Khamis, 19 Ogos 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dari Nurul Izzah kepada Zahid.

Posted: 19 Aug 2010 06:00 AM PDT

Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia — Nurul Izzah Anwar

19 OGOS – Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?


The Malaysian Insider

UMNO Jelutong pula buat lawak!!

Posted: 19 Aug 2010 01:37 AM PDT

Pejuang bangsaku BODOH rupanya.. mana aku tak kata BODOH, cuba baca betul-betul apa yang ditulis pada Banner mereka ini ' Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak Dan Majlis Berbuka Puasa'.




Buat malu bangsa saja.. pejuang Melayu konon.. mengeja macam Bangla saja.. kah.. kah.. kah..

~ Sambutan dieja Sabutan
~ Ramadhan dieja Ramadzan
~ Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik tak dieja Murtabak)

Mungkin juga bagi menjimatkan kos atau bagi menyapu untung yang lebih banyak mereka telah membayar seorang Bangla untuk menyiapkan Banner untuk mereka.. disebabkan ketika sedang berkerja si Bangla itu terfikir untuk berbuka dengan Murtabak jadi Mubarak pun bertukar menjadi Murabak..

Hangpa buat lawak la.. UMNO Jelutong..
kah.. kah.. kah.. Bodo macam kayu!!

Bila Nurul Izzah usik Zahid

Posted: 19 Aug 2010 01:27 AM PDT

http://msomelayu.blogspot.com/

MURIH (marah) sungguh Ahmad Zahid Hamidi kepada Nurul Izzah sampai mengatakan Puteri Reformasi itu menderhaka kepada negara. Sebabnya kerana Nurul Izzah kata kapal selam tidak boleh menyelam. Saya rasa sebelum ini sudah banyak orang kata kapal selam kita tidak boleh menyelam, tetapi mereka itu tidak pun dimurihi Zahid sedemikian rupa.

Apakah kerana Nurul Izzah mendedahkan perkara itu kepada 'surat kobar', (Kompas) Indonesia menyebabkan Zahid naik angin? Begitukah? Zahid marah kerana katanya tuduhan Nurul Izzah itu tidak betul dan ianya satu kenyataan yang jijik. Kata Zahid tuduhan Izzah itu bohong. Buktinya kata beliau kalaulah kapal selam itu tidak boleh menyelam macam mana ia boleh sampai ke Teluk Sepagar, Sabah dari Perancis.

Betul juga?

Pun begitu kenyataan Zahid itu boleh dipertikiakan juga. Siapalah tahu kalau sepanjang seperjalanan dari Perancis itu kapal selam itu berjalan sambil tenggelm timbul. Sekejap tenggelam dan sekejap timbul? Tidak pula ada rakaman video perjalanan kapal berkenaan. Zahid perlu menunjukan video perjalanan kapal selama berkenaan bagi menolak tuduhan kapal selam itu dah masuk air.

Zahid boleh menafikan dengan apa juga alsan. Itu tugasnya. Beliau diletakkan di kementerian itu pun untuk dijadikan gam ataupun plaster bagi menutup mana-mana lubang yang tembus dan tiris dikementerian itu selama ia dipegang oleh orang lain sebelum ini. Mungkin Nazjib Razak sudah mengenal pasti orang yang layak menjadi plaster atau gam hanya Zahid saja.

Jadi menjawab dan membela kementerian itu adalah tugas utama Zahid yang berbayar. Manakala Nurul Izzah boleh mendakwa demikian kerana kapal itu sebelum ini disahkan sebagai rosak - tidak boleh menyelam. Kalau tidak silap, Zahid juga yang membuat kenyataan kapal itu mengalami kerosakan teknikal menyebabkan ia tidak boleh menyelam lama. Kerana kalau menyelam lama kapal itu akan kelemasan.

Keadaan kapal itu diketahui semasa hendak mengada demoktrasi, bagi menunjukkan kehebatan dan kecanggihan kapal yang menelan belanja untuk membayar komisyen saja sebanyak RM400 juta.

Selepas kata Zahid ia akan dibaiki. Kapal itu masa dalam edah jaminan. Syarikat (consultan) yang mengendalikan kapal berkenaan bertanggungjawab tanpa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan perbaikiannya.

Itu senarionya. Jadi bila Zahid mengamuk marahkan Izaah nampak sangat tidak berapa dewasa pemikiran Zahid. Lagi pun siapalah Izzah yang belia hendak herdik begitu sekali? Izzah tak ubah macam anak Zahid sendiri. Macam Nurul Hidayah saja yang serupa tetapi tidak sama. Serupa kerana Nurul Hidayah perempuan Izzah juga anak perempuan, nama bermula dengan Nurul, tetapi seorang jadi ahli parlimen seorang tidak.

Masa Zahid baik dengan Anwar dulu dan mengunjungi ke rumah Anwar, Izzah ditegur macam anaknya sendiri. Izzah panggil uncle - bukan ungka kepada Zahid. Bila tiba-tiba Zahid murih begitu sekali yang tidak baiknya Zahid bukan Nurul Izzah. Kalaupun nak murih jangan sampai kata derhaka kepada negara.

Cukup memberi ingatan atau lebih manis dan sopan sebagai seorang bapa, cukup hanya mengatakan dakwaan Nurul Izzah itu tidak betul. Silap tu sayang! Kalau Zahid tegur begitu beliau akan dilihat berwibawa. Seorang menteri pertahanan seperti beliau harus berwibawa, tegas dan dihormati oleh orang. Nak jadi askar bukan sembarangan.

Melihat gelagat Zahid terhadap Nurul Izzah ini apa yang orang nampak yang cerdiknya Izzah. Yang bijaknya Izzah kerana walaupun ahli Parlimen baru tetapi dia sudah dapat mengajak seorang menteri bermain marah-marah dengannya.

Kenyataan balas Zahid itu juga telah memberi kredit besar buat Nurul Izzah. Kalau sebelum ini kenyataan atau pandangan Izzah tidak dipedulikan kini ia sudah mula diperhati. Ini menunjukkan nilai atau wibawa Izzah sebagai MP sudah mulai dipandang.

Bila Zahid bertindak begitu ia menjatuhkan martabatnya sendiri sebaga seorang menteri. Zahid seharusnya mengkaji dulu kenyataan siapa yang lebih dipercayai, apakah kenyataan beliau atau Izzah. Beliau sepatutnya sedar sebagai menteri tentulah kenyataannya lebih diyakini. Jadi tidak sepatutnya kalau dia berbalas tembak dengan Izzah. Apabila beliau menyanggah Izzah ini bermakna Zahid dapat merasakan bahawa orang tidak mempercayai kenyataannya, tetapi lebih percaya kepada Izzah.

Memburukkan lagu keadaan ialah apabila Izzah berjaya menarik perhatian orang dari luar Malaysia dengan pendedahan itu. Apakah Zahid kurang mendapat tempat dalam 'koran-koran' di Indonesia sehingga beliau membidas Izzah berhubung perkara itu? Banyak cerita didengar tentang keakraban Zahid dengan orang Indonesia masakan mereka tidak bisa membantu? Aduhi Zahid, hitungkan berapa banyak kasut Datin Rosmah?

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI

Posted: 18 Aug 2010 11:54 PM PDT



Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul .

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.


Malaysiakini

Aku dipanggil BANGSAT oleh Ezam..

Posted: 18 Aug 2010 09:42 PM PDT

Oleh : Nathaniel Tan

19 OGOS — Bukan setiap hari saya dipanggil "bangsat" oleh seorang senator — pengalamannya amat unik.

Izinkan saya beberapa baris sahaja untuk menggulas.

YB Ezam Md Nor berkata demikian pada 16 Ogos di Twitter; beliau seterusnya mempertahankan penggunaan perkataan tersebut dengan mengatakan "sy pertahan penggunaan bangsat.memang wajar utk stgh orang yg menepati maksud yg dinyatakan dalam kamus agung dewan bahasa pustaka".

Beliau juga berhujah bahawa tiada masalah mengguna perkataan ini kerana ia digunakan dalam dokumen makhamah dan akuan sumpah.

