Ahad, 4 Julai 2010

SharpShooter

SharpShooter


Ghana turut gerhana..

Posted: 03 Jul 2010 03:54 AM PDT


Perlawanan Piala Dunia 2010 Ghana menentang Uruguay adalah paling menarik dan dramatis yang menitiskan jutaan air mata suka duka...

Perlawanan yang penuh debaran dan aksi pantas...Syabas kepada Ghana biarpun tewas....

Ghana akhirnya gerhana....

Ramalan Sharpshooter....

Final World Cup
Argentina vs 1 Malaysia



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Brazil akhirnya tumbang

Posted: 03 Jul 2010 03:37 AM PDT

Penyokong Brazil pastinya kecewa...

yang kalah judi lagi kecewa...

Brazil yang gagah pun boleh tumbang...

Apakah ini petanda UMNO BN yang gagah lebih 50 tahun selaku juara bertahan juga akan tumbang akhirnya...?

PORT ELIZABETH: Belanda menundukkan Brazil 2-1 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay di sini, sebentar tadi.

Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10.

Manakala, sejurus separuh masa kedua bermula, Belanda terus mengasak dan memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri.

Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk. Wesley Sneijder telah dipilih man of the match dalam perlawanan ini oleh Fifa






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Keadilan vs Zionis Israel

Posted: 03 Jul 2010 03:18 AM PDT

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam.

Dalam satu kenyataan media hari ini KEADILAN berkata parti itu akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran yang kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa.

Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

"Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim Zionis.

Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara," kata Pengarah Komunikasi, Jonson Chong.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

"Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel.

Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif Zionis, sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib.

Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia," cabar Jonson lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kebakaran di Sg Semilang, Juru

Posted: 03 Jul 2010 03:03 AM PDT

Dari Blog JKKK Sg Semilang

KEBAKARAN KECIL YANG MENIMPA KELUARGA ENCIK SHAHNIZAM BIN ABD RAHIM DI KAMPUNG SEMATANG,SUNGAI SEMILANG PADA JAM 8.30 PAGI PADA 03 JULAI 2010.

DALAM KEJADIAN INI,SATU BILIK TIDUR HANGUS DI JILAT API,SEBAHGIAN PAKAIAN HABIS TERBAKAR. SEMASA KEJADIAN,EN.ZAM DAN ISTERI TIADA DIRUMAH KERANA KELUAR BERKERJA.

KEJADIAN DISEDARI OLEH JIRAN-JIRAN DAN BERTINDAK SEGERA MEMADAM API DENGAN PAIP AIR,BEBERAPA MINIT KEMUDIAN SEPASUKAN AHLI BOMBA TIBA DI TEMPAT KEJADIAN. KEBAKARAN INI BERPUNCA DARI LITAR PINTAS.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN HULURKAN BANTUAN KEPADA KELUARGA MANGSA BOLEHLAH HUBUNGI TERUS EN.SHAHNIZAM DI TALIAN 017-4979524

ADIK MANGSA YANG TURUT MEMBANTU MEMADAMKAN API

PA ADUN BUKIT TENGAH SEDANG MENGAMBIL LAPORAN DARI KELUARGA MANGSA KEBAKARAN.

PEGAWAI PENYIASAT BOMBA SEDANG MENGAMBIL LAPORAN DARI PIHAK TUAN RUMAH.

PEGAWAI PENYIASAT BOMBA DAN SHARPSHOOTER SEDANG MELIHAT DALAM BILIK YANG HANGUS.

KEADAAN BILIK YANG HANGUS

KEHADIRAN ANGGOTA BOMBA DI TEMPAT KEJADIAN

PENDUDUK KAMPUNG YANG TURUT MEMBANTU

KEADAAN YANG HANGUS DALAM BILIK

ORANG RAMAI MEMBANTU MEMADAMKAN API



YB ONG AKAN TURUN MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN ESOK TENGAHARI MANAKALA JABATAN KEBAJIKAN AKAN TINJAU KERUGIAN PADA HARI ISNIN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.