Senyum Tangis Sendu |
- Gempa Bumi Kuat Landa Papua New Guinea
- UMNO Sesat, Sudah Ada Yang Anggap Najib Rasul
- Apabila BN Kata Mereka Kerajaan Terbaik Dunia
- Kemaruk Sotong Bukan Setakat Piala Dunia Tapi Pilihanraya
| Gempa Bumi Kuat Landa Papua New Guinea Posted: 18 Jul 2010 08:05 AM PDT Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada skala richter melanda wilayah New Britain, di Papua New Guinea pada pukul 9.04 malam hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu terletak di latitud 6.1 selatan dan longitud 150.6 timur iaitu 533km dari timur laut Port Moresby, Papua New Guinea dan 3,786km dari tenggara Kunak, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. |
| UMNO Sesat, Sudah Ada Yang Anggap Najib Rasul Posted: 18 Jul 2010 03:25 AM PDT Sekarang sudah ada yang terlalu taksub sehinggakan menganggap Perdana Menteri Malaysia adalah sebagai rasul. Keadaan sudah semakin tenat terutamanya ketika rakyat yang masih lagi dibuai mimpi tidak nampak kerakusan UMNO/BN sudah mengkhanati rakyat dan ada pula yang menganggap Najib sebagai Rasul. Sebelum ini dalam Malaysia kita sering terdengar dengan ajaran sesat yang mengaku dirinya rasul dan adakah selepas ini UMNO juga akan dilabelkan sesat yang dipimpin oleh Najib sebagai pengasas utamannya. Mereka yang terlalu taksub dengan Najib sehinggakan menjadikan Najib sebagai rasul. Apakah beliau buta (merujuk dari komen di bawah) bahawa ciri-ciri seorang Islam adalah menutup aurat, pemimpin yang amanah dan sebagainya. Adakah dia tahu bahawa isteri Najib itu tidak menutup aurat? Hanya golongan sahaja yang tidak wajib menutup aurat iaitu; 1. Kanak-kanak yang belum mumayiz (baligh) 2. Gila 3. Bukan beragama Islam Bahagian manakah yang patut isteri pemimpin UMNO pilih dalam menangkis hujah berkaitan menutup aurat? Adakah mahu memilih hujah yang pertama? Takkan mereka mahu mereka mahu memilih yang ketiga kerana nama mereka ada "binti". Paling layak diberikan kepada mereka adalah yang kedua. Bagaimanakah beliau boleh menganggap Najib itu sebagai rasul. Najib pun mungkin kemalu-maluan dengan komen yang dberikan oleh seorang penyokong UMNO ini atau sebaliknya. Kita semua berdoa agar mereka ini tidak sesat bersama UMNO. Sebelum ini Shafie Afdal juga mengatakan PAS adalah sebuah parti ajaran sesat. Namun kenyataannya itu memakan diri apabila UMNO cuba mengajak PAS bersatu. Kalau sebuah parti itu sesat, kenapa UMNO mahu bersatu. Tidakkah bodoh kenyataan seorang menteri itu. Sekarang ini siapa yang sesat dalam menerima ajaran? Renunglah wahai menteri yang otaknya dilutut. Sila klik link di bawah untuk mengetahui bukti seorang yang terlalu taksub dengan UMNO. Klik pada tarikh untuk membaca komen beliau. Assalam 1Malaysia, kenapa smua org selalu salahkan UMNO & PM malaysia.salahkan diri sendiri.Kalau PM kita betul2 salah & terlibat dlm pembunuhan tentu mahkamah & polis telah menagkap beliau...tetapi dengan kuasa Allah ini semua xterjadi kerna Allah tahu siapa yg betul & Anwar yg meliwat dijatuhkan hukuman.sedarlah wahai semua,PR ada agenda hendak megadaikan melayu di tangan org2 kafir.PAS hanya memperkolotkan minda org2 di malaysia.hanya UMNO yg dapat membela bangsa melayu & agama islam yg suci.D.S.najib adalah sebaik-baik manusia seumpama rasul yg patut kita sanjungi & muliakan.kerana beliau telah menyatukan kita semua bangsa dlm 1Malaysia.D.S.najib adalah pemimpin islam yg patut kita & TG Nik Aziz patut contohi.. terima kasih assalam 1malaysia. |
| Apabila BN Kata Mereka Kerajaan Terbaik Dunia Posted: 17 Jul 2010 08:41 PM PDT Kebodohan pemimpin UMNO dalam menjawab isu kenaikan minyak, gas dan gula semakin hari semakin jahil. Mereka seperti sudah becelaru dalam menidakkan hak rakyat. Terkini Ketua Penerangan UMNO berkata kenaikan adalah supaya rakyat berjimat cermat dan gula dapat mengurangkan kesihatan. Betapa bodoh, jahil dan bangang kenyataan seorang pemimpin UMNO. Kalau alasan minyak, rakyat perlu mengisi minyak dengan sebaiknya agar minyak negara tidak habis. Jika untuk gula pula, perlu berjimat untuk mendapat gaya hidup sihat. Bodoh dan dangkal dalam membuat kenyataan. Pemimpin UMNO sudah menganggap bahawa mereka ini adalah Tuhan yng memberikan kebaikan kepada rakyat sehingga mengatakan kerajaan BN adalah terbaik dalam dunia. Kita tanya mereka dari celah manakah yang baik. Bahagian tengah, depan atau belakang? Sebenarnya tindakan kerajaan menaikkan minyak dan barangan lain lain adalah kerana kewangan negara sudah habis diguna dan dijangkakan negara akan muflis pada 2015 dan bukannya 2019 seperti yang diumumkan oleh Idris Jala. Ini kenyataan dari pemimpin UMNO yang otak lebih teruk dari seekor lembu. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara kerajaan terbaik dalam dunia dari segi memberi kebajikan rakyat dalam bentuk pemberian subsidi. Jelasnya pemberian banyak subsidi itu sebenarnya tidak disedari sehinggalah apabila pengurangan dilaksanakan barulah ramai melihat betapa kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik dari segi memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira golongan kaya atau miskin. "Ada yang tidak tahu pun gula dan gas memasak diberi subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Ini belum lagi pelbagai barangan yang diberikan subsidi. "Tak banyak kerajaan di dunia ini sebaik kerajaan BN. Malah apabila kerajaan hendak melaksanakan penstrukturan subsidi pun ia dilakukan dalam keadaan seminimum mungkin agar tidak membebankan rakyat", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Kata beliau lagi apabila terdapat sedikit kenaikan harga barulah ramai yang perasan bahawa selama ini mereka telah menikmati rahmat kerajaan BN yang mana sebahagian nikmat itu ditarik untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam yang mengumumkan pemotongan subsidi bagi gula dan bahan api sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat untuk mengurangkan perbelanjaannya dan diperuntukkan untuk sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ahmad Maslan seterusnya berkata orang ramai perlu melihat isu pemotongan subsidi untuk gula dan petrol dari sudut positif. "Jimat penggunaan gula kerana kalau terlebih gula menjadi racun kepada kesihatan. Sudah tiba masanya rakyat belajar menguruskan perbelanjaan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata", ujarnya. |
| Kemaruk Sotong Bukan Setakat Piala Dunia Tapi Pilihanraya Posted: 17 Jul 2010 04:39 PM PDT ![]() KEPUTUSAN hasil tilikan Paul (gambar tengah) sama ada Putin (kiri) atau Medvedev (kanan) dipilih menjadi ketua negara Rusia terpaksa dirahsiakan pihak berkuasa sehingga tamat Pilihan Raya Presiden pada 2012. Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravda semalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini. Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012. Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev. Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu. Sumber:Agensi |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan