Rabu, 7 Julai 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Laporan Audit Perjanjian Perlu Didedahkan

Posted: 06 Jul 2010 05:47 PM PDT

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar tidak perlu mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Syed Shahir berkata, laporan audit yang didakwa sulit itu oleh kerajaan hanyalah perjanjian perniagaan dan tidak terkandung di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan wajar didedahkan kepada umum.

"Pada pandangan kami sebagai yang mewakili rakyat, saya sebagai Presiden MTUC yang merupakan pemohon utama dalam kes ini merasa kecewa dengan sikap kerajaan pusat yang bercakap mengenai ketelusan, integriti tetapi dalam masa yang sama berlindung di belakang undang-undang untuk tidak mendedahkan perkara yang sepatutnya diketahui oleh rakyat.

"Perjanjian konsesi ini dengan laporan audit bukanlah diklasifikasi sebagai dokumen rahsia atau sulit. Ini merupakan perjanjian perniagaan. Jadi tidak ada sebab ianya harus berlindung di belakang akta yang ada sekarang. Walaupun kita juga ada pandangan lain berhubung OSA tapi selepas soal itu, perjanjian ini merupakan perjanjian perniagaan yang bukan rahsia," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 28 Jun lalu mengarahkan Kerajaan Pusat mendedahkan dokumen tersebut kepada umum.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut.

Sehubungan itu kata Syed Syahir, MTUC akan mengadakan siri jelajah ke setiap negeri bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu termasuk perjanjian-perjanjian konsesi lain yang melibatkan kepentingan pengguna.

"MTUC sangat serius dalam hal ini kerana anggota kita adalah rakyat paling bawah. Oleh itu kita mahu ambil inisiatif dan dalam masa terdekat kita akan bersama dengan rakan-rakan lain termasuk anggota parlimen tidak mengira parti politik untuk bersama kerana ini isu rakyat," ujarnya.

Sementara itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan anggota panel air Selangor berkata, kerajaan lebih mementingkan konsesi yang ada kaitan dengan kroni mereka daripada menjaga kepentingan rakyat.

"Yang peliknya hampir 2 tahun kita berunding, kerajaan masih lagi cenderung untuk memberikan keuntungan kepada konsesi Puncak Niaga dan Syabas.

"MTUC dan kami yang melindungi pengguna, kita nampak kerajaan mahu bagi kepada kroni mereka," katanya.

Syed Shahir dan 13 orang lagi mengemukakan kes kehakiman terhadap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan atas keputusan mereka menswastakan pengurusan air.

Mayat Berkecai Di Landasan Keretapi

Posted: 06 Jul 2010 02:16 PM PDT


ANGGOTA polis mengusung mayat seorang lelaki yang hancur di atas rel kereta api di Stesen Komuter, Teluk Pulai, Klang semalam.


Sama ada mabuk atau bunuh diri, polis kini sedang menyiasat penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui berkecai di landasan Stesen Komuter, Teluk Pulai di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang ramai kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kejadian itu mungkin berlaku sama ada awal pagi semalam atau lewat malam kelmarin.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai seorang lelaki tempatan namun identitinya masih belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang sudah berkecai. 

"Pihak polis masih menyiasat sama ada mangsa membunuh diri atau mabuk dan tertidur di atas landasan sebelum digilis kereta api," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Apabila Kunci Ini Dibuka, Maka Kabinet Najib...

Posted: 06 Jul 2010 08:37 AM PDT

Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat  Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

Tiada ulasan: