Jumaat, 30 Julai 2010

shalehudin

shalehudin


Berita sana sini... kah... kah...

Posted: 30 Jul 2010 04:30 AM PDT

TERKINI - TERNOW - TERBARU

KAH KAH KAH

BERITA DARI SANA SINI

PERKEMBANGAN BARU: Farah Azlina, yang dituduh Raja Petra ada hubungan dengan Saiful sepatutnya berkahwin tidak lama lagi, tetapi perkahwinan itu telah dibatalkan baru-baru ini atas sebab yang tidak dinyatakan oleh sumber

PENDEDAHAN: Kononnya malam tadi di Memorial Tunku Abdul Rahman berlangsung program tertutup penjelasan subsidi oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan. Tapi isi program itu ialah nak cari jalan macam mana Umno nak tawan Selangor, video kutuk Anwar diedar. Yang berucap ialah Fuad Hassan dan Lokman Nor Adam. Hadir 150 orang termasuk pegawai2 BTN

KETUA HAKIM NEGARA: Zaki Azmi berkata kes Lingam tak perlu disiasat kerana perkara itu dah berlalu. "Kita kena memandang ke depan," katanya. Kalau macam tu semua kes2 yang dilakukan sebelum Julai 2010 kat mahkamah gugur saja la. Fikir kes2 ke depan saja.

( kah kah kah… kalau macam ini kensel laaa kes kes lama…kah kah kah)

Sumber: Bro TT

Umno boh mau

Posted: 30 Jul 2010 02:30 AM PDT

Umno dah masuk kategori hilang akal. Umno suka buat cerita hantu. Depa cipta hantu untuk takutkan kita, last last depa sendiri yang takut dengan hantu ciptaan mereka.

Umno telah mencipta satu lagi slogan tahyul iaitu, Melayu mundur jika Umno kalah. Selalunya yang percaya pada benda benda tahyul ni hanyalah bomoh bomoh. Yang mengamalkan benda benda tahyul ni jugak bomoh bomoh. Bomoh bomoh sekarang banyak yang tak boleh pakai, antaranya ialah UMNO itu sendiri. UMNO lah boh mau yang paling mengganas sekarang ni.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Subahat lindungi Noordin Mat Top, ibu muda dipenjara 3 tahun

Posted: 30 Jul 2010 12:30 AM PDT

Putri Munawaroh dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana sabit kesalahan melindungi Noordin Mat Top tahun lalu. – Gambar ihsan Jakarta Globe

JAKARTA, 29 Julai – Seorang ibu muda Indonesia hari ini dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah memberi perlindungan kepada pengganas paling dikehendaki Noordin Mat Top, tahun lalu. Meskipun Putri Munawaroh, 20, kelihatan tenang selepas hukuman dijatuhkan, penyokong-penyokongnya memekik ke arah panel hakim Mahkanah Daerah Jakarta hari ini.

"Allahu Akbar, harap anda dikutuk!" jerit seorang lelaki dengan menunjukkan jari ke arah Hakim Ida Bagus Dwiyantara.

Hakim pula memberitahu, Putri telah dibuktikan menyembunyikan maklumat tentang pengganas dan tindakannya bercanggah dengan kempen antipengganas yang dijalankan oleh kerajaan.

Bagaimanapun hukuman penjara itu, lima tahun lebih rendah berbanding yang dituntut oleh pendakwa raya.

"Tertuduh masih muda, dia tidak disabitkan sebarang kesalahan sebelum ini dan mempunyai seorang anak untuk dijaga," kata Ida dipetik Jakarta Globe.

Peguam tertuduh, Achmad Michdan memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan kerana panel menyabitkan kesalahan berdasarkan andaian yang sangat lemah.

"Pelanggan saya didapati bersalah menyembunyikan maklumant tentang Noordin dan seorang lagi lelaki hanya kerana dia sentiasa menutup pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah," kata peguam.

"Tiada apa-apa maklumat dalam perbicaraan yang boleh membuktikan bahwa Putri memang mengenali tetamunya sebelum mereka tinggal di rumah itu.

"Ia persoalan utama dalam tuduhan yang tidak boleh dijawab, tetapi dia disabitkan kesalahan akhirnya," katanya.

Noordin ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan ke atas rumah milik wanita berkenaan pertengahan September 2009. Dia dikatakan terbunuh apabila meletupkan dirinya setelah pasukan keselamatan menggempur sebuah rumah di Solo, yang dipercayai menjadi tempat pesrembunyian Noordin dan konco-konconya.

Tiga suspek telah ditangkap dalam serbuan itu, termasuk Putri serta dua yang lain. Kematian Noordin membawa kepada tamatnya pemburuan ke atas pengganas kelahiran Malaysia itu, yang terlibat dalam beberapa siri keganasan di Indonesia sejak awal alaf ini, termasuk letupan ke atas sebuah kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan lebih 202 pengunjung, kebanyakannya warga Australia.

Noordin turut terlibat dalam beberapa serangan ke atas kepentingan barat termasuk Amerika Syarikat di Indonesia dan letupan trak ke atas Kedutaan Australia di sini pada 2004.

Terima kasih pembangkang

Posted: 29 Jul 2010 10:30 PM PDT

Malaysia sambut Hari Pahlawan ikut fatwa Sabtu ini

Oleh Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini.

Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.

Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak.

Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Berdasarkan maklumat diperoleh The Malaysian Insider dari Kementerian Pertahanan, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyempurnakan sambutan kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam cuti sehingga awal bulan depan.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan "Last Post", bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan "Rouse" yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.

Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak.

Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Bagaimanapun acara tiupan "The Last Post" dan "Rouse" akan diteruskan kali ini.

Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan.

Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

"Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar," kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Fatwa bukan sesuatu yang baru. Tetapi tiada perdana menteri yang berani mematuhi (fatwa). Saya gembira kerana Datuk Seri Najib ada iltizam untuk mengamalkannya," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Najib menghadiri sambutan Hari Pahlawan yang pertama sebagai perdana menteri tahun lalu di Tugu Negara di mana beliau mengetuai beberapa anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan angkatan tentera dan polis meletakkan kalungan bunga.

"Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita," kata Harussani.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Perajut Datuk Muhammad Abdul Ghani memberitahu, perubahan sambuatan Hari Pahlawan akan menarik lebih ramai orang untuk menyertai sambutan.

"Sama ada Islam atau tidak, saya tidak tahu. Tetapi secara peribadi saya hanya mengingati rakan-rakan saya yang terkorban," katanya.

Sehubungan itu Muhammad menambah, sambutan di Dataran Merdeka akan mempertingkatkan kesedaran mengenai Hari Pahlawan.

"Ia sangat penting seperti Hari Kebangsaan. Sambutan tidak begitu meriah, tetapi disebabkan ia diadakan di Dataran Merdeka, lebih ramai akan hadir," katanya.

"Kami hanya ikut keputusan kerajaan. Tidak kisah bagaimana ia disambut, tetapi yang penting hari penting ini diperingati," kata Muhammad.

Pada 31 Mac lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Zahid berkata perkara itu turut dipersetujui oleh Najib, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar itu disegerakan.

PRU 13 dah dekat dah oiii

Posted: 29 Jul 2010 08:30 PM PDT

Oleh Amin Iskandar

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA, Tun Ling Liong Sik hari ini didakwa berkenaan dengan skandal projek PKFZ.

Ling didakwa menipu kerajaan dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Sehubungan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bekas menteri pengangkutan itu juga berikan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan ikat jamin ditetapkan pada RM1 juta". Petikan laporan Malaysiakini.

Dahulu bekas Menteri Tanah, Kasitah Gaddam dan Eric Chia pernah didakwa diatas pertuduhan rasuah. Selepas pendakwaan itu, pilihanraya umum 2004 berlangsung. Parti pemerintah menang besar pada ketika itu kerana imej bersih Abdullah Badawi dan kerajaan beliau dlihat memerangi rasuah tanpa mengira siapa pelakunya.

Lama kelamaan, kedua-dua Kasitah Gaddam dan Eric Chia dibebaskan kerana dikatakan tidak ada bukti yang kukuh.

Apakah hari ini skrip lama dimainkan semula? Ling Liong Sik didakwa diatas skandal rasuah dan penyelewengan besar PKFZ.

Tidak lama sebelum ini, Ong Tee Keat, bekas menteri pengangkutan yang memulakan pembongkaran skandal PKFZ dijatuhkan dari MCA diatas sokongan pimpinan tertinggi negara.

Percayakah kita Ling Liong Sik akan benar-benar dijatuhkan hukuman? Tunggu dan lihat. Yang paling nyata adalah PRU 13 akan datang tidak lama lagi.

Kepada yang ingin bertanding, bersiap-siaplah. Kepada yang seronok jadi ahli parlimen, Adun atau memegang jawatan tertinggi dalam negeri, berjaga-jagalah. Keseronokkan itu tidak akan terlalu lama kerana tidak lama lagi harus bertanding semula.

Oppocot... tak pandai menipu

Posted: 29 Jul 2010 06:30 PM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Alahaii... terkejut tenuk Pak Long bila tengok si Chua Soi Lek ni terkejut. Ya la, Pak Long ingatkan si Chua ni payah nak terkejut, rupa rupanya dia pun kuat terkejut jugak. Ekelleh... buat buat terkejut kot. CD hang dulu punya laku, macam goreng pisang panaih, tak terkejut sampai macam ni punnnn....

Tokey parti MCA, Chua Soi Lek yang senang sangat ngan pompuan juai tubuh ni terkejut besaq bila dapat tau bekas tokey parti tokey tokey tu, Ling Liong Sik kena dakwa pasai tak pandai menipu. Chua yang terkejut sangat tu pasai orang yang tak pandai menipu, tak boleh masuk parti tokey tokey. Kena pandai menipu baru boleh join parti tokey tokey, baru tak leh kena tangkap. Tau tau sifu dia pi kena tangkap pasai menipu. Kira tak pandai menipu laaa...

Apa apa pun Pak Long yakin Liong Sik akan di bicara dengan penuh adil ikut undang undang negara Najib dan pasti akan dibebaskan nanti pasai memang dia tak bersalah pun. Yang bersalah ialah orang yang kena tipu dengan dia tu pasai bangang.

Wassalam...

Kena naya saja laa

Posted: 29 Jul 2010 04:30 PM PDT

Ramai bertanya mengenai keputusan kerajaan membenarkan guru siswazah termasuk guru besar dan pengetua terlibat aktif dalam politik samaada guru guru terbabit mendapat untung atau guru guru tersebut bakal masuk tong.

Aku rasa ia hanya langkah nak mengenal pasti sapa yang sokong kita dan sapa yang sokong depa. Sapa yang warna warni dan sapa yang warna biru. Sapa yang berani berwarna warni, tau la apa yang depa bakal kecapi. Sapa yang berwarna biru, pasti senyum sengeh la selalu. Jadi aku melihat tindakan terdesak kerajaan ni adalah sengaja dibuat supaya ia guru guru senang dimanipulasikan. Secara tak langsung guru guru akan rasa tertekan sendiri bagi yang berani memilih warna lain dari warna rasmi BN, iaitu biru.

Aku tak percaya langsung pada kebebasan berpolitik Umno - Barisan Nasional ni. Depa bakal memberi tekanan dalam diam. UBN punya konsisten tak boleh percaya. Keadilan UBN boleh dipertikai bukan saja pada guru guru tapi jugak keseluruhan rakyat selama lebih dari 50 tahun.

Dengan rekod UBN yang penuh dengan penipuan dan penindasan, berani ka guru guru memilih warna lain dari warna biru?

Tiada ulasan: