Sabtu, 17 Julai 2010

shalehudin

shalehudin


Demokrasi cara Australia

Posted: 17 Jul 2010 06:09 AM PDT

Perhubungan diplomatik Malaysia - Australia ada pasang surutnya, ada panas sejuknya. Panas sejuknya perhubungan kita dengan Australia banyak terguris dik perangai 'tuan' yang dipunyai oleh kaum kulit putih. Mereka selalu memandang rendah kebolehan kita dalam memerintah, sekurang kurangnya begitulah kita diperkenalkan tentang Australia oleh pemimpin terdahulu.

Namun, sesetengah perkara yang baik patut di contohi. Patut di kutip untuk kebaikan kita. Mungkin tak salah kalau aku berpendapat demokrasi Australia jauh lebih subur berbanding Malaysia. Hak hak rakyat di jaga.

Lihat saja bagaimana Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) dengan bangga mengumumkan pilihan raya umum Australia akan diadakan pada 21 Ogos depan. Kalau pada Umno yang tak tau, 21 Ogos tu bulan depan yakni pembangkang dan kerajaan ada sekitar 34 hari lagi untuk persiapan berbanding ngan kita di 1Malaysia ni yang tak tau bila? Silap silap malam ni Najib mimpi baguih ngan Rosmah, esok boleh istihar pilihanraya umum lagi seminggu. Ini lah senjata ampuh Umno - BN melawan pembangkang sejak dulu kala lagi.

Bukan nak agungkan geng geng mayat hidup ni, tapi tak salah kalau yang baik kita contohi. Jangan dok ikut pulak perangai dia yang tak reti tutup aurat tuh - Foto Reuters

Betoi ka Najib tergelak dengaq Muhyiddin kena pulau

Posted: 16 Jul 2010 08:50 PM PDT

Timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin pun orang Umno sendiri tak pandang. Orang Umno sendiri pun tak hormat. Sapa la yang angkat kata hang layak nak ajak Nik Aziz berbincang ni.

Muhyiddin kelmarin melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Takkan Najib dah start jarum dia kot, kalau betoi macam orang Umno sendiri dok kata la tentu Najib tengah dok gelak gulin gulin kenangkan nasib hang. Pelan pelan nak kena tendang la tuuu...

Ooo... "Barang Naik" tak leh sebut... lucah ka?

Posted: 16 Jul 2010 06:30 PM PDT



Gambar hiasan, pekerja Mydin Mall letakkan harga gula baru setelah kerajaan menaikkan harga gula RM 0.25 setiap satu kilo pada mulai hari ini. - Gambar Aswadi Alias


Kerajaan Najib punya takut kecaman hasil kemarahan rakyat setelah pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Piem, Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka. Mungkin tafsiran 'barang naik' dilihat lebih lucah dari cerita artis artis Malaysia berbogel kot.

Ketika taklimat di Pejabat Piem di Putrajaya, petang semalam, pengarang media berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi".

Macam ni lah caranya rakyat Malaysia terutama sekali kaum Melayu telah di bodohkan oleh Umno sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Mampuih la Umno, senjata dia tak jalan dah

Posted: 16 Jul 2010 04:30 PM PDT

Rasuah ancaman utama berbanding perkauman

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.

Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.

Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.

Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.

Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.

Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.

Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.

Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.

Tiada ulasan: