WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- IKUTI TERJEMAHAN WASHINGTON POST INI, BENARKAH ANWAR MOHON MAAF ?
- RAKYAT MALAYSIA TOLAK UTUSAN, MEREKA HASUT AMERIKA PULA
- IBRAHIM ALI PUJI PAS DAN PERCAYA ANWAR DIANIAYAI
| IKUTI TERJEMAHAN WASHINGTON POST INI, BENARKAH ANWAR MOHON MAAF ? Posted: 03 Jul 2010 11:18 AM PDT
Berikut terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD terhadap artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia: Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam. Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore. Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia. Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi". Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya. Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat. Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya. Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai. Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku. Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik. Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu. Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama. Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS. Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington. Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar." Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati." Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. /Sumber: Detik daily Komen Blogger: Mengapa susah sangat pemimpin Umno untuk memahami bahasa mudah di dalam akhbar berkenaan? Kita ingat YB DSU Rais Yatim yang selalunya berbunga-bunga bahasa percakapannya itu arif tentang maksud bahasa, rupa-rupanya ada juga kejahilan di dalam pengetahuan bahasa MP dari Jelebu itu. Jika sudah kelulusan Oxford yang memegang jawatan Ketua Pemuda Umno yang tidak berjawatan di dalam kabinet itu pun tidak faham apa yang tertulis di akhbar berkenaan, apa lagi pemimpin Umno yang lain. Di mana yang dikatakan DS Anwar mohon maaf? Secara jelas DS Anwar menyebut sememangnya beliau menentang keras dan hilang sabar terhadap Israel. DS Anwar dikatakan cuma kesal jika istilah yang digunakan itu menyebabkan silap faham di kalangan mereka yang tidak bersalah tetapi tiada satu pun ayat atau perkataan menyebut DS Anwar mohon maaf atau menarik balik kecamannya terhadap zionis Israel. Apa yang menariknya, tulisan di akhir artikel tersebut menyebut bahawa perubahan DS Anwar dari seorang yang demokrat yang pro Amerika kepada fanatik Anti Israel merupakan sesuatu yang serius. Bukankah ini bermaksud bahawa Penulis artikel tersebut juga masih yakin dan percaya sememangnya DS Anwar anti Zionis Israel. Sekaligus, ini membuktikan bahawa DS Anwar tidak memohon maaf kepada puak yang menyokong zionis Israel itu. Oleh yang demikian, mengapa pemimpin Umno menafsirkan benda lain dari yang dimaksudkan oleh Penulis itu sendiri? Mengapa tidak dihebohkan tentang tuduhan liwat yang direka terhadap DS Anwar di dalam artikel yang sama? Mengapa tidak diulas tentang pertemuan Saiful Bukhari dengan Najib sebelum tuduhan liwat 2 ke atas DS Anwar? Bukankah perkara itu juga ditulis oleh Penulis? Kesimpulannya, ini bermakna pemimpin Umno masih lagi tercari-cari isu yang boleh mereka gunakan untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Mereka sanggup dilabelkan bodoh asalkan rakyat mempercayai mereka. Masalahnya, adakah rakyat kesemuanya ingin menjadi bodoh seperti mereka? Jika Najib, KJ, Rais, Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang merasakan mereka telah menjumpai keburukan DS Anwar, kita cabar mereka untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar. Sekali lagi kita boleh memotong jari jika pemimpin Umno berani berdebat dengan DS Anwar. Mustahil, kerana Umno dulu, kini dan selamanya memang penikus./wfauzdin.blogspot.com | ||
| RAKYAT MALAYSIA TOLAK UTUSAN, MEREKA HASUT AMERIKA PULA Posted: 03 Jul 2010 08:55 AM PDT SEBUAH artikel dari Utusan Malaysia telah dipetik oleh Laman Wartawan Resmi Laman Reformasi menceritakan betapa akhbar pencacai Umno ini menghasut Amerika agar memusuhi DS Anwar. Tidak cukup dengan kerja-kerja jahat mereka di dalam negara ini, akhbar tersebut cuba pula untuk memperbodohkan Amerika iaitu sebuah negara paling berpengaruh di dunia. Mungkin Utusan Malaysia perasan bahawa pemimpin dan rakyat Amerika membaca Utusan Malaysia. Memalukan jika Amerika tahu apa yang ditulis oleh penulis yang tidak cukup cedik ini. Akhbar Utusan Malaysia diketahui umum merupakan sebuah akhbar yang sudah lama ditinggalkan oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga menyebabkan penjualan akhbar ini jatuh dengan teruk. Kita juga tahu akhbar pencacai ini tidak ubah sama seperti media elektronik seperti TV3 yang sering memungut berita-berita tepi longkang untuk dijadikan santapan pembaca dan penonton. Isu kununnya DS Anwar mohon maaf kepada puak Zionis Israel semata-mata untuk menjaga hubungan dengan Amerika dimainkan oleh media kemaruk ini. DS Anwar telah pun menjawab kesemua isu tersebut beserta dengan cabaran DS Anwar kepada Najib siapakah sebenarnya yang melutut dan memberi upah kepada Apco. Adakah kenyataan dan cabaran DS Anwar akan disiarkan oleh Utusan Malaysia dan TV3? Kita sudah tahu jawapannya. Ketakutan Najib kepada segala pendedahan oleh DS Anwar terhadap kepincangan kerajaan yang dipimpinnya menyebabkan segala pencacainya terpaksa bertungkus lumus untuk mempertahankan Najib. Najib bukan pemimpin yang bijak dan jauh sekali berani untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar. Corak kepimpinannya yang sering berubah-ubah dan tidak tentu hala dari segi dasarnya telah dikritik oleh Tun Mahathir sendiri. Najib bukan sahaja tidak berani berdepan dengan DS Anwar dalam apa jua isu, bahkan Najib amat takut dengan lakaran kartun yang menyindir cara pentadbirannya. Najib juga amat takut dengan akhbar yang mampu mengorek segala rahsianya seperti akhbar Suara Keadilan yang baru sahaja digantung penerbitannya. Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, maka bantuan dari media penting buat Najib untuk berselindung. Media pencacai ini akan cuba menyorokkan imej buruk Najib ini dengan cara memperbodohkan rakyat. Justeru itu, kewajipan kita media alternatif adalah untuk terus membongkar segala perilaku Najib dan sekutunya. /mandor.blogspot.com | ||
| IBRAHIM ALI PUJI PAS DAN PERCAYA ANWAR DIANIAYAI Posted: 03 Jul 2010 03:00 AM PDT ![]() DILEMA NERACA RETAK Written by Webmaster Friday, 02 July 2010 Salah satu buku tulisan Ibrahim Ali sewaktu beliau di pecat dari UMNO Dilema Neraca Retak adalah buku tulisan Ibrahim Ali. Antara kandungan dalam buku itu adalah bagaimana Datuk Ibrahim Ali mengkritik UMNO sebagai mengamalkan demokrasi tempang. Buku beliau di petik " Tindakan demi tindakan yang tidak relevan berhubung dengan pelaksanaan demokrasi diamalkan sehingga tidak keterlaluan dikatakan sistem demokrasi dalam UMNO sebenarnya sudah terhapus sama sekali" Dalam buku itu juga Datuk Ibrahim Ali memuji tindakan PAS – sebagai sebuah parti yang tidak berdendam dan beliau akan bersama parti yang tidak menyimpan hasrat dendam. Ibrahim Ali turut membicarakan mengenai penggunaan jabatan kerajaan untuk membunuh musuh politik individu yang mampu mencabar mereka yang sedang berkuasa. Adakah semua ini sekarang sudah berubah? Adakah bagi Ibrahim Ali – Nik Aziz dan PAS sudah mula memusuhi beliau. Semua ini sebenarnya tertulis dalam keadaan Datuk Ibrahim Ali yang pada ketika itu tertekan kerana di pecat dari UMNO. Usaha dibuat kembali untuk menjadi vokal dan mendapatkan tempat semua di persada politik tanah air. Ruangan dan peluang cuba dibuka semula – kalau tertutup dalam UMNO ia akan terbuka semula dalam ruangan pembangkang. Dalam buku itu juga Ibrahim Ali itu juga – dipenuhi dengan kata-kata pujian untuk Anwar Ibrahim. Kita ungkap beberapa pujian untuk Anwar Ibrahim seperti tertulis dalam buku Datuk Ibrahim Ali: * Apa yang saya kagumkan mengenai Anwar ialah beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayai betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prnsip yang dipegang. * Bekas Timbalan presiden UMNO ini mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya pidato yang dikagumi ramai termasuk masyarakat antarabangsa. Beliau seorang yang banyak mentelaah serta melahirkan idea-idea baru dalam kepimpinan serta melakukan reformasi dalam perjuangan. * Prinsip kami sama-sama dipraktikkan sehingga tindakan ini dilihat menentang kerajaan yang kami anggap tidak adil dan gagal dalam emmbantu orang Melayu. Tindakan membela diri dan enggan akur dengan tekanan dalam UMNO sehingga disingkir adalah kerana mempertahankan prinsip itu. Datuk Ibrahim Ali dalam bukunya terus mengatakan bahawa mulanya beliau menyokong tindakan memecat Anwar tetapi akhirnya beliau merasakan bahawa Anwar Ibrahim telah dianiaya. Ini sebenarnya ada dalam Ibrahim Ali. Kemungkinan Ibrahim Ali adalah antara mereka yang pasrah mengikut arus – mengikut arus demi politik dan ruangan yang boleh memberi tempat dan ruangan kepada beliau. Hari ini kemungkinan Ibrahim Ali sudah berubah, mungkin sebelum ini masih buta untuk melihat keadaan yang sebenarnya. Tetapi mungkin esok Ibrahim Ali akan berubah lagi – bila sampai waktu pilihan raya nanti. Ibrahim Ali bijak meniti politik namun apa yang dipersoalkan adalah arah politik beliau – membetulkan apa yang tidak betul dalam kerajaan, mengkritik pembangkang demi rakyat atau demi kelangsungan hayat politik beliau. Hari ini Ibrahim Ali mahu memahat nama sebagai pejuang Melayu. Mahu menjadi vokal terhadap perjuangan Melayu dan mahu kerajaan berubah senada dengan perjuangan Melayu. Namun arah mana yang mahu dibawa oleh Ibrahim Ali Melayu kita ini. Adakah progresif atau sekadar membentuk kembali ruangan untuk dirinya sendiri. Adakah Melayu hari ini terbela dan adakah Melayu hari ini mampu bergerak sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain? Salah siapa semuanya ini. Apakah cara membetulkan perkara ini. Adakah dengan kita bertelagah sesama maka nasib Melayu akan terbela. Adakah kerana Anwar Ibrahim maka Melayu terpecah dan berbelah-belah? Adakah kerana pemerintahan UMNO yang meleset maka Melayu terpecah dan terbahagi? Ibrahim Ali mungkin ada semua jawapan. Namun mungkin persoalan yang mahu di kemukakan oleh beliau adalah – arah mana politik aku bila sampai PRU 13 nanti – adakah mampu dengan bertanding sebagai calon bebas?/Umno reform2 |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.