Anak Cucu Nabi Adam |
- Agama Barack Obama Diragukan
- Foto Aksi Melampau
- Israel dan Palestin akan runding 2 September
- Daging McDonald Tidak Halal
- 'Better late than Never' or 'better never than late'
- Pengerusi FELDA gelisah telur buruk dah bau busuk
- UMNO Lebih Takut Hudud Dari DAP Sebenarnya
- Isu khutbah 'fitnah dan pembohongan' Umno
- Polis PP tubuh pasukan khas siasat isu khutbah
- Aktivis protes kerajaan tutup mulut media
| Posted: 22 Aug 2010 10:04 AM PDT Presiden Amerika Serikat (AS), Barack Obama, adalah seorang Nasrani. Pernyataan Gedung Putih ini menepis anggapan warga AS yang menduga keras Obama seorang muslim. "Presiden jelasnya adalah seorang Nasrani. Dia berdoa setiap hari," kata juru bicara Gedung Putih, Bill Burton, Kamis 19 Agustus 2010. Makin bertambahnya warga AS yang merasa bahwa Obama bukanlah seorang Nasrani diketahui dari hasil survei. Menurut survei dari Pew Research Center dan Pew Forum on Religion & Public Life, jumlah responden yang menilai Obama adalah muslim kini sebanyak 18 persen dari total partisipan. Jumlah itu meningkat tujuh persen dari hasil survei Maret 2009. Pada survei yang sama, jumlah respoden yang yakin bahwa Obama adalah umat Kristen kini hanya 34 persen, padahal tahun lalu sebesar 48 persen. Menariknya lagi, sebanyak 43 persen responden saat ini mengaku tidak tahu agama apa yang dianut Obama. Survei Majalah Time/ABT SRBI, yang berlangsung 16-17 Agustus lalu, mengungkapkan bahwa 47 persen responden menganggap Obama adalah Nasrani, sedangkan 24 persen percaya dia Muslim, sedangkan 24 persen mengaku tidak tahu atau tidak memberi jawaban. Menurut kalangan media massa di AS, pandangan respoden atas keyakinan Obama itu terkait dengan dukungannya atas pembangunan suatu masjid di kawasan Manhattan, New York. Saat mengadakan acara buka puasa di Gedung Putih, Jumat 13 Agustus 2010, Obama menyatakan bahwa Islam merupakan bagian dari Amerika dan umat Muslim berhak mendirikan tempat ibadah di manapun, termasuk di Manhattan. Namun, kendati juga didukung oleh walikota New York, pembangunan masjid itu ditentang oleh sebagian publik dan kalangan politisi dari Partai Republik. Menurut mereka, pembangunan itu dibenarkan karena dekat dengan kawasan "Ground Zero. "Lokasi itu dulunya adalah kompleks menara kembar World Trade Center, yang hancur akibat serangan teroris al-Qaida pada Tragedi 11 September 2010, yang menewaskan sekitar 3.000 jiwa. Menurut pengamat, mereka yang tidak senang dengan dukungan Obama atas pembangunan masjid itu lalu mencoba menciptakan opini di kalangan masyarakat untuk mempertanyakan identitas dan latar belakang Obama. "Situasi ini mencerminkan makin intensifnya pandangan negatif atas Obama dari kalangan pengritik," kata Andrew Cohut, direktur Pew Research Center. Presiden AS sejak 20 Januari 2009 ini memiliki latar belakang yang "warna-warni." Bernama lengkap Barack Hussein Obama, ayahnya adalah seorang Muslim asal Kenya dan ibunya adalah Nasrani Amerika. Sejak kecil, Obama dibesarkan oleh ibunya, Ann Dunham, dan orang tua dari ibunya. Pada umur 6 hingga 10 tahun, Obama tinggal di Indonesia bersama dengan ibu dan ayah tirinya, Lolo Soetoro. (Associated Press) ~vivanews.com~ |
| Posted: 22 Aug 2010 09:57 AM PDT |
| Israel dan Palestin akan runding 2 September Posted: 22 Aug 2010 09:49 AM PDT Kuasa-kuasa dunia yang menyertai perjanjian damai Asia Barat akan menjemput Israel dan Palestin untuk memulakan rundingan damai secara langsung di Washington pada 2 September ini. Duta-duta daripada perjanjian damai Asia Barat itu terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini membincangkan draf kenyataan untuk mempelawa kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi memeterai perjanjian damai dalam masa setahun, menurut sumber diplomatik. Butir-butir kenyataan itu sudah dipersetujui oleh duta-duta perjanjian dan satu kenyataan rasmi dijadual dikeluarkan. "Mereka mencapai persetujuan supaya rundingan bermula di Washington pada 2 September," katanya. Israel dan Palestin dijangka bersetuju untuk hadir dan Presiden AS, Barack Obama akan menghadiri rundingan tersebut, menurut sumber itu. Perjanjian pada Jun lalu berkata, rundingan damai dijangka selesai dalam tempoh 24 bulan tetapi draf kenyataan itu menyebut tempoh 12 bulan. Kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) merancang untuk menetapkan semua ciri negara Palestin menjelang pertengahan tahun depan. Diplomat juga berkata, perkara yang semakin menerima perhatian ialah perisytiharan negara Palestin yang dibuat secara unilateral boleh mendapat sokongan jika rundingan tidak bermula atau menemui kegagalan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Proses damai tidak langsung menerusi perantaraan Duta AS, George Mitchell bermula pada Mei lalu selepas terhenti selama 19 bulan tetapi langkah untuk beralih kepada rundingan langsung terbantut disebabkan pertikaian mengenai syarat-syaratnya. Israel berkata, ia bersedia untuk mengadakan rundingan langsung tanpa prasyarat. Palestin juga bersedia asalkan terdapat agenda yang jelas, tetapi Israel menganggap agenda sebagai menandakan prasyarat. Menyelesaikan pertikaian berhubung syarat-syarat itu adalah penting, kata diplomat. ~Reuters~ |
| Posted: 22 Aug 2010 09:41 AM PDT SiTikus baru menerima berita yang gempar mengenai McD yang dinyatakan bahawa dagingnya adalah dari sumber yang tidak halal. Sebelum ini memang banyak isu tentang halal dan haram untuk produk makanan segera seperti KFC dan McD.Tapi berita kali ini dari Jakim sendiri dan ianya perlu diambil tindakan segera dan tegas sebab dah banyak sangat daging McD yang sedap dalam perut ni dan perut korang semua.. Berikut adalah antara yang diperkatakan oleh sumber yang diperolehi. Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!! Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya. Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku. Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri." (daripada Anas r.a, riwayat Muslim) 'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani'. (Al-Baqarah: 159-160) Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre. Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010 (pembetulan: tarikh sebenar surat adalah 19 April 2010).Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa.. Perbetulkan aku jika ada kesilapan.. Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA.. mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah.. Maklumat tentang Mac Food Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia): Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald! Info lanjut: Address : 7 Jalan SS 13/5 45700 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel : 603-5633 0222 Fax : 603-5634 0189 Contact for Sales/Export : Mr Bob Chan (Managing Director) Present Market : Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam Product Manufactured : Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions, Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets Brand Names : FIRST PRIDE, MCDONALD'S dan Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf Jadi kalau korang tahu tentang ini tolong inform la yer sebab ini perkara yang serius. Kalau betul dan benar yang berita ini betul dan pihak McD buat bodoh jer so…bye2 to mcd. Bukan berniat untuk fitnah tapi memerlukan penjelasan kerana makanan ini menjadi kegemaran anak-anak korang juga. |
| 'Better late than Never' or 'better never than late' Posted: 22 Aug 2010 09:38 AM PDT Saya bukanlah seorang yang begitu pessimist tetapi lebih mementingkan priority yang betul jika BN masih mahu memerintah di peringkat persekutuan. Saya lebih cenderung untuk bercakap yang benar daripada bercakap secara orang yang ber'politicking'. Pada hemat saya, elok UMNO dan BN pertahankan apa yang ada sahaja kerana ditakuti yang dikejar tak dapat yang dikendung pula berciciran. Saya mahu nyatakan pandangan secara terus-terang kerana tidak ada masa lagi bagi UMNO untuk berusaha untuk mengambil kembali apa yang sudah hilang. Kebarangkalian untuk mengambil kembali Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah mustahil. 'Impossible!' bak kata AR Tompel di dalam sebuah filem lakonannya. Tetapi di sebaliknya kebarangkalian negeri Terengganu dan NS untuk kecundang adalah amat besar. Perak dari sudut moralnya memang kerajaan PR. Katalah apa pun dan oleh siapa pun, negeri Perak akan kembali ke pangkuan PR. Mungkin ramai yang akan memarahi saya kerana pandangan saya ini, tetapi saya tidak akan menghiraukannya kerana saya mahu tidur lena dan saya mesti bercakap yang benar. Saya tidak berkesanggupan untuk berkata-kata untuk menyedapkan hati kita semata-mata. Buat apa kita hendak bermimpi di siang hari? Keputusan pilihanraya di negeri-negeri yang sekarang dikuasai oleh PR adalah predictable. PR jelas akan mempertahankan kerajaan negeri-negeri tersebut. Begitu juga keputusan undi bagi NS dan Terengganu. PR berpontensi besar untuk memenangi negeri-negeri ini. Sementara NS dan Terengganu masih di tangan kita elok kita jaga dan berikan tumpuan kepada 2 buah negeri ini. Lakukan apa-apa yang 'needful' untuk 2 buah negari ini. Kelemahan PR di NS semasa pilihanraya dulu hanyalah keterampilan calon-calonnya sahaja. Jika calon-calonnya adalah dari nama-nama yang dikenali dan berpengalaman PR sudah pun mengambilalih negeri itu dalam pilihnaraya yang lalu. Kali ini jika PR meletakkan calon-calon yang ada sedikit nama dan pengaruh maka UMNO akan kecundang jika apa-apa kelemahan yang ada tidak diperbetulkan. Pada tahun 1999 pembangkang berdoa supaya BN mengekalkan Wan Mokhtar Ahmad sebagai peneraju BN dalam menghadapi pilihanraya umum pada tahun itu. Sesungguhnya W Mokhtar diberikan tanggungjawab mengetuai BN dalam pilihanraya itu dan akhirnya kesemua 7 kerusi Parlimen di Terengganu jatuh ke tangan PAS dan satu ke tangan PKR di Kemaman. Kerusi DUN hanya dimenangi oleh BN sebanyak 5 kerusi sahaja. Di Sarawak pembangkang berdoa lagi jika Taib Mahmud masih kekal maka banyak kerusi DUN dan Parlimen akan kecundang. Taib Mahmud telah pun diumumkan kekal sebagai peneraju di dalam pilihanraya negeri yang akan datang ini. Dijangka BN akan menang tipis atau pun kalah terus di dalam pilihanraya negeri yang bakal tiba dalam beberapa bulan sahaja lagi. Keadaan ini juga berlaku di NS sekarang ini. Jika Mohammad masih kekal sebagai MB dan terus memikul tanggungjawab untuk melalui PRU13 nanti, maka negeri adat ini juga akan terlepas ke tangan pembangkang. Mohammad Hasan akan menerima nasib seperti Mahadzir Khalid dan Khir Toyo. Sekaranglah masanya bagi pemimpin-pemimpin membuktikan yang mereka benar-benar sayangkan parti dan negara dengan berkorban. Berkorban apa sahaja. Jika kita terpaksa berhenti maka bertindaklah sekarang dengan berhenti dan bersara. Transformasi yang disebut-sebutkan oleh pucuk pimpinan kita itu mesti dilaksanakan dengan betul dan dilaksanakan oleh orang yang betul. Penyelesaian sesuatu masalah memerlukan kefahaman yang terperinci apa sebenarnya masalah yang kita hadapi. Fahami masalah sebenarnya dulu , barulah dapat kita melakukan proses penyelesaian itu. Kalau kita tidak tahu masalah yang terperinci, sampai bila pun kita tidak akan menemui penyelesaiannya. Masalah sebenar yang dihadapi sekarang ialah krisis keyakinan terhadap semua pemimpin UMNO dan ianya melarat kepada semua pimpinan dalam BN. Kerosakkannya sudah sampai ke tahap yang 'irremediable'. Sekarang ini pemimpin yang sepatutnya melakukan transformasi itu sendiri menjadi persoalan rakyat. Siapa yang hendak menerajui transformasi ini? Orang ramai menganggap mereka yang duduk di dalam MKT UMNO sekarang ini pun hanya menambahkan ketidakyakinan rakyat, maka proses memperbetulkan keadaan tidak ada siapa yang boleh melakukannya. Memang tidak ada. Apabila pimpinan yang dipandang rendah oleh masyarakat maka pandangan itu akan menular kepada pimpinan parti-parti dalam BN dan kita tidak seharusnya terkejut dengan keadaan begini. Itulah sebabnya GERAKAN, MCA dan beberapa ahli komponen yang lain menyalahkan UMNO kerana kemerosotan sokongan rakyat yang ketara di dalam pilihanraya yang lalu. Masing-masing di dalam kepimpinan tertinggi bercakap dengan perbezaan pemikiran di antara mereka. Najib dengan konsep 1Malaysia yang tidak difahami ramai, Muhyiddin dengan isu Kemelayuannya. Antara Najib dengan Muhyiddin menyanyi tidak seirama dan selagu. MCA membuatkan UMNO lebih terdesak dengan tuntutan-tuntutan yang gila-gila. MCA sudah mengakui bahawa mereka sudah terdesak dan sanggup bersama DAP untuk memenuhi tuntutan bangsa Cina. UMNO pula masih dalam state of denial dan untuk kepentingan politik kepartiannya mencela TGNA dan pemimpin Melayu yang lain. Penghinaan yang dilemparkan kepada pemimpin Melayu ini sampai tak sanggup kita nak dengari oleh pemimpin kita dan penyokong UMNO sedangkan kita memerlukan pimpinan Melayu. MCA dan DAP memikirkan bangsanya tetapi Melayu hanya memikirkan bagaimana hendak terus berkuasa terus-terusan untuk kepentingan peribadi masing-masing. Apabila membelasah pemimpin seperti TGNA, ianya seolah-olah UMNO boleh berdiri di atas kaki sendiri sekarang ini. Akhirnya penyokong-penyokong UMNO bergaduh dengan semua pihak sehinggakan tidak ada siapa lagi yang mereka hendak bergaduh. Kalau dah bergaduh dengan semua orang kenapa pula salahkan orang lain kerana tidak menyokong UMNO? Bagaimana hendak mendapatkan sokongan dari Melayu jika pemimpin PAS dihina dan dikecam sedangkan parti itu sekarang mendapat sokongan ramai orang Melayu. Kenapa jadi begitu? Adakah disebabkan PAS itu? Atau disebabkan kita ini seperti anak 'nangoi' yang beranak banyak tetapi tidak tahu untuk menjaganya atau malas untuk memperbaiki diri sendiri. Banyak kali blog ini menyebut tentang instrospeksi diri. Salahkan diri kita sendiri sebelum kita menyalahkan pihak lain. Kalau dahulu UMNO mendapat sokongan, kenapa sekarang tidak? Mesti ada sebab, dan sebabnya bukankah ada pada diri kita sendiri? Kalau pekong sudah membesar akhirnya ia akan diketahui ramai kerana pekong itu berbau dan mudah dihidu orang. Jangan hiraukan kudis orang; hiraukan pekong yang ada kepada kita. Pekong ini jika baik sekali pun ia akan meninggalkan parut sepanjang hidup kita. Parut itu akan mengingati orang ramai dan itu merupakan masalah besar dari segi etika kepimpinan. UMNO memerlukan 'facet' yang baru dengan imej yang baru. Parti ini perlu perubahan dari A to Z.. UMNO ini perlukan pendekatan yang baru denagan perjuangannya asalnya dahulu yang sentiasa baru di setiap waktu. Di antara 'facet' yang baru ialah muka-muka yang memimpin itu harus dari kumpulan lain dan mesti tidak ada langsung muka-muka yang ada pada hari ini. Kita mesti faham UMNO sudah begitu hamis pada pandangan ramai. Apa yang dicakapkan oleh pemimpin kita tidak diyakini oleh semua. Apa yang dilakukan mereka menjadi ejekan ramai. Apa pun pemimpin kita buat sudah menjadi bahan jenaka. Jika sudah sampai ke tahap itu, bagaimana hendak terus memerintah. Salah siapa? Introspeksilah diri sendiri. Pilih diantara 2 'proverb ini; 'better late than never' atau 'better never than late'. ~aspanalias~ PR perlu bermuhasabah agar apa yang terjadi pada UBN dan apa yang UBN buat, PR tidak terjadi dan akan buat jika ingin memerintah Malaysia pada PRU13 nanti. Percayalah bahawa rakkyat sentiasa bersama PR. |
| Pengerusi FELDA gelisah telur buruk dah bau busuk Posted: 22 Aug 2010 09:35 AM PDT 1. kalau profesional apasal gelabah. relex la bro. bak kata orang, kalau tak ada angin manakan pokok bergoyang. tu yang gabrah tu mesti ada telur busuk dalam seluar disorok. 2. dia kata lagi, pembangkang masuk FELDA adalah gangguan. Ingat FELDA tu bapak tiri dia punya ke. kan negara mengamalkan sistem politik demokrasi. Suka hati la sapa pun nak masuk. 3. Atau takut makin kuat telur busuk tu terdedah? 4. kalau selama ini FELDA boleh jadi orang kuat UMNgOK untuk pilihanraya. mesti banyak yang tak kena tuuuu. dana pilihanraya ke apa ke. lu pikir la sendiri. Esok kalau PR memerintah negara. nak bela UMNgOk lagi ke? 5. dia masih kata PR duk sebar fitnah, orang bagi bukti tak mau dengar pulak. buduh. 6. hangpa baca kenyataan akhbar ni. si pencacai mesti angguk setuju dengan kenyataan ni. ~perisikrakyat~ Cubaan pembangkang masuk ke Felda satu gangguan - Yusof Nor 22/08/2010 11:44am KUALA TERENGGANU 22 Ogos — Cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Nor. Menurut beliau, pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk. "Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita di sini semalam selepas menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300. Mengulas lanjut, beliau berkata pihak pengurusan Felda tidak akan terikut-ikut dengan perkara itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi Felda yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dunia. "Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana Felda tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan. Pengurusan Felda adalah profesional," katanya. ~Bernama~ |
| UMNO Lebih Takut Hudud Dari DAP Sebenarnya Posted: 22 Aug 2010 09:23 AM PDT |
| Isu khutbah 'fitnah dan pembohongan' Umno Posted: 22 Aug 2010 09:22 AM PDT PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh kepada DAP dalam menyangkal dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.Timbalan pesuruhjaya PAS negeri, Mujahid Yusof Rawa, menuduh Umno melakukan "fitnah dan kebohongan" apabila mendakwa bahawa beberapa kathib atau imam di Pulau Pinang telah menggunakan nama Lim untuk menggantikan nama Seri Paduka, sedangkan dakwaan itu belum terbukti. "Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan," kata Mujahid yang juga ahli parlimen PAS Parit Buntar. "Jika kita ingin bermain politik, kita tidak boleh melebihi batasannya, terutama pada bulan ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS. Mujahid yang pengerusi PAS Bayan Baru berkata, PAS menolak kenyataan-kenyataan yang berunsur 'fitnah' yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya menyerahkan kepada PAS tugas membela hak orang Melayu di Pulau Pinang," katanya. ~MK~ |
| Polis PP tubuh pasukan khas siasat isu khutbah Posted: 22 Aug 2010 09:20 AM PDT Polis Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat. Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu - satu di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara. "Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan. "Pihak polis berharap siasatan terhadap isu tersebut akan dapat selesaikan minggu depan dan beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya. Beliau berkata kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Jun di Masjid Jamek Padang Menora, sewaktu khutbah sembahyang Jumaat oleh seorang Khatib jemputan. Katanya, dalam kejadian terbaru yang dipercayai berlaku pada 20 Ogos di Masjid Kubang Buaya, Butterworth, Khatib yang sama telah membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang." "Beberapa kenyataan saksi yang telah dirakamkan oleh pihak polis telah mengesahkan kejadian itu memang berlaku dan kami terus dengan siasatan selanjutnya," katanya. Selain itu, Ayub berkata beliau ingin memperingatkan kepada semua pihak supaya jangan menggunakan platform yang ada seperti ini untuk memecah-belahkan rakyat atau memecahkan perpaduan yang ada sekarang. "Peranan yang sepatut dimainkan oleh masjid adalah untuk mengurangkan gejala sosial dan menyatu-padukan rakyat," katanya. Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong. ~Bernama~ |
| Aktivis protes kerajaan tutup mulut media Posted: 22 Aug 2010 09:16 AM PDT Para aktivis yang memprotes apa yang mereka dakwa kawalan kuku besi yang berlarutan oleh kerajaan ke atas media, berkumpul di kompleks mebeli-belah Suria KLCC di ibunegara untuk menyuarakan rasa tidak puashati mereka.Kira-kira 11 orang menyertai protes tersebut. ini merupakan kali ketika protes menuntut kebebasan media diadakan - kali ini mereka membantah tindakan 'menutup mulut' tiga DJ popular stesen radio bahasa Cina 98.8FM. Pada jam 2.45 petang, kira-kira 11 aktivis berkumpul di depan sebuah kedua buku popular, dengan berpakaian warna hitam serta memakai penutup mulut. Penutup mulut itu ditulis "1 Muted Malaysia", iaitu tema protes mereka hari ini, Pensyarah yang juga aktivis kebebasan akhbar, Wong Chin Huat berkata penutup mulut itu sebagai lambang tindakan kerajaan menutup mulut rakyat dan media, daripada menyuarakan kebenaran dan mempersoalkan amalan kerajaan yang meragukan. Wong dan rakan-rakannya menjadi tumpuan jurugambar dan wartawan yang telah menunggu mereka di situ sejak awal lagi, selepas berita mengenai perhimpunan hari ini disebarkan melalui SMS dan emel sejak malam tadi. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010 (pembetulan: tarikh sebenar surat adalah 19 April 2010).














Tiada ulasan:
Catat Ulasan