Kalau begitu, saya agak pelik dan keliru mengapa saudara Ezam tidak sering mengguna perkataan tersebut dalam Dewan Negara, televisyen, dan sebagainya.

Beliau turut kata "isu bangsat utk pertahan maruah". Saya tidak begitu jelas orang bermaruah mana yang sering mencarut, tetapi tidak mengapa.

Pada keseluruhannya, tiada sebab untuk saya mengambil hati, dan kita harus menggiatkan amalan maaf di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tujuan sebenar artikel

Tujuan sebenar saya untuk menulis artikel ini adalah untuk meneliti sejarah YB Ezam; mungkin pengalamannya boleh menjadi amanat kepada orang muda yang berminat menceburi bidang politik.

Saya amat mengkagumi penglibatan awal saudara Ezam, terutamanya ketika Anwar Ibrahim dipecat. Beliau dengan taat setia mempertahankan bosnya dan melawan kerajaan BN tanpa mengenal lelah.

Saya juga menghormati ketabahan YB Ezam dalam menghadapi percubaan dalam bentuk dua tahun di penjara. Walaupun saya, seperti beliau, disiasat di bawah OSA, saya tidak terpaksa mengalami keperitan beliau.

Masalahnya nampak bermula tidak lama selepas 2004, selepas kedua-dua individu dilepas dari penjara.

Sedikit demi sedikit, kerjaya politik Ezam dinampak mundur. Ada yang kata kerana bertengkar dengan Azmin, ada yang kata kerana tidak cukup peluang kewangan, ada yang kata macam-macam.

Saya sendiri tidak tahu butir-butir apa yang berlaku. Pokoknya, pada 2007, Ezam membuat keputusan bahawa PKR tidak lagi sesuai untuknya.

Di Malaysia, tindakan keluar parti ini cukup biasa. Saya menghormati hak setiap individu untuk memilih landasan yang paling sesuai untuknya.

Keluar parti: Berhemah vs Khianat

Ada yang tinggalkan parti dengan berhemah — seperti saudara Abdul Rahman Othman yang pernah hampir bertanding jawatan Presiden PKR. Sehingga hari ini, beliau tidak pernah mengucap satu kata pun yang bersifat dendam. Ramai lagi yang pernah meninggalkan atau menjauhkan diri dari parti dengan senyap atas sebab-sebab sendiri. Kita hormat keputusan mereka.

Malangnya, kebanyakkan yang isytihar keluar parti tiba-tiba pula menyerang parti dan Anwar bertubi-tubi — Ezam, Chandra Muzaffar, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong, Zahrain Hashim, dan sebagainya.

Kita kadang-kala agak hairan sedikit dengan perangai individu-indvidu ini. Satu hari mereka penyokong paling kuat PKR dan Anwar, besok pula "Anwar peliwat", "Anwar diktator lemah" dan sebagainya. Apakah prinsip boleh berubah dengan begitu mudah?

Di Twitter juga, saudara @Aisehman bertanya dengan ikhlas satu soalan mudah kepada YB Ezam: "Bila dan bagaimana anda sedar Anwar itu peliwat?"

Sedihnya, sampai hari ini tiada penjelasan terperinci dari saudara Ezam.

Obsesi YB Ezam dengan menyerang seorang isteri, ibu dan nenek yang tidak terhad sifat penyayangnya, Datuk Seri Wan Azizah, turut amat mengecewakan.

Berpaling tadah

Apabila sesiapa sahaja berpaling tadah sampai begitu drastik, kita terpaksa bertanya-tanya: apakah benar-benar pengetahuan dan persepsi individu tersebut betul-betul direformasi, atau adakah sebab lain mereka melompat begitu jauh?

Saya rasa satu aspek penting dalam hikayat riwayat saudara Ezam adalah bahawa beliau adalah seorang politikus 100 peratus. Maknanya, beliau hampir tiada apa-apa selain politik — terutamanya dari segi kerjaya.

Mungkin beliau ingin menonjolkan diri sebagai pejuang anti-rasuah, tetapi jeritan ini agak kosong apabila kita lihat keengganan beliau untuk "melawan" dalam kes Scorpene, jet Sukhoi dan sebagainya. Nampaknya "perang" rasuah, tetapi hanya rasuah yang tidak melibatkan bos-bos barunya.

Beliau sering dibanding dengan Azmin, yang dikatakan diberi semua peluang yang sama, tetapi kini mampu berdikari dengan adanya sebuah perniagaan menjual kereta yang cukup berjaya.

Apabila seseorang yang tiada jalan lain selain politik berdepan dengan jalan buntu dalam satu kem, maka beliau terpaksa mencari kem baru (atau balik ke kem lama) untuk teruskan kerjayanya — walaupun kadangkala ini mengakibatkan persepsi pengorbanan prinsip.

Saya mengaku, amat menyedihkan apabila melihat insan terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Amanat yang saya rasa orang muda dan baru belajar seperti saya harus ambil adalah supaya jangan pada bila-bila masa bergantung 100 peratus kepada politik. Ini bahkan sebuah perangkap.

Situasi sebegini juga memberi peluang kepada kita untuk merenungkan sedikit wadah politik negara yang semakin menghampiri sistem dwi-parti.

Walaupun sistem dua parti adalah jauh lebih baik dari sistem satu parti, dalam jangka masa panjang, mungkin ini pun tidak cukup untuk mencerminkan realiti politik moden. Salah satu akibat sistem ini adalah kekurangan pilihan — bagi rakyat ataupun ahli politik.

Sesetengah orang akan selalu terperangkap antara dua parti, seperti bola ping pong. Keadaan ini tidak menguntungkan siapa-siapa. Mungkin masa untuk memikirkan sistem yang lebih inklusif dan kurang bersifat "zero sum" sudah tiba.

Jalan reformasi ini memang panjang — bukan semua yang boleh mendahulukan prinsip sepanjang jalan. Satu hari, setiap di antara kita akan diuji, dan kita hanya boleh harap kita tidak akan jual diri kita atau hilang komitmen kita kepada kebenaran.


The Malaysian Insider

All eyes on DPM's reax to Indian-dog Chinese-go-home principal

Posted: 18 Aug 2010 09:24 PM PDT

"Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu."

Malaysia Chronicle

Amid deafening silence from Prime Minister Najib Razak and his deputy Muhyiddin Yassin, calls are growing for the BN government to sack with immediate effect a Johor school principal for making racist remarks insulting to the Chinese and Indian communities.

"The severest disciplinary action must be taken against Siti Inshah, who is clearly unfit to be in the education service of a multi-racial society like Malaysia, let alone be a school principal," DAP adviser Lim Kit Siang said in a statement.

"It is going against the very precepts of the 1Malaysia policy enunciated by Prime Minister Najib Razak since April last year."

He was referring to Hajah Siti Inshah binti Mansor, the principal of Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra in Kulai. At her school's Merdeka celebrations last week, she had said in a speech:

"Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu."

"Chinese students are not needed and can go back to China or Foon Yew School. As for the Indian students, the prayer strings that they wear around their wrists and necks make them look like dogs and only dogs are chained up like that."




Racism has taken root in Malaysian society

But while it sounds incredible that such unadulterated and venomous racism can still exist in the higher levels of Malaysia's education system, growing polarization has become a fact of everyday life despite 53 years of independence from British rule.

Pundits say the divide is deliberate and this is why feelings of racism amongst the Malays in particular has been escalating rather than declining. They point to the active programs carried out by the BN government's national civics bureau BTN that help to create feelings of hatred towards the other races.

Sabre-rattling by Malay-ultra rights groups like Perkasa have of late also added the to the racial war as ruling party Umno tries to rally communal support ahead of looming national elections. Most of Perkasa's members are from Umno and its patron is former Umno president and prime minister Mahathir Mohamad.

"She must be punished immediately. Her comments are so offensive that to condemn is a waste of time. Just sack her. She is a reflection of how badly managed Malaysia is," PKR MP for Bagan Serai N Gobalakrishan told Malaysia Chronicle.

"I would like to ask where is PM Najib and DPM Muhyiddin on this. Both are keeping quiet on an issue which they should act immediately without having to be prompted by the people. As for Muyhyiddin, he is also Education Minister. Why has he been so busy scolding the MCA for stepping on the Malays, what has he got to say now? And Johor is his home state. Is this also how he feels?"

Dakwaan Harussani tidak logik - Prof Aziz

Posted: 18 Aug 2010 08:54 PM PDT

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada "perlembagaan baru" dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Hari ini Prof Aziz Bari kata tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi.

Jadi Harussani boleh dianggap membuat cerita rekaan atau berbohong...

Apa nak jadi dengan Mufti Perak ni??


Prof Aziz: Tidak logik dakwaan wujud 'perlembagaan baru'

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya.

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

"Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

"Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi," kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini.

"Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?" soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.

Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada "perlembagaan baru" dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya.


The Malaysian Insider

Boleh pula Umno BN berpolitik di rumah Allah

Posted: 18 Aug 2010 07:38 PM PDT

Nor Ikhsan Mohamed Ali

Kami ingin memaklumkan satu program sempena Penghayatan Ramadhan telah berlangsung pada 15 Ogos 2010 (Ahad) anjuran Juara Rakyat 1Malaysia, Umno Bahagian Kota Raja, di Surau Islamiah, Taman Bukit Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor.



Umumnya, aturcara majlis ini memang sesuai dilakukan di rumah Allah dengan solat sunat, tadarus, musabaqah kanak-kanak dan masakan bubur lambuk.

Namun demikian, penganjur lupa akan perkara dan isu-isu berbangkit beberapa bulan yang lalu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang ditentang dan didebat habis-habisan oleh Umno Barisan Nasional sendiri agar tidak bersiasah atau berpolitik di rumah Allah iaitu masjid atau surau.

Amat jelas, kehadiran pada hari tersebut adalah mereka dari kalangan ahli-ahli parti Umno sendiri dan memang 'sah' mereka gunakan parti untuk berpolitik di rumah Allah tersebut. Dengan mewar-war kain rentang digantung di beberapa tempat di kawasan Parlimen Kota Raja tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat untuk beribadah di surau tersebut.

Kami selaku Jawatankuasa JKKK juga kehairanan, ini adalah kerana semua surau-surau di bawah Jais berpayung dan induk kepada masjid berdekatan. Contohnya, surau berkenaan di bawah kariah Masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa yang mana langsung tidak peka atau menghormati dengan program parti politik Umno BN yang telah mereka anjurkan.

Sehubungan dengan ini, kami mewakili JKKK Kg Jawa agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh Jais agar kejadian dan program seumpama ini tidak berulang di tempat-tempat lain khususnya di rumah Allah.

Nor Ikhsan Mohamed Ali,
Setiausaha JKKK Kg Jawa, Klang.

Exco Pemuda MIC ditembak

Posted: 18 Aug 2010 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Exco Pemuda MIC Pusat A. Kalaiarasu cedera ditembak di perut dan tangan kiri ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai kopi di Jalan Datuk Harun, Kajang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Kalaiarasu, 49, ditembak dengan sepucuk pistol automatik oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan penutup muka penuh dan jaket hitam.

"Dua tembakan dilepaskan ke arah mangsa dan mengenai badannya. Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal bersama-sama rakannya yang sedang menunggu di luar kedai itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sejurus kejadian itu, beliau berkata mangsa melarikan diri melalui pintu belakang kedai dan meminta bantuan di Balai Polis Kajang yang terletak kira-kira 200m dari tempat kejadian.

"Mangsa membuat aduan pada anggota di balai polis itu sebelum anggota saya menghantar mangsa ke Hospital Kajang.

"Menurut mangsa, kedua-dua suspek berumur lingkungan 20an dan melarikan diri menaiki motosikal kapcai. Bagaimanapun mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran motor itu," katanya.

Sakaruddin berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Bernama

Isu banner: Keterangan Anwar kepada Polis (Video Inside)

Posted: 18 Aug 2010 09:02 AM PDT

Oleh Syed Jaymal Zahiid

PETALING JAYA: Polis telah mengambil keterangan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kain rentang (banner) yang kontroversial di Johor.

Pada kain rentang itu tertera gambar ahli majlis pimpinan tertinggi PKR Chua Jui Meng dan Sultan Johor. Tertulis Chua bakal menteri besar Johor.

Pemuda Umno membuat laporan polis menyatakan kain rentang itu berunsur hasutan.

Chua mendakwa beliau tidak tahu menahu tentang kain rentang itu dan menuduh cubaan Umno untuk menimbulkan kebencian orang-orang Melayu terhadap beliau.

Tiga anggota polis, diketuai oleh pegawai penyiasat DSP Che Mahazan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di Johor, menemui Anwar di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.

Chua, yang telah disiasat oleh polis dan beberapa pemimpin parti turut hadir.

Anwar memberitahu sidang media selepas itu, bahawa kenyataannya di bawah Seksyen 112 sebagai saksi kerana imej beliau juga terdapat pada dada kain rentang itu.

"Saya memberitahu mereka saya tidak tahu langsung tentang kain rentang itu. Kami hanya diberitahu kewujudan kain rentang itu kemudian.

"Saya harap pihak polis segera menyiasat perkara ini, dengan penuh bertanggungjawab dan mencari mereka yang bertanggungjawab ke atas tindakan menghina seperti ini," tambahnya.

Beliau berkata perkara ini penting kerana ia melibatkan Sultan Johor dan menambah, motif di belakang kerja ini adalah jelas iaitubertujuan untuk menimbulkan kebencian dan menjatuhkan maruah parti.

Walaupun Chua menegaskan bahawa kain rentang ini adalah keraja Umno tetapi para pegawai PKR mendakwa perbuatan ini mungkin didalangi oleh pesaing-pesaing beliau dalam PKR.

Bekas naib presiden MCA ini, seorang yang berpengaruh di peringkat akar umbi, dianggap sebagai pemimpin yang mengancam kedudukan seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti.

Adalah difahami Chua, yang juga bekas menteri kesihatan, berminat untuk bertanding jawatan naib presiden pada pilihan raya parti dijadualkan pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun Anwar menolak kemungkinan kain rentang ini adalah kerja sabotaj orang dalam parti dan bukanlah menjadi amalan ahli-ahli parti untuk terlibat dalam permainan politik kotor ini.

"Ini bukan kerja orang yang menyokong kami. Sebagai contoh, memasang kain rentang di kawasan-kawasan Melayu bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu dengan mempromosi Chua sebagai menteri besar Johor.

"Perkara ini tidak timbul, tidak pernah dibincang pun," tegas Anwar.

Usaha yang gagal

Chua berkata insiden ini bermula sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Ketua PKR Johor dan ini jelas merupakan percubaan untuk mencemari nama beliau.

"Sebagai seorang peguam, seperti kebanyakan masyarakat Cina yang tahu bahawa, seorang yang berbangsa Cina tidak akan dapat menjadi menteri besar Johor.

"Saya tidaklah sebodoh itu dan begitu juga para penyokong saya tidaklah sebodoh itu, untuk menyokong saya sebagai menteri besar Johor. Tidak masuk akal," kata Chua.

Beliau juga menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan dan menahan (para) petualang itu.

"Percubaan mereka gagal. Tidak ramai yang percaya tentang apa yang tertera pada kain rentang itu, sama ada Melayu, Cina dan India. Ini sungguh mengaibkan," katanya.

Mengenai permohonan beliau untuk menghadap Sultan Johor, Chua berkata, "ini terpulang kepada Majlis Perajaan Negeri.

"Saya bukan dalam majlis itu. Kami telah memohon menghadap Sultan dan kami masih menunggu jawapannya. Oleh kerana kami tidak terlibat dengan isu kain rentang ini, kami memohon menghadap Sultan untuk menerangkan perkara ini dengan ikhlas," katanya.




Tiada ulasan: