WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- UMNO SELANGOR MUNGKIN BATALKAN ROAD SHOW DAN MAHU DEBAT DIADAKAN?
- SIAPA YANG BACUL DAN DAYUS ? ANWAR, NAJIB ATAU EZAM SESUMPAH?
- MASHITAH JUAL AGAMA DEMI `MELAYU'NYA?
| UMNO SELANGOR MUNGKIN BATALKAN ROAD SHOW DAN MAHU DEBAT DIADAKAN? Posted: 04 Jul 2010 01:31 PM PDT AKU tertarik dengan idea Umno Selangor untuk mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor bagi mendedahkan kepincangan kerajaan Negeri Selangor di bawah PR. Aku amat berharap agar Umno Selangor tidak melupakan Senatak raja sesumpah Ezam kerana beliau adalah anak Selangor lebih-lebih lagi sesumpah itu adalah `belaan' Najib. Cuma aku ingin memberi idea dan buah fikiran untuk membantu Umno Selangor bagaimana untuk merampas Selangor dari PR.Aku tidak kisah sesiapa pun bengang kat aku pasal mahu tolong Umno Selangor kali ini. Bukan apa, kadang-kadang kesihan juga kat Umno Selangor sekarang ni walaupun yang memimpin Umno Selangor bukan calang-calang orang. PM kita yang pimpin Umno Selangor, jangan korang tak tau. Jadi, jika Umno Selangor gagal menentukan PR hanya sepenggal sahaja memerintah Selangor, siapa yang malu? Najib juga yang malu. Raja sesumpah? Oh, tidak, beliau tidak kisah kerana habuan dah dapat pun. Lagi pun kesihan juga tengok sudah bermacam-macam cara Umno Selangor sudah buat untuk meruntuhkan Kerajaan PR di Selangor, namun MB yang `cool' tetap `cool' membuatkan pemimpin Umno Selangor pula menjadi `hot'. Aku kurang setuju Umno Selangor mahu mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor. Bagi aku usaha ini tidak akan memberi kesan yang memuaskan kerana kita boleh jangka berapa orang yang akan hadir pada setiap program yang bakal mereka adakan nanti walaupun diberi bas atau makanan percuma. Aku ingin mencadangkan kepada Umno Selangor agar menganjurkan siri debat terbuka di antara Bn/Umno dengan PR Selangor. Debat ini hendaklah diadakan di setiap Parlimen atau Dun di Selangor. Saya yakin dan berani beri jaminan bahawa kehadiran orang ramai pasti beratus kali ganda jika dibandingkan dengan `road show' yang Umno rancangkan itu. Pada siri debat itu nanti, Umno berpeluang luas untuk menghentam Kerajaan PR dan ketika itu Umno boleh ceritakan apa jua salah laku Kerajaan PR Selangor. Terpulanglah mahu dedahkan kisah lembu korban ke, rasuah pasir ke, lesen rumah urut atau arak ke dan sebagainya. Tentu terkial-kial PR Selangor mahu jawab, betul tak? Di masa itu juga Khir Toyo mungkin boleh ceritakan betapa banyak jasanya kepada rakyat di Selangor sewaktu beliau menjadi MB Selangor. Beliau juga boleh bercerita pengalamannya menjalankan `tugas resmi' ke Disney Land tempat Mickey Mouse itu bersama isterinya. Mungkin ramai mahu tahu benarkah cerita beliau mendapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit itu. Kita juga ingin menimba ilmu dan belajar dari Khir Toyo cara-cara membangunkan PBT di Selangor hanya dengan `anugerah penyapu' sahaja. Tentu hebatkan? Mungkin semasa debat nanti, rakyat Selangor baru tahu betapa zalimnya Kerajaan PR Selangor kerana lebih banyak meruntuhkan rumah setinggan jika dibandingkan dengan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor. Mungkin Kerajaan PR Selangor akan dimalukan semasa debat nanti apabila fakta menunjukkan siapa jaguh di dalam merantai pintu masjid dan melarang Ulamak berceramah di Selangor. Aku rasa Kerajaan PR Selangor susah mahu menjawab hujah Umno nanti apabila Umno membawa beberapa orang rakyat Selangor yang tidak makan dan berlapar sewaktu Kerajaan PR memerintah Selangor. Khir Toyo dan Umno Selangor pasti akan berbangga bila menunjukkan bukti bahawa kerajaan semasa beliau memerintah telah berjaya mengkayakan Syabas iaitu Syarikat Air di Selangor, sedangkan Kerajaan PR terlalu bodoh dengan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor. Sebenarnya banyak isu yang boleh Umno kemukakan jika debat terbuka ini diadakan. Tentu rakyat Selangor akan terfikir, memang benar Umno lah satu-satunya parti yang boleh diharapkan membela nasib mereka di Selangor. Bukankah ini yang dimahukan oleh Umno? Jika ini yang Umno mahukan, mengapa tidak syorkan kepada Kerajaan PR Selangor untuk berdebat secara terbuka dan batalkan sahaja `road show' yang mungkin akan ditertawakan orang nanti. Masalahnya adakah Umno Selangor berani berbuat demikian? Jika Najib selaku pemimpin Umno Selangor tidak berani, adakah Khir Toyo berani? Adakah Noh Omar juga berani? Jika Senatak Ezam raja sesumpah yang dulunya hebat mencabar puak-puak Umno berdebat sewaktu di dalam KeADILan, kini sudah berada di dalam kantung Umno adakah kejantanan beliau sudah hilang? Aku berharap pemimpin Umno Selangor tidak sedayus dan sebacul itu kerana bak kata Senatak Ezam raja sesumpah yang bacul dan dayus itu hanyalah DS Anwar dan penyokongnya saja. Jadi, tunggu apa lagi? /wfauzdin.blogspot.com |
| SIAPA YANG BACUL DAN DAYUS ? ANWAR, NAJIB ATAU EZAM SESUMPAH? Posted: 04 Jul 2010 07:54 AM PDT PELIK seorang dayus dan bacul menggelar orang lain dayus dan bacul. Inilah yang dapat kita lihat apabila raja sesumpah Senatak Ezam menggelar DS Anwar dan penyokongnya sebagai dayus dan bacul. Sebelum ini Najib menggelar DS Anwar sebagai sesumpah, iaitu satu gelaran yang diberikan mutlak untuk raja sesumpah Senatak Ezam dan sekutunya. Najib cuma ingin pinjam gelaran itu agar `keramat'nya gelaran itu dapat kepada DS Anwar. Raja sesumpah yang baru dilantik sebagai `Senatak' (senator katak) di dalam akhbar Sinar Harian hari ini menyalak lagi dan seperti biasa DS Anwar adalah sasarannya. Berkitabkan Penulis kafir (mungkin Yahudi sekutu Israel) di dalam Washington Post, raja sesumpah Ezam seperti mendapat peluru terbuang untuk menyerang DS Anwar. Saya tidak mahu ulas isu yang dikatakan DS Anwar telah memohon maaf kepada rejim Zionis itu kerana anda boleh baca ulasan saya di sini. Cuma, saya merasa agak ganjil sedikit bila mana raja sesumpah menyebut bahawa DS Anwar adalah seorang dayus dan bacul. Begitu juga beliau menggelarkan para pemimpin dan penyokong kepada DS Anwar. Baru-baru ini Mursyidul Am PAS juga menyokong DS Anwar di dalam isu yang dikaitkan dengan rejim Zionis tersebut. Dan, ini bermakna raja sesumpah menggelar Tuan Guru Nik Aziz juga adalah dayus dan bacul. Mungkin padanya beliau seorang sahaja pejuang suci yang maha hebat dan berani, sehinggakan dilantik menjadi Senatak melalui pintu belakang. Itulah keberanian seorang raja sesumpah. Malang sekali, beribu-ribu tuduhan yang telah beliau katakan terhadap DS Anwar, malahan isterinya DS Wan Azizah, namun satu fakta atau bukti pun yang mampu raja sesumpah tampilkan. Hanya bermodalkan air liur dan berkitabkan media pencacai dalam dan luar negara, raja sesumpah menunjukkan kehebatannya. Jika ditanya mana bukti, raja sesumpah pasti akan mencabar DS Anwar untuk bersumpah menafikannya. Bukan beliau yang perlu membuktikannya tetapi DS Anwar pula yang diharapkan untuk bersumpah. Apakah raja sesumpah fikir DS Anwar serendah dan sehina beliau? Apakah dengan sumpah maka negara ini bebas dari rasuah dan cengkaman Apco? Dayus dan bacul itu adalah milik raja sesumpah sebaik sahaja beliau meninggalkan perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan. Beliau menjadi dayus dan bacul apabila tidak berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang melanda kepimpinan Najib. Adakah dengan bersumpah sahaja Najib boleh selesaikan semua ini? Raja sesumpah sewaktu mula-mula menyerahkan borang Umno kepada Pak Lah dahulu pernah memberitahu bahawa beliau akan fokus kepada isu rasuah aoabila berada di dalam Umno. Tapi, akhirnya apa yang difokuskan oleh beliau? Beliau memfokuskan DS Anwar kerana beliau tahu bahawa kekuatan PR sekarang terletak pada DS Anwar. Mungkin itu lah peranan yang diberikan oleh Najib setelah diberi makan melalui pintu dapor. Jelas kepada kita, siapa yang dayus dan siapa yang bacul? DS Anwar berulang kali mencabar Najib untuk berdebat di dalam apa jua isu hatta tentang Apco. Namun, pemimpin yang diagungkan oleh raja sesumpah itu terlalu kecil jiwanya umpama tikus walaupun berasal dari negeri Tok Gajah. Siapa yang dayus dan bacul? DS Anwar atau Najib? Siapa pula yang menyokong Najib? Maka, penyokong kuatnya itu 2 x 5 dayus dan baculnya./wfauzdin.blogspot.com |
| MASHITAH JUAL AGAMA DEMI `MELAYU'NYA? Posted: 03 Jul 2010 10:45 PM PDT TIDAK dapat hendak dibayangkan ke mana perginya ilmu agama yang ada pada Mashitah Ibrahim. Begitu menebal sekali sikap `Assobiyah' nya terhadap Melayu dan juga parti yang didokongnya iaitu Umno. Saya mahu mengulas sedikit apa yang ditulis oleh rakan saya berkaitan sikap Mashitah itu di sini. Mashitah berkata, hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Melayu. Bermaksud, mampusnya Umno (InsyaAllah, akan mampus) nanti, maka hilanglah Melayu di muka bumi ini. Begitulah jadinya bila seseorang yang ada sedikit ilmu agama, tetapi apabila berada di dalam Umno, mereka tidak mampu menggunakan ilmunya untuk `membaiki' Umno dari dalam, bahkan mereka sendiri pun menjadi jahil dengan ilmunya. Itulah yang dikatakan tiada keberkatan. Umno wujud sudah lebih 5o tahun di negara ini, butakah mata kita untuk melihat apa sudah jadi dengan Melayu? Apa sudah jadi dengan ugama Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan bangsa Melayu itu? Melayu bertambah kaya atau miskin? Melayu bertambah baik akhlaknya atau bertambah buruk? Siapakah yang paling ramai menjadi penagih dadah, Mat Rempit, Bohsia dan yang membuang anak luar nikah merata-rata? Jika ingin disebut, begitu banyak lagi perbuatan buruk yang dijuarai oleh Melayu. Bukankah selama lebih 50 tahun Umno sudah memimpin negara ini? Sepatutnya Melayu bertambah kuat, maju dan berdaya saing. Melayu ramai di Brunei dan bukan Umno yang memerintah Brunei. Melaratlah Melayu di sana? Bahkan, negara tersebut kaya raya. Jika Mashitah berkata, jika tolak Islam maka Melayu akan pupus di negara ini kita boleh terima kerana majoriti di negara ini Melayu beragama Islam. Tetapi Mashitah tidak berkata demikian kerana beliau pun tahu Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Umno adalah parti sekular yang mengasingkan ugama dan pemerintahan. Mashitah ini seperti yang diulas oleh rakan saya di dalam tulisannya, pernah memberi `fatwa' bahawa perempuan yang miskin dan susah dibenarkan menjadi pelacur kerana `dharurat'. Orang seperti ini mahu diharapkan untuk menjaga orang-orang Melayu apatah lagi Islam? Inilah nasib yang diterima oleh orang yang berpendidikan agama apabila terpedaya dengan keduniaan. /mandor.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan