Selasa, 27 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ?

Posted: 27 Jul 2010 07:00 PM PDT

Gambar Hiasan....

Oleh: WFAUZDIN NS


PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail.

Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu. Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran?

Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'.

Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku?

Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini? /wfauzdin.blogspot.com

RAHIM THAMBY CHIK BAKAL DILANTIK ENGETUA SEKOLAH MENGANDUNG DI MELAKA ?

Posted: 27 Jul 2010 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MELAKA Negeri Bersejarah akan mengukir sejarah seterusnya apabila Kerajaan Melaka di bawah Ali Rustam akan menubuhkan Sekolah Mengandung. Samada pihak Kementerian benarkan atau tidak, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskannya bagi mengubati `penyakit budak miang' di sekolah. Itu kata Ali Rustam, KM Melaka yang pernah disabitkan dengan politik wang semasa pemilihan Umno yang lalu. Baca di sini.

Selepas ini rakyat Negeri Melaka tidak perlu bimbang lagi tentang anak-anak mereka yang `miang' kerana mereka akan dibantu. Jika sebelum ini kita dengar mahu diwujudkan Pendidikan Seks di sekolah-sekolah, kini mungkin wujud pula Sekolah Mengandung. Terlalu rapat kaitan keduanya. Saya tidak mahu menyebut idea Ali Rustam ini baik, bijak atau bahlol. Cumanya saya kesihan apabila Ali Rustam menyebut masalah zina akan dapat diatasi dengan kaedahnya itu. Benarkah begitu?

Teori Ali Rustam mudah. Pelajar-pelajar yang melakukan zina adalah kerana gagal mengawal nafsu, maka lebih baik mereka kahwin. Jika pihak sekolah tidak mahu terima pelajar yang mengandung selepas berkahwin, maka inilah sekolahnya. Apa terjadi selepas pelajar ini berkahwin nanti? Sudahkan kita fikirkan? Benarkah mereka yang berzina itu sebenarnya disekat dari berkahwin? Atau semata-mata mahu berseronok? Sudahkah kajian dibuat? Saya rasa tidak ramai yang melakukan zina itu adalah kerana mereka disekat dari berkahwin. Mereka cuma mahu keseronokan bukan mahu berkahwin.

Sekiranya jadi juga penubuhan Sekolah Mengandung untuk pelajar-pelajar miang ini, saya ingin mencadangkan agar Pengetua atau Guru Besarnya adalah bekas KM Melaka iaitu Rahim Thamby Chik. Beliau sungguh berpengalaman di dalam perkara `miang' dan budak mengandung ini. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: