Rabu, 11 Ogos 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mungkinkah ini Surat Teoh Beng Hock yang baru ditemui itu?

Posted: 11 Aug 2010 08:10 AM PDT

Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan sekeping nota yang ditemui pada 7 Oktober lalu dalam beg sandang Teoh, iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Penemuan bukti yang baru didedahkan itu yang dikemukakan pagi 9 Ogos menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar pagi itu ditangguh sehingga 18 Ogos.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Sesuatu yang amat menghairankan, sekeping nota dalam beg sandang hanya ditemui selepas dua bulan, Walaubagaimanapun untuk berbaik sangka dibulan Ramadhan ini kita anggaplah beg sandang Teoh Beng Hock itu sebesar kapal, jadi usaha untuk menemuinya memang memakan masa.

Apakah sebenarnya yang terkandung dalam nota itu? Mungkinkah seperti yang telah diterjemahkan dibawah?

My fellow Malaysians,

I am writing this note to absolve the Malaysian Anti-Corruption Commission of any involvement in my death on July 16, 2009. This is something I'm doing at my own initiative. Nobody asked me to write it. And it would be ridiculous for anyone to think that I was tortured to do it.

I am placing this note in my bag in the hope that it will be found by the investigating officers. If it is sent for verification, I hope it will be concluded that this is in my handwriting. I hope no one will think that this note was planted.

It is likely that when someone finds it, they might not understand what it's about because it's written in Chinese, and they might just chuck it aside. But I hope in time it will be brought to light. I suppose it won't matter if the note becomes public knowledge even a year later, as long as it serves the cause of justice.

People might think it suspicious that an important piece of evidence like this should surface so long after, but I hope they will understand that any mysterious death must have its twists and turns. Otherwise, it won't be a mystery any more.

People often think that real life cannot have the kinds of complications they see in soap operas, but they should realise that truth can sometimes be stranger than fiction.

There may be an inquest held after my death to find out what actually happened. I hope this note will clear the air and put to rest all the speculation that would have arisen over it.

I'm sorry if the Attorney-General's office is going to be caught in a bind when this note is found. Because it will seem to many sceptics that it was fabricated and planted.

"I hope the AG will be prudent enough to inform the lawyers involved in the inquest about my note and even let them have a look at it beforehand, instead of suddenly springing it on them at the inquest.

Being very careful and thorough in carrying out its procedures, the AG's office will probably send the note for verification by the relevant department. But this could take some time.

When the document examiners come back with their report, the AG himself might not even be convinced that the note is genuine. He might still need to talk to whoever found the note in order to be satisfied that it is genuine. I hope he will do this quickly, because if he sits on it too long, people might wonder why. Besides, if the AG is not convinced, he would surely not tender this note as evidence at the inquest.

However, it is not easy to keep a piece of evidence in total secret. Information about this note might somehow leak out, and Ezam Mohd Noor, who used to be with us in Pakatan Rakyat but decided to return to Umno, might bring it up in the Senate. This would then exert undue pressure on the AG's office to decide what to do next.

To deflect accusations that it is trying to suppress or withhold evidence, the AG's office might then bring the matter up at the inquest and direct the person who found this note to explain in court how he found it.

Of course, it might seem odd then that this note should be revealed so long after the AG's office received it, and that it should be so suddenly introduced at the inquest. Speculation will spread that the AG is siding the MACC and helping it to clear itself of what happened to me. People would ask why the AG did not seek clarification from the person who found the note much earlier, and once and for all decide whether it was genuine.

It will not look good. Especially since a few other things might have happened in the inquest to suggest that there are attempts at a cover-up. I can't tell the future but perhaps some forensic expert from somewhere might conduct an exhumation of my remains and conclude that I did not kill myself.

And if this person were to testify at the inquest that this was so, people might start to think that the AG's introduction of my note was being aimed at debunking the expert's testimony. The timing would look suspicious.

This matter of my death could really get out of hand. Some people might even think the government is also behind the fabrication of this note even though that would be a bit far-fetched. And of course, they would also wonder how Ezam managed to find out about this note.

I hope the AG will be prudent enough to inform the lawyers involved in the inquest about my note and even let them have a look at it beforehand, instead of suddenly springing it on them at the inquest. My intention in writing this note is for things to be done properly. If they are not, that would defeat its purpose.

It would be ironic if this note turned out to make the AG's office and the MACC look bad.

Sincerely,

Teoh Beng Hock


Surat ini telah ditemui di SINI

Ezam akan di Saman jika terus tabur fitnah - Wan Azizah

Posted: 11 Aug 2010 07:37 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Senator Ezam Mohd Nor jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan itu supaya "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah (gambar) sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat "hasil menerima upah pimpinan Umno."

"Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blog Anwar hari ini.

Dr Wan Azizah berkata di perkarangan Mahkamah Tinggi semalam, seorang pemberita Berita Harian menyatakan yang dia telah diarah bertanya soalan berhubung tuduhan Ezam yang mendakwa kononnya beliau pernah menelefon mengarahkannya supaya "menghalang (seorang) lelaki mendekati saudara Anwar."

"Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau," kata beliau.

"Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama Umno dan tidak sebelumnya," kata Dr Wan Azizah sambil menambah, beliau tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut.

"Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas, sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

"Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Kabinet Najib Ketinggalan Zaman - Khairy

Posted: 11 Aug 2010 02:50 AM PDT

Tapi pada pendapat aku lah.. bukannya ketinggalan Zaman Kabinet Najib tu, cuma daya berfikir mereka yang lembab yang menyebabkan mereka berfikir begitu..


KJ, Pakatan bidas Kabinet kekal larang mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar universiti tempatan daripada menyertai politik secara aktif.

Bulan lalu, Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan membawa perkara itu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Tetapi ia ditolak sebelum ia dibawa ke mesyuarat tertinggi Umno.

Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.

Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.

"Keputusan Kabinet untuk membolehkan pelajar universiti menyertai parti politik adalah (langkah) tidak berani dan pemikiran ketinggalan zaman," kata Khairy menerusi Twitter sejurus selepas keputusan Khaled diumumkan.

Kemudian beliau menambah: "Ini bayangan kepada Kabinet: Anda mahukan undi golongan muda, mula dengan mempercayai mereka."

Kata Khairy, ekoran pandangan lama bahawa pelajar universiti adalah mereka yang antikerajaan, bukan bermakna keputusan seumpama itu mutkamad selama-lamanya.

"Misalnya, pelajar antikerajaan dari Oxford pada 1990-an, kini Ketua Pemuda Umno. Macam mana?" katanya.

Anwar pula berkata "larangan mahasiswa berpolitik (adalah keputusan) jumud, usang dari pimpinan autoritarian Umno-BN."

"Mahasiswa perlu didedah dengan ilmu, teroka," kata Ketua Pembangkang ini.

Sebelum Khaled mengumumkan keputusan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian dikekalkan.

"Tan Sri Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Kenyataan beliau ini hanya membuktikan bagaimana Umno-BN, secara terancang, mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat," katanya.

Kata beliau, "apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?"

Kata beliau, AMK yakin dan percaya puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN.

"AMK mencabar Umno-BN melalui Tan Sri Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di universiti awam dan swasta seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.

"Demikian juga Tan Sri Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri Umno Malaysia," katanya.

Kata beliau, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan akur dan taat kepada kepimpinan parti.

"Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut '66 Takut '98, "Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa," katanya.


The Malaysian Insider

Nizar cadang Saiful bersumpah di masjid sekali lagi

Posted: 11 Aug 2010 02:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina."

Cadangan Nizar itu dipercayai dibuat ekoran dakwaan Saiful mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farah Azlina.

Ekoran dakwaan itu, Peguam Negara telah menggugurkan Farah dari pasukan itu dan dikeluarkan juga dari bahagiannya sekarang.



(Gambar fail: Saiful kanan sekali bersama pasukan pendakwa. Farah adalah tiga dari kiri)

Dakwaan ini bermula apabila blogger Raja Petra Kamarudin menulis dalam blognya, Saiful mempunyai hubungan dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa ke liwat II Anwar itu.

Saiful dan Farah dikatakan masing-masing telah bertunang sebelum ini namun kedua-duanya sudah putus dengan tunang masing-masing.

Namun, serius manakah hubungan antara kedua-duanya tidak diketahui kerana usaha pasukan pembela Anwar untuk membawa kedua-dua ke kandang saksi ditolak oleh hakim perbicaraan.

Sebelum itu, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar kes terhadap Anwar ini digugurkan kerana telah berlaku salah kepentingan dalam kes ini ekoran hubungan antara Saiful dan DPP itu.

Anwar mahu membatalkan pertuduhan itu atas alasan bahawa integriti dan tidak memihak terhadap keseluruhan pasukan pendakwaan yang telah dipersetujui berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu

Bagaimanapun, Karpal berkata pihak pembelaan hendaklah mendengar kedua-dua keterangan daripada Mohd Saiful Bukhari dan Farah Azlina sebelum meneruskan permohonan itu.

Karpal berkata adalah penting kedua-dua Saiful dan Farah disoal sebagai saksi memandangkan keterangan mereka adalah "penting" dan dakwaan hubungan 'sulit' boleh menjejaskan keseluruhan perbicaraan kes liwat.

Di peringkat awal kes ini, Saiful telah membuat sumpah di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengaku bahawa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar.

Mungkin ekoran sumpah itulah, hari ini Nizar, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak itu mencadangkan agar Saiful bersumpah sekali lagi untuk mengesah atau menafikan dakwaan terhadap beliau itu.

Namun, sehingga kini, respon dari Saiful adalah keyakinan beliau, akhirnya keadilan akan terdedah jua.


Harakah Daily

Tun Mahathir Mudah Lupa

Posted: 10 Aug 2010 11:21 PM PDT

By Shen Yee Aun

Dalam blog Tun Mahathir bertajuk 'untuk bersifat perkauman atau tidak' telah jelas menunjukkan beliau sendiri sudah melupai banyak fakta, sejarah dan kebenaran.

Menurut Tun Mahathir, kuasa politik tidak boleh berada di tangan Cina kerana Cina sudah pun menguasai ekonomi negara kita dan Melayu kita masih jauh ketinggalan walaupun selepas hampir 40 tahun Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan. Tun Mahathir sudah lupa dalam 40 tahun tersebut 22 merupakan kepimpinan dan pentadbiran beliau sendiri. Matematik mudah menunjukkan lebih daripada separuh daripada 40 tahun DEB diperkenalkan merupakan zaman pemerintahan beliau sendiri.

Jika beliau pada hari mengemukakan isu kelemahan dan kelembapan ekonomi Melayu dalam ekonomi disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya juga disebabkan oleh kaum Melayu mereka sendiri namun tidak sesekali Tun Mahathir menyebut bangsa Melayu gagal dimajukan olehnya walaupun merupakan pemimpin Melayu yang berkuasa paling lama di dunia.

Tun Mahathir juga sudah lupa bahawa jutawan-jutawan Cina hampir kesemunnya wujud pada zaman pemerintahan beliau. Jika tidak silap saya tiga Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir hanya mendiang Lim Goh Tong sahaja yang kaya. Namun keadaan mula berubah apabila Tun Mahathir mengambil alih kuasa pemerintahan negara. Jika cina-cina jutawan dikayakan oleh kamu sendiri maka isu Cina kaya dan Melayu miskin disebabkan kehebatan dan kebijaksaan kamu sendiri.

Jangan lupa bahawa gabungan nilai beberapa jutawan Cina yang dihasilkan oleh kamu walaupun hanya beberapa orang namun angka tersebut lebih banyak daripada gabungan KDNK ratusan ribu Cina di Malaysia. Maknanya Cina Malaysia majoriti berpendapatan sederhana dan ada juga ramai lagi yang miskin dan yang menguasai ekonomi negara bukan Cina Malaysia tetapi gabungan jutawan Cina Mahathir.

Jangan lupa juga tidak semestinya sekirannya Cina yang memegang kuasa politik Melayu akan lebih terpinggir berbanding pemerintahan pemimpin Melayu. Sejarah dan fakta telah membuktikkan pemerintahan Cina Lee Kuan Yew di Singapore telah menjadikan ramai Melayu Singapore yang bukan sahaja lebih kaya daripada Melayu Malaysia malahan ramai juga lebih kaya daripada Cina di Malaysia.

Natijahnya, justifikasi dan hipotesis awal tidak tepat menggambarkan gambaran sebenar. Banyak Melayu di Malaysia pada hari yang berpendidikan Cina diketuai oleh guru besar Cina jauh lebih bijak dan berjaya berbanding Melayu di sekolah Melayu. Ramai juga Melayu pendapatan dan gaji mereka jauh lebih tinggi berada di bawah pemerintahan Cina di Sektor Swasta berbanding pemerintahan Melayu di sektor awam.

Bukan niat saya untuk menunjukkan bangsa mana yang lebih layak memimpin. Bagi saya soal kepimpinan bangsa tidak seharusnya dijadikan kayu ukurnya tetapi kebolehan dan kemampuan yang seharusnya lebih diutamakan. Keadaan ini juga menandakan ada juga pemimpin Melayu yang berkebolehan yang bukan sahaja boleh memimpin Melayu dengan baik tetapi semua kaum di Malaysia.

Namun yang menjadi persoalan rakyat pada hari ini bukan Melayu yang menjadi pemimpin tetapi Melayu zalim, rasuah dan tidak berkebolehan yang menjadi pemimpin mesti digantikan dengan pemimpin Melayu yang baik, bersih dan berkemampuan. Apabila Cina meminta jawatan tertentu dalam kerajaan bukan disebabkan faktor bangsa tetapi faktor kerjasama dan persahabatan politik.

Apabila PAS sanggup bertolak ansur dengan Cina dalam isu ini bukan disebabkan PAS mengkhianati Melayu tetapi PAS cuma berpegang pada prinsip persahabatan dan keadilan yang dibawa oleh Islam. Dalam Islam bukan bangsa yang menjadi kayu ukurnya kerana Islam menentang sistem kabilah dan semangat assabiyah seperti PERKASA yang menjadi alat, senjata dan buah catur kamu untuk menghuru-harakan negara Malaysia.

Islam sebenar yang dibawa oleh PAS percaya tiada perbezaan sesama kita melainkan takwa seseorang. Jika seorang bukan Islam dan Melayu lebih bermoral dan bernilai murni berbanding Melayu Islam yang tidak beradab maka bukan Islam itu mesti dipilih menjadi pemimpin demi kebaikan seluruh ummah. PAS berpegang pada prinsip muafakat sesama diri kita.

Dalam blog Tun Mahathir juga menyebut bahawa PAS berkrompomi dengan Cina sehingga bukan sahaja mereka melawat upacara pengebumian Cina malahan membakar kertas kepada mayat yang sudah meninggal dunia. Tun Mahathir sudah lupa bahawa pembakaran kertas dalam upacara pengebumian Cina tidak sesekali berunsur agama tetapi itu hanyalah sekadar budaya pengebumian Cina.

Saya cabar Tun Mahathir atau sesiapa membuktikkan kitab agama Cina mana, ajaran mana dan Tuhan mana dalam Cina yang mengatakan pembakaran kertas itu adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama Buddha. Taoisme pula bukan merupakan satu agama tetapi lebih kepada falsafah. Sedangkan mereka yang benar-benar mengikuti ajaran Buddha di negara lain tidak mengamalkan upacara pengebumian sedemikian. Amalan tersebut hanyalah simbolik dan sebahagian daripada budaya Cina seperti budaya 'angpau' semasa Tahun Baharu Cina.

Saya cabar Tun Mahathir sekali lagi dalam ajaran Islam mana yang melarang kita untuk menghormat budaya orang lain? Mungkin pemimpin UMNO tidak melakukannya kerana mereka menggangap pembakaran kertas itu sebahagian daripada amalan agama Buddha. Keadaan ini hanya menandakan pemimpin UMNO tidak berilmu dan berpengetahuan.

Mungkin juga bagi sesetengah pemimpin UMNO amalan meminum arak, berpoya-poya, berskandal, rasuah dan zalim itu dosanya jauh lebih kurang berbanding perlakuan membakar kertas. Wahai Tun Mahathir bersama-sama anak buah anda sahutlah wahyu pertama Tuhanmu Yang Maha Esa supaya menuntut manusia mengerja ilmu dan rajin membaca.

Anda juga menyamakan penentangan PAS terhadap UMNO apabila UMNO bekerjasama dengan MCA maka PAS hiprokrit apabila mereka sendiri berkerjasama dengan DAP. Keadaan ini sekali lagi menunjukkan bahawa anda lupa bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara antara MCA dan DAP. DAP membuka keahlian mereka kepada semua kaum dan MCA yang bersistem kabilah apabila hanya untuk puak-puak Cina sahaja.

Jangan sesekali menuduh PAS dapat menawan hati Cina kerana PAS hiprokrit. Kenyataan ini seolah-olah memberi gambaran kepada dunia bahawa Cina di Malaysia adalah bodoh dan tidak berotak. PAS berjaya "Walk the Talk" apabila prinsip Islam yang mereka cuba bawa berjaya membawa keamanan dan perpaduan serta keadilan di negeri Kelantan dibawah pemerintahan PAS.

Mereka boleh nampak seorang ketua bahagian UMNO memiliki rumah mahligai bagaikan Istana dan Syurga tetapi seorang Menteri Besar Kelantan tinggal di sebuah rumah kampong papa kedana. Melayu dan UMNO dibawah Tun Mahathir yang hebat pula "Talk And Never Walk".

Jangan lupa, Tun Mahathir. Jika bukan kerana Cina pada 1998 anda akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama yang kalah dalam pilihan raya umum. Yang bersifat hiprokrit dan munafik serta palsu di sini bukan PAS tetapi kamu sendiri. Jika Cina 1998 tahu akan sifat sebenar Tun Mahathir pada hari ini mereka pasti akan singkirkan kamu daripada Putrajaya dan Petronas.

Ada kalanya jika Raja-Raja Melayu tahu bahawa seorang pemimpin dan pejuang Melayu akan menarik kekebalan mereka mungkin juga mereka lebih sanggup menyokong bukan Melayu yang akan menghormati mereka.

Ada kalanya jika rakyat Melayu miskin tahu bahawa seorang pemimpin dan pejuang Melayu hanya menjadikan anak Melayunya jutawan mungkin juga mereka lebih sanggup bukan Melayu yang akan sanggup membantu mereka.

Ada kalanya juga jika pejuang bahasa Melayu tahu seorang pemimpin Melayu di ambang pengakhiran karier politiknya setelah 22 tahun baharu mencadangkan pertukaran Sains dan Matematik kepada bahasa penjajah mungkin mereka lebih rela bukan Melayu yang akan menghormati kedaulatan dan keanggungan bahasa Kebangsaan kita.

Ada kalanya juga jika Melayu yang bijak tahu bahawa ada seorang pemimpin Melayu menjadikan segelintir bukan Melayu di Malaysia kaya raya dan apabila Melayu tidak dapat bersaing dengan jutawan bukan Melayu maka mereka dilabel sebagai bangsa pelupa.

Ada kalanya juga jika Melayu Islam yang sebenar tahu bahawa ada seorang pemimpin Melayu yang mendalangi penubuhan PERKASA yang bersifat assabiyah mereka lebih rela pemimpin bukan Melayu yang memperjuangkan keharmonian dan kemanan semua kaum di negara kita.

Saya rasa Tun Mahathir sudah melupai kesemua isu yang telah saya lontarkan.

Sultan Johor Murka Lagi..

Posted: 10 Aug 2010 11:00 PM PDT



JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam penipuan sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II) palsu pada 5 Ogos lalu sekali gus menambah lagi kemurkaan Sultan Johor.



Mohd. Mokhtar menunjukkan sijil pengurniaan Pingat Ibrahim Sultan Kedua
Pangkat Kedua (PIS II) palsu yang dirampas daripada dua lelaki
di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menegaskan, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kemurkaan itu ketika beliau menghadap baginda bagi memaklumkan kes tersebut.

Beliau berkata, kegiatan tersebut terbongkar apabila seorang mangsa berusia 37 tahun membuat laporan polis berhubung perbuatan lelaki berkenaan yang menawarkan sijil berkenaan dengan harga RM5,000.

"Ekoran itu, saya telah mempersembahkan perkara ini kepada Sultan Johor dan baginda amat murka terhadap apa yang berlaku.

"Baginda bertitah supaya orang ramai jangan terpedaya dengan kegiatan tersebut berikutan pengurniaan darjah kebesaran adalah hak mutlak Sultan.

"Pada masa yang sama pihak istana tidak pernah melantik mana-mana pihak berhubung pengurniaan tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Kosmo Online

Hentikan Segera Fitnah terhadap Kerajaan PR Pulau Pinang - AMK

Posted: 10 Aug 2010 10:12 PM PDT

Isu Pasar Ramadan di Komtar : Jawapan dari Guan Eng (Video)

Posted: 10 Aug 2010 09:36 PM PDT

Di suatu sidang media pada 10 Ogos, 2010, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyuarakan rasa hampa kerana arus media perdana telah menguar-uarkan isu pasar ramadan di Komtar yang dilabelkan beliau sebagai satu penipuan.

Sebenarnya, agensi yang telah mengutip wang dari penjaja 27 lot gerai tidak membayar sewa kepada PDC. Dato' Rosli Jaafar, Pengurus Besar sendiri akan mengendalikan hal ini dengan berjumpa terus dengan penjaja-penjaja yang telah membayar sewa sebanyak RM50/sehari kepada agensi itu, iaitu Komtar Merchants Assocation, Mohd Ghani Abdul Jiman.

Manakala, Setiausah AMK Syed Mikael Rizal menyifatkan sikap Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang sebagai hendak menjadi 'hero segera Melayu'. Mereka telah melemparkan tuduhan liar terhadap kerajaan Pulau Pinang.

KM Lim juga bertanya mengapa Timbalan Ketua Menteri telah melibatkan diri dalam penipuan dan kes pecah amanah ini. Adakah YB TPM juga mendokong perbuatan begini?

Video adalah sumbangan dari Unit Komunikasi Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang


Gambar Close-Up Bekas ADUN UMNO dan Pembantu yang 'membunuh dan bunuh diri'

Posted: 10 Aug 2010 06:02 PM PDT

Di bawah ini adalah gambar dari dekat atau close-up Bekas ADUN UMNO dan Pembatunya yang juga dari UMNO yang telah ditemui terbunuh dengan bekas tembakan .

Dalam kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Siti Rohana mati kerana terkena dua das tembakan, masing-masing satu di kepala dan rusuk, manakala Aziz mati akibat tembakan di kepala

Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.

Polis mengesahkan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Semua gambar-gambar berikut telah dikirimkan oleh yang aku tak pasti Saudara ataupun Saudari Amiliza Rozza Che Rosli.











Tiada ulasan: