SharpShooter |
| Jenazah Hasmuzair dibawa ke Arau, Perlis untuk dikebumikan... Posted: 17 Jul 2010 08:32 AM PDT SG BULOH 17 Julai - Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Hasmuzair Hassan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah lori diKampung Subang kira-kira pukul 2 petang tadi.Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang telah bergeser dan menyebabkan motosikal yang ditunggang beliau hilang kawalan danjatuh di jalanraya. Butiran berkenaan lori termasuk nombor pletnya telah diberi kepada polis untuk siasatan lanjut. Allahyarham, 33, meninggalkan isteri Nazylinda Abdullah, 29 tahun dan tigaorang anak, Nazzratul Alya, 6 tahun, Hasrul Alif, 5 tahun dan HasrulAfiq, satu setengah tahun. Allahyarham adalah anak keempat daripada 11 adik beradik. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di rumah mayat Hospital Sg Buloh bersama pimpinan AMK, kaum keluarga serta rakan seperjuangan menyifatkan Allahyarham Hasmuzair sebagai seorang yang ceria, aktif dan sentiasa bersedia untuk berkorban demi rakan dan parti. "Arwah tidak pernah lekang dalam tugasnya, hingga tengah malam punsanggup bekerja untuk parti," kata Nik Nazmi. Fariz Musa, rakan karib arwah dan juga Timbalan Ketua AMK Pusat menyuarakan kesedihan yang amat sangat atas kehilangan Allahyarham yang lbih disenangi dengan panggilan Jack. "Jack merupakan seorang rakan dan bapa yang begitu baik, tiada ganti kehilangan beliau," kata Fariz yang masih tidak dapat menerima kehilangan rakan yang dikenali beliau selama lebih sedekad. Solat jenazah telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Dr Badrulamin Bahron. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Hospital Sg Buloh selepas bedah siasat malam ini untuk dikebumikan pagi esok dikampung halamannya di Kampung Simpang Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis. AMK telah mewujudkan tabung bantuan bagi isteri beliau yang tidak bekerja serta tiga anak kecil Allahyarham untuk meringankan beban kehidupan keluarga yang ditinggalkan. Ahli KEADILAN, penyokong Pakatan Rakyat, rakan serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan kepada akuan Nazylinda di akaun Ambank nombor 0040024033611. Al Fatihah. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Kalau pi ceramah...jangan lupa pekena Bihun Sup Kedah Posted: 17 Jul 2010 08:10 AM PDT Ceramah Pakatan Rakyat di mana-mana seluruh Malaysia sentiasa mendapat sambutan rakyat untuk mendengar isu terkini. Majoroti rakyat sudah tidak percaya dengan media arus perdana seperti TV1 dan TV3 suku yang dari dulu kini dan selamanya asyik memperbodohkan rakyat terutamanya isu politik. Media berat sebelah akhirnya memakan diri apabila rakyat sudah tidak lagi percaya pada mereka. Sebab itu ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan dan ini secara tidak langsung menjana ekonomi. Kalau di Utara, kalau pi ceramah sudah pasti salah satu gerai yang mendapat sambutan hangat adalah Bihun Sup Kedah Bang Noor. ![]() Inilah Bang Noor, orangnya sederhana dan ramah mesra. Kalau pi ceramah...tak pekena bihun sup Kedah..tak sah...![]() Bang Noor sebenarnya sepenuh masa berniaga Bihun Sup Kedah di tempat ceramah Pakatan Rakyat. Beliau menyara 6 orang anak dan seorang isteri. Inilah salah satu contoh ceramah Pakatan Rakyat dapat menjana ekonomi rakyat. Bila ada ceramah Pakatan Rakyat...mai jangan tak mai...dan jangan lupa pekena Bihun Sup Kedah Bang Noor.... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan