Senyum Tangis Sendu |
- Dokumen Sulit Dedah Nuklear AS-Israel
- KD Tunku Abdul Rahman (KD Altantuya) Sakit Lagi
- Ahli Parlimen Sibuti Dikejarkan ke Hospital Selepas Mkan Durian dan Daging Kambing
| Dokumen Sulit Dedah Nuklear AS-Israel Posted: 07 Jul 2010 03:02 PM PDT ![]() OBAMA dan Netanyahu berjalan di White House, Washington kelmarin. Satu dokumen sulit yang didedahkan oleh media Yahudi mengesahkan bahawa Israel dan Amerika Syarikat (AS) memeterai kerjasama nuklear, lapor akhbar Haaretz semalam. Menurut stesen Radio Tentera Israel, AS dilaporkan menghantar satu dokumen kepada rejim Zionis berhubung kerjasama nuklear melibatkan kedua-dua buah negara selain berjanji menjual bahan-bahan yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik dan bekalan lain. Komitmen kerjasama nuklear itu dinyatakan oleh AS walaupun terdapat kenyataan bahawa Israel tidak menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) seperti kebanyakan negara kuasa nuklear lain. Negara-negara lain enggan bekerjasama dengan Israel berhubung isu nuklear kerana ia tidak menandatangani NPT manakala masyarakat antarabangsa meminta rejim Zionis lebih terbuka dan telus berhubung senjata nuklear. Semasa pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Presiden AS, Barack Obama di Washington kelmarin, kedua-dua pemimpin berkenaan berbincang tentang cabaran NPT selain keperluan untuk mengukuhkan sistem kawalan senjata nuklear. Netanyahu bagaimanapun mengelak daripada menyertai sidang tersebut yang akan diadakan pada September depan dengan alasan negara-negara lain akan menuding jari ke arah Israel kerana menyembunyikan senjata nuklearnya. Kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan tentang desakan untuk mengadakan persidangan untuk menjadikan rantau Asia Barat bebas senjata nuklear yang diusulkan ketika sidang NPT 2010 di New York. Obama memberitahu Netanyahu bahawa, sebagai penganjur bersama sidang bebas nuklear tersebut, AS mahu ia memiliki agenda meluas yang turut merangkumi isu-isu keselamatan serantau, verifikasi dan pematuhan nuklear antarabangsa serta perbincangan mengenai semua bentuk senjata pemusnah besar-besaran. Obama juga menekankan bahawa AS akan terus bekerja rapat dengan Israel bagi memastikan bahawa inisiatif dan dasar pengawalan senjata tidak memencilkan keselamatan Israel. Sumber: Agensi |
| KD Tunku Abdul Rahman (KD Altantuya) Sakit Lagi Posted: 07 Jul 2010 04:49 AM PDT Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di perlabuhannya di Teluk Sepanggar, lapor The Malay Mail hari ini. Akhbar itu melaporkan, masalah yang belum dikenalpasti itu dikesan selepas kapal selam itu menjalani ujian air tropikal bulan lepas. Sejak itu, kapal selam itu kekal di perlabuhan berkenaan. Februari lalu, sebuah media melaporkan, kapal selam itu mengalami kelemahan teknikal sehingga menyebabkan ia tidak boleh menyelam selama tiga bulan. Kapal itu hanya mula menjalani ujian air tropikal mulai 20 Februari lalu. KD Tunku Abdul Rahman telah tauliahkan awal tahun lepas selepas menjalani ujian selama dua tahun di Perancis. Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak telah selamat tiba 2 Julai lalu. Malaysia membeli kedua-dua kapal selam itu dengan harga RM3.4 billion pada tahun 2002 daripada pembina kapal selam milik Perancis dan Sepanyol, DCNS and Navantia. Pelbagai isu telah didakwa berlaku dalam pembelian ini sehingga Mahkamah Perancis telah membuka siasatan ekoran laporan dari Suaram Malaysia. Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene ini berada di Kuala Lumpur April lalu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu. Breham, yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini. Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan. Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda. |
| Ahli Parlimen Sibuti Dikejarkan ke Hospital Selepas Mkan Durian dan Daging Kambing Posted: 07 Jul 2010 04:19 AM PDT Ahli Parlimen (MP) Sibuti, Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada pukul 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen. MP Tangga Batu, Datuk Idris Haron yang duduk semeja dengan Ahmad ketika majlis itu berkata, pada mulanya, Ahmad dari Barisan Nasional (BN) itu berborak dan ketawa dengan Ahli-Ahli Parlimen yang lain. "Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, Ahli-Ahli Parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita di sini. Selepas melihat keadaan bertambah serius, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang duduk di sebelah Ahmad segera memanggil ambulans dari Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di luar dewan. Idris berkata, Ahmad tidak pengsan kerana masih boleh memberikan respon apabila beliau menasihatkan Ahmad agar tenang. Sumber: Berkata |
| You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan