Addin |
UMNO Parti Penfitnah Dan Pembohong Besar Posted: 20 Aug 2010 09:19 AM PDT Pakatan Rakyat memandang serius fitnah terbaru dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian dengan mendakwa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong minggu lalu."Tuduhan yang dilemparkan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. "Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ia merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia sceara berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kata beliau, kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecahbelahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. "Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil."Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. "Hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Semalam, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Lim dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ahmad Zahid berkata, penggunaan nama Lim dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong. Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.Dalam kenyataan terdahulu, kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan