shalehudin |
- Orang kecik, akai pun kecik
- Sah, pilihanraya umum dah dekat
- Jangan dok tunjuk bodo hangpa
- Politik? berpolitik ala Umno-BN
- Bila Nik Aziz puji Anwar
- Kerajaan la dah habih idea
- Macam gula ngan garam laaa
- Pakatan anak jantan
- Suka untuk ditipu
| Posted: 29 Jul 2010 08:03 AM PDT Ikut kata Presiden PAS, Haji Hadi, dia tak hingin langsung nak layan Mufti Perak yang hanya dianggap sebagai orang kecil. Mufti Perak, ulama tersohor yang bergelar Tan Sri tu telah dianggap sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti PAS supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno. Atau dengan kata kata lainnya, Harussani hanya orang kecil yang memang berotak kecil yang cuba cuba melawak dan merayu PAS supaya berkawan sama dengan Umno. |
| Sah, pilihanraya umum dah dekat Posted: 29 Jul 2010 06:17 AM PDT Ada la sekoq dua jerong depa tangkap, lepaih tu tak kemana pun. Tangkap ni sebagai satu wayang saja, mengaburi mata rakyat untuk pilihanraya... |
| Posted: 29 Jul 2010 04:30 AM PDT Sumber: Pak Long Pengetua Sekolah Murid Mengandung, Melaka... Salam semua... Hadoiiih... tolong la Umno oii, letih la Pak Long lagu ni. Tak larat dah nak bergulin gulin. Bukan bergulin gulin ngan Mak Long hang, dak. Bergulin gulin punya gelak, keraih perut perut. Lagu ni saja ka kepala hotak orang berbangsa Umno boleh buat. Takat ni saja ka cerdik hangpa. Kita cerita pasai masaalah sosial belambak lambak la ni bukan nak suruh hangpa tunjuk bodo hangpa. Kesian la kat orang Melaka ada Ketua Menteri yang sumbang dalam berdondang sayang. Tak sedap langsung. Hangpa pikiaq elok elok dulu baru bercakap. Kreatif tak bertempat boleh bawak musibat. Tak pernah dibuat orang dok himpun budak budak ter'mengandung' dalam satu sekolah. Cuba hangpa pikiaq tengok budak budak yang terlanjur dalam sekolah tu nanti. Depa nak pi letak muka tang mana lepaih depa belajaq. Lulusan mana? Lulusan KMM. Bukan 'Ketua Menteri Melaka' tapi 'Kelas Murid Mengandung'. Tak dak kelas langsung laa... Pak Long tau la, zaman la ni memang tak susah pun nak dapatkan anak murid jenih terlanjur macam tu, berlori lori boleh dapat... hihi... Tumpang hangpa dok pegang kosa ni, Pak Long nak pesan cuba cuba la buat pelan macamana nak cuci hati nurani anak anak bangsa. Tok sah dok kira la terlanjur ka belum. Cegah sebelum parah. Hati yang cuci akan hasilkan hati yang suci. Hati yang suci memandu diri menjadi baik. Baik hati akan jugak mengzahirkan insan yang baik. Hangpa reti ka dak ni... Hadoiiih.... wassalam... |
| Politik? berpolitik ala Umno-BN Posted: 29 Jul 2010 02:30 AM PDT Ni bukan politik ka? Kita nak panggil menatang apa kalau bukan politik? Dah hangpa izin guru guru berpolitik. Alih alih Muhyiddin pulak kata guru guru tak diizinkan bawa ideologi politik ke dalam bilik darjah. Tak ke pelik arahan ni yang mai pun dari orang yang pelik. Sapa pulak yang nak pastikan guru guru ni berkecuali semasa mengajar dalam kelas mereka? Sapa pulak yang nak pastikan guru guru ni ada masa nak tumpukan perhatian pada profession mulia ni? Sapa pulak yang nak pastikan profesionalime perguruan ni terjaga? Hang sembang saja pandai Muhyiddin oii. Guru guru lebihnya akan teraniaya dan terperangkap hasil dari tindakan bodo yang di desak oleh Umno demi kepentingan BN itu sendiri. Satu yang mungkin Umno tak pernah nak ambik tau ialah, ahli politik akan tetap berpolitik walau dimana mereka berada. |
| Posted: 29 Jul 2010 12:30 AM PDT Nik Aziz puji ketegasan Anwar, mahu kukuh Pakatan hadapi PRU-13 Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 28 Julai – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno. "Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian," kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy. "Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan. "Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini," kata beliau lagi. Dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses "menimba pengalaman" dan "tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya". Selain itu, Anwar juga berkata beliau yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Nik Aziz. Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008. "PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip. "Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini," kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan "premis yang betul". Nik Aziz menambah, sesungguhnya beliau mengucapkan tahniah dengan sepenuh hati kepada Anwar atas nilai ketegasan beliau. Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan. "Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama," katanya lagi. Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk-mikraj yang baru disambut," katanya. Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz. Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri. "Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi," kata beliau sambil menambah, "percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran." "Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya. "Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran," kata Nik Aziz lagi. |
| Posted: 28 Jul 2010 10:30 PM PDT Tiada cara lainkah jimatkan perbelanjaan negara? Mat Zain Mat Isa Apa yang dibimbangi sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan. Penerimaan baik sebahagian rakyat terhadap kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian sebelum ini terbukti menjadi isyarat silap terhadap tindakan kerajaan itu. Bagai diduga, Barisan Nasional (BN) memanipulasi penerimaan rakyat atas kenaikan itu untuk mengurangkan lebih banyak bantuan, peruntukan dan subsidi yang selama ini mereka nikmati. Terbaru, sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi, kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api dan gula, berkuatkuasa Jumaat (16 Julai) lalu. Subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan 10 sen sekilogram. Dengan penyelarasan itu, petrol RON95 kini dijual pada harga RM1.85 seliter, diesel RM1.75 seliter dan LPG RM1.85 sekilogram. Turut diselaraskan ialah harga gula, sebanyak 25 sen sekilogram menjadikannya RM1.90 sekilogram. Kenaikan itu adalah kali kedua selepas Januari lalu. Sepertimana lazimnya di setiap kali kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangan keperluan utama rakyat, ia sering diiringi seruan klise agar rakyat berjimat cermat atau berbelanja dengan berhemah. Bagi menyokong pendiriannya itu, BN yang selalunya tidak mengutamakan hujah agama tergamak pula menukilkan hujah dan pandangan Islam berhubung kebaikan berjimat-cermat dan kekejian berborosn. Ditaburkan juga janji manis kononnya setiap sen yang dijimatkan kerajaan ekoran penarikan balik subsidi itu akan disalurkan kepada perkara lain yang dibayangkan akan memebri manfaat lebih besar kepada rakyat. Kita masih ingat itulah antara hujah BN ketika ia mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan diesel dulu. Rakyat disintuk limau dengan janji penambahbaikan sistem pengangkutan awam menggunakan wang negara dijimatkan itu. "Pada saya tidak ada logiknya kerajaan keluarkan subsidi hampir RM1 bilion untuk subsidi satu bahan makanan yang boleh mendatangkan mudarat pada rakyat," itu pula hujah Perdana Menteri sepertimana dipetik media pada 4 Januari lalu bagi merasionalkan kenaikan harga gula. Kerapkali juga BN berterus-terang bahawa kerajaannya sudah tidak mampu menampung pembiayaan subsidi barangan terbabit. Bahkan ada menteri sampai tergamak membayangkan negara akan muflis dalam masa sedekad lagi sekiranya pembiayaan subsidi sepertimana diamalkan kini tidak dirasionalisasikan. Andaian itulah yang dijadikan alasan utama untuk merasionalkan mengapa soal penyusunan semula subsidi wajar diterima secara positif oleh rakyat. Setakat itu kelihatannya BN memiliki hujah dari berbagai sudut – agama, kesihatan, maslahah umum mahu pun ekonomi negara. BN bertuah kerana setiap kali ia mengambil tindakan menambah bebanan hidup rakyat, akan sentiasa ada golongan yang tampil membela dan menyokong tindakan itu. Itulah yang kita katakan isyarat silap. Betapa penerimaan dizahirkan rakyat itu, biar pun tidak mewakili keseluruhan mereka, sudah lebih dari cukup memberikan keselesaan kepada parti pemerintah itu untuk terus melaksanakan apa juga langkah difikirkannya sesuai. Lebih menyeronokkan lagi bagi BN ialah apabila penerimaan rakyat terhadap hujah dan rasional dikemukakan tadi akhirnya semacam menjadi karat yang membentengi pemikiran rakyat daripada menyelongkar punca sebenar yang menjerumuskan kewangan negara ke kedudukan amat tenat kini. Usaha menjimatkan perbendaharaan negara adalah langkah yang wajar dialukan. Soalnya, apakah setiap kali langkah penjimatan itu disuarakan maka yang perlu menanggung bebannya semestinya rakyat? Kita kerap didendangkan dengan lagu bernada apologetik dan menagih simpati dari mulut para pemimpin negara. Kononnya rakyat perlu berkongsi masalah di hadapi negara. Kononnya negara ini milik bersama antara pemimpin dan rakyat. Justeru, rakyat juga perlu berperanan membina negara. Tempat jatuh bodekan itu ialah agar rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu berganding bahu bersama kerajaan memikul beban perbelanjaan negara. Kononnya perkongsian bijak rakyat-kerajaan akan memudahkan usaha memantapkan kedudukan ekonomi negara. Untuk itu rakyat perlu bersedia menyerap sedikit kos kenaikan harga barangan keperluan mereka. Agak rendah diri kelihatannya para pemimpin tatkala membuat rayuan itu. Seolah-olah sebelum ini setiap keputusan berhubung perbelanjaan negara, mereka membuatnya dengan terlebih dahulu bertanyakan rakyat selaku "rakan kongsi pemerintahan". Sudah agak kerap kita dihidangkan dengan luahan dan pandangan berterus-terang beberapa tokoh negara berhubung salah pengurusan kewangan negara. Bagi mereka ini punca utama kedudukan kewangan negara terjejas adalah apabila perbelanjaan tidak diurus dengan baik. Tidak syak lagi rekod pembaziran dan salahurus kewangan negara di bawah BN amat menakjubkan. Isu kapal selam, kapal perinda TUDM, Sukhoi, PKFZ, dan banyak lagi menjadikan negara kita persendaan dunia. Itu belum lagi kita senaraikan kes-kes pembelian tidak masuk akal barangan oleh agensi dan jabatan kerajaan sepertimana sering didedahkan laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Kita rasa fakta-fakta itu dengan sendirinya menjelaskan bahawa cara lebih berkesan menjimatkan wang negara ialah dengan mengelakkan pemborosan, ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan negara |
| Posted: 28 Jul 2010 08:30 PM PDT Umno ni sebenarnya tidak memahami Pas tu macamana. Apakah sebenarnya yang menyebabkan Pas ditubuhkan. Atas asas apa Pas di gerakkan hingga sekarang. Pas tetap seperti mana Pas yang ada sekarang samaada Nik Aziz ada atau telah tiada. Prinsip perjuangan mereka tetap sama kerana pegangan mereka hanyalah qura'an dan hadis. Perpaduan sebenar yang dituntut oleh Pas ialah perpaduan Islam. Islam untuk semua kaum dan bangsa. Sedangkan Umno berteraskan kaum. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pas dan Umno tidak mungkin bersatu atas perpaduan ala Umno ini. Pas dan Ummo adalah dua identiti yang amat berbeza walaupun serupa. Ibarat seperti gula dan garam yang amat berbeza rasa walaupun serupa. |
| Posted: 28 Jul 2010 06:30 PM PDT Bubar Dun, BN takut! S. Wahab BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan. Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka. Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya. Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR. Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihan raya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013. Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013. Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihan raya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR. |
| Posted: 28 Jul 2010 04:30 PM PDT Laporan Bernama disini, mendedahkan pihak Polis telah berjaya membongkar satu skim cepat kaya berupa kereta mewah disekitar Petaling Jaya. Kegiatan penipuan skim cepat kaya ini kantoi selepas Polis berjaya menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya. Hadoiiih... Tengok la macamana orang orang kita dengan begitu mudah terpedaya dengan sindiket jenih cepat kaya macam ni. Depa tak tau ka, tak dak satu benda apa pun didunia ni yang ada jalan pintasnya. Tiap sesuatu ada jalan panjang yang perlu dilalui oleh kita sebelum mengecapinya. Skim cepat kaya ni dah menindas masyarakat kita dah lama. Tapi tabiat orang kita dah macam tu, depa tak pernah serik. Seolah olah suka untuk ditipu. Patut la Umno senang senang boleh dok kencing rakyat Malaysia walaupun setelah lebih dari 52 tahun di tipu. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan