shalehudin |
- Baru depa rasa
- Apa kerja ulama dalam Umno
- Penyokong tegar ISA
- Vincent Tan bercakap benar, tentu ada yang pembohong
| Posted: 03 Jul 2010 05:01 AM PDT Kalau dulu kita dengar rungutan sebegini dari pihak Pakatan Rakyat tapi kini di sebelah BN pun dah bunyi yang hampir serupa malah lebih teruk lagi adanya. Orang dah biasa dengan senang tetiba jatuh susah sikit dah tentu jadi macam orang gila meroyan. Rungutan ni yang diluahkan oleh Raja Nong Chik sebenarnya mewakili keseluruhan jantung dan limpa bangsa Umno. Mai kita pakat pakat selami rintih sengsara bangsa Umno ni. "Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. "Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka. "Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia |
| Posted: 03 Jul 2010 12:00 AM PDT Bagus dan tahniah pada 40 ulama baru Umno. Aku terbaca kupasan dibawah, terus saja copy paste. Ini sebenarnya kerja kerja ulama dalam Umno, spin apa saja isu demi kepentingan boss mereka. Banyak lagi yang terselindung, ada jugak yang sedikit terbongkar tapi hanya Tuhan yang maha mengetahui. Sesiapa yang percaya adanya Tuhan, depa tentu akan takut berbuat salah. Terpulang lah pada semua yang mengaku beriman dan beragama tuh. **************************************** 40 Ulama: Dakwat belum kering sudah menipu? Angkasanuri Sudah beberapa kali saya mengulas isu 40 'ulama' muda yang didakwa menyertai Umno. Belum apa-apa lagi sudah banyak kontroversi yang wujud. Dari segi bilangan 40 yang didakwa datang pun sudah tak betul. Ada yang kata 40 dan ada yang kata tak sampai 40. Ada yang yang kata dijemput dan ada pula yang kata mereka tak ada dalam senarai untuk jadi 'ulama Umno'. Jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman dan Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid kini saling nafi menafi serta saling tuduh menuduh di antara satu sama lain tentang cerita '40 ulama masuk Umno'. Saya tak pasti siapa yang betul, tetapi yang saya cukup pasti di antara keduanya ada yang jadi ulama penipu! Sehingga hari ini Mohd Hosni yang juga pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor tampil di pentas terbuka menafikan bahawa beliau mengisi borang Umno. Katanya 'saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?". "Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah. "Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu. Manakala Fadlan pula melalui media terus menafikan bahawa empat orang yang mempertahankan dijemput ke majlis berkenaan termasuk dalam senarai masuk Umno. Pening juga dibuatnya, mungkin inilah hasil tarbiyyah pertama bila menjadi ahli Umno. Kalau ya pun tunggulah dakwat dalam borang Umno tu kering dulu. |
| Posted: 02 Jul 2010 08:17 PM PDT ![]() Presiden Perkasa ini jugak membuktikan dia bukan sama dengan penyokong tegar ISA yang lain yang hanya sokong ISA digunakan untuk orang lain saja malah Ibrahim Ali juga sanggup ISA juga digunakan terhadapnya. Inipun wayang saja, KDN kacau Perkasa dan Perkasa dapat nama. Perkasa akan lebih popular dikalangan Melayu khasnya kerana dilihat berani melawan arus. Wayang ni dibuat supaya Pakatan Rakyat tak dapat dah nak main peranan bodoh macam tu. Satu soklan cepumas nih, kalau la Berahim Perkasa bertambah perkasa, sapa yang dapat faedahnya? |
| Vincent Tan bercakap benar, tentu ada yang pembohong Posted: 02 Jul 2010 06:11 PM PDT Hero Umno baru... Vincent Tan, dalam pertemuannya dengan penganalisa pernigaan judi 29 Jun lalu menunjukkan surat kelulusan asal bertarikh 13 Januari tetapi Najib tidak pernah berani menyatakannya secara terbuka kerana takut tekanan politik. Enam bulan kemudian, kerana desakan bertubi-tubi, barulah kelulusan itu ditarik balik, beritahu Husam dalam blognya hari ini. "Ternyata Vincent Tan tak peduli apa UMNO nak kata. Dia dedahkan keadaan sebenar. Ini baru betul-betul raja judi. UMNO terkebil-kebil dengan tindakan berani Vincent Tan. Tak ada siapa berani tegur. Lepas laku taukeh besar kita ini," tulis Husam. "Maknanya, Vincent Tan bercakap benar dan beliau mahu buktikan beliau bercakap benar. Ada orang lain bercakap tidak benar," tulis Husam lagi. "Vincent Tan nampaknya bukan sahaja kaya, tetapi pemimpin UMNO, tak ada yang dia segan atau takut...." tulis Husam lagi. Mana dia Pemuda Umno, takkan hangpa tak jaga ni, takkan nak tengok saja. Maruah Najib telah dicalar oleh tokey judi 1Malaysia nih. Mana dia ahli ahli karat Umno, takkan hangpa tengok saja, kena tegoq sikit tokey judi yang kian besaq kepala nih. Mana dia Perkasa, Melayu telah dihina disini oleh tokey judi, hangpa la dok buat apa? |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan