Rabu, 18 Ogos 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Bila Jet Li tanya 'sudah makan kaa?' di bulan puasa !

Posted: 17 Aug 2010 09:01 PM PDT

Ramadan sudah tujuh hari berlalu. Ini bermakna sudah tujuh hari umat Islam yang berpuasa berjaya menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya. 

Ia bukan 1 kerja mudah. Kalau Jet Li disuruh puasa sekerat hari pun, mahu pengsan beliau agaknya. Orang Cina pantang jumpa, benda asas dia akan terus tanya ialah : sudah makan ka? Betoi kaa ??

Bagi aku berjaya berpuasa adalah sesuatu yang amat membanggakan. Suatu rahmat tidak tergambarkan. Di sini, maksudnya bukanlah aku suruh pergi heboh dekat semua orang. Jumpa saja orang jerit, "woi, aku berjaya puasa la! Tengok ni, aku berjaya puasa la, tumbuk perut kang!" Bukan begitu maksud aku. Jangan pikir bukan-bukan.

Berpuasa mengajar kita menjadi seorang penyabar. Sabar bangun sahur dan sabar tunggu berbuka. Sabar bersusah payah. Kendati pun begitu, bagi aku berpuasa lebih mudah daripada bersolat lima waktu. Malah lebih mudah berbanding mengait baju sejuk corak belang-belang. Sampai sekarang aku masih tidak reti langsung mengait baju sejuk corak belang-belang. Malah tidak pernah cuba pun, sebab itu rasa susah..! (sumber - Mati Pikiran)

Salleh Gregor Samsa - LAKNAT atas kamu !

Posted: 17 Aug 2010 04:30 PM PDT

 Di Florida, gereja dah pilih tarikh untuk 11 September 2010 sebagai hari membakar al-Quran. Akibatnya bukan saja orang islam yang marah, malah orang gereja juga tidak suka provokasi melampau semacam itu.

Di Malaysia pula, ada kumpulan dah mula karang KITAB baru. Hahaha..! Apa punya sengal..! Siap nak himpun 20-30 ribu pengikut. Macam ler Malaysia ni mak bapak dia punya, nak buat ikut suka hati diorang. Siap letak tajuk mahu beri pengampunan pulak dihujung GIG agama baru tu nanti. Nampaknya Malaysia akan menerima seorang lagi Tuhan baru. Dulu ada Ayah Pin, Sekarang Tuhan baru tu pula bernama Salleh Gregor Samsa.

Nama Salleh tu dah cantik dah..! Mungkin itu juga niat mak dia masa kena tindih dengan bapak dia dimalam hari melayar bahtera cinta, yaa..betul la tu memang ikhlas nak letak nama tu agaknya. Dengan harapan anaknya akan menjadi seorang yang soleh kepada agama. Rupanya silap hitung. Si Salleh ni terlebih soleh plak..siap nak bikin kitab beb! 

Sedangkan zaman Jahiliyyah Arab dulu pun, berbuih otak kafir Quraisy nak tiru al-Quran, ini kan pulak budak melayu yang hingus tak cukup kering. 

Syaitan sesat mana yang dah kotorkan otak budak ni. Mungkin dah banyak sangat telan air setan kot, yg jadi macam tu punya sengal. Lu tak mau puasa..itu lu punya hal la mangkuk. Tak payah nak kutuk orang yg istiqomah berpuasa. Lu nak pegang botol tu lu sorang2 pegang ler..tak payah nak letak tangan lu yg kotor tu sama dengan orang lain.

Kalaulah Malaysia ni praktiskan Undang-Undang Syariah Islam, sure aku dulu yang seru 'bunuh jer..' mamat sesat ni dari terus sesatkan orang lain dengan ideologi dia yang jelas terpesong. Tapi oleh kerana masih sedar bahawa Malaysia dinaungi oleh Undang2 Lord Reid yang sekular, maka adalah wajar..tangkap dan siasat mamat sengal tak cukup 'hun' ni. Publik pun nak dengar juga hebat mana mamat ni dengan 'kitab' dan wirid-wirid power dia tu. Orang pejabat agama wajar alert dengan aktiviti-aktivi yang jelas tidak sihat dan boleh menganggu ketenteraman awam.

Hina orang islam berpuasa, sama dosanya dengan menghina perintah Allah swt. Orang yang hina perintah Allah swt..apa hukumanya? Ustaz MRK albanjari dan Ustaz Albanjary boleh bagi khutbah detail nanti. Cilakak punya Salleh !

Teringat penulis Norway yang mati kering 2-3 tahun sudah, gara-gara hina Nabi Muhammad SAW. Geram betul aku pagi ni..!! Cerita lanjut sila KLIK KE SINI

Tiada ulasan: