shalehudin |
- Syabas PKR
- Sapa pelindung penjenayah seks
- Petanda buruk bagi BN
- Macam tak percaya Najib flip-flop
- Sapa pun tak mau jenih manusia dua alam
- Tak percaya rasa macam kena percaya
- Eropah kuasai Piala Dunia, Belanda 3 - 2 Uruguay
- Malaysia boleh ka?
- Jahat sungguh Anwar nih
| Posted: 07 Jul 2010 05:05 AM PDT Syabas pada PKR, ini baru sikap sebenar pembangkang. Pambangkang memang kerja dia bangkang apa yang kerajaan buat. Pembangkang kena kreatif cari sebab sanggah apa saja yang kerajaan buat. Kalau takat dok diam nganga tengok saja apa kerajaan buat, baik tak payah jadi pembangkang. Bila kerajaan kata tak boleh, depa kena kata boleh. Bila KDN kata permit tak dak tak boleh terbit akhbar, pembangkang kena lawan dan terbitkan jugak akhbar depa ikut jadual. Kalau dah tak dak akhbar tu, suara kita nak sampai ke rakyat macamana? Aku setuju langkah PKR melalui pengarah strategi depa Tian Chua, Suara Keadilan akan tetap dicetak malam ini untuk edisi minggu depan. Bila pembangkang ada sikap bangkang macam ni lah buatkan pihak kerajaan berhati hati dalam bertindak. Kerajaan kena ada cukup bukti dan kukuhkan alasan sebelum bertindak. Yang akhbar Perkasa kena tindakan KERAS dari KDN dengan menegur tapi Suara Keadilan tak boleh bagi permit pasai tak puas hati mengata kat Felda... undang undang rimba mana depa ikut tah... |
| Sapa pelindung penjenayah seks Posted: 07 Jul 2010 02:00 AM PDT Kalau tak kerana pendedahan dari PSG ni, tak dak sapa la yang akan tau tujuh mangsa Penan telah dirogol dan dicabuli oleh pembalak dan dibiar sepi di Baram, Sarawak tanpa berpeluang tampil menuntut keadilan. Bayangkan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi ini. Mereka telah dijadikan mangsa seks dan lebih menyedihkan aduan mereka telah tidak dilayan seadilnya. Peluang mereka untuk menuntut keadilan bagi diri mereka yang teraniaya telah di nafikan oleh sang penguasa dan pihak Polis. Segala penderitaan itu telah diluahkan mereka melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen. Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak. Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi. Fuhh... inilah yang aku katakan salahguna lesen pembalakan yang diberi oleh kerajaan negeri. Hutan lain pulak yang puak puak ni teroka. Sombong dan bongkak dan langsung tak dak hormat pada orang lain... |
| Posted: 07 Jul 2010 12:30 AM PDT Ini petanda buruk bagi BN, ini petanda tak baik langsung bagi Umno. Bila semua orang tau gunakan hak depa untuk bersuara, BN nanti sakit kepala. Bila banyak orang tau gunakan hak depa untuk berdemo secara aman, Umno akan mai peringkat demam tak kebah. |
| Macam tak percaya Najib flip-flop Posted: 06 Jul 2010 11:00 PM PDT Apa ni, dulu hangpa kata Pak Lah tu Piem flip flop. La ni pun zaman si Najib jadi Piem pun 'flip-flop' jugak. Tapi Najib ni baguih banyak la dari Pak Lah pasai dia 'flip-flop' dalam hal ekonomi saja kot. Betoi ka tak betoi Najib Tun Razak ni Piem flip-flop, kita kena tanya bro Mahfuz Omar ni. Ikut Mahfuz, dia nampak Najib ni berbolak-balik ketika menggambarkan situasi ekonomi negara. Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam dilaporkan mengaku bahawa ekonomi negara kemungkinan menguncup pada suku kedua tahun ini disebabkan beberapa faktor luaran sedangkan, Najib pada 30 Jun lalu menyuarakan rasa optimis bahawa ekonomi negara mampu tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun ini melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). "Sekajap yakin ekonomi kita tumbuh, sekejap kata menguncup, apa sebenarnya yang dia (Najib) nak beritahu kita," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena di lobi Parlimen, semalam. Salahuddin pulak siap ngan bantai Najib lagi pasai tak dak 'homework'. Kira mai tak dan basuh muka la... |
| Sapa pun tak mau jenih manusia dua alam Posted: 06 Jul 2010 08:50 PM PDT Sapa pun tak mau jenih manusia dua alam ni. Semalam Zul Noordin kata dia masih ahli Pas. Siap ngan bodek bodek Pas lagi konon kononnya Pas adalah parti Islam sejati yang jalan perjuangannya tak lari sejak azali penubuhan Pas. Yang tu hang tak payah nak nobatkan la, Pas tak perlu orang dua alam macam hang yang nobatkan Islam atau tidak Pas tuh. Jenih suka tanduk kawan ni memang susah sikit Pas nak terima dah. Sikap suka perburuk kawan bila dah tak suka ni yang Islam larang sangat sangat. Masa berkawan dulu kentut Anwar dalam kelambu hang pun bau wangi. La ni bila dah meluat, apa yang ada kat Anwar semuanya busuk. Islam jenih apa yang hangpa belajaq. Jangan dok buat perangai Nallakarupan la. Dia tu jenih lain, agama lain. Islam ni agama yang suci, kita kena sucikan betoi betoi la dan pegang elok elok agama kita. Aku tau berlambak orang Pas pun yang tak berkenan kat Anwar, tapi depa tak la berperangai hodoh macam hang. Depa terima Anwar sebagai kawan seadanya. Itu yang kita mau. Suka tak suka, nak berkawan kita berkawan tapi kalau dah tak mau berkawan jangan dok hina dan perbusuk teruk teruk sangat. Tapi buah TKO yang Zulkifli Noordin kena pagi ni pulak lagi sempoi, Setiausaha Agong Pas, Mustapha Ali kata Zulkifli Noordin dah hilang kelayakan sebagai ahli Pas sejak tahun 2008 lagi. Kah... kah... Malu la, nak pi letak muka tang mana ni. PKR dah kena terajang, Pas pulak lama dah buang. Pas punya peruntukan perlembagaan tersendiri, hang join parti lain saja secara otomatisnya keahlian hang dalam parti Islam tu lupus dengan sendirinya. Sah, jenih dua alam tetap diharamkan dimana mana alam pun lepaih ni. Yang boleh pun, masuk Umno saja la hang lepaih ni kalau tak pun PPP sebab perangai Umno dan PPP memang dah ada dah pun kat hang tu. |
| Tak percaya rasa macam kena percaya Posted: 06 Jul 2010 07:00 PM PDT Ini masaalahnya bila Piem suka berahsia dan gagal membersihkan namanya dari cemaran jenayah. Persepsi orang ramai serupa saja. Bukan saja Mahfuz tapi sapa pun jugak akan terfikir satu perkara yang sama, Bala dan Raja Petra ada 'kunci peti rahsia' kabinet Najib. Ikut kata Mahfuz, Balasubramaniam berkemungkinannya mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sekiranya tidak, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala. "Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau. "Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau. "Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi. |
| Eropah kuasai Piala Dunia, Belanda 3 - 2 Uruguay Posted: 06 Jul 2010 06:49 PM PDT |
| Posted: 06 Jul 2010 04:30 PM PDT Bayangkan lebuh raya jadi lengang, sunyi gedi ekoran mogok yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak di Mumbai semalam. Pasukan polis India mengarahkan anggota-anggotanya berkawal di bandar-bandar seluruh India semalam ekoran mogok besar-besaran kerana kenaikan harga minyak sekali gus menjejaskan perkhidmatan kapal terbang dan kereta api selain menyebabkan banyak sekolah serta premis perniagaan ditutup. Mogok itu dianjurkan oleh parti pembangkang utama, Parti Bharatiya Janata (BJP) dan parti-parti berhaluan kiri bagi menunjukkan penentangan terhadap program pembaharuan yang dilaksanakan pemerintah. Pada bulan lalu, pihak pemerintah menamatkan subsidi petrol dan mengumumkan kenaikan harga bahan api lain sebagai satu langkah utama demi mengurangkan defisit fiskal yang serius. Mogok itu dilihat tertumpu di Mumbai dengan seramai 40,000 anggota polis ditempatkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih besar. Penerbangan ke Mumbai terjejas teruk dengan syarikat penerbangan domestik membatalkan 25 pelepasan dan 39 ketibaan penerbangan. Teksi di bandar itu turut tidak beroperasi. - AFP |
| Posted: 06 Jul 2010 08:57 AM PDT Puak puak BN ni kira nak main bagi mudah saja. Penyokong-penyokong Najib ni malaih nak pikiaq jauh dan tak tau nak buat kerja lain dah. Maklum la, perut kenyang senang hati, berat tulang. Apa jugak kesalahan dan kelemahan mereka yang mereka sendiri tak tau nak buat macamana terus dihempap atas kepala Anwar. Semua kegagalan mereka lebih senang dilemparkan atas bahu Anwar. Jahat sungguh la Anwar ni, tak dak dah orang Malaysia yang paling jahat macam dia. Terbaru bekas teman baik Anwar Ibrahim, S. Nallakarupan hari ini mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu merupakan dalang yang menyembunyikan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di London. "Saya pasti Anwarlah, mastermind yang merancang kehilangan RPK di London. "Bayangkan mana dia (RPK) dapat duit yang banyak untuk duduk di sana. Saya tahu Zaid Ibrahim bantu RPK bagi pihak Anwar," katanya ketika dihubungi mStar Online Selasa. Aku rasa ada banyak lagi kesalahan dan kejahatan yang Anwar dah buat. Tunggu la, lagi banyak yang akan terbongkar... kah... kah... kah... |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan