shalehudin |
- Mana pergi subsidi kami
- Saya seorang mufti, takkan lah saya nak membohong
- Selangkah kaki Anwar di penjara
| Posted: 20 Jul 2010 10:16 AM PDT Dr Asri Zainal Abidin kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju.. kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.. kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja.. kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta.. kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta.. jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu.. tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..? papa semakin parah..? wang semakin lelah..? jika semalam berlauk, hari cuma berkuah.. kerana kerajaan kita sedang susah..? maka subsidi kita terpaksa diserah.. jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh.. apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang.. jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi.. akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang.. kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang.. dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami.. pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati.. kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia.. baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak.. sedangkan kalian manusia angkasa.. istana permata dibina, kereta berjuta dirasa.. elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga.. hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara.. tapi kami masih di sini..di teratak ini.. dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam.. dengan rumah yang suram.. dengan wang yang hampir padam.. tiada istana lawa..tiada kereta berharga.. tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p.. tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini.. tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara.. aduhai celaka bahasa yang kalian guna.. kalian yang belasah, kami yang bersalah.. kalian buat untung, hutang kami tanggung.. kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang.. kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa.. kalian makan isi, kami dijadikan abdi.. lantas, kalian rampas lagi subsidi.. ke mana wang itu pergi nanti? jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami.. jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta.. mengapa tambang tidak potong sahaja.. tapi entah berapa kali janji.. konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti.. hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi.. kami terus termanggu di sini.. kalian juga yang nikmati.. kami hanya menggigit jari.. kembalikanlah kepada kami harta negara.. jangan hanya kalian sahaja yang merasa.. dr maza July 2010 |
| Saya seorang mufti, takkan lah saya nak membohong Posted: 20 Jul 2010 06:51 AM PDT Nasib baik SS Harussani ni mengaku dia tu mufti, kalau tidak aku pun tak tau yang dia tu mufti. Mufti bagi Perak pulak lagi dan menjadi kepercayaan istana. ******************************** PUTRAJAYA, 20 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu. "Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu... jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. "Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini hari ini. Kedua-dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semalam mendakwa Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS. Mahfuz dan Salahuddin menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam. "Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan," kata Salahuddin. Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali. "Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini," kata Mahfuz. Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkannya jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau. Dipetik Bernama hari ini, Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi. Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau. "Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya. Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. |
| Selangkah kaki Anwar di penjara Posted: 20 Jul 2010 05:53 AM PDT Aku tak tau la orang lain tapi aku berpendapat apa yang bekas duta Amerika ke Malaysia, John R Malott kata dalam Malaysiakini tu ada benarnya. Anwar akan terus dihumban ke penjara? Mungkin John R Malott tu bodoh dan bangang. Sebab tu dia tak dapat apa apa gelaran pun dari Malaysia. Tan Sri ka, Datuk Sri ka. Tapi aku memang dari mula dulu lagi sependapat Anwar akan tetap terhumban kepenjara melalui kes liwat II ni. Bagaimanapun aku seperti kebanyakan warga yang mencintai keadilan ini senantiasa berdoa yang terbaik dari Allah s.w.t. Insyallah... Lawan tetap lawan... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan