Selasa, 20 Julai 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Noh Omar Tiada Fakta

Posted: 19 Jul 2010 04:32 PM PDT

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.

 Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh tersebut salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir. 

 "Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat. 

"Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaam biasa.

"KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab dan mengamalkan pentadbiran baik. Selain daripada mengumumkan harga dimedia, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," kata Abdul Shukor.

Beliau berkata semua tuduhan dan dakwaan dibangkitkan pelbagai individu dan kumpulan akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas  Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kelak.

"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan.

"Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.  Malah, sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan kami telah memberi kerjasama penuh," jelas beliau lagi.

 Abdul Shukor menjelaskan KSSB bimbang serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu.

 "Kami menegaskan bahawa syarikat ini menguntungkan dan telah melaksanakan polisi serta garis panduan telus untuk menyekat amalan rasuah. KSSB merupakan syarikat kerajaan yang profesional serta tidak menerima sebarang amalan seleweng atau salah laku dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati melanggar polisi KSSB," tambah beliau.

Ketua Katak Saman Suara Keadilan

Posted: 19 Jul 2010 12:08 PM PDT

Suara Keadilan menerima writ saman daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung penyiaran berita dalam akhbar tersebut berkenaan ucapan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution  dalam Dewan Rakyat yang didakwa mengaitkan Ibrahim dengan syarikat judi kepunyaan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan.

Dalam surat penyataan tuntutan yang dilampirkan bersama writ saman yang bertarikh 3 Jun itu, Ibrahim berkata Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN telah "secara palsu dan berniat jahat menyebarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap plaintif".

"Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan pembabitan di dalam syarikat perniagaan yang asda kaitannya dengan Vincent Tan, seorang tauke judi.

"Seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang agama, pejuang Melayu tulen, bukanlah aneh namanya kalau mempunyai kepentingan perniagaan dengan tauke judi terkenal di negara kita. jadi barabgkali kerana saya dedahkan satu hakikat seperti itulah maka emosi beliau itu keterlaluan dan cuba untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. 

"Dan seperti mansa sasya diminta memberikan penjelasan oleh Speaker, itulah yasng sebutkan semalam. Hkikatnya saya mendedahkan wajah seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan dengan tauke judi,"  kata Ibrahim memetik kenyataan Saifuddin pada perbahasan rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010 di Dewan Rakyat pada 23 April lalu.

Kenyataan Saifuddin itu kemudiannya dimuatkan dalam artikel bertajuk "Perkasa Pejuang Melayu: Baik Dengan Tauke Judi" dalam keluaran 229 bertarikh 27 April hingga 4 Mei 2010. 

Writ saman daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur yang difailkan melalui peguambela, Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co dan dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib serahkan di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya Jumaat lalu.

Surat daripada firma guaman tersebut menyatakan Dzulkarnain mempunyai tempoh 12 hari daripada penyampaian writ untuk memberi respon kepada tindakan saman yang diambil oleh Ibrahim.

Dzulkarnain berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Hak Ibrahim untuk menyaman Suara Keadilan tapi apa yang kami laporkan adalah kenyataan yang dibuat di dalam parlimen yang sepatutnya beliau maklum dilindungi oleh imuniti ahli parlimen.

"Tapi jika dia nak saman juga terpulanglah dan kita akan menghadapinya," kata beliau.

Didakwa Lacur Pelajar

Posted: 19 Jul 2010 11:59 AM PDT


Normaslinda (kiri) dan Roslina dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh semalam.


Selepas dua minggu terbongkar kisah pelacuran membabitkan pelajar sekolah di negeri Melaka dua wanita akhirnya dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan melacurkan dua pelajar.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Siti Normaslinda Mohamad Masrol, 22, dan Roslina Md. Snor, 23, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pertama selepas Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar membacakan fakta kes. 

Dalam pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bagi maksud eksploitasi pelajar itu di Hotel Everyday, 312 A.B.C di Jalan Tun Ali pada Mei lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan: