Anak Cucu Nabi Adam |
- Awas Pegawai Bancian 2010 Palsu
- Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis
- Jika PR Samseng Selangor BN Perompak Selangor
- Bekas ADUN Selangor Bunuh Atau Dibunuh?
- 'Budak jahat curi telur ayam'
- Dr M sedia beri keterangan isu PKFZ
- 1Malaysia Menggadai Maruah Melayu
- TGNA Ikon Bapa Perpaduan
- 'Utusan Keadilan' pula di pasaran
- Umno bertahan dengan tentera upahan
- Umno BN bunuh demokrasi
- Spealer Haram Perak gantung Nizar dari DUN Perak
- Sidang DUN Perak kecoh
| Awas Pegawai Bancian 2010 Palsu Posted: 03 Aug 2010 05:40 AM PDT Saya ingin berkongsi pendapat mengenai Bancian 2010 yang sedang berjalan.Tak banyak yang hendak saya ulas di sini kecuali kini dengan perkembangan teknologi maklumat, kaedah bancian dibuat juga secara online melalui e-Census. Satu kaedah yang pada pendapat saya amat sesuai kerana dapat menyelesaikan beberapa isu seperti keselamatan dan kerahsiaan maklumat. Bayangkan apabila ada orang mengetuk pintu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai banci. Mungkin benar, mungkin tidak. Bagi yang tidak berkeyakinan, apa yang boleh anda lakukan ialah hulurkan borang Identification Particular yang perlu diisi oleh pegawai banci. Selebihnya, anda boleh membuat pengisian secara online melalui e-Census. Kerahsiaan juga satu isu kerana andai yang datang itu bukan pegawai banci yang sebenar, maka bayangkan segala maklumat isi rumah diperolehi dengan mudah. Contohnya bilangan isi rumah, perolehan isi rumah, jantina dan macam-macam lagi. Maka, sekali lagi e-Census membantu menyelesaikan masalah kerahsiaan. Tambahan pula, semasa bancian dijalankan, mungkin hanya para isteri sahaja di rumah. Tak gitu? Bukan bermakna kita tidak patut bekerjasama, tapi lebih baik kita beringat dan berhati-hati/ waspada. Tak mustahil akan ada yang mengambil kesempatan/peluang untuk membuat sesuatu yang tidak wajar. Apa-apa pun, bancian itu penting untuk merancang ekonomi negara. Saya sendiri pun tak sabar-sabar untuk isi borang e-Census. Cuma menunggu pegawai banci datang dan isi borang Identification Particular je. Saudara/i boleh muat turun maklumat e-Census di https://ecensus. stats.gov. my/ecensus/ index.php atau laman web utama http://www.statisti cs.gov.my/ portal/index. php?lang= en Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur. ~Shukri~ |
| Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis Posted: 03 Aug 2010 05:33 AM PDT ~MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN~ Apabila kita bercakap tentang saman ekor kita sebenarnya bercakap tentang kegagalan pihak polis memahami prinsip keadilan asas di dalam undang-undang jenayah iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Prinsip ini boleh dikatakan bersifat sejagat dan dipakai di serata dunia.Hakikatnya prinsip asas ini sahajalah yang boleh melindungi pencabulan hak rakyat oleh pihak Negara. Di dalam kes jenayah pendakwaan dilakukan oleh Negara. Negara yang gagah kerana mempunyai segala sumber di dalam genggamannya seperti polis dan agensi-agensi lain dibenarkan oleh undang-undang untuk membawa rakyat yang lemah ke muka pengadilan. Rakyat yang lemah sudah tentu tidak berupaya untuk melawan Negara yang gagah dan perkasa serta kaya dengan segala sumber kekuatan dan prasarana. Oleh itu satu-satunya senjata yang boleh melindungi rakyat dari 'serangan" Negara adalah prinsip asas yang saya nyatakan tersebut iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Dengan bersandarkan prinsip ini rakyat boleh menyatakan kepada Negara lebih kurang begini " saya tahu kamu ( Negara ) ada segala kekuatan untuk membawa saya ke muka pengadilan , maka saya menuntut kamu wahai Negara untuk membuktikan bahawa saya benar-benar bersalah, kerana jika kamu tidak ada bukti untuk mensabitkan saya bersalah kamu janganlah menganggu kehidupan saya." Amat malang saman ekor membunuh prinsip asas tersebut. Saman ekor memberi erti rakyat adalah dianggap bersalah maka rakyat yang kena buktikan bahawa mereka tidak bersalah. Bagi saya saman ekor adalah manifestasi penyalahgunaan kuasa dan undang-undang bagi mendapatkan faedah kewangan secara tidak sah. Dengan kata lain saman ekor adalah jalan pintas bagi Negara di bawah BN untuk mengambil wang rakyat secara paksa. Kalau di zaman feudal raja yang zalim bertindak meminta rakyat membayar ufti bagi menjamin keselamatan mereka, maka saman ekor adalah ufti versi baru yang dikutip dari rakyat oleh "neo feudalist" dengan berselindung di bawah ketiak undang-undang yang dinamakan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa pihak mereka akan tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas . Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihipemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini ( Utusan10/7/2010 ) Nampaknya pihak polis menafsir seksyen 17 dan seksyen 29 ( 1A ) Akta tersebut secara harfiah iaitu jika pemilik kenderaan yang memohon untuk memperbaharui cukai jalan [ seksyen 17 ] dan lesen memandu [ seksyen 29 ( 1A ) ] dan didapati mereka masih ada kes tertunggak dengan JPJ atau Polis berkaitan dengan pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta Pelsesenan Kenderaan Perdagangan 1987 maka permohonan pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu boleh ditolak. Untuk pihak polis yang tidak terlatih di dalam bidang undang-undang sayugia diingatkan tidak semua peruntukkan undang-undang boleh dibaca secara harfiah kerana ada masanya jika kita membaca secara harfiah ia boleh memberi makna yang tidak munasabah sekaligus mewujudkan ketidakadilan. Bagi pihak polis apabila pemilik ada saman ekor dan masih belum dibayar ia secara ipso facto (dalam keadaan begitu) bererti pemilik kenderaan dikira ada kes tertunggak dan sekaligus lesen memandu dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui melainkan dibayar kompaun saman ekor itu terlebih dahulu. Tafsiran harfiah pihak polis tersebut jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang jenayah yang saya sebut di awal artikel ini iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Seksyen 17 dan 29 ( 1A ) bukan hanya bercakap tentang pemilik kenderaan mempunyai kes tertunggak dan kemudian full stop. Kedua-dua seksyen tersebut sebaliknya bercakap tentang pemilik kenderaan ada kes tertunggak berkaitan dengan pelanggaran dan kesalahan di bawah Akta. Jadi kalimah yang penting di sini dan perlu diambil perhatian adalah kalimah " berkaitan dengan kesalahan dan pelanggaran Akta". Persoalannya adakah hanya kerana seseorang dikenakan saman ekor maka ia secara automatik dikira bersalah di sisi undang –undang ? Kalau itu tafsiran polis maka tidak perlulah ada pendakwaraya, peguambela , Mahkamah atau juri. Lebih baik polis menjadi pendakwaraya, peguambela, mahkamah dan juri sekaligus. Sudah tentu tafsiran yang munasabah adalah pelanggaran dan kesalahan yang dinyatakan di dalam seksyen 17 dam 29 (1A ) tersebut adalah semestinya bermaksud kesalahan dan pelanggaran yang telah dibuktikan mengikut prinsip dan prosedur undang-undang, Sebab itu di dalam undang-undang mereka yang ditangkap dipanggil suspek manakala mereka yag didakwa di mahkamah dipanggil tertuduh. Hanya setelah tertuduh didapati bersalah barulah orang yang dituduh itu dipanggil orang yang bersalah dan hanya orang bersalah baru layak dihukum sama ada hukuman denda atau penjaran atau sebagainya. Jika kita ikut logik polis di dalam kes saman ekor mereka yang disaman itu adalah dikira orang bersalah yang demikian ia wajib membayar denda/kompauan jika tidak akan disenaraihitamkan. Sesuatu kesalahan atau pelanggaran undang-undang hanya boleh dibuktikan di Mahkamah mengikut lunas undang-undang. Ini bermakna hanya seseorang itu dikenakan saman ekor tidak boleh dengan sendirinya membawa maksud beliau bersalah kerana kesalahan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu. Polis menyatakan bahawa pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.Polis menyatakan bahawa pihak mereka mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut. Polis menyatakan bahawa sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan. Jawapan kita tentang alasan tidak cerdik polis itu mudah sahaja. Kalau polis mendakwa mereka ada bukti mengapa polis tidak berani bawa bukti tersebut di Mahkamah iaitu dengan mendakwa orang yang melakukan kesalahan tersebut. Hanya kerana polis menyatakan ada bukti tidak bermakna bukti tersebut mesti diterima oleh Mahkamah. Berapa banyak kes yang polis bawa bukti tetapi Mahkamah tolak bukti tersebut yang mengakibatkan kes ditolak oleh Mahkamah. Polis kena faham sebarang bukti yang mereka katakan itu hanyalah bukti yang belum diuji lagi. Maka kaedah untuk menentukan sama ada bukti itu boleh diterima atau tidak, pihak yang disaman ekor itu mestilah diberi peluang untuk mempertikaikan bukti polis itu dan ini hanya boleh dilakukan di Mahkamah. Meminta orang membayar denda/kompaun dalam keadaan ia belum dibuktikan bersalah adalah satu peras ugut. Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis. |
| Jika PR Samseng Selangor BN Perompak Selangor Posted: 03 Aug 2010 05:32 AM PDT Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempertahaan kenyatannya yang mengaitkan DAP dengan "samseng lombong pasir"."Setahu saya, mereka perlu tunjukkan ketegasan dalam mengurus (isu) perlombongan pasir haram. "Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat," katanya yang juga bekas menteri besar kepada Malaysiakini hari ini. Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng. Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman. "Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya. "Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti. Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee. Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya. MK~ |
| Bekas ADUN Selangor Bunuh Atau Dibunuh? Posted: 03 Aug 2010 05:30 AM PDT Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa."Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa. "Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian. Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi. Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno. Mengemaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu, hampir jam 6 petang tadi, Khalid berkata hasil laporan awal bedah siasat telah diperolehi di mana Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya. Tambahnya, dua kesan tembakan dikesan pada wanita tersebut dan satu lagi pada mangsa lelaki. "Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid. Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi. ~MK~ |
| Posted: 03 Aug 2010 05:29 AM PDT Bukan sahaja mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan John Malott sebagai bodoh dan tolol, Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini terus menyerang bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia itu. Menurut Ibrahim, Malott telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak memahami bahasa Inggeris. "Respon John Mallot pagi ni terhadap jawapan saya kepadanya tak intelek langsung. Macam budak jahat kena tangkap curi telur ayam. "Sekarang orang Amerika dan seluruh dunia sedang ketawakan dia," kata Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. ~M~K |
| Dr M sedia beri keterangan isu PKFZ Posted: 03 Aug 2010 05:28 AM PDT Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian."Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak," kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini. Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub". Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya. "Saya tidak tahu sama ada dia memperdayakan kabinet atau tidak. Dia hanya telah didakwa, sama ada bersalah atau tidak, tidak tahu," katanya. Mahathir juga agak keberatan bila ditanya sama ada langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan jemaah menteri tidak begitu mudah diperdayakan. "Banyak perkara yang berlaku tanpa pengetahuan kabinet," katanya sambil melemparkan senyuman sinis. Menurut beliau, Perdana Menteri lazimnya terpaksa menanggung segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri. "Tetapi ada had terhadap tanggungjawab ini kerana ada banyak perkara yang perdana menteri tidak tahu," katanya. Jika berbuat demikian, ini bukan kali pertama Mahathir akan memberi keterangan di mahkamah. Kali terakhir, beliau tampil ialah pada tahun 2008 ketika inkuiri suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pita video VK Lingam. Namun bekas perdana menteri itu banyak mengelakkan diri daripada menjawap. Alasan beliau ialah tidak ingat atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menjawap soalan berkenaan. ~MK~ |
| 1Malaysia Menggadai Maruah Melayu Posted: 03 Aug 2010 05:26 AM PDT Langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pentadbirannya. Bagaimanapun, katanya, terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya. "Kerajaan memberi penjelasan, mengadakan pelbagai program untuk rakyat agar lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan tentang gagasan 1Malaysia. "Kita jangka mungkin dalam satu tempoh akan datang, semua orang akan dapat memahami ertinya yang sebenar, tidak ada salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan gagasan 1Malaysia," katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di Putrajaya, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan Dr Mahathir semalam yang mahu kerajaan menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan. Muhyiddin berkata, wujud kecenderungan tafsiran mengenai konsep itu dibuat mengikut pandangan kelompok tertentu berbanding yang dijelaskan oleh Perdana Menteri. "Perdana Menteri menjelaskan gagasan ini adalah gagasan yang berteraskan perlembagaan negara. Itu yang paling kukuh dan apa pun tafsirannya, ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. "Baik dalam soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama. Apapun ia tidak seharusnya lari daripada itu," katanya. Beliau berkata, yang pastinya gagasan 1Malaysia adalah satu perkara yang dinamik, ia bukan statik dan pasti ada pihak yang cuba mentafsirkan mengikut kehendak masing-masing. ~Bernama~ |
| Posted: 03 Aug 2010 05:25 AM PDT Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Bapa Perpaduan Malaysia atas keupayaannya memerintah secara adil di negeri Kelantan.Di samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam. Ketika berucap dalam program yang diadakan di Temin, kelmarin, beliau berkata keupayaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerapkan nilai-nilai adil kepada semua kaum dalam pemerintahan di Kelantan. Justeru, kata beliau sepatutnya Nik Aziz dijadikan contoh atas keupayaan menyatukan kaum sehingga dikagumi oleh rakyat bukan sahaja di Kelantan malahan seluruh negara. "Tok Guru sebenarnya adalah bapa perpaduan di Malaysia. Dia memerintah Kelantan dengan adilnya kepada semua kaum. Orang bukan Islam telah terima dasar Islam yang adil. Sekarang ini orang bukan Islam semakin yakin dengan PAS. "PAS diterima oleh orang bukan Islam sejak 50 tahun lalu tetapi atas beberapa sebab kerana mereka tak sokong Umno BN, mereka tak mahu Umno menang. Selepas pilihan raya umum lalu, orang bukan Islam semakin yakin dengan dasar Islam yang dibawa PAS," katanya. ~harakah~ |
| 'Utusan Keadilan' pula di pasaran Posted: 03 Aug 2010 05:24 AM PDT Edisi keempat akhbar tidak berkala terbitan Angkatan Muda Keadilan (AMK), 'Utusan Keadilan' mula diedarkan sejak semalam berikutan sambutan yang memberangsangkan tiga terbitan sebelum ini. Artikel muka depan edisi kali ini mengenai cara pemerintahan ala fasis Umno/Barisan Nasional yang terdesak untuk mengekalkan kuasa dengan menyekat kebebasan media dan mencanangkan semangat kebangsaan yang bersifat perkauman. Turut didedahkan kali ini mengenai laporan terbaru Perdagangan Dunia 2010 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyatakan kadar kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia merudum sehinga 81 peratus pada 2009. Di muka belakang 'Utusan Keadilan' pula memaparkan berita berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membayar agensi media luar negara, Cable News Network, bagi menemuramah beliau. Pendedahan kali ini menunjukkan Najib dilaporkan telah menggunakan dana awam sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan liputan akhbar ketika beliau melawat Amerika Syarikat, April lalu. Laporan muka belakang juga mengenai rekod hak asasi manusia di Malaysia yang semakin buruk di bawah pentadbiran Najib seperti mana yang disebut di dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2009 oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Manakala bahagian berita bergambar pula memuatkan laporan sekitar majlis malam seni tahan tanpa bicara pada 24 Julai lalu dan pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia 2009 oleh Suaram yang dihadiri wakil kedutaan asing serta bekas tahanan ISA. Edisi ketiga, 'Sinar Keadilan' yang diterbitkan minggu lalu dirampas pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagaimanapun, akhbar ini akan terus dikeluarkan sehingga KDN memberikan kelulusan permit bagi menerbit dan mencetak akhbar rasmi PKR, Suara keadilan. Suara Keadilan digantung selepas akhbar itu menyiarkan artikel 'Felda Bankrap' sejurus sebelum tamat tempoh permit pada 30 Jun lalu. ~harakah~ |
| Umno bertahan dengan tentera upahan Posted: 03 Aug 2010 05:23 AM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat. Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak. 36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak. "Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan," kata Abdul Hadi. Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya. "Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan," katanya lagi. Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ. "Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS," kata beliau dalam pertemuan itu. Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu. "Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu. Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun. "Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa. "Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini," kata Abdul Hadi. Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit. "Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat," kata beliau dalam pertemuan itu. ~harakah~ |
| Posted: 03 Aug 2010 05:21 AM PDT Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno BN telah membunuh demokrasi apabila pelbagai tindakan bertentangan dengan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dilakukan mereka.Ianya termasuklah tempoh persidangan yang hanya sehari bagi meluluskan Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membahaskannya selama 15 minit. Menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar. "Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli," katanya seperti dilapor Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Nizar berkata demikian pada sidang media Pakatan Rakyat selepas beliau dihalau keluar dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini. Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa. "Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang, tetapi bila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung seorang Adun tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu sudah salah guna kuasa. "Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya," Nizar dipetik sebagai berkata. Selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga hari ini dihilangkan suara oleh BN apabila mikrofon mereka ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat. Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka. "Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkandemokrasi di Perak. "Kita mengatakanoleh kerana mereka buat kerja haram, maka dewan tidak berfungsi lagi," katanya. Terdahulu persidangan Dun Perak hari ini sekali lagi kecoh apabila Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat, dihalau keluar oleh Ganesan dan digantung satu hari. Tindakan itu, ekoran Nizar enggan duduk dari memberi ucapan mewakili Pakatan Rakyat setelah diarah oleh Ganesan. ~harakah~ |
| Spealer Haram Perak gantung Nizar dari DUN Perak Posted: 03 Aug 2010 05:19 AM PDT Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan. Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.' Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan... Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua. Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan... Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir! Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan] Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti. Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan. Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet. Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya. Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama. Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan. Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa. ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN. Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan. Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama. Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman. ~MK~ |
| Posted: 03 Aug 2010 05:16 AM PDT Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.Polis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi. Persidangan bermula pada 10 pagi. Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing. Speaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula. Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh. Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk. Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat. ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini. Zambry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap. Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja. "Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya. Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera. Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan. Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar. Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas. Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak. Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu. "Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan," kata Ganesan. Nga membalas bahawa Ganesan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum mendakwa jawatan itu miliknya, merujuk kepada perbicaraan kes tersebut. "Okay," kata Ganesan kerana tidak mahu sidang terganggu. Zambry turut menafikan dakwaan Nga, kononnya bahawa Perak adalah negeri miskin kerana sehingga Julai lalu jumlah miskin tegar di negeri itu hanya seramai 764 keluarga. Beliau juga memberi amaran kepada Nga agar tidak memanipulasikan perangkaan itu dan membuat tuduhan palsu di media. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan