WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- INI SEMUA KERANA ANWAR BAWA PETAKA !!
- BAU BUSUK `KATAK' SAMPAI KE AMERIKA ?
- CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU
- Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?
- BEKAS PRESIDEN MCA ADA `JALAN LAIN' JIKA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON
- SATU LAGI SIRI TEMBERANG KHIR TOYO
| INI SEMUA KERANA ANWAR BAWA PETAKA !! Posted: 20 Jul 2010 10:15 PM PDT TERGOLEK terlentang aku apabila membaca kisah `SiGemuk Pendek' ini jatuh terkangkang. Tapi kisah ini aku anggap sebagai hikayat penglipur lara saja. Kalau anda mahu berkongsi hikayat ini, boleh baca kat sini. Teringat aku kisah `perempuan celaka'. Itu hikayat mengerikan, bukan lucu sebenarnya. Hikayat `SiGemuk Pendek' ini adalah lucu. Jika terjadi kepada insan lain selain dia, mungkin tidak lucu tetapi mendatangkan simpati. Tetapi kenapa kejadian malang ini berlaku pada dia, jadi lucu pula? Simpati bukan terhadap yang terkangkang jatuh tu, tetapi simpati kepada Pengawal Peribadinya. Buta je Pengawal tu kena `sound'. Sebenarnya bukan salah Pengawal tu. Ini semua adalah salah DS Anwar. Kalau tak percaya cuba tanya laki perempuan yang terjatuh terkangkang tu. Atau pun tanya kat Utusan Meloya atau TV3 suku. Mereka akan kata, DS Anwar punca `malapetaka' ini semua. | ||||||
| BAU BUSUK `KATAK' SAMPAI KE AMERIKA ? Posted: 20 Jul 2010 08:59 PM PDT
Presiden Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu "tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab."
Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan "Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai PERKASA, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain."
"Kita tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kita badan yang lantang, banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang," katanya yang membaca dakwaan Malott itu pagi semalam. Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata Malott telah memalukan rakyat Amerika dengan melemparkan tuduhan sedemikian terhadap PERKASA. - Bernama | ||||||
| CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU Posted: 20 Jul 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSMUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong. Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam. Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri. Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan. Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'? Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini? Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB? Posted: 20 Jul 2010 11:01 AM PDT Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak. Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu. Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan. Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas. Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum. "Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual." Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan. Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit. Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu. "Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini."/TVSelangor | ||||||
| BEKAS PRESIDEN MCA ADA `JALAN LAIN' JIKA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON Posted: 20 Jul 2010 03:00 AM PDT Ong Tee Keat ada jalan lain kalau disingkir PRU ke-13 Lim Hong Siang Jul 19, 2010 04:53:34 pm
| ||||||
| SATU LAGI SIRI TEMBERANG KHIR TOYO Posted: 20 Jul 2010 01:00 AM PDT Tak habis-habis di Khir Toyo ni mengarut. Dalam isu pasir, misalnya, beliau terus menyalahkan kerajaan negeri yang ada sekarang di atas kejadian pencurian pasir. Tapi, dalam usaha beliau memfitnah kerajaan negeri PR dan KSSB, terdedah juga kebodohan Khir Toyo. Sebagai contoh, Khir menulis: Siapa yang Khir hendak tipu? Orang gila pun tak boleh percaya dalam masa hanya kurang dua tahun (tempoh kerajaan PR memerintah), kawasan berbukit boleh jadi tasik? Kawasan2 yang disebut Khir ini semuanya telah menjadi kawasan melombong pasir semenjak Khir menjadi MB lagi. Kalau nak salahkan orang, salah kan diri sendiri dulu, wahai Khir. Kamu ni buat malu orang Jawa. Saya jamin, selepas membaca kenyataan di atas, tiada orang Jawa yang mahu mengaku Khir sebagai bangsa mereka. MUSUH SEBENAR KHIR ADALAH KSSB Mengaku sahajalah wahai Khir. Kamu marah sangat dengan KSSB sebab kroni2 kamu semua soru miss. Dulu, kroni2 UMNO kenyang mentekedaghah pasir dengan cara "Direct Award" Mengikut kenyataan Raja Komando, Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha dan Pembeli Pasir Selangor: "Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno. Sepatutnya Khir Toyo patut malu dengan KSSB. Pendapatan dari pasir kepada kerajaan negeri naik BERKALI-KALI ganda berbanding semasa Khir menjadi MB Selangor. (Data dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Atas sebab itulah Khir Toyo kerap kali menaikkan isu pasir sebab beliau sedar kroni2 beliau sedang kekeringan sekarang ini. KHIR TOYO KERAP MINTA PENTADBIRAN PASIR DISERAHKAN KEPADA PEJABAT TANAH Khir kerap kali minta pentadbiran pasir diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk "Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan" Kebodohan Khir Toyo dalam pentadbiran kerajaan negeri dijawab oleh Raja Komando: "Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).PENUTUP Eloklah Khir Toyo berenti bercakap. Beliau bukan sahaja memalukan UMNO, tetapi memalukan bangsa Jawa. Selagi Khir Toyo terus bercakap macam orang tak siuman ini, imej orang-orang Jawa di Malaysia akan jadi terus memburuk./Malaysiawaves |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh bekas Menteri Pengangkutan ini lebih jelas, seandainya dibaca dalam konteks wawancara tersebut. Ong Tee Keat mendakwa bahawa beberapa orang pelobi dari parti lain cuba mendampinginya selepas 8 Mac 2008, sehinggalah 16 September pada tahun yang sama, malah selepas 28 Mac 2010, iaitu selepas beliau kecundang dalam pemilihan MCA.
Beliau tidak menafikan desas-desus tersebar bahawa Naib Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor, Donald Lim Siang Chai (gambar kiri) mungkin mengambil alih kawasan parlimennya (Pandan-Selangor) dalam PRU ke-13, tetapi khabar angin ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat di kawasan itu.
Ong Tee Keat (gambar kanan) merupakan satu-satunya pemimpin MCA yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Rakyatnya di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur-Selangor) dalam tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, dan dipilih sebagai Presiden MCA dalam pemilihan partinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan