Ahad, 8 Ogos 2010

al-brangi

al-brangi


Dayus?......Biar betul Pak Awang 'Keparat'

Posted: 08 Aug 2010 03:00 AM PDT

Adalah kisah sorang tua bernama Pak Awang Keparat nih, yang kerjanya mengambil upah jual kertas lap jamban untuk semua jamban 1Malaysia.

Hari-hari mulutnya akan berbuih macam orang mabuk todi, menyumpah2 kerana kertas tu tak laku. Dah nak buat camana, kalau dah hari-hari pelanggan 'menyumpah2' akan mutu kertas tersebut.

Dalam pada itu sempat lagi dia meroyan sorang2 diri dengan baju beserebeh dan kain pelikat usang yang hapak......kalau baling kat Sungai Linggi, nescaya timbul semua buaya-buaya dan spesis seangkatan dengannya.

Dalam 'royan'nya yang sayup-sayup kedengaran itu, sempat ditangkap beberapa patah perkataan yang amat jijik, lebih jijik dari tuannya......malah lebih jijik dari hal-hal yang berada dalam jamban, kedengaran dia melalut mengatakan pimpinan tertinggi PAS adalah orang yang paling jijik dan parti PAS adalah parti yang 'paling dayus'.

Setahu saya dalam Islam perkataan dayus selalunya dikaitkan dengan perbuatan yang tidak melayakkan diri seseorang itu masuk ke dalam Syurga Allah SWT.

Tetapi orang yang 'separuh-tiang' sepertinya, tak tahulah pulak apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'dayus'. Apakah dia dalam keadaan waras menyebut perkataan 'dayus'? Adakah dia faham akan makna dayus dan implikasinya seseorang yang dayus?

Orang-orang sepertinya yang menjadi pencacai tuannya, perkataan 'dayus', bagi mereka adalah tersangat lembut kerana sifat dan perangai mereka (yang hanya meletakkan Islam hanya pada nama, bukan kerana tuntutan Islam itu sendiri) amat sinonim dengan perkataan itu kerana segala perbuatan halal dan haram yang dilakukan oleh mereka seolah-olah tiada bezanya.

Sebab itulah bagi Umno. isteri orang bersalaman dengan suami orang tak ada rasa apa2......darurat konon, anak-isteri tak menutup aurat tak ada rasa apa2 kerana mereka orang sufi......itu soal hati konon, berdua-duaan dalam perjalanan yang jauh atau dekat dalam kenderaan, tak ada rasa apa2......perjalanan yang ikhlas kerana menemani dan menjaga keselamatan konon dan seribu satu macam lagi.

Selaku pencacai kepada tuannya, tahukah dia membezakan diantara Syiar dengan Syariat, diantara Halal dengan Haram, diantara perpaduan di atas sama-sama menjunjung syariat Allah dengan perpaduan di atas kebangsaan yang sempit, diantara Mumayyiz dengan Mukallaf, di antara Sunat dengan Wajib, di antara Makruh dengan Haram dan sebagainya?

Selebihnya, sila anda baca di sini .

Anda kenal wanita ini?

Posted: 07 Aug 2010 08:00 PM PDT

Saya amat tertarik dengan ungkapan yang tercetus dari ibu muda yang jelita ini.

Saya turut berdoa agar beliau kekal di dalam kurniaan itu.

Usahkan nak hapus......nak mintak diskaun PTPTN pun terkedu-kedu......ikhlasnya Umno.....

Posted: 07 Aug 2010 08:35 AM PDT

Baru dicadang tiada 'discount' harga rumah yang melebihi RM500,000.00, sudah gegar 1Malaysia.

Laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno kononnya nak menakutkan Tony Pua dan berbagai-bagai kecaman lagi kepadanya.

Amboi yang dah 3/4 jutawan pun masih nak harga 'dicount' lagi ke?

Amat mustahil orang yang berpendapatan RM8,000.00 hingga RM10,000.00 mampu membeli rumah yang berharga RM500,000.00.

Kalau betul Pemuda Umno ikhlas dalam perjuangan kenapa tidak menuntut pembayaran balik PTPTN untuk bumiputra di'discount'kan 50%? (Jangan harap Pemuda Umno berani menuntut PTPTN diubah menjadi biasiswa, sebab Pemuda Umno suka makan roti canai kosong, yakni roti 'TULUR TARAK')

Memilik hartatanah berbentuk rumah mewah adalah untuk orang melayu yang sudah 'kaya-rayau', tetapi memberi kemudahan pembiayaan pembelajaran yang bakal menjadi pemimpin Negara kepada ramai orang Melayu yang miskin adalah lebih aula.

Umno hanya pandai be'retorik' sepanjang masa seperti mendengar lagu keroncong, kaki bergedik, kepala melentuk, khayal dan hanyut keseorangan......alahai.....

Nota:

Ada berani ke Umno?

Sudahlah, nak tegur 'Cu Lek' pakar 'akrobatik' dengan 'amoinya' yang menghina Islam tu pun, terkedu-kedu......payyyyyraaaaah.....mungkin berita ini ada relevan.

Tiada ulasan: