Rabu, 4 Ogos 2010

al-brangi

al-brangi


Hanya 'Caldina' menjadi saksi

Posted: 03 Aug 2010 09:30 PM PDT

Kematian tidak dapat dielakkan samada dari segi waktunya mahupun tempatnya. Ia sesuatu yang pasti.

Mati itu benar, Titi Siro' itu benar, Soalan dan Siksa Kubur itu benar, Hari Akhirat itu benar dan Balasan Baik dan Buruk itu benar.

Manusia cuba memberi berbagai-bagai sebab musabab berkaitan dengan punca sesuatu kematian, namun hakikatnya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan segala2nya.

Kematian seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Allahyarhamah Siti Rohana Ismat, 43 semalam, menimbulkan beberapa tandatanya dan ia juga menggemparkan orang ramai.

Ia menjadi gempar kerana kedua-duanya adalah orang Umno tegar, status diantara mereka tidak jelas, ditembak dari dalam kereta (hanya mereka berdua sahaja berada di dalam kereta) dan polis buat masa ini hanya membuat andaian salah seorang dari mereka yang menembak mangsa dan salah seorang membunuh diri.

Hanya Toyota Caldina yang menjadi saksi akan kejadian itu, sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan segala ciptaannya. Sila baca di SINI.

Nota:

Elakkan fitnah atau perbuatan yang boleh mendatangkan fitnah.

Kecuali status mereka diketahui, kejadian itu tetap akan mengundangkan fitnah.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan Allahyarhammah.

Akhirnya Khidmat Haruss diperlukan di Sini?

Posted: 03 Aug 2010 06:30 PM PDT

Akhirnya khidmat Haruss diperlukan di Sini.

Mesyuarat Umno Rantau Panjang

Mesyuarat Umno Seremban

Nizar digantung......takut ke?

Posted: 03 Aug 2010 03:30 AM PDT

Ada sahabat lama telefon tadi, dia kata dengan nada semacam cemas, "Syeikh, baca Malaysiakini dan confirmedkan segera. Betul tak Nizar digantung dari mesyuarat Zoo Negeri oleh Pengerusi Mesyuarat?"

Sebelum saya bukak internet, jenuh saya mikirkan, bila pulak Nizar hadir mesyuarat Zoo Negeri, sedangkan hari ini Dewan Undangan Negeri Perak bersidang?

Mungkin betul sebab orang politik amat faham dalam pembahagian waktu, tetapi kenapa beliau digantung?

Pasal tak berapa setuju dengan beberapa binatang buas dimasukkan ke Zoo ke.....ntah apa-apa lagi kot.

Atau beliau tak berapa setuju pasal bajet kot, kerana dengar cerita bajet tak cukup nak kendalikan Zoo Negeri.....bajet defisit katakan.....

Adessssssyh.....sila baca berita di SINI, samada betul ke tidak mesej yang saya terima tadi......saya tak berapa nak faham kenapa beliau digantung.....

Tiada ulasan: