Rabu, 18 Ogos 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


'Opera Cina' dibintangi Muhyiddin dan Chua'

Posted: 18 Aug 2010 07:07 AM PDT

PAS menyifatkan 'pertelingkahan' antara Umno dan MCA dalam isu ekuiti bumiputera umpama bangsawan Melayu dan Opera Cina menjelang Operasi Lalang 1987 yang menyebabkan pemimpin pembangkang dikambinghitamkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata selepas 23 tahun,ia dipentaskan semula dengan 'pelakon' yang berbeza.

"Kalau dulu (antara) Datuk Seri Najib dan (bekas timbalan presiden MCA) Datuk Lee Kim Sai, kini (giliran) Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan (presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Apakah selepas ini ada operasi lalang kedua? (Akan ada) pemimpin pembangkang yang akan dikambinghitam (oleh) Umno/BN.

"(Mereka) akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara," katanya.

Najib ketika itu berkhidmat sebagai pemangku menteri belia dan sukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata sejak tragedi berdarah 13 Mei 1969 lagi, pentas "politik bangsawan Melayu dan opera Cina" sentiasa menjadi tarikan untuk dipersembahkan.

Katanya, seperti pada tahun 1987, sandiwara itu dipentaskan ketika Umno dan MCA mengalami krisis kepercayaan daripada kaum masing-masing.

Ketika itu, tambahnya, orang Cina melihat MCA gagal melindungi bangsa merekam sebaliknya pemimpinnya dilihat membina kekayaan, manakala pemimpin Umno pula dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisme demi mengumpul kekayaan.

"Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberaniannya mempersoalkan hak Melayu.

"Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur.

"Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina," kata Mahfuz.

Setelah politik negara menjadi tegang, polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan dan berlakulah penangkapan beberapa pemimpin pembangkang bawah akta kontroversi ISA.

"Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting," katanya.

~MK~

MCA Naik Tocang Kerana UMNO Lemah

Posted: 18 Aug 2010 07:04 AM PDT

PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

"Apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian dua pertiga kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Nasharudin tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi itu diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

"Berdasarkan dasar tersebut, Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

"Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti," katanya lagi.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mengingatkan parti Cina itu supaya tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu.

~MK~

PAS beri amaran pada MCA

Posted: 18 Aug 2010 07:03 AM PDT

"Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN," kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Amaran itu dibuat ekoran resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

Malah, katanya tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi tersebut diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian 2/3 kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Manakala Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

Berdasarkan dasar tersebut, beliau berkata Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

"Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, beliau memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN sehingga ia telah menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.

~harakah~

Polis soal Anwar kes kain rentang

Posted: 18 Aug 2010 07:02 AM PDT

Tiga anggota polis hari ini merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibupejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya. Anwar yang juga ketua pembangkang tiba pada jam 10.38 pagi dengan diiringi tiga pengawal keselamatannya.

Turut hadir adalah ketua penerangan PKR, Latheefa Koya dan bendahari PKR William Leong, yang juga merupakan peguamnya.

DSP Che Mahazan Che Aik dan pegawai penyiasat ASP Aziz Abdullah tiba kira-kira pada jam 11.45 pagi dan bersama Anwar serta pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng selama hampir satu jam.

Keterangan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung penggunaan foto Sultan Johor pada kain rentang yang kononnya digunakan oleh penganjur bagi satu program ceramah yang di Batu Pahat, Johor bulan lalu.

Kain rentang itu didakwa oleh penyokong dan pemimpin Umno, termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana mengheret Raja-raja Melayu ke kancah politik.

Bagaimanapun Chua dan beberapa pemimpin PKR lain menafikan parti itu bertanggungjawab menaikkan kain rentang berkenaan dan telah membuat laporan polis. Mereka sebaliknya menuduh Umno sebagai dalang di sebalik kain rentang itu.

Pada sidang media selepas dirakamkan kenyataannya, Anwar Ibrahim berkata isu kain rentang provokatif itu yang bertujuan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan matlamat menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor.

"Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi PKR dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.

"Tidak pernah menjadi amalan kita (untuk melakukan perkara tersebut). Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," kata Anwar.

Keterangan itu dibuat mengikut seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah. Chua pula berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan PKR adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.

"Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

"Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Chua.

Pada 31 Julai lalu, Anwar dijadualkan untuk berucap di program ceramah di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Namun, pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah berkenaan selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

~MK~

Polis siasat segera dengan teliti kes kain rentang

Posted: 18 Aug 2010 06:59 AM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu kain rentang provokatif yang didakwa menggunakan foto Sultan Johor yang ditimbulkan pemimpin Umno adalah bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

Beliau pada sidang media selepas kenyataannya dirakam tiga anggota polis pagi tadi berkata, tindakan itu juga seolah-olah mahu mengheret Sultan Johor ke kancah politik.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor.

"Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi PKR dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.

"Tidak pernah menjadi amalan kita. Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," katanya.

Chua yang merupakan Pengerusi PKR Johor pula berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan PKR adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.

"Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

"Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Chua.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pula mendakwa, tindakan provokasi itu hanya untuk mewujudkan ketegangan dan perselisihan kaum. Melihat cara kain rentang itu ditulis pula, beliau tidak menolak kemungkinan ianya dibuat secara tergesa-gesa sehingga gelaran pada nama Datuk Chua Jui Meng juga salah.

Chua katanya, hanya bergelar Datuk bukan Dato' Seri seperti tertera di kain rentang tersebut.

"Walau siapa pun yang menbuat kaian rentang itu, motifnya sangat jelas iaitu mahu mewujudkan ketegangan kaum.

"Kerja menyiapkan kain rentang seperti tergesa-gesa sehingga gelaran Chu Jui Meng pun salah," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, ketua PKR Johor, bendahari PKR William Leong. Terdahulu tiga anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat, Johor hadir ke ibu pejabat PKR di Tropicana bagi menyoal-siasat Anwar berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini beberapa kain rentang muncul di Johor memaparkan gambar Anwar, Chua dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan tulisan 'PKR Johor menyokong penuh Dato' Seri Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan Calon MB Johor".

Pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya tampil menempelak tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengheret Raja-raja Melayu ke kancah politik.

PKR sebelum ini telah manfikan bertanggungjawab terhadap kain rentang tersebut dan telah membuat laporan polis. Chua juga sebelum ini mendakwa mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi menggunakan kain rentang itu didalangi bekas Menteri Besar Umno Johor.

~harakah~

Projek perindustrian di Selangor tertinggi

Posted: 18 Aug 2010 06:58 AM PDT

Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan 120 projek, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok.

Katanya, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Statistik MIDA tersebut, katanya, menunjukkan Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi tempoh tersebut - jumlah projek perindustrian yang tertinggi.

Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor dan angka tersebut merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Di belakang Selangor ialah Johor dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek, kata Teresa dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 adalah projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan. Di samping itu, Selangor juga telah mencatatkan jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan.

Menurut Teresa, RM942 juta atau 38 peratus daripada pelaburan di Selangor adalah terdiri daripada pelaburan asing. Manakala RM 1.52 bilion atau 62 peratus adalah pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun membuat pelaburan tertinggi sebanyak RM366 juta, diikuti Singapura (RM 121 juta) dan Jerman (RM116 juta).

"Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor itu menunjukkan ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan," katanya.

~MK~

Harussani sila dedah ‘perlembagaan baru’

Posted: 18 Aug 2010 06:56 AM PDT

PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

"Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS berpandangan sekiranya Harussani tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau menambah, sebagai seorang tokoh agama, Harussani mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

"PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," ujarnya lagi.

~harakah~

Timbalan menteri mana terlibat dalam pelacuran?

Posted: 18 Aug 2010 06:55 AM PDT


Polis kesal dengan tindakan ahli politik PKR MS Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaan seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sikap Arjunan itu hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

"Beliau telah datang memberi keterangan, tetapi tidak memberi kerjasama yang diharapkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Arjunan yang dia mempunyai bukti kukuh.

Sebelum ini Arjunan telah membuat laporan polis yang mendakwa seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah. Arjunan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan semalam.

~Bernama~

Jangan guna ISA dan Operasi Lalang

Posted: 18 Aug 2010 06:54 AM PDT

PAS mengingatkan kerajaan supaya jangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Operasi Lalang sebaliknya bertarunglah dalam gelanggang demokrasi, di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad membuat gesaan itu ekoran bimbang dengan suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas.

Justeru, katanya PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambinghitamkan pembangkang kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN.

"Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, keadaan 'panas' itu berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

Katanya, kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera.

Tambahnya, Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres China yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%.

Kenyataan beliau, kata Idris telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno.

Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di mana beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar.

"PAS bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika Umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah," ujarnya.

Tiba-tiba, katanya Lee Kim Sai, Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan Bumiputera juga dipertikaikan.

Pada ketika itu, ujarnya pemimpin Umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai.

Ada di kalangan pimpinan Umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru.

Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.

"Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin PAS, DAP dan NGO yang disumbat di Kamunting.

"Ada beberapa pemimpin Umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan," katanya lagi.

~harakah~

Pemuda PAS mahu jumpa Saifuddin

Posted: 18 Aug 2010 06:53 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menemui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berhubung isu kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik.

"Ia berdasarkan kepada IQ dan kematangan mereka kerana sebahagian besar mereka adalah pengundi dalam pilihan raya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani.

Beliau berkata, pihak mencadangkan pertemuan tersebut diadakan pada jam 2.30 petang 23 Ogos, bertempat di pejabat timbalan menteri berkenaan

Azman Shapawi berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Saifuddin pada 16 Ogos lalu. Katanya, Pemuda PAS difahamkan, pada dasarnya Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan mereka.

"Kalau tak dapat berjumpa pun, kita akan tetap hadir (pada tarikh tersebut) untuk menyerahkan memorandum tentang kewajaran mahasiswa telibat dengan politik," katanya.

Azman Shapawi yang ahli jawatankuasa PAS Terengganu berkata ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian Pemuda PAS petang semalam.

Menurutnya lagi, mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk persidangan meja bulat bagi mengenalpasti punca dan mencari jalan penyelesaian berlakunya masalah buang bayi, zina dan rogol.

"Isu ini melangkaui politik dan agama dan melibatkan masalah bersama (untuk menyelesaikan masalah) rakyat," katanya.

Menurut Azman Shapawi, pihaknya telah menjemput lebih daripada 50 NGO termasuk Pemuda Umno, untuk turut serta dalam persidangan meja bulat itu. Ia akan berlangsung pada jam 2 petangn 22 Ogos bertempat di Anjung Rahmat, Gombak.

~MK~

Kempen bantah saman ekor

Posted: 18 Aug 2010 06:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen sejuta tandatangan bagi membantah saman ekor di Bazar Ramadhan Keramat pada 23 Ogos ini bermula jam 5.00 petang.

Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, kempen tandatangan itu akan bergerak ke seluruh negara dan akan diserahkan kepada kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kita dengar banyak rintihan rakyat tentang saman ekor hari ini, maka kita mengambil ketetapan untuk kumpul tandatangan bantah saman ekor dan kita akan serahkan jumlah seberapa banyak yang kita dapat dan kita juga akan gerakkan ke seluruh negara dan kita akan hantar kepada pihak yang berwajib," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, di sini, hari ini.

Menurutnya juga, kempen berkenaan bersifat membantu Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipengerusikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar namun ianya lebih mensasarkan golongan muda.

"Dua perkara ini matlamatnya sama tapi dibuat oleh dua pihak. KASE di bawah PAS dan kempen ini inisiatif pemuda sendiri dan kami lebih fokus kepada orang muda kerana melibatkan banyak kenderaan khususnya motosikal yang dimiliki golongan muda," jelasnya.

Beliau juga yakin kempen berkenaan akan mendapat sokongan ramai terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri ini memandangkan rakyat menggunakan kenderaan dan lebuh raya untuk pulang beraya ke kampung masing-masing.

Justeru, beliau menyeru semua pihak agar menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda bantahan terhadap tindakan kerajaan yang disifatkan menganiayai rakyat itu.

~Harakah~

Pelawa Datuk Saifuddin Sertai Kaukus Parlimen

Posted: 18 Aug 2010 06:50 AM PDT

Bukan setiap hari pembangkang mempelawa anggota kerajaan memimpin sebuah kaukus bersama parlimen.

Yang terbaru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin
Abdullah dipelawa mengetuai Kaukus Parlimen mengenai penyertaan mahasiswa dalam politik.

Ketika membuat pelawaan tersebut, ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan beliau bagi mencapai matlamat bersama.

Isu tersebut menjadi perbualan hangat ekoran keputusan kerajaan membenarkan guru berijazah menyertai politik. Saifuddin kemudiannya mencadangkan supaya ianya juga diperluaskan meliputi pelajar universiti.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin dilaporkan berkata kabinet telah menolak cadangan tersebut. Ketika diminta mengulas pelawaan tersebut, Saifuddin berkata ia bukanlah persoalan mengenai kaukus atau siapa yang akan memimpinnya.

Sebaliknya, tegas beliau, konsensus umum adalah supaya perbincangan sama ada mahasiwa perlu menyertai politik, harus diteruskan. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, apa yang beliau kehendaki ialah supaya perbincangan mengenainya, diteruskan.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perbincangan mengenainya telah diadakan. Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, kedua belah pihak sudahpun berbincang mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah memanjang jemputan kepada Saifuddin untuk "berbincang" mengenai penyertaan mahasiwa dalam politik.

~MK~

'Batik Hadhari' Diganti Baju Kebangsaan

Posted: 18 Aug 2010 06:45 AM PDT

Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis. Kebiasaannya sebelum ini pada hari Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki.

Namun 9 Ramadan ini atau 19 Ogos kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan. Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.

Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010. Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk 'Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010'.

Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri. Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) 11 Ogos lalu.

Difahamkan juga pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan. Sementara itu beberapa kakitangan kerajaan di Kota Darulnaim ketika ditemui menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha menghidupkan kembali identiti bangsa Melayu.

"Kalau sebelum ini kita hanya tengok orang pakai baju kebangsaan pada Hari Raya dan jarang-jarang pada hari Jumaat, namun langkah terbaru dibuat kerajaan negeri memakai pada hari bekerja sesuatu yang dialu-alukan," katanya yang enggan dikenali.

~harakah~

Firma rugi mampu bayar pengarah gaji besar

Posted: 17 Aug 2010 03:06 PM PDT

Genting Bhd mendahului senarai Kajian "Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi" oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah.

Syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu. Eksekutif kanan yang disenaraikan ialah pengerusi eksekutif dan ketua pgawai eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, katanya.

Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya.

"Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda," katanya.

Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya.

"Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng," katanya.

Kajian itu mendedahkan bahawa sepuluh syarikat teratas dari segi jumlah bayaran telah membelanjakan hampir RM300 juta tahun lepas.

"Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi," katanya.

Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat. Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya.

"Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya," katanya.

~Bernama~

PAS dakwa kenalpasti 22 penyelewengan Felcra

Posted: 17 Aug 2010 03:04 PM PDT

Kerajaan didesak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan kepincangan, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam Felcra.

"(Ini kerana) Kedudukan Felcra sangat serius dan kritikal," kata pengerusi biro pembangunan tanah dan wilayah PAS Mazlan Aliman.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Katanya, setakat ini, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM 17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya.

Sebahagian daripada dakwaan telah diadukan kepada SPRM pada 31 Julai tahun lalu, tambah Mazlan.

Mazlan berkata, sebahagian lagi akan diserahkan kepada suruhanjaya itu pada bulan depan, selepas sambutan hari raya Aidilfitri.

"Oleh kerana polisi SPRM tidak boleh mendedahkan siasatan, pengadu tak tahu pekembangan siasatan (kes itu)," katanya.

~MK~

Sila ikuti peredaran zaman wahai TPM

Posted: 17 Aug 2010 03:02 PM PDT

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

Dalam kenyataan semalam, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

"Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.

Diheret perang mulut

"Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, " kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

"Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil," katanya.

"Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

"Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.

Jangan persoal kesetiaan MCA

"Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi," katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN. Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

"MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan," katanya.

~MK~

Pengetua 'rasis'

Posted: 17 Aug 2010 02:59 PM PDT

Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut. Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

~MK~

Awang Adek bukan jahil tapi bangang

Posted: 17 Aug 2010 02:57 PM PDT

Exco kanan, kerajaan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan telahpun mengambil kira risiko sebelum memperkenalkan dinar emas dan dirham perak ke pasaran negeri itu.

Beliau mengakui bahawa risiko paling besar yang dihadapi adalah dari sudut politik ke atas pentadbiran negeri itu yang dikuasai PAS.

"Kalau pengguna akan ditipu, sudah tentu politik PAS akan terjejas," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang dipetik Utusan Malaysia hari ini bahawa peniaga berisiko ditipu oleh "penyangak matawang" apabila menggunakan wang syiling itu untuk urusan jual beli mereka.


Dalam laporan tersebut, Awang Adek juga dipetik sebagai berkata, peniaga juga akan berhadapan masalah kerana syiling emas dan perak yang dilancarkan pada 12 Ogos lalu itu tidak diperakui di peringkat nasional.

Masalah itu mungkin akan menyebabkan nilainya jatuh mendadak sehingga 20 peratus, kata Awang Adek lagi dalam laporan sama.

Mengulas lanjut, Husam berkata kenyataan itu juga menunjukkan kejahilan Awang Adek berhubung kestabilan harga emas dan perak.

Mengulas kenyataan itu, Husam berkata kenyataan itu juga merupakan satu usaha untuk "menghina intelek orang ramai" kerana kestabilan harga logam itu sendiri boleh dilihat melalui fakta ekonomi dan dari sudut sejarah.

Husam menjelaskan, walaupun harga emas dan perak susut secara mendadak pada sesuatu masa, ia tetap akan menokok semula.

"Pada masa harga emas jatuh, peniaga itu boleh simpan dinar mereka dan gunakan wang ringgit.

"Alasannya, dinar ini bukanlah untuk mengganti ringgit seratus peratus tetapi sebagai pelengkap kepada wang ringgit," katanya lagi.

~MK~

Keputusan kes Azhar dikemuka ke DUN

Posted: 17 Aug 2010 02:56 PM PDT

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan mengemukakan keputusannya berhubung kedudukan ketua pembangkang di dewan itu, Datuk Azhar Ibrahim, yang didakwa melanggar peraturan dewan dengan menyebut perkataan disifatkan berunsur hasutan pada persidangan DUN November ini.

Speaker dewan Abdul Halim Hussain memberitahu pemberita bahawa mesyuarat jawatankuasa itu hari ini telah mendengar penjelasan terperinci daripada Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berhubung dakwaan itu.

Usul untuk merujukkan Azhar ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datuk Keramat) yang mendakwa Azhar melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan berunsur hasutan.

Ditanya bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap wakil Barisan Nasional itu, Abdul Halim berkata :"Kita tunggu sidang DUN nanti...biasanya ada yang hanya dikenakan amaran dan ada juga yang dikenakan penggantungan daripada menghadiri persidangan."

Abdul Halim berkata bahawa pada persidangan akan datang, setiap Adun akan diberi senarai perkataan bersifat hasutan agar mereka tidak menggunakannya ketika persidangan berlangsung kerana ia boleh menimbulkan kekecohan.

A
zhar (kiri), yang ditemui pemberita selepas memberi keterangan, berkata beliau masih boleh menghadiri persidangan DUN Pulau Pinang pada November ini.

"Setakat ini apa salah saya belum dituduh lagi. Tadi saya telah jelaskan kepada jawatankuasa apa yang saya maksudkan ketika persidangan lepas, saya tidak mengugut tetapi hanya sekadar nasihat dan beri peringatan sahaja supaya tidak menghina anggota Umno," katanya.

Azhar berkata peringatan itu bertujuan mengelak perkara yang tidak diingini berlaku seperti darurat dan menggunakan kuasa tentera untuk menjaga keamanan jika berlaku pemberontakan akibat daripada penghinaan terhadap orang Melayu.

"Saya telah melalui zaman itu, keadaan darurat, ia sangat memeritkan jadi saya beri ingatan supaya perkara itu tidak berulang lagi kerana ia sangat sukar," katanya.

~Bernama~

PAS buat aduan pada Suhakam

Posted: 17 Aug 2010 02:54 PM PDT

PAS menyerahkan dua memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan berlakunya 'gangguan dan keganasan' polis terhadap dua programnya di Johor dan Perak baru-baru ini.

Memorandum itu diserahkan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman - bagi pihak penganjur program himpunan warga Felcra di Pasir Salak - dan Ketua Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Bagi program di Pasir Salak pada 31 Julai dan 1 Ogos, mereka mendakwa polis mengadakan pelbagai gangguan seperti membuat sekatan jalan raya, membuat tangkapan dan enggan mengeluarkan permit berhimpun walaupun sudah dua kali dipohon.

Manakala bagi insiden di Batu Pahat pada 31 Julai - yang disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim - polis didakwa menghentikannya, menghalau peserta dan merampas beberapa alatan di ceramah di markaz PAS.

Memorandum itu diterima oleh pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha'ani Abdullah.

Semasa menyerahkkannya di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur tengah hari tadi, kira-kira 35 peneroka Felcra daripada Perak, antaranya yang ditahan semasa program himpunan di Pasir Salak itu.

Menurut pengarah himpunan itu Razman Zakaria, program yang dihadiri Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu 16 petugas program itu ditahan - tiga daripadanya didakwa digari - kerana "mengganggu penjawat awam" dan "membawa sejata".

"(Mereka) digari, ditahan seolah-olah penjenayah besar," katanya.

Suhakam: Bukan perkara baru

Sementara Khairul Faizi pula dalam memorandumnya mendakwa dalam ceramah di Batu Pahat, polis bertindak melalui pelbagai cara bagi menggagalkan majlis mereka, termasuk "menggunakan kekerasan untuk memecahkan pintu stor" di tempat ceramah.

Dalam aduan lisannya kepada Mohd Sha'ani, Khairul Faizi juga mendakwa polis bertindak pilih bulu apabila membenarkan programnya di sebuah restoren pada hari yang sama tetapi ceramah di Sungai Tongkang tidak dibenarkan.


"Program di restoran diluluskan dengan alasan dibuat dalam bangunan dan tidak memerlukan permit.

"(Proram) yang kedua, tempat berbeza, (juga) dalam premis, tidak dibenarkan. Jawapan yang tak konsisten," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sha'ani dalam maklum balasnya berkata insiden yang dihadapi oleh kedua-dua penganjur program itu bukan satu perkara baru. Katanya polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya "atas sebab keselamatan".

"Perhimpunan awam harus dibenarkan. Kita telah mengeluar laporan bahawa dalam penganjuran perhimpunan, penganjur hanya memaklumkan kepada polis dan polis hanya mengawal keadaan, bukan mengganggu (program)," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Sha'ani berkata, Suhakam akan bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menasihati mereka "lebih prihatin dan bertanggungjawab" dalam menjalankan tugasnya.

~MK~

Keganasan Polis dibawa ke Suhakam

Posted: 17 Aug 2010 02:53 PM PDT

Aduan berhubung keganasan polis di dua tempat berbeza iaitu di Pasir Salak dan Batu Pahat pada 31 Julai lalu dibawa ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam.

Aduan tersebut berkenaan tindakan pihak polis mengganggu dan melakukan tangkapan terhadap peserta himpunan warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak dan program ceramah anjuran pakatan Rakyat di Rengit.

Aduan diketuai Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria dan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil serta Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Dalam aduannya Razman berkata, meskipun himpunan tersebut diadakan secara tertutup atas tanah persendirian dengan mensasarkan orang-orang tertentu sahaja, namun ianya tetap diganggu oleh pihak polis.

Permit polis juga jelasnya telah dipohon sebanyak dua kali namun ditolak atas alasan penganjur tidak mempunyai kelulusan untuk menggunakan premis persendirian itu.

"Kita mendapat kebenaran daripada pemilik tanah melalui surat dan kami sertakan sekali geran tanah pemilik," katanya.

Beliau turut mempertikai tindakan polis mengadakan sekatan jalan hampir di seluruh jalan masuk ke tapak premis dan tangkapan hanya dibuat ke atas petugas program yang memakai pakaian PAS tanpa alasan yang nyata.

Selain itu, turut dipersoal tangkapan yang dibuat terhadap petugas di luar kawasan premis.

Dalam kejadian 1 Ogos lalu, seramai 16 orang ditahan dan dilepaskan pada malam yang sama dan tiga lagi direman selama beberapa hari.

Khairul Faizi (kanan gambar bawah) juga dalam aduannya menceritakan situasi yang hampir sama iaitu pihak polis menyerbu markaz PAS di Rengit.

Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah dan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

"Saya mewakili PAS Batu Pahat Pihak telah sediakan dokumen berkaitan kejadian ini dan minta pihak Suhakam mengambil tindakan yang sewajaranya," katanya.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan larangan mengadakan himpunan aman semakin ketara di era pemerintahan perdana menteri Datuk Sri Najib Razak.

"Sebelum ini Datuk Seri Najib pernah kata, jangan buat demonstarasi jalanan. kalau nak buat, buatalah di tempat tertutup. Gunalah stadium, gunalah balai raya.

"Tapi bila kita minta nak guna stadium, tak boleh. Minta guna balai raya pun tak boleh juga.

"Jadi di manakah kita boleh buat berhimpun? Saya minta pihak polis nyatakan secara jelas di mana tempat yang boleh kita berhimpun," katanya.

Dalam pada itu, pengerusi Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah yang mendengar aduan itu dalam responnya berkata, insiden gangguan dan keganasan polis bukan perkara baru dan pernah dikritik oleh Suhakam sendiri.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pihak polis yang menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

Justeru, beliau berjanji akan memanjangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya selain akan mengatur pertemuan dengan pihak berwajib agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

~harakah~

Polis dan kerajaan disaman RM2 juta

Posted: 17 Aug 2010 02:52 PM PDT

Seorang penjaja yang menyaksikan protes anjuran gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) 2007, hari ini mengemukakan saman RM2 juta ke atas polis dan kerajaan kerana kecederaan yang dialaminya ketika ditahan.

Aleyasak Hamid @ Hassan, 34, mendakwa tempurung lututnya retak disebabkan tindakan membabi-buta polis cuba menyuraikan orang ramai yang berhimpun. Bapa kepada dua orang anak itu mendakwa pada kejadian lebih tiga tahun lalu, dia yang langsung tidak mengambil bahagian tetapi cuma melihat perhimpunan itu turut ditangkap.

Perhimpunan itu disertai 67 NGO dan lima parti politik. Pada perhimpunan besar-besaran di ibunegara itu, kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih.

Peguamnya Fadiah N Fikri berkata, anak guamnya memutuskan memfailkan saman itu setelah berpendapat tiada sebarang tindakan diambil setelah membuat laporan polis pada hari kejadian itu berlaku.

Tak sempat lari

"Inilah sebabnya kami failkan saman sivil terhadap kerajaan Malaysia bagi menggesanya lebih bertanggungjawab terhadap tindakan polis yang secara ganas menendang dan menghentamnya tanpa alasan," katanya selepas memfailkan saman itu.

Menceritakan semula kejadian itu, Aleyasak yang hadir ke mahkamah bersama isteri dan tiga anaknya berkata ketika orang ramai menyuruh peserta demonstrasi melarikan diri, beliau tidak sempat melakukannya.

"Saya minta tolong mereka, (saya) beritahu mereka lutut saya retak tetapi mereka berkasar. Mereka suruh saya masuk sendiri dalam trak walaupun saya beritahu saya tidak boleh bangun," dakwanya.

Katanya, beliau terpaksa berhenti bernaga ekoran kecederaan itu. Aleyasak juga mendakwa, di dalam trak polis itu beliau terpaksa menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Beliau bagaimanapun mengakui dipindahkan serta-merta ke ambulans yang sedang menunggu semasa tiba ke destinasi. Semasa rawatan, Alayesak mendakwa beliau terpaksa membelanjakan RM70 sekali rawatan, yang mana beliau tidak mampu melakukannya selalu.

Beliau sebelum itu mendakwa tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi itu dan hadir hanya sebagai penonton apabila mendapati ia merupakan perhimpunan aman,

~MK~

Aleyasak saman polis dan kerajaan RM2 juta

Posted: 17 Aug 2010 02:50 PM PDT

Gara-gara bertindak ganas mencederakan orang awam, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disaman RM2 juta oleh seorang rakyat Malaysia.

Bercakap di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Aleyasak Hamid @ Hassan, 34 tahun mengaku bahawa tempurung lututnya musnah ekoran dipijak oleh anggota polis pada perhimpunan sempena Kempen Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 10 November tiga tahun lalu.

"Apabila saya jatuh, dalam lima hingga enam orang polis datang menyerang saya dan memijak lutut saya sehingga pecah.

"Saya buat semua ini sebab nak tuntut keadilan atas kezaliman ini kerana selama ini saya ingat polis jaga keamanan rakyat biasa seperti saya," ujarnya sambil menyuarakan rasa tidak selamat berada di tanah air.

Katanya, polis terbabit langsung tidak bersimpati atas kecederaan yang dialaminya pada ketika itu walaupun beliau berkali-kali meminta perikemanusiaan mereka yang terbabit.

"Bila saya minta tolong polis untuk angkat saya, polis cakap: mengapa kamu bodoh dan datang ke sini? Kamu babi yang banyak menyusahkan orang," jelasnya lagi dalam nada yang kecewa.

Tidak cukup dengan itu, pihak polis menurut dakwaannya turut menyepak bahagian tempurung lutut yang telahpun cedera apabila beliau berkali-kali meminta bantu polis. Disebabkan kecederaan itu, beliau mengaku hilang upaya hampir tiga tahun di samping kehilangan kerjaya sebagai ahli perniagaan kecil-kecilan pada ketika itu.

Tambahnya lagi, kecederaan tersebut turut memaksanya untuk menghabiskan sejumlah wang tertentu setiap minggu untuk perubatan klinikal serta terapi kaki kirinya itu. Ditanya tentang sumber pendapatannya sekarang, beliau berkata, beliau membantu isterinya mengadakan kelas tambahan kecil-kecilan demi menyara hidup tiga anaknya yang masih kecil.

Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri dan Siti Murnie Anuar pada kenyataan yang sama berkata, polis dan FRU sepatutnya tidak bertindak kasar pada perhimpunan rakyat. Partisipasi tidak langsung rakyat pada perhimpunan tersebut, menurut beliau, sepatutnya tidak boleh mendorong polis untuk mencederakan tempurung lutut anak guamannya itu.

Disebabkan itu, beliau berkata, jumlah tuntutan saman RM2 juta itu adalah munasabah bagi menampung kos perubatan, kos teladan, kos kecederaan dan sebagainya yang dialami oleh anak guamannya.

Demi mendapatkan keadilan bagi anak guamannya, beliau yang juga anggota Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur (PBGKL) mengumumkan bahawa ACP Kamal Pasha Jamal (Ketua Polis Daerah Dang Wangi), Datuk Sabtu Osman (Ketua Polis Kuala Lumpur), Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

~harakah~

'Ridhuan Tee, isyhtiharkan saja masuk Umno'

Posted: 17 Aug 2010 02:49 PM PDT

Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.

Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan 'Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri."

Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi - seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan.

"Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

"Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," coretnya dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

"Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi," katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

"Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi.

~MK~

Pemuda PAS cabar Ridhuan Tee sertai Umno

Posted: 17 Aug 2010 02:48 PM PDT

Pemuda PAS mencadangkan agar Dr Ridhuan Tee menyertai Umno dan mengishtiharkannya secara terbuka ekoran tuduhan penulis itu terhadap PAS.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abd Rani dalam satu kenyataannya sangat kesal dengan tulis Ridhuan yang mendakwa "PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir".

Sehubungan itu, Azman berkata, "inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Dr. Ridhuan Tee sendiri."

Ridhuan Tee adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional. Semasa menjadi pelajar di UKM, beliau adalah pemimpin pelajar di sana. Selepas belajar, beliau pernah bertugas di Harakah sebagai pegawai kawalan kredit akhbar PAS itu.

Kata Azman, kenyataan Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam tulisannya dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia, tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi.

Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan BA(Hons)Political Science (UKM), MA Strategic Studies (UKM), PhD Politics and Government (UPM), Dip. Islamic Studies (UIA) sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan, katanya.

Beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh beliau yang bertajuk 'Jangan terlalu berani mencabar' yang dikeluarkan dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 15 Ogos 2010.

Antara isi kandungannya berbunyi 'Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam'.

"Ini merupakan satu pertuduhan yang serius yang boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan?" katanya.

PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al quran, hadis, qias dan ijma' ulama, katanya.

Dalam kuliah-kuliah agama dan ceramah-ceramah, katanya, PAS hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak walaupun dalam berpolitik kerana Islam itu syumul dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia.

"DPPP mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan?
Beliau seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," katanya.

~harakah~

Tiada ulasan: