Khamis, 22 Julai 2010

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Setelah Berdalih Akhirnya SPRM Terima Afidavit Bala

Posted: 22 Jul 2010 08:40 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar
PUTRAJAYA 23 Julai - Setelah drama yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Jaya yang membatalkan sesi mengambil keterangan dari bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London awal Julai lalu, akhirnya agensi kontroversi tersebut terpaksa akur dan menerima respons kepada 52 soalan yang dikemukakan kepada Bala berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Semalam tiga peguam kepada Bala - Americk Sidhu, Manjeet Singh Dhillon dan Amerjit Singh - tiba di SPRM kira-kira pukul 2.45 petang dengan diiringi seorang pengawal peribadi untuk menyerahkan afidavit tersebut yang telah diakui dihadapan notari di London dan di bawa pulang oleh Manjeet malam Isnin lalu.
Americk bersama dua orang rakannya dilihat keluar daripada ibu pejabat SPRM hampir sejam kemudian.
"Kita telah hantar dokumen berkenaan dan mereka telah pun menerimanya. Ia merupakan satu pertemuan yang santai dan mereka kelihatan sangat berminat dan memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan memberikan komitmen untuk menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin," kata Americk yang ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM.
Dokumen tersebut merupakan jawapan dalam bentuk afidavit kepada soalan yang dikemukakan kepada Bala yang dihantar melalui perkhidmatan kurier, selepas SPRM membatalkan rancangannya untuk ke London bagi menyiasat secara langsung penyiasat persendirian yang dijadual pada 5 hingga 7 Julai lalu.
Americk berkata semua saksi berkaitan kes tersebut telah disoal siasat, dan Bala merupakan saksi yang terakhir.
Beliau menjelaskan afidavit ini tidak ada kaitan dengan perjalanan kes siasatan komisyen pembelian kapal selam Scorpene di Perancis, tetapi pada masa yang sama mampu membantu SPRM dalam penyiasatan kes berkenaan.
"Kita ambil masa tiga hari untuk jawab soalan itu. Ia telah dijawab dan kita bahkan memberikan sedikit maklumat tambahan, berkenaan bayaran kepada Balasubramaniam," tambah Americk tanpa memberi butiran.
Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula oleh SPRM bagi membantu perjalanan siasatan, Americk berkata kemungkinan susulan dari jawapan yang diberikan, Bala akan dihubungi melaluinya untuk memberikan butiran lanjut.
"Sebelum ini pun, SPRM ada menyimpan dokumen dan maklumat dari keterangan Bala, jadi ia terpulang kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Kita tunggu dan lihat," kata Americk.
Ditanya samada Bala akan kembali ke Malaysia, Americk tidak menolak kemungkinan tersebut, namun anak guam beliau akan hanya kembali sekiranya  keselamatan diri dan keluarganya terjamin.

Umno-BN Ketandusan Idea Ceduk Semua Dasar Pakatan Rakyat

Posted: 22 Jul 2010 08:39 PM PDT

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 23 Julai - Langkah kerajaan negeri Perak di bawah Umno-Barisan Nasional menganugerahkan lebih 1,000 hektar tanah kepada sembilan sekolah indipenden Cina membuktikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akhirnya terpaksa mengakui dasar yang dibuat semasa Pakatan Rakyat berkuasa di negeri itu adalah yang terbaik untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata idea yang dicedok daripada pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan kepada rakyat Perak dasar serta program yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebelum ini sebenarnya mendahului di segi idea dan perlaksanaan untuk memberikan kebajikan kepada rakyat.
"Nampaknya Zambry mengikut jejak langkah Nizar dengan membuat pengumuman pemberian bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Cina Persendirian di negeri ini dalam isu pemberian tanah bagi menampung perbelanjaan sekolah terbabit.
"Dulu mereka menganggap apa yang hendak dilakukan cuma retorik politik tetapi sekarang ini mereka mengakui apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat itu betul," kata Idris ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau juga melihat kerajaan Umno-BN meniru apa sahaja dasar yang dilakukan oleh negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat kerana ketandusan idea.
Beliau mengambil contoh dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Kelantan yang memberi cuti bersalin 90 hari serta beberapa dasar yang lain yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Kerajaan Umno-BN memperkenalkan dasar-dasar yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan mereka ketandusan idea dan terkebelakang dalam isu menguruskan kebajikan untuk rakyat," ujar beliau lagi.
Berhubung isu tanah yang diberikan kepada masyarakat Cina yang sebelum ini dipolitikkan oleh pemimpin Umno-BN yang dianggap tidak sah, hari ini pula Zambry mengumumkan hal yang sama tanpa dipertikaikan oleh pemimpin Umno yang sama, kata Idris.
Selasa lalu Zambry mengumumkan 1,012 hektar tanah akan diberikan bagi menampung perbelanjaan sembilan sekolah Cina bebas di negeri itu.
Pengumuman itu dibuat oleh Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

SELARAS DALAM SELUAR - SUSAH NAK PARKING

Posted: 22 Jul 2010 08:19 PM PDT


USAH UGUT KERAJAAN UNTUK NAIK TAMBANG BAS EKSPRES – berita hairan

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memberi amaran kepada kira-kira 130 pengusaha bas di Semenanjung supaya tidak cuba mengugut kerajaan dengan menjadikan kenaikan lima sen harga diesel sebagai alasan untuk tidak menyediakan bas tambahan sempena Aidilfitri

Pengarahnya, Naimah Ramli berkata, pihaknya melihat cara mereka itu seolah-olah mahu mengugut kerajaan supaya memenuhi permintaan mereka, selain tindakan itu boleh menyebabkan rakyat panik dan susah hati kerana bimbang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

Cara mereka itu seolah-olah mengugut dan saya ingin mengingatkan, cara ini tidak wajar dilakukan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai. Sepatutnya mereka datang berjumpa kita terlebih dulu untuk berbincang dan bukannya berjumpa pihak media.

"Kita hairan, biasanya Konsortium Transnasional Berhad (KTB) tidak suka bertindak begitu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


KAH KAH KAH…

woit… TANGKAP… TANGKAP…. TANGKAP…. kah kah kah..

woit… INI SATU KESALAHAN BESAR… kah kah kah…

kah kah kah…. SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG…. kah kah kah..

woit… SALAH DI SISI PERLEMBAGAAN ARTKLE 153 … TAK CAYA TANYA PERKASAM… kah kah kah…

kah kah kah… SALAH BESAR KERANA GUNAKAN PDERKATAAN NAIK… kah kah kah..

woit…JANGAN GUNA NAIK… GUNA SELARAS….. kah kah kah…

nota:
dulu cakap semua setuju tak selaras harga
dulu cakap semua syarikat sudah kautim
dulu cakap tak ganggu apa apa
lu tipu melayu lagi kah kah kah

TT.

Permit atau tidak, majlis DAP Kuching diteruskan

Posted: 22 Jul 2010 08:14 PM PDT

Majlis 'Tanah dan Rakyat' anjuran DAP Kuching yang diarahkan oleh polis supaya dibatalkan pada Sabtu ini akan tetap diteruskan tetapi formatnya akan diubah.

"Daripada memberi ucapan, penceramah yang hadir di kedai kopi dan orang ramai boleh mengajukan soalan kepada mereka," kata pemimpin DAP Sarawak yang juga ahli parlimen Kuching, Chong Chieng Jen.

Pada asalnya, DAP bercadang menganjurkan seminar berhubung isu tanah tetapi permit mereka ditolak oleh polis dengan alasan tempat yang dicadangkan itu tidak sesuai.

Chong ketika dihubungi berkata polis tidak boleh menggangu majlis mereka, yang dijangka akan menarik minat beberapa ratus penduduk bandar kerana "permit tidak diperlukan bagi duduk sambil menghirup secawan kopi."

"Mereka tidak boleh menghalau kami keluar dari kedai kopi berkenaan kerana apa yang akan kami lakukan ialah duduk sambil menjawap soalan yang dikemukakan," kata Chong.

Menurut pemimpin DAP itu lagi alasan polis yang majlis itu akan mengganggu kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan juga tidak masuk akal kerana kedai kopi itu terletak di kawasan yang jumlah trafiknya agak rendah.

Katanya, beliau percaya tindakan polis itu bermotifkan politik yang dianggap satu lagi bentuk tekanan daripada kerana BN dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

"Polis seolah-olah cuba campur tangan dengan politik...atau bertindak atas arahan sesetengah parti politik.

"Tanah adalah isu yang penting dan banyak berlaku skandal membabitkan pemimpin BN, jadi lebih ramai rakyat yang datang, mereka akan tahu tembelang pemimpin BN dan mereka akan kehilangan sokongan," kata Chong.

Tambahnya, majlis berkenaan tidak boleh dipindahkan kerana notis daripada pihak polis diterima lambat.

Idea parti baru Perkasa ditolak, PAS dan Umno akan kekal

Posted: 22 Jul 2010 08:11 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Julai - PAS dan Umno menolak bulat-bulat idea Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar kedua-dua parti Melayu-Islam itu dibubarkan bagi mengorak langkah penubuhan parti baru jika usaha kerjasama perpaduan gagal menjadi realiti.
Kedua-dua parti yang berusia lebih enam dekad ini akan kekal dengan matlamat perjuangan masing-masing sambil menyifatkan idea yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.
Sebaliknya terpulang kepada Ibrahim dan Perkasa jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, kata pemimpin Umno dan PAS yang dihubungi The Malaysian Insider.
Seolah-olah menyindir cadangan Ibrahim supaya ditubuhkan parti Melayu baru, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "baguslah kalau ada parti baru."
Katanya, PAS memang mengalu-alukan cadangan tersebut kerana ia akan membuktikan amalan demokrasi subur di negara ini.
"Kalau beliau (Ibrahim) nak jadikan Perkasa sebagai parti politik pun bagus juga, ia akan memurnikan lagi politik dalam negara.
"Tidak perlu bubar PAS ataupun Umno, nanti ada tiga parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Perkasa. Baru meriah sikit, nanti biar rakyat sahaja yang buat keputusan parti mana yang mereka mahu," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.
"Biarlah beliau (Ibrahim) nak cakap apa pun, saya malas nak layan beliau," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan ketika dihubungi awal pagi ini memberitahu, Umno dan PAS yang sudah lama wujud dalam arena politik negara ini, sejak era memperjuangkan kemerdekaan, akan berusaha ke arah mencapai perpaduan kedua-dua parti itu.
"Umno telah berjasa sejak era kemederkaan, akan berusaha ke arah perpaduan orang Melayu dan Islam, yang sudah pasti akan menguntungkan semua kaum di negara ini... akan memfokus soal perpaduan (Umno-PAS), tetapi Umno dan PAS tidak akan dibubarkan, Umno sudah pasti (tidak akan dibubarkan)...," katanya.
"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Datuk Ibrahim adalah pandangan peribadi beliau," katanya.
Ditanya apakah pihak yang mengesyorkan idea itu boleh menubuhkan parti baru mereka, Ahmad memberitahu, "itu terpulang kepada mereka."
Bagaimanapun kata beliau, pengalaman masa lalu menunjukkan parti-parti baru tidak akan berkekalan.
Sehubungan itu jelasnya, Umno tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah kecuali satu atau dua bahagian yang memperlihatkan krisis dalaman.
"Sebanyak 189 bahagian lagi tiada masalah, satu dua bahagian sahaja bermasalah; peratusan yang sangat kecil... tiada masalah, Umno masih kukuh, akan kekal," katanya.
Kedua-dua ahli Parlimen ini diminta mengulas kenyataan Ibrahim yang mengatakan sebuah parti Melayu yang baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.
Ibrahim berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.
"Saya tahu idea ini sesuatu yang provokatif, tetapi perlembagaan untuk satu parti Melayu yang baru, yang menggabungkan matlamat PAS dan Umno boleh dirangka oleh sebuah jawatankuasa pemandu," kata Ibrahim lagi.
Katanya, ia adalah mekanisme menjaga air muka, sekali gus mengelakkan persoalan sama ada PAS harus menyertai Barisan ataupun sebaliknya tidak timbul sama sekali.
"Bubarkan PAS, bubarkan Umno dan semua sertai parti baru," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa semalam.
Perkasa datang dengan idea itu ketika cakap-cakap mengenai kerjasama perpaduan dan politik antara Umno dan PAS muncul semula awal bulan ini.
Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian menolak sebarang usaha ke arah kerjasama politik di antara antara Umno dan PAS.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.
Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.
Akhir minggu lalu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

Idea parti baru cermin Ibrahim kolot, kata Azmin

Posted: 22 Jul 2010 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali seperti "katak di bawah tempurung" kerana masih mempunyai pemikiran yang ketinggalan zaman.
Dengan merujuk kepada idea terbaru Perkasa semalam agar Umno dan PAS dibubarkan lalu ditubuhkan parti baru, Azmin memberitahu, Ibrahim masih lagi mengamalkan pemikiran dan pendekatan yang kolot dan ketinggalan zaman.
"Saya kesal dengan kenyataan Ibrahim kerana saya lihat sebagai pemimpin beliau masih mempunyai pemikiran dan pendekatan yang kolot seperti pepatah Melayu 'katak di bawah tempurung'.
"Saya tidak sangka masih ada pemimpin Melayu yang sikap perkaumannya masih lagi menebal sedangkan dunia sekarang sudah maju ke depan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sepatutnya sebagai seorang pemimpin kata Azmin, beliau perlu keluar daripada kotak pemikiran lama dan  memikirkan cara untuk maju ke depan bukannya dengan berpegang kepada amalan perkauman seperti dahulu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ibrahim yang mengatakan sebuah parti Melayu yang baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.
Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.
"Saya tahu idea ini sesuatu yang provokatif, tetapi perlembagaan untuk satu parti Melayu yang baru, yang menggabungkan matlamat PAS dan Umno boleh dirangka oleh sebuah jawatankuasa pemandu," kata Ibrahim.
Kata Ibrahim, ia adalah mekanisme menjaga air muka, sekali gus mengelakkan persoalan sama ada PAS harus menyertai Barisan ataupun sebaliknya tidak timbul sama sekali.
"Bubarkan PAS, bubarkan Umno dan semua sertai parti baru," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa semalam.
Azmin berkata apa yang diperlukan rakyat bukan sebuah parti yang bersifat perkauman tapi adalah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Bumiputera.
"Parti politik pelbagai kaum ini akan memperjuangkan dasar negara dengan adil kepada semua rakyat Malaysia dan pada masa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang negara selama ini.
"Apa guna sebuah parti Melayu sekiranya pemimpin di dalamnya bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, tidak menghormati hak asasi manusia da sebagainya," katanya.
Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini berkata rakyat sebenarnya mahu melihat pemimpin Melayu maju ke depan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan memartabatkan orang Melayu itu sendiri.
"Ini yang rakyat mahu lihat bukan seperti Perkasa yang dilihat seolah-olah gagal untuk meyakinkan orang Melayu tentang perjuangan mereka," katanya.
Perkasa datang dengan idea ini ketika Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mahu Umno dan PAS mengambil langkah membincangkan kerjasama perpaduan.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak yakin bahawa pemimpin PAS mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menilai propaganda dan sandiwara yang dimainkan Umno.
"Saya yakin pemimpin PAS yang dipimpin Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan terperangkap dengan apa jua propaganda dimainkan Umno," katanya.

Tiada krisis air, Selangor tolak kadar air naik! Menteri kerja dengan SYABAS ke..!!!

Posted: 22 Jul 2010 06:53 PM PDT

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus berhenti daripada mengelirukan orang awam dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor. Masalah kini di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang segaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor.

Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Menteri Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor semalam adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat disebabkan:

1. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

2. Pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.

3. Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.

4. Pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

5. Penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan.

Kami menyeru agar Kerajaan Pusat mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. Kami juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.

Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor

Terkini : Kes status "tanah wakaf terbesar libatkan 25,000 hektar"didengar Ahad

Posted: 22 Jul 2010 06:24 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23  Julai — Tuntutan mencabar status konsesi tanah wakaf Chenderong melibatkan lebih 25,000 hektar, keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang, akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hujung minggu ini.
Ia dilihat sebagai kes pertama melibatkan tanah wakaf tunggal terluas di negara ini iaitu 25,379.23 hektar.
Tanah itu yang dikurniakan oleh Sultan Terengganu Almarhum Sultan Zainal Abidin III kepada anakanda perempuan Tengku Nik Maimunah dan suaminya, Tengku Ngah Omar Abdul Rahim pada Mac 1906, dijadikan tanah wakaf pada 1961.
Tuntutan kes difailkan pada Disember 2008 dan selepas beberapa peringkat bantahan dan usaha untuk diselesaikan di luar mahkamah, ia akan didengar selama dua hari mulai Ahad ini.
"Perbicaraan akan diadakan pada Ahad dan Isnin ini selepas ia difailkan Disember 2008," kata peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili plaintif ketika ditemui The Malaysian Insider di sini.
Kes didengar oleh Hakim Shaikh Ahmad Ismail.
Kes ini dibawa selepas pewaris konsesi tanah wakaf Chenderong ini, yang terletak di sempadan Kemaman dan Kuantan, meluahkan rasa kesal terhadap cara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan tanah tersebut.
Jumlah pewaris dianggarkan 462 orang, yang hampir kesemuanya merupakan anggota kerabat diraja negeri Terengganu.
Salah seorang pewaris termasuklah Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin atas kapasiti sebagai Sultan Terengganu.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kamar Ainiah, dua daripada waris mengemukakan tuntutan saman mendakwa pengurusan pajakan tanah wakaf milik mereka kurang sistematik menyebabkan hasil diperoleh sedikit selain kerugian berganda sehingga ada waris hanya menerima pendapatan RM3 setahun.
Kamar Ainiah juga memberitahu, dalam saman yang dikemukakan Tengku Zainal Akmal Tengku Besar Mahmud dan Tengku Hidayah Tengku Habib terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mereka mendakwa pihak berkenaan gagal menguruskan pajakan hartanah itu hingga menyebabkan ada waris hanya memperoleh pendapatan RM3 setahun.
Kata beliau, plainitif yang turut mewakili 460 ketua keluarga pewaris tanah wakaf itu, antara lain menuntut ganti rugi hasil pajakan tanah.
Kamar Ainiah berkata, pewaris berpendapat bahawa tanah wakaf itu tidak harus diserahkan kepada pihak lain untuk tujuan pajakan.
Selain tempoh pajakan yang begitu lama, penglibatan pihak-pihak lain, syarikat lain juga menjadi persoalan, kata beliau lagi.
Mereka juga memohon perintah mahkamah membatalkan semua perjanjian pajakan, selain menuntut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menguruskan harta wakaf di bawah satu unit khas dianggotai wakil waris tanah wakaf, atau membenarkan waris menguruskan sendiri harta.
Jurucakap waris terbabit, Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra Tengku Besar Mahmud sebelum ini pernah berkata, beliau membuat tuntutan di mahkamah agar perjanjian pajakan dan serah hak dibatalkan kerana semasa perjanjian dibuat, konsesi tanah wakaf adalah bertaraf tanah wakaf.
"Kita juga menuntut supaya hak menguruskan harta wakaf ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di bawah satu unit khas bersama wakil waris atau waris dibenarkan mengurus sendiri melalui penubuhan sebuah syarikat.
"Tuntutan mahkamah ini dilihat sebagai satu tindakan yang positif bertujuan menjaga hak dan kepentingan pewaris wakaf ini daripada terus dikhianati serta mengalami kerugian," kata Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra sebelum ini.
Malah menurut Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra, jika dibandingkan nilai semasa kayu balak dan kelapa sawit, jumlah diterima tidak masuk akal.
Keluasan tanah wakaf Chenderong yang diiktiraf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu seluas 25,379.569 hektar dan berdasarkan perjanjian pajakan, hasil diperoleh daripada kayu balak, perlombongan, sewa tanah dan tanaman.
Ketika ditanya mengenai latar belakang maklumat kes ini, Kamar Ainiah berkata urusan memajukan tanah ini kini terletak di bawah tanggungjawab syarikat Tis 'Ata 'Ashar Sdn Bhd (TAA) selaku pemajak utama keseluruhan.
TAA, yang dibentuk pada 1985, didakwa bertindak "menjual" dan menyerahkan segala hak serta kepentingan pajakan dan pengurusan tanah itu kepada SPPT Development Sdn Bhd (SPPT) tanpa mengenakan bayaran kepada pihak wakaf.
Maklumat yang difailkan di mahkamah juga menunjukkan syarikat itu juga menyerahkan hak atau memajak kepada beberapap pihak lain iaitu TDM Capital Sdn Bhd, Manyvest Holdings, Risda atau Espek, Anglo Eastern manakala SPPT Development pula menyerahkan kepada Mudari Holdings dan Worldwide Plantation.
Waris-waris tanah wakaf itu mempersoalkan bagaimana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu selaku pentadbir tanah wakaf boleh membiarkan perkara ini berlaku tanpa mengenakan syarat yang lebih menguntungkan wakaf.
Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra berkata, pihaknya mempersoalkan alasan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau TAA tidak memilih menguruskan harta wakaf itu dan jika ia diusahakan sendiri, pendapatan dihasilkan dianggarkan RM700 juta dengan nilai keuntungan RM365 juta.
Pihaknya turut mempertikai pemilikan saham Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam pemajak utama, TAA sedangkan pada masa sama ia adalah pentadbir tunggal wakaf dan ia jelas ada percanggahan kepentingan.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mempunyai 17 peratus saham dalam TAA.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pernah mengeluarkan fatwa bahawa konsesi tanah wakafChenderong mengandungi wakaf khas, wakaf zuriat dan juga wasiat, dan ia tidak boleh dijual beli atau diubah statusnya daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan disubliskan.
Pada awalnya menurut Kamar Ainiah, lima bulan sebelum menjadikan tanah miliknya sebagai tanah wakaf zuriat, Tengku Nik Maimunah dan Tengku Chik, yang merupakan adik kepada Tengku Ngah Omar, telah memajakkan tanah mereka kepada Cindee Development untuk tempoh selam 999 tahun.
Bagaimanapun kandungan perjanjian dipinda untuk mengurangkan kepada pajakan 99 tahun pada 31 Disember 1985.
Ketika itu urusan mentadbir tanah berkenaan terletak di bawah penyeliaan Pesuruhjaya Majlis Hal Ehwal Islam Terengganu, kini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Cindee Development pula telah memajakkan 21,170 hektar kepada TAA pada Disember 1986 dan 2,000 hektar kepada Tan Sri Paduka, 1,960.8 hektar kepada Chenderong Gt Palms manakala Tan Sri Paduka pula kemudian telah memajakkan 1,848 hektar daripada bahagaiannya kepada National Land Finance Coop.

Foto parti Paris dan jutawan misteri itu?

Posted: 22 Jul 2010 06:21 PM PDT

by radens albanjari

Taek Jho Low jutawan misteri hebat berparti bersama Paris Hilton ? Foto yang mengetarkan jiwa pria. Pewajah2 Asia yang kaya mengelilingi si 'gedik' di Saint Tropez dalam satu temasya liar. Enjoy sampai ke neraka !



Kerana kaya manusia jadi gila dan lupa daratan. "Enjoy sebelum ke kuburan..,enjoy sebelum tubuh kujur.." Jika itu yang digunapakai, tunggu saja saat untuk hancur binasa.

MAT MONGOL JADI MAT CIPUT

Posted: 22 Jul 2010 06:16 PM PDT

AGEN ASING BOCOR MAKLUMAT KEPADA MALAYSIA KINI


PM TABUR RM50K UNTUK DAPAT LIPUTAN AKHBAR AMERIKA – mkini

Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

KAH KAH KAH…

woit… MAT MONGOL INI CIPUT BETUL…. kah kah kah..

woit… SELALU AKHBAR BAAR KALAU MINTA KITA TULIS…. kah kah kah..

kah kah kah… INI SUDAH TERBALIK KOT…. kah kah kah…

kah kah kah… PASAL APA DESPRATE SANGAT NI… kah kah kah…

woit... DAH GILA NAK JADI AJEN ASING KE?... kah kah kah..

woit… ANWAR LAIN… DIA AJEN YAHUDI…. kah kah kah..

woit… ANWAR LAIN… DIA AJEN CIA…. kah kah kah..

nota:
bayangkan siapa agaknya yang
memberikan maklumat ini kepada malaysiakini
maklumat tersorok macam ini bukan senang hendak ditemui

maklumat ini pasti telah disampaikan oleh ajen asing
kepada malaysia kini. ajen asing ini dizaman madey
cemburu kerana kejayaan pembanghunan malaysia
sekarang ajen asing ini sedang bekerja keras
menggali pasir di selangor kah kah kah

TT.

Jatuh Kemaluan...!!!! Dapat Tunai lagi sekor..!!

Posted: 22 Jul 2010 06:15 PM PDT

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika (Semuanya main wang jer... mamat nih..)


By: Steven Gan

Perdana Menteri, Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Malaysiakini


Baik jadi Peter Parker (Spiderman)... hantar artikel/gambar pada syarikat akhbar dapat upah/bayaran. Tapi ini Malaysia punya PM sudah jadi "Spenderman", bayar Syarikat Akhbar untuk dia punya artikel... warghhhhh... ini sudah terbalik kuang beb.... bikin malu sama Cicakman.....

Adoyaiiii.. malunya punya PM macam ni... weiii... bikin jatuh kemaluan negara... lebih bauk lu letak jawatan jelah... banyak hal la... lu niii....

Apa? Saiful Ada Skandal Seks Dengan Peguam Pasukan Pendakwa? ha..ha..a dapat tunai

Posted: 22 Jul 2010 06:13 PM PDT


Dakwaan 'cinta' Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin "hubungan romantik" dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

"Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

"Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak," kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan "anggota rasmi" dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

"Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

"Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota," katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

"Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan," kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

"Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin," katanya.

"Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya," tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -TMI


Saiful having sex with prosecutor, says RPK

KUALA LUMPUR: In an allegation that startles even those used to his flamboyant style, fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has accused one of the prosecutors in Anwar Ibrahim's sodomy trial of having a sexual relationship with Saiful Bukhari Azlan, the star prosecution witness in the case.

In a posting entitled "The bizarre case of Sodomy 2," he says Saiful and Farah Azlina Latif are lovers.

"Farah Azlina, one of the federal counsel of the trial unit of the Attorney-General's Chambers, who is on the prosecution team in the Anwar Sodomy 2 trial, is having an affair with Saiful," he writes.

The posting features a picture of Saiful with his fiancé, Janna Mohd Zaki.

The allegation about Saiful's relationship with Farah Azlina is made towards the end of the article, which reproduces three earlier articles in which Raja Petra gives details of the alleged political conspiracy behind the sodomy charge against the opposition leader. -FMT


.....
Farah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General's Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yes, that's right, Farah Azlina is bonking Saiful Bukhari. Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?

Just when you thought Sodomy 2 is a most bizarre case it gets even more bizarre. I suppose, to save face, they might now have to say that Farah Azlina, Saiful Bukhari and Anwar Ibrahim were all in it together and that they indulged in group sex or orgies.

Let's see what happens from hereon. Will Farah Azlina still be retained in the prosecution team? Who she bonks is her business. But since Saiful Bukhari is the man who is going to testify against Anwar, then this would be conflict of interest of the first degree... MToday

Breaking :Terengganu wakaf land dispute goes to court Sunday

Posted: 22 Jul 2010 06:05 PM PDT

The Yang di-Pertuan Agong is also one of the trustees in his capacity as the Terengganu ruler. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, July 23 — A Terengganu endowment land dispute — where the annual payout to a beneficiary is as little as RM3 — between the royal family and state Islamic council will finally be heard this Sunday at the Kuala Terengganu Syariah High Court.
The piece of land in Chendrong, measuring 25,000 hectares or almost the size of Penang Island, was awarded by the late Terengganu ruler, Sultan Zainal Abidin III, to his daughter Tengku Nik Maimunah and her husband Tengku Ngah Omar Abdul Rahim in March 1906, and was later turned into wakaf or endowment land, which under Islamic law can only be used for religious or charitable purposes.
The dispute started after some descendents of Tengku Ngah Omar became unhappy with the management of the land by the Terengganu Islamic and Malay Custom Council, and the annual payout.
The case was filed in December 2008 and, after several objections and attempts to seek an out-of-court settlement, will be heard for two days beginning Sunday.
"Hearing has been set for Sunday and Monday, the case was filed in December 2008," lawyer for the trustees, Kamar Ainiah Kamaruzaman, told The Malaysian Insider.
The case will be heard before Judge Shaikh Ahmad Ismail.
There are about 462 trustees of the land known as Chenderong Concession, all of them members of the Terengganu royal family.
The Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin is also one of the trustees in his capacity as the Terengganu ruler.
According to Kamar Ainiah, two of the descendents claimed that the mismanagement of the land has resulted in low returns, with some of the beneficiaries receiving only RM3 every year.
Trustees of wakaf land are allowed to derive income from a small part of the property.
Kamar Ainiah said that in the application made by Tengku Zainal Akmal Tengku Besar and Tengku Hidayah Tengku Habib against the state Islamic council, some 460 families were also seeking compensation for loss of income due to unfair land lease deals.
She added that the family members were of the opinion that the land should not have been leased.
They are also seeking a declaration that all leases are null and void, and demanded that the Islamic council form a special body comprising the family members to jointly administrate the property.
Kamar Ainiah said Tis 'Ata 'Ashar Sdn Bhd (TAA), a company formed in 1985, is the major leaseholder and that it had surrendered some parts of the land to be developed by Development Sdn Bhd (SPPT) without compensating the trustees.
According to documents filed in court, the company had also leased some parts of the land to TDM Capital Sdn Bhd, Manyvest Holdings, Risda or Espek, and Anglo Eastern, while SPPT Development had given its land to Mudari Holdings and Worldwide Plantation.
The descendents of Tengku Nik Maimunah have questioned why the Islamic council, as the administrator of the land, did not impose any condition to benefit the trustees.
One of the trustees, Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra, had said that the land can potentially generate revenues of up to RM700 million with a profit of RM365 million, if the Islamic council or TAA had chosen to manage the land by itself.
The family also claimed that the council's ownership of 17 per cent of TAA shares had raised the question of conflict of interest.
The spokesperson for the royal heirs, Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra Tengku Besar Mahmud, has mentioned previously that he had made the claims in court to ensure that the lease agreements and ownership entitlements to be annulled, because when the agreements were made, the concession status was meant for religious purposes.
"We would also like to demand that the management of this property [be] implemented by the Majlis Agama Islam and Adat Melayu Terengganu, under one unit together with the heirs, or that the heirs manage this property themselves through the formation of a private company.
"The court claim is seen as a positive action, to protect the rights and interests of the heirs," said Tengku Mohammed Zainal Abidin Petra.
He also noted that if one were to compare the current value of timber and palm oil, the revenue received from the land was an insult.
The Terengganu Islamic council had issued a fatwa that there are three categories of land in the Chenderong Concession — special wakaf, inheritable wakaf, and willed land.
The land cannot be sold or have its usage condition changed, but can be leased and subleased.
According to Kamar Ainiah, five months before turning their land into inheritable wakaf, Tengku Nik Maimunah and Tengku Chik, who is a brother of Tengku Ngah Omar, had leased their land to Chindee Development for 999 years.
However, the lease was shortened to 99 years on December 31, 1985.
The land was then administrated by the Commissioner of Terengganu Islamic Affairs Council, now known as Terengganu Islamic and Malay Customs Council.
Cindee Development had then leased 21,170 hectares to TAA in December 1986,  2,000 hectares to Tan Sri Paduka, and 1,960.8 hectares to Chenderong Gt Palms, while Tan Sri Paduka leased 1,848 of the land to  the National Land Finance Coop.

Pesanan Buat Pemimpin PAS & umno.

Posted: 22 Jul 2010 09:56 AM PDT

Selama berkisar kisah gila meroyan umno terhadap PAS, gua lansung tak sentuh dan ulas perkara ini, kerana gua yakin dan pasti semua itu adalah usaha Parti umnGok untuk memecahkan perpaduan dan kesepakatan Pakatan Rakyat.

Dan kini setelah timbul nama Tantawi, Hasan Ali dan jika ada yang lain-lain lagi... gua rasa eloklah diorang ni... fahami maksud jelas nasihat dan pesanan dari Allah SWT sendiri. Noktah.


Surah Al Baqarah 204-206:


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (٢٠٤)
وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الْفَسَادَ (٢٠٥)
وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالإثْمِ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ (٢٠٦)
204) "Dan dari antara manusia ada orang yang perkataannya dalam (hal) kehidupan dunia menakjubkanmu, dan ia menjadikan ALLAH saksi atas apa yang ada di hatinya, padahal ia situ sejahat-jahat musuh."

205) "Karena apabila ia berpisah, ia berjalan di muka bumi untuk berbuat kerusakan dan membinasakan tanam-tanaman dan binatang ternak, padahal ALLAH tidak menyukai kerusakan."

206) "Dan apabila dikatakan kepadanya" "Takutlah kepada ALLAH", dibawalah ia oleh kesombongannya kepada (berbuat) dosa. Lantaran itu cukuplah untuknya Jahannam; Dan sesungguhnya seburuk-buruk tempat kediaman."

Para Pemimpin PAS yang beriya-iya benar hendak perpaduang dengan umno, tolonglah fahami ayat di atas dengan sejujur-jujurnya. Sanggupkah anda semua mengabaikan pesanan dari Allah ini semata-mata hendak menyelamatkan umno dan mengejar wang dan pangkat atas nama Melayu dan Islam kononnya.

Jelas di akhir tafsiran/huraian ayat ini memperingatkan,"Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali"

Lagi pun lu orang semua (Pemimpin PAS Besar dan Kecil) lebih mengenali siapakah makhluk yang bernama Harussani Zakaria. Jadi lebih elok menjauhkan diri dari ular yang lidahnya bercabang dan mengikut alunan serunai tuannya.
IkutSukaAku.

Yeah... that's the way I like it

Posted: 22 Jul 2010 09:55 AM PDT


I read it from here but I cut and paste it from here. Nah... ini dia:

Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan UMNO dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA' kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan UMNO! - Khalid Samad

Yes!! That's the way, aha... aha... I like it...!! Aha... aha... I like it!!

Itulah caranya kita harus bertindak. Walk your talk. Cakap mesti serupa bikin. Baru orang boleh caya... Baru orang boleh respek!!

Isu perbincangan tentang perpaduan PAS-UMNO yang dibangkitkan oleh Harus Sana Sini dengan pemimpin PAS terus diperkatakan. Ada yang kata.... ia strategi untuk mengalih pandangan rakyat daripada kezaliman dan kepincangan pentadbiran Najib yang sedang dilanda dengan pelbagai isu kontroversi. Ada pula pendapat yang mendakwa UMNO.... sekarang memang sedang tenat dan sesak nafas. Ia terdesak ya amat untuk mendapatkan 'oksigen' bagi meneruskan hayatnya yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Whatever ler.... Pokoknya, kita mesti menolak sebarang bentuk perbincangan ke arah perpaduan dengan UMNO.... parti pengkhianat agama dan bangsa Melayu!! Dan.... aku setuju sesangat dengan saranan YB Khalid Samad, iaitu..... jika ada pemimpin PAS yang tidak wala' pada keputusan muktamar..... maka, mereka mesti diminta mengundurkan diri atau dipecat!!

Mereka mesti berundur atau dipecat, kerana.... mereka hanya menimbulkan masalah kepada PAS dan komitmennya pada Pakatan Rakyat. Ini akan merugikan parti dan PR. Sekarang.... misi dan fokus kita, ialah menumpaskan UBN/APCO. Jangan kerana tindak tanduk bodoh mereka, langkah kita untuk menuju ke Putrajaya terjejas dan terhalang.

Sebelum dua tiga titik nila.... terus merosakkan ke semua susu di dalam belangga, lebih baik kita cepat-cepat sedukkan mereka keluar. Lempaq pi keluaq!! Lempaq.... lempaq....

Mana lebih penting.....?? Kesejahteraan parti PAS atau dua tiga kerat pencinta UMNO ini?? Bertegaslah sikit weh.... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.... sendiri tanggunglah nanti!!

PUTUS SUDAH MIMPI MIMPI

Posted: 22 Jul 2010 09:52 AM PDT

TINGGAL TUNGGUL PUN NAJIB SANGGUP


BERDAMAI DENGAN UMNO : NIK AZIZ TOLAK HASRAT PEMUDA PAS - melayau

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… PUTUS SUDAH … KASEH SAYANG…. kah kah kah…

kah kah kah… PUTUS SUDAH… NAK JADI MENTERI…. kah kah kah..

kah kah kah… PUTUS SUDAH…. NAK JADI MB…. kah kah kah…

kah kah kah.... PUTUS SUDAH... NAK DAPAT PROJEK... kah kah kah...

nota:
yakinlaaah gerombolan akan terus
dengan agenda untuk memisahkan pas
dari pakatan rakyat. gerombolan tidak ada jalan
lain. jika pas bersama pakatan rakyat gerombolan'
akan mati tegak. bayangkan projek: penjara pudu projek
sungai besi projek keretapi berkembar projek beli senjata
semua projek buat duit akan lingkup kerana rakyat telah meluat
dengan gerombolan. lihat dan tunggu apa langkah seterusnya
dalam usaha untuk meretakkan pakatan rakyat.

kalau pas minta najib bersunat sekali lagi sebagai syarat
najib pasti akan sanggup walau pun tinggal tunggul kah kah kah

TT.

Khairy says Gamuda should not get free pass to MRT project

Posted: 22 Jul 2010 09:31 AM PDT


Kuala Lumpur, July 22 – Umno Youth chief Khairy Jamaluddin spoke up today against a Gamuda-MMC joint venture being awarded without competitive bids for the massive RM43 billion KL MRT project.
He also mocked the proposed "Swiss Challenge" philosophy of inviting rival tenders for the project, pointing out on his Twitter page that MMC-Gamuda had "Swiss-cheesed" the Smart Tunnel and double tracking projects.
The construction of the KL Smart Tunnel and the Ipoh-Padang Besar double tracking are two of the joint venture's previous public infrastructure projects.
Gamuda-MMC had recently submitted an unsolicited bid to build a new MRT system for the city.
It has received "positive" backing from Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, although some senior government officials have baulked at the high cost.
In a number of messages on Twitter today, Khairy called instead for an open tender to be conducted if the government wanted to go ahead with building an MRT system for the city.
"KL MRT needs to be open tender. EPU-Treasury release request for proposals. Make it benchmark for future projects/procurement," he tweeted at about noon today.
The Malaysian Insider had reported that the unsolicited bid comes with the use of a "Swiss Challenge" philosophy to tender the project out, with MMC-Gamuda maintaining an advantage in being awarded the contract.
A Swiss Challenge is a form of public procurement in usually less-developed countries, where public authorities receiving an unsolicited bid for a project invites third parties to match or exceed it.
The public authority would also usually give the original proponent an advantage in a competitive bidding process.
Using this principle, competitive bids would have to be substantially lower or more cost-effective to defeat any proposal from MMC-Gamuda.
Government-owned UEM Group Berhad today indicated interest in submitting a rival bid for the massive RM43 billion KL MRT project, should it be opened for tender.
UEM group managing director and chief executive officer Datuk Izzaddin Idris, said today that there is "no reason not to bid" if the contract is awarded through an open tender, in response to a question on whether UEM would be interested in submitting a bid.
A bid from UEM would help fulfil the criteria for competitive bidding under the Swiss Challenge.
Khairy had also admitted the need for the MRT system but added that a project of such scale should be awarded fairly.
"We need a new MRT. I have no doubt about need. But award properly. Move away from legacy," he said further in a tweet posting.
Gamuda Berhad is already pressing ahead with its plans and expects a decision in the next two to three months, with work commencing early next year.
Khairy, however, appears sceptical about Gamuda's ability to run the project, again expressing his view through Twitter.com.
"Can't do RM40 plus billion via Gamuda-MMC 'Swiss challenge' or whatever. They've already Swiss cheesed Smart tunnel & double tracking," he tweeted.

Saiful's 'zina' with prosecutor makes judiciary a laughing stock

Posted: 22 Jul 2010 09:22 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

The latest revelation by top blogger Raja Petra Kamaruddin that one of the Federal Counsel in the prosecuting team was having an affair with sodomy complainant Saiful Bukhari Azlan only adds to the lack of credibility and integrity surrounding the trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim.

"If true, it makes a laughing stock of our judiciary system and shows how little respect for form and ethics our prosecutors have," PAS legal advisor Hanipa Maidin told Malaysia Chronicle.

"Technically, there is nothing illegal for the lady to have a sexual relationship with Saiful, but ethically, there is a serious conflict of interest. Just like a doctor having sex with his patient or a teacher with a student."

Who she bonks is her business, but ...

Indeed, legal pundits were shocked by RPK's bombshell. While none of them believed the incident would make the Attorney-General drop the case against Anwar, they reiterated that based on the glaring lack of evidence produced so far, the case should have already been dropped on that basis alone.

Anwar was accused of sodomizing Saiful just as he was about to contest the Permatang Pauh by-election, which was held in August 2008. He won by a landslide despite the attempts to smear his name. Anwar has accused Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor of having schemed and fabricated the case so as to derail his political comeback.

"It doesn't require this new development for us all to know that something is not right about the whole case. It smells and everybody knows it. It is a clear cut example of political persecution," Hanipa said.

On Thursday, RPK also questioned whether it was proper for the lady to remain on the prosecution team.

"Who she bonks is her business. But since Saiful Bukhari is the man who is going to testify against Anwar, then this would be conflict of interest of the first degree," wrote RPK in his Malaysia Today blog.

"Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?"

If true, it would be zina

Meanwhile, according to Malaysian Insider Solicitor-General 2 Mohd Yusof Zainal Abiden said a decision whether to drop her or not would only be made on August 2, when the trial resumes. However, he took pains to point out that she was never really a part of his team.

"To begin with, she was not in my team. She is not a permanent member of the team… she was only brought in to help with taking notes, compiling data, evidence," he said.

Mohd Yusof also suggested that Raja Petra was lying. "Can you trust Raja Petra in the first place? He's always spreading rumors," he said.

But Mohd Yusof may have been banking on both Saiful and the lady denying the accusations. Both are Muslims and adultery or zina is punishable under Syariah law.

RPK – one of the country's most respected political writers - has seldom been wrong. His contacts are impeccable and in this particular instance, he named the lady - which he is unlikely to have done unless he was sure and had evidence to support his claims.

Curi Pasir : Kenapa Tindakan Polis berbeza di dua negeri ini?

Posted: 22 Jul 2010 09:12 AM PDT




Kenapa jadi begini?

Kesalahan yang sama tapi tindakan yang diambil oleh pihak Polis di dua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ini jelas berbeza. Seolah-olah mereka dikuasai oleh pihak yang berbeza walaupun ketua mereka adalah orang yang sama yang bertanggungjawab melaporkan segalanya kepada Kementerian yang sama dalam Negara yang sama.

Boleh jadi Polis di Pulau Pinang menurut perintah Ketua Polis Negara sendiri dan Polis di Selangor pula menurut perintah dari pihak ketiga seperti yang pernah disuarakan oleh Ketua Polis Negara suatu masa dulu..

Atau adakah undang-undang di dua negeri ini berbeza? Seperti berbezanya kebenaraan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, ada negeri yang dibenarkan dan ada pula negeri yang diharamkan.

Adakah kegiatan mencuri pasir di Pulau Pinang merupakan satu kesalahan tetapi tidak di Selangor, tapi jika tidak menjadi kesalahan di Selangor kenapa Pemuda UMNO mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan Negeri menghentikan kegiatan ini?

Jika di Pulau Pinang Polis bertindak menahan suspek yang disyaki mempunyai hubungan dengan aktiviti pencurian pasir berhampiran Kampung Kenanga di Balik Pulau, suspek telah ditahan pada isnin lalu dan direman bagi membantu siasatan.

Tetapi di Selangor pula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kecekapan polis Selangor yang didapati gagal menunjukkan minat dan usaha untuk membanteras aktiviti kecurian pasir walaupun setelah dilaporkan kepada polis secara bertulis dan diberikan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.

Semakin mengelirukan perlaksanaan undang-undang di Malaysia ini.

Mungkin juga pencuri pasir di Pulau Pinang itu tidak ada tangan-tangan ghaib dibelakangnya yang menghalang perlaksanaan tugas oleh Polis, tetapi di Selangor ada tangan-tangan ghaib yang berkuasa dan menakutkan polis dari bertindak..

Walaubagaimanapun Tahniah kepada Polis Pulau Pinang! Yang telah bertindak proffesional dalam isu ini dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Polis Pulau Pinang yang telah berusaha menjadikan negeri ini selamat untuk didiami..


Berita dari Pulau Pinang

Cops nab sand thief

GEORGE TOWN: Police have arrested a suspect in connection with alleged illegal sand mining activities near Kampung Kenanga in Balik Pulau here.

The suspect, believed to be an excavator driver, was detained in Balik Pulau on Monday. He has since been remanded pending investigations


On location: Farid showing the plot of land in Balik Pulau
where sand thieves have struck.

Police became involved after Pulau Betong assemblyman Muhammad Farid Saad lodged a report last week. Two excavators were subsequently seized from the site.

Balik Pulau deputy OCPD Supt Lai Fah Hin, who confirmed the arrest, said police believe a syndicate could be behind the sand theft, adding that they were hoping there would be a "break" in the case with the arrest.

In a related development, Penang MCA Youth head Eng Hiap Boon said the state government must investigate all sand mining allegations, including the one in Seberang Prai.full report read HERE

Berita dari Selangor

Cukup Bukti Diberi Tapi Ketua Polis Selangor Berpeluk Tubuh Terhadap Gejala Curi Pasir
Suara Keadilan

SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kecekapan polis Selangor yang didapati gagal menunjukkan minat dan usaha untuk membanteras aktiviti kecurian pasir walaupun setelah dilaporkan kepada polis secara bertulis dan diberikan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Abdul Khalid beliau menerima laporan bahawa pihak polis di Pulau Pinang berjaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti mencuri pasir di negeri itu, jauh berbea dengan sikap pihak polis di Selangor.

"Walaupun belum dibanteras sepenuhnya tetapi usaha polis Pulau Pinang yang cekap dan berjaya dalam masa yang singkat patut dipuji. Yang saya hairan mengapa polis Selangor belum bertindak langsung walaupun laporan telah diberi?" jelas beliau kepada media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor semalam.

Kata Menteri Besar lagi, satu laporan berkenaan kecurian pasir serta beberapa bukti yang dikumpul oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu salinan telah dihantar kepada Ketua Polis Selangor pada minggu lalu agar tindakan segera dapat diambil.

Namun sehingga hari ini wakil kerajaan Ummno-BN tersebut hanya meneruskan dengan kritikan kecurian pasir tanpa mahu mengambil apa-apa tindakan, dan polis Selangor pula mengambil sikap mendiamkan diri dan berpeluk tubuh sahaja.

"Inilah contoh bagaimana polis di bawah kerajaan Umno-BN memberikan khidmat mereka, yang sepatutnya memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku bukan sahaja berkenaan pasir malah apa jua pelanggaran undang-undang," tegas Abdul Khalid yang jelas kecewa dengan kegagalan polis mengambil tindakan tegas.

Cadangan Encik Ibrahim Menghabiskan Air Liur Saja

Posted: 22 Jul 2010 09:03 AM PDT

ENCIK Ibrahim Ali yang menang atas ikhsan Pas di Pasir Mas mencadangkan supaya Pas dan Umno dibubarkan sekiranya kedua parti itu gagal menyatu padukan Melayu. Selepas pembubaran itu kelak bolehlah ditubuhkan sebuah parti baru. Katanya parti itu nanti bolehlah menggabungkan objektif Pas dan objektif Umno.

Sebelum itu katanya perlu diwujudkan jawatankuasa pemandu untuk menyatukan kedua pati berkenaan untuk kepentingan Melayu. Jawatan kuasa itu hendaklah terdiri dari golongan akademik, profesional yang berwibawa. Mereka perlu mengambil inisitifnya.

Encik Ibrahim tidak menyebut apakah nama atau konsep parti berkenaan. Tetapi saya yakin beliau cuba menjualkan Perkasa menjadi parti politik. Kalau Perkasa jadi parti tentulah dia akan jadi presidennya. Bijak juga Encik Ibrahim.... tetapi kebodohannya terserlah juga.

Cadangan itu menggambarkan yang Encik Ibrahim seorang nasionalis tulen dan punya akar politik yang mampan. Dia menunjukkan diri lebih profesional dan ikhlas dari orang Pas dan Umno. Tetapi sayangnya dia terlupa auntuk mencerminkan dirinya sendiri sebelum melontarkan cadangan berkenaan. Muhamamd Abdullah s.a.w itu kalau dirinya kotor, cemar, bohong, tidak berprinsip dia tidak akan berani untuk melontarkan ayat-ayat Allah menerusi perantara Jibrail kerana kalau dia dalam keadaan jijik orang tidak akan menyakininya!

Cadangan itu bunyinya pratikal. Ia mudah seperti memetik jari saja. Barang kali Encik Ibrahim lupa kalaupun kedua parti itu bergabung ataupun dibubarkan orangnya, orang itu juga. Kepalanya kepala itu juga. Jadi kalau orang sama, kepala sama, bentuk pemikiran, pandangan tentang masa depan tetap juga sama.

Jawabannya cadangan ataupun penggabungan maupun parti baru itu tidak akan membawa ke mana-mana pun. Ia sia-sia saja malah orang yang bercakap ke aras itu dalam suasana hari ini tak ubah macam orang gila. Melayu hari ini Melayu sudah hilang rupa diri. Sudah hilang budaya. Sudah hilang persefahaman. Sudah hilang kata-kata hikmat yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Dan Melayu yang sudah kehilangan keberanian untuk memperjuangkan nasib mereka. Melayu yang naif dan menjadi inforiti kompleks. Melayu yang diracunkan oleh dunia asing.

Melayu sudah tidak ingat apa ertinya; menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Melayu yang sudah lupa, bidalan sesudah terhantuk baru tergadah. Melayu yang sudah lama meninggalkan semangat, bersatu teguh bercerai roboh. Melayu hari ini Melayu yang menjadi musang berbuluh ayam, atau pun Melayu yang menjadi tenggiling yang kekenyangan dalam belitan diri sendiri di dalam rongga kayu.

Jadi usahlah Encik Ibrahim beretorik dengan dunia Melayu lagi. Lupakan dunia Melayu. Kembalilah ke dunia realiti yang cerah. Melayu tidak akan bersatu dalam siasah, Melayu tidak akan bersatu dalam NGO, Melayu tidak akan bersatu dalam persatuan lagi. Melayu akan bersatu sesudah nasi menjadi bubur!

Sekali lagi saya ulangi soal perpaduan Melayu - perpaduan Pas dengan Umno sudah jadi macam tahi! SUDAH JADI MACAM TAHI! 
MSO.

Kerajaan Terlalu Berkira Beri Subsidi Kepada Rakyat

Posted: 22 Jul 2010 08:53 AM PDT

parlimen_building Dewan Negara Hari Ini
Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Senator Mohd Yusof Husin membidas kerajaan kerana terlalu berkira untuk memberi subsidi kepada rakyat tetapi dengan mudah membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan subsidi mencecah berbilion ringgit.
"Tujuh puluh tiga peratus golongan Bumiputera merupakan 'golongan mudah terjejas' kerana pendapatan mereka kadang kala cukup, kadang kala tidak cukup.

"Dua puluh peratus dari jumlah penduduk negara adalah golongan kaya tetapi berapa peratuskah Bumiputera?," soal beliau.
"Saya hendak tanya bagaimanakah kita hendak memastikan dalam RMK-10 ini supaya 73 peratus diberi perhatian sewajarnya," kata senator dari Kedah itu ketika berucap membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) di Dewan Negara hari ini.
Sistem pembelajaran pelbagai aliran
Sementara itu, Senator Datuk Firdaus Abdullah pula berkata, RMK-10 perlu kembali kepada wawasan dan rohnya sebagaimana yang ditetapkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi negara maju.
Beliau berkata, "perdana menteri keempat itu menyatakan Malaysia menjadi negara maju perlu mengikut acuan sendiri tetapi kini kita telah mengabaikannya."
Dalam ucapannya, Firdaus juga berkata, sistem pembelajaran pelbagai aliran gagal menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
"Di manakah berlaku perpaduan kerana orang Melayu dengan sitem pendidikan mereka, orang Cina dan India dengan pendidikan mereka sendiri? Seragamkan sistem pendidikan dan pelajar belajar di bawah satu bumbung," tegas beliau.
Firdaus juga berkata, sistem pendidikan kebangsaan juga gagal dan mekanisme pelaksanaan perlu dikaji semula agar mencapai matlamatnya.

Peguam Zaid gesa Mahkamah tidak pandang ringan

Posted: 22 Jul 2010 08:52 AM PDT

20090512141243_mahkamah rayuan Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa mahkamah berlaku adil dan tidak memandang ringan terhadap penyelewengan dan rasuah yang difailkan dalam petisyen berkaitan pilihan raya kecil (PRK) parlimen Hulu Selangor.
Terdahulu, hakim Azahar Mohamed membenarkan permohonan Malik untuk menjelaskan beberapa kesilapan yang tertera pada muka depan petisyen.  Bagaimanapun beliau tidak membenarkan pindaan secara bertulis dibuat dalam petisyen itu.

Malik dalam hujahnya membidas kenyataan peguam Firoz Hussien Ahmad Jamaluddin yang mewakili P Kamalanathan yang menyatakan beliau (Malik) umpama polis yang ingin membanteras rasuah.
Beliau menegaskan bahawa peguam-peguam yang mewakili Zaid bukannya polis, tetapi penyelewengan dan rasuah dalam pilihan raya mampu diselesaikan melalui mahkamah ini.
Kata beliau kepada hakim, petisyen Zaid yang bertujuan membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor adalah kerana ingin membuktikan bahawa penyelewengan undi memang berlaku, yang akhirnya memberi kemenangan kepada Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).
Rasuah dalam bentuk sogokan
imagesTambah beliau, rasuah dalam bentuk sogokan termasuk janji dibuat oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi MCA Chua Soi Lek bertujuan untuk memberi kemenangan mudah kepada calon BN.
"Menggunakan taktik sogokan adalah salah disisi undang-undang hingga jelas memberi gambaran bahawa pemimpin yang ingin memenangi sesuatu pilihan raya harus mengeluarkan wang untuk membeli pengundi.
Zaid dalam petisyennya menamakan Kamalanathan, pegawai pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.
Malik berkata, terdapat bukti yang kukuh dalam petisyen ini dan prosiding harus diteruskan untuk membolehkan mahkamah mendengar dan menilai secara telus berhubung kes ini.
Katanya, mahkamah juga tidak boleh mengetepikan rakaman yang disiarkan dalam portal internet 'Youtube' dan 'MalaysiakiniTV' mengenai janji-janji BN untuk memastikan kemenangan Kamalanathan.
Malik juga menyatakan terdapat banyak lagi kejadian rasuah yang tidak dikemukakan untuk rumusan hakim kerana bukti rasuah yang sedia ada ini sudah mencukupi.
Hakim menetapkan pagi esok untuk sambungan mendengar prosiding petisyen ini.

Lawatan sehari gagal selesaikan masalah Penan

Posted: 22 Jul 2010 08:50 AM PDT

Reaksi pembaca Cina amat berbeza, selepas Kumpulan Sokongan Penan mendedahkan tujuh kes lagi pencabulan seksual terhadap wanita Penan oleh pekerja pembalakan.  Misalnya, majalah agama (buddha) Pumen yang jarang menyentuh isu hak asasi manusia dan politik, mula memperuntukkan kolum untuk memperkenalkan kaum asli dan masalah yang dihadapi mereka.
Malah, majalah popular FRENDS juga menghubungi saya, menyatakan niat mereka untuk memberi liputan kepada isu pencabulan seksual terhadap wanita Penan.  Tidak kurang juga pertubuhan sosial dan pelajar yang juga mula prihatin terhadap situasi golongan minoriti.  Reaksi-reaksi yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa masyarakat arus perdana mula mengambil berat nasib golongan minoriti.
Namun demikian, unit kerajaan dan pegawainya pula menongkah arus, mengambil pendekatan yang sebaliknya.  Mereka cuba untuk meremehkan masalah yang dihadapi kaum asli, dengan sikap mereka yang konservatif dan pendekatan yang tertutup.  Misalnya, polis Sarawak secara terbuka menghina kebijaksanaan umum, menolak untuk menyiasat kes tersebut dengan alasan "tidak cukup peruntukan kos".
Belumpun siasatan mendalam dijalankan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Abdul Jalil menafikan kewujudan kes baru.  Seterusnya, Timbalannya Heng Seai Kie (gambar kanan) seperti biasa mendakwa bahawa dirinya akan meneliti isu ini.  Akhirnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa "lawatan satu hari" akan diadakan ke perkampungan Penan, untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap orang Penan.
Sebagai rakyat, kita amat jelas bahawa nasib wanita Penan tetap tidak akan berubah - setelah skrip habis dibaca, dan sandiwara politikus melabuh tirai.
Masalah Penan semakin meruncing
Siapa pula yang begitu naif, sehingga mengandaikan masalah boleh diselesaikan hanya kerana isu pencabulan seksual terhadap wanita Penan dibawa ke parlimen, diberi liputan dalam media dan perbincangan dihangatkan.  "Penemuan baru" Heng Seai Kie bahawa "masalah tiada dokumen juga amat serius di kalangan Penan", sebenarnya telah diungkit dalam dewan parlimen, DUN Sarawak, malah media antarabangsa sejak 30 tahun dahulu lagi.
Malah, ketika Heng menyandang jawatan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Galeri Mandarin Nasional di bawah RTM juga telah menyiarkan masalah "tiada dokumen" yang dihadapi 66 ribu orang kaum asli.
Seandainya "keprihatinan yang cukup" mampu menyelesaikan masalah Penan, maka siasatan terhadap kes pencabulan seksual akan mendedahkan kebenaran 10 tahun yang lalu, dan pekerja pembalak yang terbabit telah dijatuhkan hukuman.  Seandainya Najib ikhlas untuk mengambil berat terhadap kaum Penan, atau menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka selama 30 tahun, langkah pertamanya adalah memecat Pak Uban (Taib Mahmud, gambar kiri), Ketua Menteri Sarawak yang memerintah sejak tahun 1981.  Kemudian, singkirkan tycoon balak dan tycoon media yang menguasai sumber, kebebasan media dan ekonomi negeri Sarawak.
Namun, kita juga amat jelas bahawa bukan sahaja Najib tidak mempunyai tekad sedemikian, malah tiada niat baik yang sedemikian.  Bahkan punca yang lebih penting adalah, beliau tidak pernah memihak kepada kepentingan orang Penan, kaum asli Sarawak malah seluruh rakyat.
Menurut perangkaan banci pada tahun 2006, populasi orang Penan di Sarawak mencatat 15,485 orang, dan 9,223 orang berpusat di 69 perkampungan sekitar bahagian hulu dan tengah Sungai Baram.  Zaman tahun 1980-an yang menyaksikan pengambil-alihan tampuk pimpinan oleh Ketua Menteri sekarang, merupakan permulaan igauan orang Penan.
Pembalakan dan projek pembangunan atas nama "pemodenan" telah memusnahkan hutan dan merampas tanah mereka.  Kebanyakan orang Penan terpaksa menyesuaikan diri dengan dengan cara hidup yang amat asing untuk diri mereka.  Dan kehidupan sebegini yang mengakibatkan kebergantungan orang Penan terhadap syarikat pembalakan, dari segi ekonomi, dan menjurus kepada kejadian pencabulan seksual wanita Penan untuk puluhan tahun ini.
Saya ingin membuat andaian yang berani, bahawa PM, Menteri Wanita dan Timbalannya, malah ahli politik yang sudi "menunjukkan keprihatinan" mereka hanya membazir wang cukai rakyat dengan sekadar menjenguk ke situ.  Segala-gala akan kembali ke asal apabila mereka balik ke rumah banglo mereka yang mewah dan selesa.  Anak perempuan mereka dihantar dengan kereta rasmi, dilindungi pengawal peribadi, dan tidak akan menjadi sasaran perogol atau pencabulan seksual oleh pekerja balak.  Maka agak mustahil apabila anda menuntut supaya mereka memikirkan keselamatan wanita Penan - melainkan kalau anda memanggil Heng Seai Kie dan Menterinya untuk menumpang kereta pekerja balak ketika bekerja.
Langkah pilihanraya menghampiri?
Sesetengah orang meramalkan lawatan Najib ke perkampungan orang Penan memberi isyarat bahawa pilihan raya negeri Sarawak bakal dijalankan pada September atau Oktober tahun ini.  Apa yang buruk di sebaliknya, ia tidak memberi masa yang mencukupi kepada Pakatan Rakyat - yang baru-baru ini menang tipis di PRK Sibu dengan undi orang Cina - untuk membuat persediaan.  Apa yang baiknya, bukankah ini peluang keemasan untuk PR menggembleng gelombang kuasa rakyat dengan isu masalah Penan dan empangan Bakun?
Ini hanyalah andaian naif oleh penduduk Semenanjung Malaysia yang cetek pengetahunnya terhadap politik dan rakyat di Malaysia Timur.
Anda mungkin silap, anda mungkin betul apabila anda menuduh bahawa saya menyerah sebelum cuba sedaya-upaya.  Apa yang penting sebenarnya bukan sikap yang optimis atau pesimis, tetapi sejauh manakah kita yang biasa tunjuk keprihatinan dengan bibir ini, bersedia untuk melakukan sesuatu agar menyelesaikan masalah orang Penan secara menyeluruh?
Lawatan ke perkampungan tempatan untuk mengungkit semula luka mereka, mungkin menambah tekad sesetengah kelas wanita berkolar putih di Malaysia Barat untuk menentang keganasan.  Kenyataan media sekadar mewujudkan rasa bahawa diri kita sudah menyumbang ke arah masyarakat sivil.  Bagaimanapun, apa yang diperlukan oleh orang Penan mahupun kaum asli di Sarawak bukannya sokongan moral yang "lemah lembut" seperti ini, tetapi kuasa rakyat untuk masuk campur dalam politik dan mobilisasi sosial yang sebenarnya.
Iktibar daripada PRK Sibu
Setelah kemenangan DAP dalam PRK Sibu, elit di Semenanjung mengimbas keghairahan tsunami politik 8 Mac melalui facebook, twitter dan media internet.  Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengadakan satu forum selepas seminggu kemudian, dipenuhi dengan hadirin.  Selain ahli panel Ong Boon Keong, ahli panel dan hadirin yang lain tidak berniat untuk membincangkan bagaimana PR boleh menang dalam pilihan raya negeri yang akan datang, dan menjurus kepada pertukaran kerajaan di seluruh negara.  Sejauh manakah perang media yang dibangga-banggakan DAP dalam PRK Sibu, mujarab dalam pilihan raya negeri Sarawak?  Saya perlu mengaku bahawa saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi.
Media memainkan peranan yang mustahak apabila rakyat menembusi hegemoni BN selama setengah abad, pada 8 Mac 2008.  Keadaan ini tidak akan berlaku di negeri Sarawak yang tertutup dari segi informasinya.  Lain kata seandainya PR mempunyai strategi yang rapi untuk menembusi sekatan informasi - tetapi jika keadaan di sebaliknya berlaku, maka isu Penan dan empangan Bakun tidak akan memberi kesan kepada penduduk luar bandar, yang kebanyakannya terdiri daripada orang asli yang merupakan sebahagian besar populasi pengundi.
Di Sarawak, tiada orang membaca suratkhabar atau melayari internet di luar lingkungan 30km dari bandar.  Tiada jaringan telefon yang lengkap selain di syarikat pembalak, apabila anda berada di luar lingkungan 60km dari bandar.  Lebih daripada 5,000 rumah panjang di Sarawak, memperolehi informasi yang kadang-kalanya diterima dari RTM, dan alat VCD player yang tidak lagi digunakan di Semenanjang Malaysia.
Lain kata jikalau PR boleh mencetak puluhan ribu vcd untuk melancarkan perang informasi.  Jika tidak, dalam keadaan sumber kempen, pendidikan pengundi yang serba kurang, kadar pendaftaran pengundi yang hanya mencecah 50% - kita boleh menjangkakan bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Sarawak dan mengembalikan keadilan kepada kaum asli yang dieksploitasi - hanyalah angan-angan kosong.
Mitos PR mendarat di Timur
85 kerusi parlimen daripada jumlah 222 kerusi secara keseluruhannya berada di Malaysia Timur.  Hanya ahli politik yang kekurangan imaginasi politik akan meremehkan kepentingan untuk mendarat ke Timur - sebagai langkah keperluan untuk pertukaran kerajaan.  Apa yang pelik, amat kurang wakil rakyat PR yang sudi memandang berat realiti bahawa nilai undi di Sarawak lebih tinggi daripada undi di Malaysia Barat.  Malah, pertubuhan dan NGO di Semenanjung juga bersikap sedemikian.
Ia tidak bermakna bahawa Sarawak tidak memiliki syarat untuk mencetuskan tsunami politik sebagaimana yang berlaku pada 8 Mac 2008.  Namun, penduduk kaum asli di kampung yang ditindas di bawah kuasa pemerintahan "Pak Uban" langsung tidak memiliki kelayakan untuk mengundi.  Menurut perkiraan Ong Boon Keong, hanya separuh daripada penduduk kawasan kampung yang layak undi mendaftarkan diri sebagai pengundi.  Dengan kata lain, mendaftarkan mereka yang layak untuk mengundi, bukan sahaja kewajipan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil, malah kunci yang menentukan kemenangan PR dalam pilihan raya negeri mahupun PRU.
Kalau tewas dalam PRU, malah kerajaan negeri dikekalkan, maka orang Penan akan terus dieksploitasi oleh gerombolan yang mana kuasa politik dan ekonomi saling bersubahat.  Dalam keadaaan sedemikian, keselamatan wanita Penan akan terus diancam dalam hutan yang tumbuh dengan cakar pekerja pembalak.
Jadi, seandainya kita tidak mahu igauan wanita Penan berulang pada 20 tahun yang akan datang, maka kita seharusnya tidak menaruh harapan terhadap "lawatan sehari ke perkampungan Penan", sebaliknya dengan sungguh-sungguh menggerakkan pendaftaran pengundi, menyumbang untuk memacu momentum kepada pendemokarasian Sarawak, malah seluruh negara.
*Chou Z Lam ialah bekas penerbit TV2, untuk rancangan Galeri Mandarin Nasional

Siapa Bayar Peguam Balasubramaniam Jadi Tanda Tanya

Posted: 22 Jul 2010 08:43 AM PDT


KUALA LUMPUR: Isu beberapa banyak wang dan siapa yang membayar peguam untuk menemani bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam semasa di London dan Paris dibangkitkan hari ini.
Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang menjadi tanda tanya kini ialah berapa banyak wang yang dibayar kepada peguam-peguam yang bukan hanya menemani Balasubramaniam di London tetapi juga ke Paris.
Balasubramaniam, yang kini dilaporkan berada di India, telah membuat akuan bersumpah berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 3 Julai 2008, dan keesokannya menariknya balik dan menggantikan dengan akuan bersumpah kedua melarikan diri ke luar negara.
Anuar mengulangi saranan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyiasat sumber bayaran yang diterima peguam berkenaan. - BERNAMA

Nik Aziz: Umno, PAS tidak boleh jalin kerjasama politik

Posted: 22 Jul 2010 08:40 AM PDT

TANAH MERAH,  22 Julai – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas PAS dan Umno tidak boleh berunding daripada segi politik kerana kedua-dua parti itu mempunyai dasar parti yang berbeza.
"Keputusan itu bukan keputusan saya, tetapi telah diputus oleh parti (dalam muktamar PAS) di Ipoh dua tahun lepas.
"Tak boleh... Umno dasar lain, PAS lain, tak boleh kerana dasar kedua-dua parti itu berlainan antara satu sama lain," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan kilang lombong emas usahasama CNC Goldmine Limited dari China dengan Perdabanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kampung Sokor, dekat sini.
Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi bahawa PAS dan Umno masih mempunyai harapan untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu. – Bernama

Tiada ulasan: