya benar dakwaan tersebut pengetua itu hendaklah dihukum dengan keras. Malangnya ketika masyarakat riuh rendah membincangkan isu tersebut Menteri Pelajaran hanya membisu atau masih belum sedar tentang apa yang berlaku.. Hari ini setelah beliau terjaga dari tidurnya Muhyiddin berkata kementeriannya akan menjalakan siasatan mereka sendiri.. Hmm.. hukumannya jika Pengetua itu didapati merupakan AJK atau memegang jawatan dalam UMNO sudah pasti akan didapati tidak bersalah, yang bersalah adalah Media kerana menyiarkan laporan yang salah.. atau budak-budak sekolah itu mereka-reka cerita.. tak percaya? Tunggulah.. Tak mungkin Pengetua itu penyokong Pakatan Rakyat. Kerana kebanyakkan kakitangan Kementerian Pelajaran yang menyokong Pakatan Rakyat masih berada dalam proses ditukarkan atau dipindahkan ke pendalaman.. Muhyiddin: Jawatankuasa khas siasat isu kenyataan rasis pengetua Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani PUTRAJAYA, 20 Ogos — Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan menjalankan siasatan mereka sendiri sebelum memutuskan nasib pengetua Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis. Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom agar menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami hendak mendapatkan fakta sebenar. Setakat ini reaksi bersifat emosional tetapi kita perlu adil dan mempunyai maklumat yang betul sebelum kita boleh memutuskan langkah yang perlu diambil. "Ini kerana wujud banyak kenyataan yang bercanggah," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Kata beliau, tindakan disiplin ke atas pengetuia berkenaan akan diputuskan selepas laporan lengkap diterima. "Kita mesti dapatkan fakta yang betul kerana ada juga maklumat yang diterima agak berbeza tentang apa yang disebut, apa yang dinyatakan dan ada juga pihak yang telah membuat laporan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengetua sebuah di Kulai Jaya, Johor yang didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan. Muhyiddin berkata walaupun pengetua terbabit telah memohon maaf dan diberi cuti tetapi tindakan yang dikenakan itu adalah langkah sementara. Katanya tindakan susulan sama ada daripada segi disiplin atau perjawatan hanya akan diambil selepas laporan terperinci jawatankuasa tersebut dikemukakan kepada kementerian. "Jika ia melibatkan soal disiplin, dan pegawai ini dianggap sebagai pegawai yang agak kekananan iaitu DG48, maka dia perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam kerana prosedurnya melibatkan perjawatan," katanya. Muhyiddin berkata bagi polis yang telah menerima laporan berhubung perkara itu, terserah kepada mereka apa yang akan diperoleh daripada siasatan yang dijalankan. The Malaysian Insider |
Guan Eng minta Zahid Hamidi Bertaubat.. Posted: 19 Aug 2010 09:48 PM PDT Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato' Ahmad Zahid Hamidi bertaubat. Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan bulan Ramadhan ini. Kata Lim. Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama ketua Islam bagi Malaysia ini? Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun, adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak menguntungkan ini. Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam perancangan mereka untuk terus berkuasa. Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak, orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara. Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji, beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika Kemas ditutup. Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO. Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka dalam pilihanraya ke 13 nanti. Jentera ini perlu digunakan semaksimum mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan pentadbiran negara. Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat tersebut. Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat. Seri Iskandar |
Penang recorded RM1.52B investment in Q1 & Q2 2010 (Video inside) ~ Malaysiakini Posted: 19 Aug 2010 08:35 PM PDT August 20, 2010 Penang Chief Minister Lim Guan Eng announced that Penang is one of the top five states in Malaysia in terms of achieving highest investment in Malaysia. Incidentally, three of the states belong to Pakatan Rakyat. The other two are Selangor and Kedah. According to the figures from MIDA, Penang recorded a total investment of RM1.52B in Q1 and Q2 of 2010. CM Lim said the target set for Penang is RM4.2B and hence, the state will work hard to try to achieve this figure. |
Soi Lek menentang Perlembagaan, kata Rais Posted: 19 Aug 2010 07:57 PM PDT Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Tapi memandangkan Soi Lek itu adalah Presiden MCA yang menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional ianya tidak menjadi satu kesalahan, Kesalahan ini akan menjadi amat besar jika ianya disuarakan oleh pemimpin DAP. Inilah Malaysia.. negaraku yang mempunyai 2 set undang-undang.. satu untuk UMNO dan kawan-kawannya dan satu set lagi untuk yang menentang UMNO.. Isu ekuiti Bumiputera: Soi Lek menentang Perlembagaan, kata Rais JELEBU, 20 Ogos — Kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya ini kerana Perkara 153 memberi hak yang terasas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan pihak-pihak yang dilindungi oleh semua peruntukan undang-undang. "Apabila beliau menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat, sekali gus beliau menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Mungkin beliau tidak sedar perkara ini tetapi saya ingin mengingatkan iaitu Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Felda Pasoh 1 dekat sini malam tadi. Rais berkata bahawa semasa Chua menyuarakan hal itu, beliau mungkin menyesuaikan dengan sentimen politik partinya tetapi orang Melayu khasnya, sebagai pejuang menegakkan perlembagaan, tidak boleh menerima itu. "Jika itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka pertama, kita mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan kedua, kita mencabul kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan- kepentingan tersebut. "Kita maklum hal ini bukanlah perkara yang diamalkan begitu saja, tetapi ini sudah diterima oleh semua yang menjadi pihak kepada kontrak sosial pada tahun 1956, 1957 semasa Suruhanjaya Reid ditubuhkan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan sehinggalah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dimaktubkan," katanya. Rais berharap pada masa depan pemimpin parti politik tidak hanya menyatakan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, tetapi memberi pengiktirafan kepada perkara yang sudah menjadi pokok kepada negara ini. Katanya hal ini harus diterima dan tidak boleh lagi dipinda mengikut sentimen politik sekarang. "Misalnya, jika Umno sendiri pun nak pinda Perkara 153, tidak boleh. Ia mempunyai lapisan kuasa-kuasa tertentu, apatah lagi kalau Datuk Seri Dr Chua Soi Lek nak memindanya atau pun nak menidakkan bahagian yang hak kepada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak," katanya. Rais berkata bahawa dalam Perkara 153 juga, hak kaum juga juga disebut, dan dalam soal ini, Chua boleh berjuang dan meminta ehsan kerajaan untuk membantu, tetapi tidak boleh menidakkan hak yang ada pada orang Melayu dan juga penduduk asal di Sabah dan Sarawak. "Jika Chua hendak menuntut yang lain, ini terserah kepada tenaga sekutu politik yang ada dan saya percaya orang Melayu mempunyai fahaman dan juga pendirian yang tegas, dan jika dikira kekayaan dan perolehan bukan Melayu seperti rakan-rakan Tionghua kita, mereka sudah mendapati agihan yang lebih daripada 47 peratus. "Jadi hal ini harus ditimbang dalam kontek sebenar dan kita berjuang sebagai satu sekutu dan sebagai seorang juara," katanya. Ditanya kenyataan Chua bahawa MCA sanggup berkongsi pandangan sama dengan DAP untuk kepentingan masyarakat Cina, Rais berkata perbuatan Chua sekali gus menonjolkan beliau tidak lagi menghormati gagasan Barisan Nasional (BN) di mana pengerusinya adalah Perdana Menteri dan membelakangkan realiti ini. "Ekoran itu orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi perkara seperti ini. Jadi bila kita kuat, orang lain tidak boleh cuit...samalah seperti yang saya katakan apabila tiang condong, kura-kura pun nak naik. "Orang Melayu harus bersatu dan ketepikan perkara remeh dan menyuarakan apa yang hak. Jika ini tidak dilakukan orang seperti Chua akan terus menggugat perjuangan asas," katanya. Pada majlis itu, Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu menerima zakat perniagaan Amanah Raya Bhd (ARB) berjumlah RM10,000 daripada Ketua Pegawai Pemasaran ARB Ahmad Saruji Abdul Aziz, untuk diagihkan kepada 50 orang kurang bernasib baik. Rais turut menyampaikan sumbangan peruntukan kawasan Parlimen beliau kepada 46 penerima. Bernama |
Posted: 19 Aug 2010 07:42 PM PDT DAMANSARA – Pakatan Rakyat (PR) membidas tindakan MCA yang disifatkan untuk menjaga kepentingan entiti perniagaan kaum Cina dengan mempersoalkan ekuiti Bumiputera baru-baru ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MCA dilihat bersikap seperti UMNO kerana menjaga kepentingan kekayaan segelintir pihak sahaja. "Mereka ini tidak boleh lari dari kerangka pemikiran UMNO kerana hanya memikirkan peratus untuk jaga kepentingan masing-masing. "Dalam perdebatan MCA tersebut, isu peratus hanya untuk peniaga-peniaga besar Cina bukan majoriti," katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat di sini, semalam. Menurutnya, berbanding dengan PR yang menitiberatkan kepentingan majoriti rakyat kerana isu peratus ekuiti Bumiputera tidak mampu menyelesaikan masalah asas rakyat. Beliau turut mengulas berhubung penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di Kelantan sebagai alternatif kepada kekuatan ekonomi iaitu 'tangible assets'. "Dinar emas memberikan satu alternatif iaitu transaksi melalui dinar ada kekuatannya tersendiri yang mana harus diberi ruang untuk sokongan. "Namun apakah ia untuk seluruh sistem sudah tentu tidak, tetapi ia merupakan satu permulaan yang realistik kerana ada satu hujah yang cukup kukuh untuk mempertahankannya," katanya. Menurutnya, penggunaannya perlu di berikan secara bertahap dengan Kelantan memperkenalkannya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara menyeluruh. Sinar Harian |
Apa nak jadi dengan Zahid Hamidi ni? Berpuasa tapi memfitnah.. Posted: 19 Aug 2010 10:32 AM PDT Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan. Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Bagi aku sendiri yang berkerja di Bayan Lepas dan tinggal di Permatang Pauh, pada mulanya berasa hairan juga dengan kenyataan Zahid Hamidi ini, manakan tidak baru dua minggu lepas aku bersembahyang jumaat di Masjid di Sungai Derhaka dalam khutbah aku tak dengarpun nama Lim Guan Eng disebut.. Minggu lepas pula aku bersembahyang di Masjid Bayan Baru.. tak juga dengar nama Lim Guan Eng disebut didalam khutbah.. Dalam mesyuarat Cabang Permatang Pauh tadipun.. dua tiga orang yang aku tanya, jawapannya pun sama.. tiada nama Lim Guan Eng disebut menggantikan nama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang.. Jika kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi itu adalah Fitnah.. Zahid Hamidi telah memfitnah didalam bulan Ramadhan yang mulia ini.. Tak cukup lagikah dengan fitnah yang ditabur oleh Media tunggangan UMNO tu.. Kalau berpuasa tapi memfitnah orang.. buat apa berpuasa Zahid.. Guan Eng: Dakwaan nama saya disebut dalam khutbah Jumaat tak benar PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya," kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. "Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat," kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka. "Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi. Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan. Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat. Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam. "Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya. Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya' Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan. "Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri," kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan. "Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan," katanya. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan