Jumaat, 20 Ogos 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Zahid garot, sah orang kata hang gila !

Posted: 20 Aug 2010 03:50 AM PDT

Gelak guling aku baca tulisan sahabat sepusat tentang zahid garott nih..kah..kah..kah. Dia sakit apa? Selalu orang sakit jer melolong meleleng macam tu? Pi la baca kat bawah..

Kalau umNo kata di Perak dulu nama sultan diganti dengan Nizar mungkin ada orang percaya. Kalau di Kelantan umNO kata nama sultan diganti TG Nik Aziz mungkin ade orang percaya. Kalau di Kedah atau Selangor umNO kata nama Azizan atau Khalid ganti sultan mungkin masih ade orang akan percaya. Tapi bile Zahid kata nama Guan Eng ganti nama Agong... SAH orang kata gileeee.

Memang tiada yang mustahi dalam dunia politik hari ini. Sebagaimana yang saya sebut jika nama menteri besar Islam menggantikan nama sultan apatah lagi kalau TG Nik Aziz, boleh kita kata terlalu taksub. Atau jika imam itu adalah orang Cina bukan Islam yang menjadi Jk DAP ,masih ade lojiknya. Kalau orang Islam yang jadi khatib ganti nama Guan Eng dengan Agong memang sah hilang akal. Jika perkara itu berlaku sah ianya kerja gila umNO atau kerja umNO yang Gile.

Semua tahu bagaimana hormatnya Pakatan Rakyat dengan YDP Agong istimewanya Sultan Mizan. Hubungan Presiden PAS dengan Tuanku semasa pemerintahan PAS dulu sangat baik. Tak tergamak orang PAS nak buat begitu pada baginda. Begitu juga rakan Pakatan lain. umNO ada sejarah marah kat baginda kerana tak lantik Derih Jusuh.

Jika benar berlaku apa yang didakwa ...sah imam itu orang upahan Derih Jusoh yang marah kat tuanku kerana tak mahu lantik beliau dulu. Apa yang jelas... umNo tengah buat kerja giler. (anak sengat)

(*) Garot - nama sejenis ikan air tawar yang mesra hidup dalam kolam oksidasi.

Hari-hari baling kucing jiran..

Posted: 19 Aug 2010 07:36 PM PDT

Beberapa hari lepas aku tertengok berita di TV. Perkataan 'tertengok' itu menekankan betapa jarangnya aku menonton berita lewat TV akhir-akhir ini. Sebabnya aku malas hendak mengotorkan minda aku dengan audio dan visual dari berita tersebut.

Di dalam salah satu berita yang dipaparkan itu, terdapat suatu berita yang paling hampas pernah aku tonton seumur hidup – 'Pusat Judi Anjur Lucky Draw Raya' ditumpaskan. 'Lucky Draw Raya"? Aku tertanya-tanya sambil mengerutkan dahi.

Raya bermaksud 'Besar'. 'Hari Raya' bermaksud hari kebesaran. Kita cepat faham, tujuan orang itu (tentu saja bukan Islam) menggunakan perkataan 'Raya' merujuk kepada Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Semua mahu buat duit dan kaitakan dengan 'Raya'. Sememangnya ia bukan merujuk bunga Raya, spesis bunga yang diangkat menjadi bunga kebangsaan itu.

Aku pikir itulah akibat apabila orang Islam sendiri sudah hilang rasa hormat kepada ugama sendiri. Makan di khalayak ramai di kedai bukan Islam, buang bayi, berzina dan entah apa-apa lagi. Tapi orang Islam memang macam itu zaman sekarang ini. Macam buih-buih teh tarik. Aku pun apalah kurangnya, hari-hari baling kucing jiran.

P/S: Harap kerajaan tak pula keluarkan lesen untuk 'Lucky Draw Raya' ni. Tapi kalau keluar, ehem ehem…(sumber:mati pikiran)

Tiada ulasan: