shalehudin |
- Pertama didunia
- Umno muka tak malu
- Muka Saiful dah tumbuh jerawat
- Anak muda yang resah diatas pagar
- 9 cedera dalam letupan di Bangkok
- Amerika ni cari pasai betoi la
- Berani ka Hassan Ali saman Harussani
- Media penjilat terlupa lapor
- Cara Umno memang tak boleh pakai
- Lagi artis berkelaku hodoh
- Kencin tak pandai basuh, mai nak salam ngan kita
- Malaysia atasi Korea Selatan 1 - 0
- Alonso kuasai Jerman
| Posted: 26 Jul 2010 09:30 AM PDT OSCAR, lelaki Sepanyol yang menjalani pemindahan muka pertama dunia pada Mac lalu, muncul di khalayak ramai untuk kali pertama pada sidang media di Hospital Vall d'Hebron di Barcelona hari ini. Sepasukan pakar diketuai Dr Joan Barret (kanan) melakukan pembedahan itu ke atas Oscar yang mengalami kecacatan akibat kemalangan. - Foto AFP |
| Posted: 26 Jul 2010 08:00 AM PDT Memang la Pas tu bukan hak Nik Aziz sorang saja, tapi tentangan Nik Aziz tu atas usahanya sebagai Mursyidul Am PAS. Mursyidul Am tu besar tingkatnya dalam Pas kalau nak dibandingkan dengan hang Ahmad Maslan oi. Haru biru betoi kita tengok si Ahmad Maslan ni bila dengan muka tak malunya mengusulkan Umno masih harapkan usaha kearah perpaduan Melayu antara Pas dan Umno terjalin. Nampak terhegeh hegeh sungguh kerana masih mengharap kumpulan kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan. Setakat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri saja, tak payah dok buat kalut la. Pas dah matang dengan sepak terajang Umno. Setiap keputusan bukan terletak pada sorang dua pemimpin saja. Ia adalah keputusan ramai yang menolak usaha kumpulan tertentu dalam Pas berpadu dengan Umno. Ia telah dibincangkan dan ditolak oleh tiga muktamar yang lalu. TITIK. Dah, pi main jauh jauh |
| Muka Saiful dah tumbuh jerawat Posted: 26 Jul 2010 05:03 AM PDT Amboii... tak sangka budak cute ni dah ada marka, dan pandai main 'cinta-cinta'. Patut la muka dulu licin, la ni dah tumbuh jerawat galak... hihi... Aku pun tak tau tang mana la si Raja Petra dapat berita sensasi ni... RPK dakwa Saiful mengadakan hubungan sulit dengan seorang pendakwa raya wanita. Jadi heboh la, maklum la... si Saiful ni dah sebahagian dari selebriti 1Malaysia dah. Dia memang layak jadi glamor dan terkenal pasai yang ni pun dia dok cari cari. Jadi, peguam Anwar hari ni desak respons Peguam Negara Abdul Gani Patail berhubung dakwaan RPK tu bahawa salah seorang timbalan pendakwa raya wanita menjalin hubungan "romantik" dengan saksi utama kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ya la, walaupun hanya 40% saja kebenaran tulisan Raja Petra ni, makna kata ada jugaklah kebenarannya.... ya dak.. ? |
| Anak muda yang resah diatas pagar Posted: 26 Jul 2010 04:30 AM PDT Pengundi 'atas pagar' yang 'muda dan resah' Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon BN atau parti pembangkang pada Pilihanraya umum akan datang. Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendiriran 'non-partisan' (tidak memihak) berhubung politik negara. Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka. Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas. Kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu adalah bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini. Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini. Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam. "Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir adalah lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu. Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. "Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan. Menurutnya generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu. Bagi Khaw Veon Szu, pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Makmal Pemuda BN. "Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya. "Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu. "Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya. Khaw berkata pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka. Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru. Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan. Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia. "Anda tidak perlu menjalankan satu kaian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan - pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN. Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan. Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian. Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun. "Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rimbakan dan maklum balasnya adalah baik. "Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20an dan 30an," katanya. Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang. "Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya. Oleh itu Loke, berkata pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendafataran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting. Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) Dr Ong Kian Ming berkata Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mempertengahkan dasar untuk mereka. "Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya. Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara. Ong berkata golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatjkan sokongan golongan muda kepada BN. Pada pilihanraya umum 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun, katanya. Bagaimanapun, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini, katanya.- Bernama |
| 9 cedera dalam letupan di Bangkok Posted: 26 Jul 2010 03:00 AM PDT BANGKOK: Sembilan orang cedera akibat satu letupan di tengah kota Bangkok hari ini tetapi masih tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu atau sama ada ia berkaitan dengan pilihan raya khas di ibu negara Thailand itu. Letupan itu berlaku berhampiran persimpangan yang sibuk di tengah kawasan komersial Bangkok, kawasan sama yang diduduki ribuan penunjuk perasaan "baju merah" yang antikerajaan selama beberapa minggu sebelum disuraikan pihak tentera pada 19 Mei lalu. "Kami diberitahu polis bahawa terdapat sembilan orang yang tercedera akibat insiden itu," kata seorang jurucakap Pusat Kecemasan Erawan. Beliau berkata, letupan itu berlaku di kawasan bertentangan dengan Central World, iaitu kawasan membeli belah yang dibakar perusuh Mei lalu. Ia berlaku ketika pilihan raya khas diadakan di Bangkok yang dilihat sebagai referandum terhadap kekecohan politik Thailand baru-baru ini. - Reuters |
| Amerika ni cari pasai betoi la Posted: 26 Jul 2010 02:00 AM PDT KAPAL induk Amerika Syarikat, George Washington (bawah), dan kapal pendarat tentera laut Korea Selatan, Dokdo Ham (atas), meninggalkan Pelabuhan Busan di selatan Seoul hari ini untuk menyertai latihan ketenteraan bersama bagi menunjuk kekuatan kepada Korea Utara yang memberi amaran akan melancarkan "perang suci" jika latihan itu diteruskan. - Foto AP |
| Berani ka Hassan Ali saman Harussani Posted: 26 Jul 2010 01:00 AM PDT Hasan Ali diminta saman Harussani Hazlan Zakaria Kongsi 4Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno. Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam awal hari ini, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Kamaruddin dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti. Bagaimanapun, ketika dihubungi selepas mesyuarat tersebut, Siti Mariah enggan mengulas mengenainya. Sebelum ini, pemimpin PAS, termasuk naib presidennya Mahfuz Omar (kanan) menuntut Harussani memohon maaf selepas Hasan Ali menafikan bahawa pertemuannya dengan mufti Perak itu membincangkan kerjasama PAS-Umno. Versi online akhbar rasmi PAS - Harakah - hari ini melaporkan tuntutan Mahfuz itu di mana beliau berkata Harussani juga harus meletak jawatan sebagai mufti Perak kerana beliau pernah berkata bahawa sebagai mufti, beliau tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan, sedangkan dakwaannya yang dibuatnya mengenai Hasan adalah palsu. Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa Hasan telah menjelaskan dalam majlis munaqasah hari ini mengenai pertemuannya dengan mufti Perak itu, serta mengulangi penafiannya berhubung perkara tersebut. "Beliau berkata beliau menemui Harussani hanya untuk belajar dari mufti Perak yang telah menjadi mufti selama 30 tahun. Dia menyangkal bercakap tentang isu kerajaan perpaduan. Pada dasarnya, beliau berkara Harussani pembohong. Itu adalah intipatinya," kata. Khalid. Hasan yang terlihat untuk cenderung bekerjasama dengan Umno, menjadi sasaran kecaman hebat berhubung pertemuannya dengan mufti Perak itu. Harussani sebelum ini menawarkan dirinya untuk menjadi orang tengah dalam usaha "menyatukan umat Islam kdan orang Melayu" di negeri ini. Menurut mufti Perak, pemimpin dari PAS dan Umno telah menemuinya baru-baru ini untuk membincang dan mendapatkan pandangannya bagi menyatukan dua parti politik terbesar orang Melayu di negara ini. |
| Posted: 25 Jul 2010 11:00 PM PDT Tiada bukti lombong pasir cemar taman rekreasi Nazri Abdullah PUTRAJAYA, 24 Julai: Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd, Geetha P. Kumaran, yang dilantik sebagai konsultan alam sekitar oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berkata, tiada sebarang bukti menunjukkan aktiviti perlombongan pasir di Olak Lempit menyumbang kepada pencemaran Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkil. Bercakap pada taklimat isu pasir kepada petugas media di sebuah hotel di sini beliau berkata, aktiviti dijalankan KSSB sentiasa dipantau pihak mereka dan laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar AMP dihantar kepada Jabatan Alam sekitar sebulan sekali. "Tiada bukti berlaku pencemaran di Paya Indah Wetland akibat aktiviti mengorek pasir di lombong Olak Lempit," katanya menjawab soalan wartawan. Aktiviti mengorek pasir di tapak tersebut, katanya dibuat secara sistematik oleh KSSB termasuk sistem pengaliran air tersendiri yang diguna semula tanpa mencemarkan alam sekitar. Sebagai konsultan yang dilantik syarikat milik penuh Kerajaan Selangor itu, Geetha memberitahu pihak mereka menjalankan kajian terhadap impak aktiviti mengorek pasir milik KSSB terhadap alam sekitar. Kajian termasuk kesan terhadap biologi iaitu flora dan fauna, fizikal iaitu pengaliran air dan sosial iaitu gangguan terhadap penduduk sekitar. Sejak lombong Olak Lempit beroperasi Januari lalu, tujuh laporan AMP telah diserahkan kepada JAS. Laporan tersebut jelasnya akan dikemaskini setiap bulan kerana perubahan sentiasa berlaku sepanjang aktiviti mengorek pasir dilakukan. "Sekiranya kami dapati berlaku perkara yang akan memberi kesan kepada alam sekitar, kami akan berikan makluman bertulis kepada KSSB," katanya lagi. Berhubung dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bawaha KSSB mengorek sehingga 200 kaki dalam pula, Geetha berkata sehingga kini KSSB hanya mengorek 17 meter sahaja. Penjelasan itu sekaligus menyangkal dakwaan negatif bahawa, KSSB mengalirkan air kotor ke Wetland dan mengorek lebih dari kedalaman yang dihadkan. Sementara itu, Lembaga Pengarah KSSB, Datuk Abdul Shukor Nagor berkata, mereka masih baru dan jauh dari kesempurnaan. Bagaimanapun beliau berkata, jika mereka salah, mana-mana pihak boleh menegur mereka. "Kami tak sempurna tapi kami cuba buat yang terbaik," katanya. Tambahnya lagi, apa yang dibuat KSSB pada waktu ini adalah kaedah baru yang jauh lebih baik dari yang dibuat pihak sebelum ini. Turut serta pada sesi taklimat itu, Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed serta Adun Sri Muda, Suhaimi Shafie. Terdahulu sekumpulan 40 wakil dari pelbagai media dibawa melawat ke tapak perlombongan pasir di Olak Lempit, Dengkil, Selangor. Lawatan tersebut bagi memberi peluang kepada petugas media melihat sendiri proses mengorek pasir yang dijalankan KSSB di Selangor. KSSB sebelum ini dikritik hebat oleh Umno Selangor kononnya aktiviti mengorek pasir oleh KSSB akan merosakkan alam sekitar dan struktur mukabumi negeri itu. Untuk rekod, pada tahun 2008 KSSB membayar RM1.5 juta royalti dan RM1 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri Selangor. Pada 2009, mereka membayar RM5.7 juta royalti dan RM9 juta keuntungan sebelum cukai manakala pada 2010, sehingga Jun lalu mereka telah membayar RM5 juta royalti dan RM10 juta keuntungan sebelum cukai kepada kerajaan negeri. Ianya jauh lebih tinggi berbanding zaman kerajaan negeri di bawah BN. Pada zaman BN, kerajaan negeri hanya mendapat bayaran royalti sebanyak RM3.54 juta pada tahun 2005, RM4.37 juta (2006) dan RM4.29 juta (2007). |
| Cara Umno memang tak boleh pakai Posted: 25 Jul 2010 09:00 PM PDT PKR: Perpaduan Melayu tetap gagal jika dilihat guna formula Umno KUALA LUMPUR, 25 Julai — Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia tidak akan dapat diselesaikan jika rakyat pemimpin-pemimpin politik melihatnya melalui teropong Umno semata-mata, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Dr Muhd Nur Manuty. Oleh itu tegas beliau, ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. "Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini. "Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam," katanya dalam satu kenyataan. Justeru menurut beliau langkah-langkah tersebut akan menjadikan rakyat lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. "Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. "Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat. Perkara ini sedang menjadi kenyataan," katanya lagi, Kata beliau, bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihan raya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. Katanya, perkembangan itu yang amat menggerunkan Umno sekarang, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan. Kata Muhd Nur isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno lagi kerana menyedari bahawa ia yang selama ini bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. "Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat," katanya. Oleh tegas beliau, Umno menggunakan politik michevelli yang dianutinya dan isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. "Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah 'liwat', membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. "Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan 'psywar' yang dilancar ini menjadi," katanya lagi. Kata Muhd Nur, ebenarnya perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik Umno itu sendiri. "Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu. Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri," katanya. Hakikatnya, menurut beliau, pelbagai agenda perpaduan politik Melayu telah pun dicuba sebelum ini. Namun, kata beliau, kesemuanya berakhir dengan kegagalan dan paling jelas gabungan PAS dan Umno di dalam Barisan Nasional pada 1971 berkesudahan PAS ditendang keluar dari BN. "Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam Umno. "Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. "Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno secara cukup hina dan mengaibkan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah 'liwat' seperti ini. "Begitu pelik dan luar biasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik Umno," katanya. Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada Umno atau BN, kata beliau. |
| Posted: 25 Jul 2010 08:00 PM PDT Sumber: Ros Haa... ni ada sorang lagi artis bekas anggota kumpulan lawak Senario. Popular jugak budak Yassin ni dengan lawak slumber dan spontannya. Dulu dah kena rasa kak Ros dua kali dah kes yang sama, kali ni kena lagi. Yassin Yahya 32 (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad. Muda belia lagi, tapi hanyut bila dah sangkut dengan dunia hiburan. "Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad. Jadi kita sebagai warga Malaysia yang punya keluarga dan anak anak tentu berasa risau apatah lagi bila ada artis tempatan pulak yang sangkut dengan najis dadah ni. Tentu ada jugak anak anak kita yang kenai malah tak keterlaluan yang anggap dia ni sebagai idola depa. Anak anak kena la kita dok peringat depa, najis dadah ni merbahaya. Orang yang popular akan jadi hina bila dah kena. Orang kaya akan jadi papa kedana kalau dah di babit sama. Masaalah yang lebih serius ialah ia jugak membabitkan kaum keluarga serta sahabat sahabat pada mangsa najis dadah tu termasuklah jugak peminat peminatnya kalau ada. Nak maju cari la cara lain dari menjadi hamba pada dadah tu. Jom boikot saja artis artis yang berkelaku hodoh sebegini. Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya. |
| Kencin tak pandai basuh, mai nak salam ngan kita Posted: 25 Jul 2010 06:30 PM PDT Mahu berpadu tapi Umno sendiri berpecah Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Julai: Bagaimana mungkin Umno mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nur Manuty. Katanya, Umno kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Umno, ujarnya umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai yang bakal runtuh bila-bila masa sahaja. "Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan Umno tidak berapa lama lagi, percayalah," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, perjuangan para pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat kerana asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati. Maka, katanya amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa. Menurutnya, dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya, maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana. Hakikatnya, kata beliau lagi perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai…" (Ali-Imran: 103) "Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong Umno dan para kuncunya," ujarnya. Ia, ujarnya perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Tegasnya, jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama in dan suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Di samping itu, katanya wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam. "Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. "Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah. Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan," katanya. Justeru, menurutnya, masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat di mana perkara itu sedang menjadi kenyataan. Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka. "Perkembangan inilah yang amat menggerunkan Umno sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang ditelan gelombang rakyat yang menuntut keadilan," katanya. |
| Malaysia atasi Korea Selatan 1 - 0 Posted: 25 Jul 2010 04:30 PM PDT |
| Posted: 25 Jul 2010 11:30 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan