Jumaat, 13 Ogos 2010

al-brangi

al-brangi


'Hang Nadim' dengan Dirham Emas...Perak

Posted: 12 Aug 2010 08:25 PM PDT

Kalau tak berdaya dan berupaya nak lakukan benda yang sama, kalau tak terfikir atau jahil dalam bidangnya......jangan berhasad dengki dan mem'bunuh' idea pintar ini.

Teringat akan kisah Pulau Tumasek dilanggar sang todak suatu waktu dahulu. Seluruh cerdik pandai dan pencacai pemerintah kekeringan idea. Beribu-ribu rakyat mati setiap hari kerana arahan yang kurang cerdik dari pemerintah......menyuruh rakyat menahan betis masing-masing.....maka matilah rakyat dilanggar todak.

Suatu hari muncul seorang kanak-kanak pintar bernama Hang Nadim......beliau mencadangkan ditanam pokok pisang di sepanjang pantai.....idea yang baik.....bergelimpangan todak mati tercucuk muncungnya di batang pisang.

Patut atau adilkah Hang Nadim di'hukum bunuh'?

Tiada ulasan: