Selasa, 6 Julai 2010

shalehudin

shalehudin


Pelakon lucah tertinggai bas

Posted: 06 Jul 2010 06:54 AM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long terharu dan jadi kesian jugak la bila terbaca kisah pilu mamat ni. Tak kesian main mana bila tengok Chua Soi Lek ni merengek sakan pasai tertinggai bas. Dah sah Umno jadi pemandu bas yang tak berhemah. Suka tinggai penumpang kena balik jalan kaki.
Apa apa pun Pak Long nak ucap terima kasih jugak la kat Soi Lek ni. Bukan apa, Mak Long hang tu dia tak percaya judi bola ni Umno punya kerja. Jadi la ni dah sah la, rupa rupanya ni semua memang kerja busuk Umno, meluluskan dan mengharamkan judi sukan hanya dibuat dalam mesyuarat MT Umno saja.

Mana dia jemaah menteri, mana dia mesyuarat kabinet.

Hihi... depa hanya dok nganga tunggu Umno suap. Apa yang Umno suap, yang tu depa telan. Lepaih ni tak payah nak tunggu semua jemaah menteri ada baru buat keputusan. Najib meeting ngan Rosmah, campur Hishamuddin ngan Shafie Afdal, tanya la sikit sebanyak kat Nazri Aziz, dah cukup untuk buat keputusan kabinet.

Buat malu kat Mak Long hang saja la. Pak Long nak beli ayam berapa ekoq pun tanya habih kat Mak Long hang berapa orang nak makan hari ni, anak anak semua nak balik makan dirumah ka. Baru ada musyawarah, baru ada berkat rumahtangga.

Tapi Pak Long gerenti punya la, lesen judi tak akan jadi ditarik balik punya kalau kes ni bawak pi kabinet. Jenuh jugak la, MCA tepuk meja, Umno tepuk dahi. MIC ngan PPP tepuk tampaq...

Wassalam...

Pecah lagi tembelang Umno

Posted: 06 Jul 2010 04:00 AM PDT

Vincent Tan tolong Umno dengan menepuk dahi sendiri...

Tahniah pada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebabkan kebimbangannya telah meletakkan Umno dalam keadaan terkantoi.

Soi Lek merengek macam budak budak bila marahkan Najib pasai buat keputusan membatalkan lesen judi pada Vincent Tan tanpa merujuk kabinet, hanya gunakan Majlis Tertinggi Umno untuk buat keputusan. Ini jugak merupakan satu "precedent" yang bahaya.

Sewajarnya, keputusan keputusan penting macam ni ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

Rupa rupanya benarlah bagai yang dicanangkan oleh ramai orang, Umno yang bertanggungjawab meluluskan dan jugak mengharamkan lesen judi sukan pada Berjaya Group. Majlis Tertinggi Umno cukup berkuasa sekali dalam kerjaan BN sehinggakan boleh dengan sewenang wenangnya membelakangkan peranan rakan lain dalam komponen rapuh tuh.

Patut pun pakat masam muka habih

Posted: 06 Jul 2010 02:00 AM PDT

Patut la kita semua bermasam muka sebab gula habis dijual ke Singapura. Patut la muka kita semua macam cuka sebab gula buat ekspot sampai terlupa simpan sikit untuk maniskan muka kita.

********************************

Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Raja Petra pun hangpa tak boleh makan ka?

Posted: 05 Jul 2010 08:50 PM PDT

Sengeh sampai lenguh pasai boleh pekena pihak berkuasa Malaysia... RPK dan Bala siap enjoy ABC lagi dengan Zaid di kota London...

Depa kata Raja Petra pembohong besar, tapi tak dak sapa sorang pun yang tampil kedepan menepis pembohongan Raja Petra tu dengan hujah yang lebih munasabah.

Depa kata Polis Malaysia cekap tangkap orang jahat, tapi Raja Petra yang bersalah besaq tu pun dah setahun lebih dah bebas berlari di kota London.

Depa kata PDRM dah dapat kerjasama dari Interpol, tapi sampai la ni Raja Petra dengar katanya masih bebas makan ABC dimana mana yang dia suka.

Depa tuduh ada pembiaya kaya dibelakang Raja Petra, tapi sampai la ni pun depa terkebil kebil nampak macam Mat Jenin yang memetik bunga dari awang awangan.

Umno memang jenih suka tembak posmen

Posted: 05 Jul 2010 07:00 PM PDT

Menembak mati si pembawa berita

Hishamuddin Rais
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur.

Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin.

Susuk ini seorang birokrat. Justeru, apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan 'huh hah huh hah' dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisis untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini.

Pandangan Idris Jalan ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai di antara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud.

Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atau tidak. Banyak warga terlupa kenyataan Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu.

Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia.

Saya telah menulis banyak tentang 'Puncak Minyak' dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak.

Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari.

Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap?

Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait. Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambung-kait -- fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan rasmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi.

Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini -- menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita.

Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu di mana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat.

Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis pada zaman 'depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Sejak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank.

Sesudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dolar.

Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan hedge fund jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

"Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri."

Metafora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat dan baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini.

Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan. Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor.

Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguhkan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama melimpah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat -dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini.

Di Eropah, negara pertama yang jadikan 'tikus percubaan' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga.

Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi 'overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran peubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan.

Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Greece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai.

Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kisah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. 'Menteri Telur dan Gula' - Datuk Seri Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan ditarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara.

Suara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat' ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah agenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara.

Mengikut sifir IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sihat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran.

Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau 'free trade'.

Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada di atas mejanya.

Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bon yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta memperdayakan orang ramai.

Sapa pulak nak berbuih mulut

Posted: 05 Jul 2010 05:00 PM PDT

Aku amat berharap Shafie Afdal berani menyahut cabaran debat oleh Salahuddin.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah mencabar Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

Tuduhan Shafie ini berat, isu sesat ni bukan boleh dibuat main main. Aku pun setuju kalau dah terbukti Pas tu sesat, tobat lahum aku nak sokong. Sebab sepengetahuan aku, Umno yang sebenarnya sesat. Umno yang telah kehilangan arah baik dalam isu pembelaan umat Melayu apa tah lagi tentang perjuangan menegakkan syiar Islam tu sendiri.

Jadi aku juga ingin mengambil kesempatan disini menyeru sdr Shafie Afdal setuju untuk berdebat dengan pihak Pas dan buktikan seperti apa yang telah beliau dakwa. Kita tengok, giliran sapa pulak yang akan berbuih mulut mulut.

Terbongkar, sapa dibelakang Raja Petra?

Posted: 05 Jul 2010 08:10 AM PDT

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Maap cakap la, kalau harap kat Mak Long hang ka, sampai ke sudah dia tak kelapaq nak layan budak Hishamuddin tu. Pak Long ni kira okey la jugak, bukannya apa nak tolong si Hishammuddin tu cari sapa sebenaqnya di belakang Raja Petra tu.

Pak Long ni tak boleh tengok saja, Pak Long ni jenih mudah kesian. Cuba hangpa tengok, sampai berselerak tarak habih puak puak PDRM punya dok picit dahi pikiaq macamana nak tangkap Raja Petra tu. Cuba hangpa perati sekelompok manusia dalam KDN tu pulak, sampai tak tidoq siang malam punya nak cari jugak jugak sapa yang dok sara Raja Petra di London tu. Jadi kalau la Pak Long tak tolong depa cari sapa dibelakang Raja Petra tu, sapa lagi yang nak tolong?

Nak harapkan Khairy Jamaluddin? Dia perli PDRM ada la.

Nak harapkan Zaid Ibrahim? Dia kutuk KDN lagi ada la.

Disinilah perlunya orang orang seperti Pak Long tampil kehadapan bongkarkan pada umum sapa sebenaqnya di belakang Raja Petra.

Nah, diatas sana Pak Long dah sertakan sekali bukti bergambar apa yang Pak Long dedahkan ni. Sah dan sahih, memang Zaid Ibrahim dibelakang Raja Petra tu dan PI Bala pulak dibelakang Zaid Ibrahim. Apa? Tak percaya? Tak percaya tengok la gambaq tu, kalau tak percaya jugak, tanya Mak Long hang.

Wassalam...

Yeaah... kita dah tau pasai apa depa masuk Umno

Posted: 05 Jul 2010 05:39 AM PDT

Amboii... orang tanya pasai apa gatai sangat nak berpolitik dalam Umno?

Ulama ulama muda ni bukan main kata ruang untuk berdakwah lebih luas dengan Umno la. Ruang nak berdakwah pada berjuta juta ahli Umno lebih senang la. Nah haaaa... pecah lagi tembelang hangpa. Lepas satu, satu lagi lubang hangpa pecah.

Dalam laporan Malaysian Insider bertajuk Ulama muda Umno dibenar cabar Majlis Agama Negeri Sembilan telah menyatakan, Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu menggunakan Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Alaudin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk James Foong.

So, aku tak mau komen apa apa dah. Jelas terpampang diruang mata. Umno gunakan tekanan untuk rentap kaki mamat mamat Ulama ni kedalam Umno dan Ulama ulama ini majoritinya jelas terperangkap atas alasan susah nak berdakwah kalau tak masuk Umno....

Kah... kah... kah... Ulama muda dah sah kena tipu...

Zaid sambut 12 bulan Raja Petra sebagai pelarian di kota London

Posted: 05 Jul 2010 04:52 AM PDT

Tulisan terbaru sdr Zaid Ibrahim dalam blognya mengesahkan lagi bahawa memang Zaid ada bertemu dengan Raja Petra di kota London.

Malah dalam tulisan terbarunya, Penyelaras Pakatan Rakyat itu turut mengesahkan bahawa beliau akan bertemu juga dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam untuk makan dan minum bersamanya selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan berjumpa mereka.

Zaid turut menyokong kenyataan Khairy yang mempersoalkan usaha Polis memburu Raja Petra. Setelah lebih dari 12 bulan dalam buruan polis tapi ia masih bebas di khalayak ramai, di London dan Manchester. Sekiranya Zaid malah ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, mustahil polis tak tahu.

Menariknya, penyiasat persendirian yang mencuri tumpuan umum di Malaysia jugak sedang menanti SPRM di London. Bagaimanapun, setelah terbatalnya kunjungan SPRM berjumpa Bala, maka minggu depan, Bala akan ke Paris pula untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis.

Menurut Zaid lagi, polis sebenarnya, tahu di mana Raja Petra dan Balsubramaniam berada dan katanya, polis juga telah bertemu dengan penyiasat persendirian itu di Bangkok.

"PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA."

"Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. 

"Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya.

Tiada ulasan: