shalehudin |
- Samseng belaan MIC dah mula bertindak, takut Samy Vellu kekurangan GAS
- Dah agak dah, last last semua bebas
- Hormat orang bukan boleh dipaksa
- Rupa Umno tahun 2020
| Samseng belaan MIC dah mula bertindak, takut Samy Vellu kekurangan GAS Posted: 04 Jul 2010 02:42 AM PDT ![]() Kelihatan berlakunya 'perang mulut' antara penyokong Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) dengan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu di Dewan Dato Hamzah, Klang hari ini. – Gambar Choo Choy Penyokong Samy Vellu serbu perhimpunan GAS di Klang Oleh Clara Chooi KLANG, 4 Julai — Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumulan 30 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu. Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan. Ini program GAS yang kedua selepas yang pertama awal bulan lepas diadakan di Mines Resort City Seri Kembangan bagi mengecam kepimpinan Samy Vellu. Pagi ini Samy Vellu merasmikan perhimpunan tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di ibu negara. Perhimpunan itu berlangsung sehingga petang ini. Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan 'perang mulut', sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka. Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai "Taman Maznah" Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah. Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC. "Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini," jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas. Pergelutann dan pertikaman lidah turut terceuts di dalam Dewan Dato Hamzah. Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong GAS yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dipecat V. Mugilan, K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu. Pada satu ketika, Samy bersama Kumar Aamaan memegang buku berjudul The Life of Mahatma Ghandi dengan melaungkan "Ahimsa" membawa maksud pendekatan kepimpinan yang aman bagi menghalang kumpulan itu daripada terus mencetuskan kekecohan. Suasana menjadi semakin tegang apabila dewan mula dibanjiri dengan lebih ramai penyokong GAS, ketika itu dianggarkan kira-kira 1,000 orang. Kira-kira pukul 2.15 petang sekumpulan anggota polis memasuki dewan selepas dimaklumkan ada percubaan untuk mengganggu perjalanan program GAS. "Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah pertemuan aman tetapi ini adalah pendekatan Samy Vellu... dia menghantar kumpulan samseng dia (ke sini)," kata Samy, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC. Mugilan merupakan bekas timbalan ketua Pemuda MIC. Polis bercakap dengan kumpulan penyokong Samy Vellu beberapa minit sebelum memaklumkan penganjur GAS bahawa mereka boleh meneruskan program mereka. Bagaimanapun kumpulan itu dibolehkan berada di dewan sementara mereka enggan keluar dari premis itu. Chandran, salah seorang yang paling lantang bersuara dalam kumpulan itu kemudian menjerit ke arah Samy dengan mendakwa dia tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat India. "Jika anda telah menang pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen adakah anda masih berada di sini sekarang? Anda tidak memberi lima sen pun kepada komuniti (India)," katanya. Dengan tidak mempedulikan kata-kata Chandran itu, Samy kemudian memanggil wartawan agar naik ke pentas untuk sidang akhbar. "Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah perhimpunan aman tetapi ini adalah cara Samy Vellu... beliau menghantar samseng-samsengnya," kata Samy lagi. Katanya, mereka bersedia untuk mengakhiri perhimpunan jika kumpulan itu masih berhasrat untuk mencetuskan kekecohan. "Kami warganegara yang patuh kepada undang-undang, kami tidak mahu keganasan. Kami akan mendengar nasihat polis," katanya lagi. Samy juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil berat tentang kepimpinan ala samseng Samy Vellu, yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional. "Kami, pada satu sebelah, hanya mahukan keamanan. Kami mahu menyerahkan memorandum kami kepada Perdana Menteri dan mahu mendesak Samy Vellu bersara awal," kata beliau. Beliau juga mencabar Samy Vellu agar mengisytiharkan universiti Aimst dan MIED adalah milik komuniti India, bukannya 'dirampas' pemimpin veteran itu. Oleh kerana kumpulan penyokong Samy Vellu itu terus mencetuskan kekecohan, sebahagian mereka telah dibawa keluar dari dewan. Tiga pemimpin kumpulan itu kekal berada dalam dewan dengan dikelilingi beberapa penyokong mereka. Program itu berterusan dengan beberapa jemputan khas memberikan ucapan tetapi terus diganggu oleh kumpulan tersebut. Kira-kira pukul 3.10 petang perhimpunan diisytiharkan tamat. Turut hadir seorang pemimpin yang dipecat iaitu Bharat Maniam, yang merupakan bekas Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan. Ketika ditemui The Malaysian Insider, Mugilan berkata, program GAS II berjaya dengan jumlah kehadiran yang ramai. "Kami akan terus berlawan. Kami akan datang dengan lebih banyak idea dan akan memastikan Samy Vellu letak jawatan sebagai presiden dalam waktu terdekat," katanya. |
| Dah agak dah, last last semua bebas Posted: 04 Jul 2010 12:35 AM PDT Sapa yang melalsukan tuntutan sebenarnya ni.... Perdana V6: Pemilik bengkel bebas tuduhan tuntutan palsu Jul 4, 10 3:07pm Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pemilik bengkel yang dituduh memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri tiga tahun lalu. Hakim M.Bakri Abd Majid berkata Tor Kok Siong, 54, dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya tanpa perlu dipanggil membela diri. Ketika membuat keputusan itu, M.Bakri berkata mahkamah menerima bantahan peguambela tertuduh, Karpal Singh yang meminta mahkamah tidak menggunakan satu dokumen penting berkaitan kes itu yang didakwa Karpal dibekalkan kepadanya semasa kes berkenaan telah berjalan. Menurut Karpal, dokumen yang bersabit dengan sesuatu kes perlu diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum sesuatu kes berjalan, bukannya semasa kes itu berlangsung. Hakim berkenaan berkata beliau bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa salinan dokumen yang menjadi sebahagian kes pendakwaan perlu dibekalkan sebelum perbicaraan bermula. M.Bakri juga berkata pihak pendakwaan juga didapati gagal membuktikan secara konklusif pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh. Tor, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di Kuala Terengganu menghadapi empat pertuduhan membuat tuntutan palsu yang kesemuanya bernilai RM72,230.73. Mengikut fakta kes, Tor dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'PC Auto Transmission V6' berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007. Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No.78528 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A.Rahim Jusoh pada Jun 2008. Bagi pertuduhan ketiga, Tor dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai yang sama pada November 2006. Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' berjumlah RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK (Am/Kewangan), Zulkifly Isa pada November 2006. Tertuduh didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi. Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah. April lalu, seorang lagi pemilik bengkel kereta dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri Terengganu itu. Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Abd Karim membuat keputusan tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut. Pemilik bengkel di Chendering itu didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor pendaftaran TAK 415. Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir Negeri, Hashim Abdul Rahman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Ogos 2007. Tor ketika ditemui pemberita berkata beliau gembira dilepaskan daripada pertuduhan itu apatah lagi mahkamah sendiri membuktikan beliau tidak bersalah. - Bernama |
| Hormat orang bukan boleh dipaksa Posted: 03 Jul 2010 08:50 PM PDT Hormat orang bukan boleh dipaksa dan tak payah diminta minta. Jalan saja kerja dengan beramanah dan jujur, ikhlas nak cari makan untuk anak bini, semua tu akan mai dengan sendiri. Kalau selagi bertindak macam di cucuk hidung, jenuh la hangpa dok meminta minta macam ni... jangan dok buat tak paham pulak. Hisham: Kenanglah jasa polis... Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan masyarakat dan generasi muda terutama pemimpin parti politik yang sering menuding jari dan mengkritik pihak berkuasa terutamanya polis, supaya mengenang kembali jasa-jasa pejuang tanahair yang banyak berkorban untuk negara. Katanya, keamanan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek sebaliknya hasil pengorbanan pejuang negara yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi mendapatkan kemerdekaan. |
| Posted: 03 Jul 2010 05:59 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan