RAKYAT MARHAEN |
- Formalised Pakatan council aims to wrest Sarawak
- Pakatan to zero in on Taib's wealth
- Reformasi Najib mentadbir negara kecewakan rakyat
- Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada UMNO@BN'
- Bekas sarjan TUDM mohon perlindungan
- Petronas juga sedang dirompak dari dalam secara licik
- The attacks on the natives must stop
- BERITA PELIK LAGI MELIK
- Alahai UMNO..Sebab Dok Buat Kelaku bengong macam nie yg org payah nak BERSATU dengan hangpa tuu..!!
- Pelancaran Team Wanita Pahang (Tawan) Tercemar Bila Tiga Pemimpin Ditahan Polis Ketika Adakan Demonstrasi Di Kuantan Petang Semalam
- PAS atau mufti yang retorik?
- Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno
- SPRM: ‘Kami tidak diam diri, isu pasir dipolitikkan’..tak perlu laporan tindakan boleh diambil..??
- Main kacang hijau - Harussani mengaku !
- APABILA MUFTI BERCERAMAH POLITIK UMNO
- Pemimpin Bijak Berjiwa Rakyat
- Melayu Masih JUARA..!!!!
- DISERAK BERTALU TALU - HINGGA TEMBOK PECAH DARI DALAM
- Melayu: Jangan takut jika Umno hilang kuasa, PAS ambil alih
- Media dan pilihanraya
- SPRM: Panggil saksi tambahan tertakluk afidavit Bala minggu ini
- Who makes a better opposition?
- MCA Yakin Manfaat Penyelarasan Subsidi Untuk Rakyat ..Cukong MCA bertambah kaya..!!
- KJ dakwa FAM gagal, tak pertahan kerusi..tau tak pe..!! UMNO gagal..bila mau letak jawatan..?
- Muhammad Muhamad Taib Contoh terburuk Pemimpin UMNO...ha..ha..ha..dulu semua wangi..!!!
| Formalised Pakatan council aims to wrest Sarawak Posted: 18 Jul 2010 08:57 PM PDT By Joseph Tawie KUCHING: For the newly minted Pakatan Rakyat Sarawak Council (PRSC), there is only one singular aim – 'to form the next state government.' "That is the only reason we are here.Our aim is to form the state government and this must be clearly understood by the people," said Sarawak DAP chairman Wong Ho Leng at the inaugural meeting of the PRSC. Wong who chaired the meeting of Pakatan Rakyat Sarawak coalition - PKR, DAP, Sarawak National Party (SNAP) and PAS – said five representatives from each party would sit on the council. He said that the four parties had agreed on a common manifesto and a common slogan. "The most important thing is that we have unanimously concluded that we must get ready for the coming election that may be called any time now. "Secondly, we are going for power. This must clearly be understood. The people of Sarawak have suffered so much under Taib Mahmud's hegemony and the Barisan Nasional. It is time to change," he told a press conference. "It is our aim to form the next government and for that we must capture 36 seats. "In the event that we cannot form the state government, we must deny them the two-third majority," Wong said. He said the meeting did not discuss the seat allocation as each party has its own sub-committee to deal with it. "We want the sub committees to deal with the seat allocation and are giving them more time to look into the dynamic and geographical of the constituencies. "We want to ensure that there will be one to one fight in all the constituencies," he said. Pakatan council a reality Sarawak PKR chairman Baru Bian said that the formation of council was finally realised after the formalisation of Pakatan Rakyat Sarawak during the Sibu by-election in May. "Today the council is a reality and with its formation we can really move together and focus on the coming state election," he said, describing its formation as historic in Sarawak. SNAP president Edwin Dundang told the press that his party was very happy to be a member of the Pakatan Rakyat. "We are here to start a two-party system for Sarawak and Malaysia. "It is just the beginning and under the two-party system we have the opportunity to go for power in the state," he said. Mohd Fidzuan Zaidi of PAS described the formation as a historical moment and pledged to work together with other members of the Pakatan. The next meeting of the council will be organised by PKR and its chairman will chair the meeting. This will be followed by SNAP and PAS in that order. | ||||
| Pakatan to zero in on Taib's wealth Posted: 18 Jul 2010 08:56 PM PDT By Joseph Tawie KUCHING: Sarawak's Chief Minister Abdul Taib Mahmud's leadership and the exposure of his family's overseas properties will be one of the main campaign issues to be used in the coming state election. In the past month or so, Taib's and that of his family's properties in Canada, America, Australia and England worth billions of ringgit have been exposed by websites and blogs. "Taib's rule of Sarawak and his properties overseas have been discussed in detail in our election courses in Kuching," said Mustaffa Kamil Ayub, chairman of Keadilan Academy. "These issues will form the core issues of our campaign strategy in the coming state election," he added. "Our branch leaders need to know all the issues so that they can inform the rakyat, especially those in the rural areas," said Mustaffa. "The rakyat have been fooled and threatened, so it is our duty to inform them about the truth and, at the same time, to instil courage against BN's culture of fear. "The people are smarter now and they can judge for themselves. There are a number of ways how we can disseminate this information; some by leaflets and others by conventional methods," he said. Mustaffa returned to Kuala Lumpur today after organising election courses in Kuching, which were attended by grassroots and branch leaders of the party. The academy is tasked with organising 10 principal programmes to build a firmly-grounded and dynamic future for Keadilan, which has the potential and capacity to shape Malaysian political history by promoting the spirit of reform, a new culture and a new style of politics. 'Voters smarter now' On PKR's election preparation, Mustaffa said the party is well-prepared to face the election and is likely to contest more than half of the 71 state seats. "PKR is expected to be the biggest party in Pakatan Rakyat contesting in the polls," he said. Commenting on the BN's confidence of victory in the coming state election, Mustaffa said the BN leaders had to say it in order to give confidence to the rakyat. "But the voters are smarter now, clever and more analytical. They can take the money, but they will vote for Pakatan as is evident in the recent by-election in Sibu. "In every election, they will give 100 grants and in 10 elections they will give 1,000 grants. "The people have the right to all these grants; in fact, such grants like electricity and water are their rights and these rights have been delayed as they have been waiting for too long," he said. "The people can no longer be fooled," he added. | ||||
| Reformasi Najib mentadbir negara kecewakan rakyat Posted: 18 Jul 2010 08:47 PM PDT Sebaik sahaja parlimen tamat bersidang, maka Najib dengan angkoh dan sombong telah menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) dengan serta merta dengan menjadikan rakyat sebagai lembu pawahnya. Rakyat dipaksa menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Najib itu. Malah semua media yang dikawal oleh Najib telah diarah tidak melaporkan berita kenaikan harga tersebut secara yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat, sebaliknya media diarah memutarbelitkan fakta dan memanipulasikan angka supaya Najib dapat membentuk suatu pendapat awam bahawa rakyat melihat kenaikan itu wajar untuk menstrukturkan semula subsidi dan menghalalkan tindakan Najib menghentikan subsidi untuk rakyat demi kepentingan Negara dan pentadbiran Najib sendiri. Begitulah dashatnya rakyat diperbodohkan dan ditipu oleh Najib. Segala kejahatan Umno dan para pemimpinnya disembunyi, diselindungi dan dipertahankan dengan menggunakan kuasa yang ada ditangannya. Jahat sungguh kaedah beliau mengurus tadbir Negara. Rakyat berjaya dilembupawahkannya tidak mempunyai banyak pilihan terpaksa menerimanya dengan hati yang luka berdarah. Kenaikan ini pasti akan dituruti dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pula. Kehidupan rakyat menjadi bertambah susah dihimpit kesengsaraan yang dilakukan oleh Najib. Selepas ini seperti kebiasaannya tariff elektrik juga akan turut dinaikkan dengan alasan kos bahanapi meningkat. Dalam pada itu, sudah tentu dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, maka inflasi turut sama meningkat tinggi melebih 1.5 % seperti tercatat pada April lalu.Sedangkan pada masa yang sama setiap tahun Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power yang mendapat subsidi kerajaan RM20 billion setahun tidak diusik oleh Najib terus mengaut keuntungan. Taikon-taikon ini dianakemaskan dan rakyat diperhambakan. Tergamak Najib mempergadaikan kebajikan rakyatnya tanpa mahu memperbetulkan kesalahan urus-tadbir negera yang penuh dengan berbagai skandal. Rakyat tidak sempat bersuara melalui para pemimpin Pakatan Rakyat menentang kenaikan ini kerana persidangan parlimen telah ditamatkan. Najib dengan sengaja tidak mahu sedar dan tidak mahu akur dengan kesusahan dan penderitaan rakyat menaikkanya dengan serta merta. Sekiranya Najib dan Umno kekal berkuasa selepas PRU ke-13 nanti, kehidupan rakyat akan menjadi semakin susah dan bertambah menderita apabila subsidi yang dinikmati oleh rakyat selama ini akan ditarik balik secara beransur-ansur kononnya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui program penarikan balik subsidi bagi mengelak Negara jatuh bangkrap pada tahun 2020 Hakikatnya, penjimatan boleh dilakukan melalui urus niaga perniagaan yang dijalankan oleh GLC-GLC yang mampu dan berupaya membuat keuntungan bukan berpotensi menanggung kerugian seperti yang berlaku sekarang yang memaksa kerajaan mengambil wang rakyat berbillion ringgit untuk menyalamatkan GLC-GLC yang terbabit. Perlakuan pembaziran yang berluasa dalam berbagai sektor, masalah rasuah dan penyelewengan yang bernilai jutaan malah sampai peringkat berbillion-billion ringgit menjadikan kerajaan miskin papa kedana. Cara mudah pada fikiran Najib adalah dengan memaksa rakyat membayarnya melalui kenaikan harga petrol, gas, tol dan tariff elektrik. Pengumuman yang dibuat secara mengejut itu menunjukkan bahawa Najib seorang PM yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat di parlimen. Sekiranya parlimen masih meneruskan sidangnya, sudah tentu isu kenaikan harga ini akan menjadi isu yang pasti hangat diperbahaskan dari segi kewajaran beliau menaikkan harga barangan tersebut. Oleh itu, strategi yang diambil oleh Najib ialah menunggu persidangan dewan rakyat tamat bagi mengelak dirinya terjebak daripada serangan wakil-wakil rakyat Pakatan di parlimen. Beliau sendiri sedar bahawa tentu akan berlaku satu protes, para pemimpin Pakatan di parlimen akan menentang habis-habisan demi menjaga kebajikan keseluruhan rakyat di negara ini. Ia bukan seperti Umno (baca: Najib) sekadar menunggu pilihan raya baru hendak turun menunjukkan keprihatian terhadap kehidupan rakyat seperti yang berlaku di Hulu Selangor dan di Sibu baru-baru ini. Rasuah pilih raya (membeli undi) di kedua-dua pilihan raya kecil tersebut berlaku secara jelas dan terang telah dilaporkan oleh media dan ia dilakukan sendiri oleh Najib tanpa ada sedikit perasaan untuk menjaga maruah dan harga dirinya daripada di pandang rendah oleh rakyat di dalam negara ini dan juga masyarakat antarabangsa. Matlamatnya hanya satu untuk kuasa dan beliau sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa termasuk sanggup bertindak segala upaya (tanpa mengambil kira halal-haram) bagi membunuh karektor seseorang (Anwar Ibrahim sasarannya) seperti kata Saiffuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR di lobi parlimen baru-baru ini. Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, perkara sekeji dan sehina itu SPRM, SPR, Polis dan Peguam Negara memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan setiap laporan yang dibuat kerana mereka membuat dalih, bahawa ianya adalah halal dan sah kerana Najib bukan calonnya. Walau apa pun alasan yang diberi, perbuatan tersebut tidak patut berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan diurus-tadbir dengan kaedah terbaik, yang mengamalkan demokrasi tulin, pemimpinnya bertolenrasi, berintergreti dan perkara-perkara yang molek-molek disebut tentang Malaysia seperti yang diwar-warkan ke seluruh dunia oleh APCO yang diupah oleh Najib seperti yang selalu disebutkan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR. Jadi, beliau menunggu sehingga tamatnya sidang parlimen, baharulah ia mengumumkan kenaikan tersebut dan para pemimpin Pakatan tidak ada saluran rasmi bagi menyuarakan bantahan tersebut. Sekiranya ada bantahan dari rakyat melalui demontrasi atau sebagainya selepas ini, PDRM khususnya FRU telah bersiap siaga bagi mengilap kembali kepakaran mereka menghadapi para demontrator yang mana mereka sendiri mulai lupa kaedah penggunaan peralatan pencegah demontrasi kerana sudah lama benar tidak ada demontrasi yang menentang dasar kerajaan, yang ada pun ia selaras dengan kehendak kerajaan bukan menentang kehendak kerajaan. Sebelum itu, Najib telah bertindak bijak, terlebih dahulu melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengangtung sementara penerbitan Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) bagi menghalang akhbar-akhbar parti ini mengeksploitasikan dan menerbitkan berita, laporan serta ulasan mengenai kenaikan harga barangan ini yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat bersama Pakatan Rakyat menentang kenaikan harga tersebut boleh mengugat kerajaan beliau sepertimana yang berlaku terhadap Abdullah dulu. Najib menjadikan kes pengeluaran lesen judi bola sepak sebagai teladan kerana kebebasan akhbar-akhbar ini menerbit, melapor dan memberi berbagai ulasan telah berjaya mempengaruhi fikiran rakyat. Rakyat bangkit beramai-ramai menentang kerajaan meluluskan lesen perjudian itu sehingga Najib terpaksa tunduk dan menarik balik lesen yang telah diberi kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports Sdn Bhd anak syarikat Berjaya Group. Berita terbaru yang didengar bahawa permit Harakah (PAS) telah diperbaharui dan Harakah boleh diterbitkan semula seperti biasa, tetapi dengan syarat yang amat ketat dan tidak masuk akal yang dikenakan oleh KDN (baca: Najib) dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Ini juga bertentangan apa yang diperkatakan oleh APCO yang mempromosikan Najib dan Malaysia di pentas dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan media. Dalam negara yang dikatakan moden dan maju ini, undang-undang lapok yang menyekat saluran penyampaian pandangan kedua seperti yang diamalkan oleh Najib sudah tidak digunakan pakai lagi oleh kebanyakan negara (kecuali di negara-negara yang diperintah oleh diktator dan junta tentera) kerana masyarakat kini sebahagian besarnya adalah celik IT yang mampu mengakses maklumat daripada berbagai sumber. Saya amat tidak bersetuju cara Najib menutup suara rakyat (pandangan kedua) dengan tidak mengeluarkan permit penerbitan. Kita ada kaedah yang lebih bertamadun iaitu melalui tindakan undang-undang (kita juga tahu sistem keadilan di bawah tunjuk Najib, tetapi sekurang-kurang kita juga perlu berhujah) bagi mendisiplinkan media supaya ia melaporkan dan mendedahkan perkara benar bukan berbentuk fitnah, mengadu-domba, propaganda yang melampau dan racist seperti Utusan Malaysia. Walaupun ia pahit bagi Najib, tetapi ianya juga baik bagi Najib untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan itu. Najib tidak boleh mengharap media pembangkang sealiran dengan media di bawah kawalan beliau. Dasar pembangkang adalah berbeza dengan dasar Najib sebagai kerajaan yang memerintah. Kerajaan memandang serong terhadap pembangkang dan pembangkang juga memandang serong terhadap kerajaan. Pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan kerajaan juga memburuk-burukkan, menghina dan memperlecehkan pembangkang. Itu adalah lumrah berpolitik. Adalah mustahil kerajaan akan bersetuju dengan pembangkang dan begitu juga dengan pembangkang adalah mustahil bersetuju dengan kerajaan. Masing-masing akan berlumba-lumba mencari keburukan dan kelemahan lawan dan akan mendedahkannya kepada rakyat supaya rakyat dapat berfikir 'siapa yang paling layak' diberi mandat untuk mentadbir negara ini bagi menjaga kebajikan mereka. Kalau kaedah ini Najib tidak suka, Najib boleh pinda perlembagaan bagi membolehkan UMNO memerintah sampai kiamat. Haramkan semua parti-parti politik yang wujud, kecuali UMNO. Seluruh rakyat Malaysia secara otamatik menjadi ahli UMNO. Habis cerita. Najib tidak perlu lagi pening kepala memikirkan kaedah macam mana hendak menarik rakyat untuk menyokongnya semula (baca:UMNO). Seperti yang diketahui, mana pada masa kini rakyat sangat benci dan meluat tenguk muka para pemimpin UMNO yang berjuang semata-mata untuk mengejar kuasa, kedudukan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri bukan berjuang untuk kepentingan rakyat. Malah, apa yang Najib perlu takut sangat terhadap pengaruh yang mungkin boleh di bawa oleh akhbar-akhbar parti ini yang penerbitannya sangat terhad untuk mempengaruhi pemikiran rakyat, berbanding beliau yang mempunyai berbagai prasarana yang hebat untuk mempengaruhi dan mengongkong fikiran rakyat 24 jam melalui berbagai saluran dan media yang dimilikinya. Persepsi rakyat sekarang ialah pentadbiran Najib diresapi oleh ideologi Mahathirisme kerana tindak-tinduk Najib kebalakangan ini persis di era pentadbiran Mahathir yang sangat anti kebebasan bersuara. Mahathir mengongkong dan mengekang kebebasan media dan menutup percambahan fikiran melalui ceramah, dialog dan sebagainya, kecuali program yang memuji dan memuja pentadbirannya. Akhirnya, Mahathir sendiri mengalami berbagai kekangan untuk bercakap dan berkarya di era Abdullah Ahmad Badawi memerintah. Berbalik kepada isu kenaikkan harga barangan tadi, alasan yang diberi oleh Najib ialah kenaikkan harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula adalah sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Kata beliau penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini. Alasan yang diberi oleh Najib tidak boleh diterima pakai kerana di era Abdullah memerintah dulu pun minyak dinaikkan terlampau tinggi, harga petrol di pasaran ketika itu dinaikkan dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 ke RM2.58 seliter (kemudian diturun akibat tentangan rakyat). Abdullah kata ia telah menjimatkan sekitar RM14 bilion hasil pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi. Sebanyak RM4.5 billon akan disalurkan untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam dan rakyat diberi bayaran rebet kenderaan sebanyak RM625.00 setahun. Penjimatan sebanyak RM4.5 bilion itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Sebenarnya Najib tidak mengotakan janjinya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Najib tidak prihatin terhadap kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhaana, petani, penternak dan nelayan. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Negara di bawah pentadbiran Najib banyak membazirkan wang rakyat berlaku. Contohnya, perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sahaja telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Najib, Rosmah Mansor. Kenaikan barangan ini akan diikuti dengan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Ini sudah tentu menjejaskan kehidupan rakyat biasa. Sebenarnya, Najib tidak perlu menaikkan harga barangan tersebut bagi tujuan penambah pendapatan negara, tetapi beliau perlu urus- tadbir negara secara berhemah dan tidak membazir, tidak rasuah dan tidak untuk berkepentingan politik. Lihat pembayaran terhadap perkhidmatan APCO sahaja mencecah RM77 juta. Sime Darby yang mengalami kerugian sebanyak RM946 juta diselamatkan dengan memberi pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. Skandal PERWAJA, duit rakyat lesap RM10 billion, skandal PKFZ bernilai RM13 billion dan macam-macam skandal lagi. Duit FELDA pula dibelanjakan untuk projek bukan bidang FELDA seperti melabur dalam ternakan lembu, hangus RM688 juta, melabur dalam bio-diesel, lesap RM3 billion, pembinaan pejabat FELDA RM662 juta. KTMB mengalami kerugian RM500 juta kerana pembelian 38 gerabak Gandaan Elektri dari Syarikat Zhu Zhou Elektrik Locomotive Co.Ltd daripada China dan terbaru Khazanah Nasional yang diterajui oleh Najib bersetuju membeli rangkaian hotel mewah dan popular, Awan Resort dan DLF yang bernilai RM1.225 billion. Kesimpulannya, tindakan Najib itu dilihat sebagai jalan mudah bagi beliau untuk meningkatkan pendapatan negara dengan memeras keringat rakyat yang mudah diperlembupawahkan ikut suka hatinya sahaja tanpa mengambil kira pembaziran dan menyalahgunaan wang rakyat yang diamanahkan kepada beliau untuk menguruskannya. | ||||
| Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada UMNO@BN' Posted: 18 Jul 2010 08:45 PM PDT Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan. Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal. "Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari. Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini. "Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi. Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian. "Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno. "Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi. | ||||
| Bekas sarjan TUDM mohon perlindungan Posted: 18 Jul 2010 08:44 PM PDT Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini tegang ketika peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran memfailkan permohonan perlindungan di sebuah bali polis berhampiran.
Kedua-dua peguam utamanya, N Surendran dan Lateefa Koya kemudiannya menghampiri seorang daripada 'pegawai' yang tidak memakai pakaian seragam itu. "Dia mengakui yang dia adalah seorang pegawai tetapi menafikan bahawa dia seorang saksi ataupun terlibat dengan kes berkenaan," kata Surendran. "Dia dan seorang lagi pegawai mendakwa hanya menemani seorang pegawai lain yang hadir di mahkamah. Ditanya sama ada pegawai itu masih berada sekitar, dia menjawap tidak tahu." Tharmendran dan peguamnya hadir untuk memfailkan laporan polis kerana mendakwa pada Sabtu lalu terdapat teman lamanya yang cuba menahannya sebelum perbicaraan kesnya Isnin ini. Men
"Ibu bapanya bagaimanapun berkata mereka tidak tahu di mana anaknya berada selepas meninggalkan rumah akhir-akhir ini untuk menetap di tempat lain," kata Surendran. Tharmendran sebelum ini diikatjamin dengan RM50,000. Beliau dituduh mencuri - dan bersubahat mencuri - dua enjin jet daripada Pangkalan Tentera Udara Subang pada Disember 2007.
Sebelum itu, hakim Hayatul Akmal menangguhkan perbicaraan Tharmendran, sementara menunggu keputusan dua permohonan yang difailkan oleh peguamnya di mahkamah sesyen dan mahkamh tinggi. Permohonan pertama difailkan pada 15 Julai di mahkamah sesyen - memohon dokumen lanjutan daripada pihak pendakwa berhubung dakwaan kecurian enjin jet. Permohonan kedua pula difailkan pada 16 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam memohon kes Tharmendran ditolak kerana proses sewajarnya tidak dipatuhi. Ti
Hadir pada perbicaraan ini adalah tertuduh bersama K Rajandran Prasad, yang diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo. Pihak pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Ishak Muhamad Yusof. Mahkamah sesyen menetapkan 6 September sebagai tarikh sebutan kes dan sambungan perbicaraan. | ||||
| Petronas juga sedang dirompak dari dalam secara licik Posted: 18 Jul 2010 07:43 PM PDT Sejak akhir-akhir ini kita sering membaca di dalam blog dan media alternatif mengenai 'concern' terhadap budaya baru yang diserap di dalam jabatan awam - iaitu budaya menyambung kontrak selepas persaraan. Pihak pengurusan yang memperkenalkan budaya ini sebenarnya mempunyai kepentingan diri sendiri, iaitu apabila mereka mencapai umur persaraan kelak, mereka pula akan diberi peluang yang sama. Tidak diketahui oleh kebanyakan orang awam ialah budaya ini juga menular ke dalam syarikat milik kerajaan, iaitu Petronas. Bezanya ialah keadaan menjadi lebih parah di dalam Petronas kerana sebagai sebuah syarikat minyak, pelbagai jawatan bergaji sangat tinggi boleh dicipta sebagai "tabung persaraan". Penasihat teknikal, training consultant dan bermacam-macam jawatan bergaji tinggi (sehingga berpuluh-puluh ribu RM sebulan) boleh dicipta di dalam persekitaran ini tanpa boleh dipersoalkan oleh orang awam termasuk ahli politik pembangkang yang berada di luar kompleks pejabat Petronas. Hanya mereka yang berada di dalam persekitaran ini dan terlibat dalam aktiviti kerja harian dengan mereka sahaja yang tahu situasi sebenar. Budaya menyambung kontrak selepas persaraan dilakukan di kalangan pesara jawatan bertaraf pengurus kanan. Untuk pesara jawatan lebih tinggi seperti General Manager (Pengurus Besar) dan CEO syarikat2 subsidiari Petronas (yang jumlahnya berpuluh2), cara yang dilakukan untuk menambah "tabung persaraan" mereka adalah lebih dahsyat lagi. Kalau pesara jawatan pengurus kanan disambung kontrak dengan jawatan yang entah apa-apa yang bergaji sehingga di dalam lingkungan 20-30K, pesara Pengurus Besar dan CEO pula akan menubuhkan syarikat konsultan dan akan diberi projek oleh syarikat Petronas di mana beliau pernah menjadi CEO dahulu. Cuba bayangkan, CEO baru semestinya mempunyai hubungan yang intim, malah terhutang budi kepada CEO yang lama kerana memberi performance rating yang bagus kepada beliau sehingga berjaya menjadi CEO. Sekarang syarikat konsultan yang baru ditubuhkan oleh bekas CEO pula masuk ke dalam tempat kerja lamanya untuk menawarkan khidmat "konsultan". Daripada pengalaman, syarikat konsultan baru ini diberi projek secara terus (tanpa open tender). Di dalam syarikat seperti Petronas, surat sokongan dari engineer yang disahkan oleh Pengurus Kanan atau CEO sudah cukup untuk mengjustifikasikan pemberian kontrak secara runding terus. Ini kerana bidang teknikal adalah sangat khusus dan tiada pihak yang faham perkara tersebut untuk menyoal lebih-lebih. Syarikat konsultan ini mendapat kontrak bernilai berjuta-juta ringgit hanya dengan menemuramah para pekerja kilang seperti panel operator dan sebagainya. Pandangan-pandangan ini dijadikan feedback dan kemudian data kepada syarikat mereka. Beberapa bulan kemudian, mereka akan menyerahkan laporan ini kepada anak syarikat Petronas dan "Preliminary Report", "Feasibility Study Report" dan sebagainya ini adalah delivery projek mereka. Walaupun setiap tahun laporan-laporan konsultan ini lenyap atau mengumpul debu di dalam mana-mana rak, proses ini terus berulang. Diharap pihak kerajaan meneliti dan mengambil tindakan segera supaya Petronas menjadi lebih accountable pada masa akan datang. Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak mencucuk naluri hati mereka (doesn't prick their conscience) kerana mereka merasakan pihak kerajaan juga dengan rakus memerah hasil Petronas. Jadi mungkin mereka berpendapat, jika mereka tidak mengambil kesempatan ini, mereka akan kerugian kerana pihak kerajaan juga banyak membazirkan wang Petronas. Bersama-sama kita hentikan aktiviti merompak Petronas ini samada dari luar (oleh kerajaan) atau dari dalam (oleh bekas pengurus dan CEO Petronas). | ||||
| The attacks on the natives must stop Posted: 18 Jul 2010 07:41 PM PDT By Paul Raja What has been reported about the assault on Penans in Limbang last month is what surfaces. There are so many problems that went unreported and the native people have suffered in silence. No one takes pity on them. It has become a routine when a native is being victimized by a the logging company. This is just one of the many incidents that managed to surface. There are many more that have been suppressed or unknown. To the natives, it has become a normal challenge in their daily lives. They have been told and indoctrinated that these are part of the process of politics of development. As such you are not to or cannot question the effect that you may suffer. But above all, the people have been instilled with the spirit of fear. They people fear the authorities and Chief Minister Taib Mahmud so much. For no apparent reason. But that is the reality. They fear him so much. People are told that if they go against the logging companies, they are fighting the government. They are fighting against development. The consequences that may follow if they fight the government are: 1.There will be no development; 2.There will be no project for the village; 3. The schools in the village will be closed; 4.The clinics in the village will be closed; 5. The police will arrest them; 6. If they have children working in the government department, they will be dismissed; 7. Their children will not be entitled to government scholarship; 8. They will not be given any contracts; and many others. Of course these are the usual BN tricks against the rural folks; but they work wonders among the natives. The fact remains that the people fear Taib so much. This fear must be broken. People must vote and act based on a rational thinking not out of fear. Just wonder, whether the situation is similar to those employed by the KGB in Russia during the Soviet Union era. To break this spirit of fear in the people; all people must pray for freedom and liberty from the control of the spirit of fear. Once the people are liberated and freed from the spirit of fear, they will no longer be subjected to any manipulation. Then what had happened to the Penan in Limbang will not recur. Paul Raja is a human and native rights lawyer. He is also a state level PKR leader. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 07:27 PM PDT PARA DEMONSTRAN MENYURUK TIDAK MAHU GAMBAR DI AMBIL ![]() 300 BANTAH PENUTUPAN IKYS - melayau Lebih 300 orang termasuk pelajar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) berhimpun secara aman di pekarangan IKYS di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan negeri menutup institut itu secara mendadak Jumaat lalu. Pelajar terlibat mendakwa, mereka hanya mengetahui tentang penutupan institut tersebut dan arahan berpindah ke Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) di Kuala Selangor minggu lalu selepas menghabiskan cuti semester baru-baru ini. Selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang diketuai Mohamad Khir Toyo, waris keluarga pelajar terlibat turut menyertai perhimpunan hampir dua jam yang bermula pukul 10.30 pagi itu di pekarangan IKYS Bagan Terap.. 500 BERKUMPUL BANTAH PENUTUPAN IKYS – berita hairan Lebih 500 orang mengadakan perhimpunan aman di sini, semalam bagi membantah penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu terjejas. Perhimpunan aman yang bermula jam 10.30 pagi sebelum berakhir sejam kemudian di hadapan bangunan IKYS itu turut mengecam keputusan kerajaan negeri menyerahkan nasib pelajar institut berkenaan kepada pengurusan Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) yang dikatakan mengenakan yuran pengajian lebih mahal. Selain pelajar IKYS, perhimpunan berkenaan turut disertai ibu bapa; Ketua Pembangkang, Mohamad Khir Toyo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). KAH KAH KAH… woit…. MADEY DEMO BUKAN BUDAYA KITA?...kah kah kah.. woit… SYABAS ! … DEMO BUDAYA ADALAH KITA….kah kah kah.. kah kah kah… LEPAS NI TURUN DEMO DENGAN PROTEST KERANA HARGA MINYAK NAIK…. kah kah kah.. woit… TAPI PELIK… MELAYAU KATA 300 ORANG… kah kah kah.. kah kah kah…BERITA HAIRAN KATA 500 ORANG… kah kah kah.. woit… GAMBAR TAK ADA PUN ORANG… kah kah kah.. woit… SELALU KALAU KUTUK KERAJAAN PAKATAN… MESTI ADA GAMBAR….kah kah kah… kah kah kah… PELIK BIN MELIK...…GAMBAR TOYO DENGAN MEGAPONE PUN TARAAAK… kah kah kah.. kah kah kah… NAMA ADUN YANG TURUT SERTA PUN TARAAAA….HANYA DAN LAIN LAIN…. kah kah kah nota: kepada penyokong pakatan di padang terap sila beri perhatian betul atau tidak berita ini kemudian tolong ajar anak anak muda cara berdemo kemudian ajak mereka turun demo bersama tolong ajar toyo cara pakai megapone dan tunjukkan kedai mana boleh beli megapone kecil tapi suara kuat jangan lupa ajar toyo bila beli barang minta resit kah kah kah TT. | ||||
| Alahai UMNO..Sebab Dok Buat Kelaku bengong macam nie yg org payah nak BERSATU dengan hangpa tuu..!! Posted: 18 Jul 2010 07:26 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() Surat-surat ini jelas menunjukkan UMNO memperalatkan jentera kerajaan dan masjid bagi menghalang PAS menjalankan aktiviti kemayarakatan. Permohonan PAS untuk menggunakan semua kemudahan yang menjadi hak rakyat dihalang tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Program "PAS untuk Semua" berbentuk aktiviti kemasyarakatan. Tempat-tempat yang dipohon seperti Padang di RTBK dan Padang Bola di Kg Bagan Baru adalah untuk menjalankan kegiatan seperti rawatan & pemeriksaan kesihatan kepada semua rakyat, perlawanan bolasepak, sukaneka, pertandingan masakan, kenduri rakyat dan sebagainya. Tidak ada ceramah politik dalam program tersebut. Ceramah politik dipohon pada sebelah malam 18hb. Itupun polis tidak memberi kebenaran atas alasan keselamatan. Yang lagi dikesalkan permohonan bagi menggunakan peralatan gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah perkuburan juga tidak diberi kebenaran oleh Majlis Daerah Selama. Program Kuliah Maghrib juga dihalang oleh Pengerusi Masjid, sedangkan penceramahnya adalah Pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak. Pihak pengurusan Felda Ijok juga menghalang sebarang aktiviti di premis felda. Penganjur dan peneroka diugut dan diancam oleh felda sekiranya diteruskan dengan meminta pihak polis membuat tangkapan sekiranya diteruskan. Semua premis rakyat sekarang ini telah menjadi milik UMNO, rakyat lain yang bukan UMNO tidak dibenarkan menggunakannya. Pakatan Rakyat selama 11 bulan memerintah telah berjaya membebaskan penguasaan UMNO terhadap milik bersama rakyat, semua premis kerajaan dibenarkan digunakan oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 07:26 PM PDT PDO. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 07:19 PM PDT Seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Islam Agama Islam (Jasa) telah diserang demam akibat jangkitan virus "teori retorik" semasa berwacana di Kota Bharu dua minggu lepas (10 Julai). Panel itu ialah Lokman Nor Adam bekas pemuda KeADILan yang menyertai Umno yang kini mendapat 'bahagian' dengan menduduki kerusi panel pemikir Jasa. Dr. Mujahid dan Dr. Mohd Asri yang juga ahli wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu didapati tidak dapat mengawal Lokman daripada serangan virus retorik itu. Mungkin juga, Affandi Yusof rakan sekapal Lokman turut membiarkannya agar diserang virus itu. Kandungan virus retorik itu adalah sarat dengan rupa kebencian terhadap misi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS selama ini. Kenyataan Lokman di dalam wacana tersebut ketika mengomel perjuangan PAS sudah dilihat terluah dengan kepanasan suhunya melonjak. Luahan sinisnya tentang pencapaian PAS sekarang mungkin berpunca daripada kejayaan PAS mentadbir Kelantan berpendomankan Islam. Atau mungkin juga kerana terkedunya akibat wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu membincangkan khusus mengenai isu keMelayuan yang menjadi darah daging perjuangannya. Betapa keterbukaan kerajaan Negeri dalam melihat persoalan bangsa yang menjunjung ketinggian beragama telah membuka ruang pihak pemimpin Umno (meskipun pemimpin kerdil) untuk membidas pencapaian kerajaan Negeri Kelantan. Kelantan hub ilmu Apa pun, ahli exco terbabit, Dr. Mohamed Fadhli Datuk Hassan merupakan mantan pensyarah UIAM suka melihat Kelantan sebagai hub ilmu yang terkenal sedikit masa lagi. Setakat ini sudah enam kali wacana serupa diadakan di Kota Bharu. Mungkin pihak Urusetia Penerangan di bawah bimbingan Haji Abdul Rahman Yunus bakal menerbitkan dokumen rasmi siri wacana tersebut. Ia bakal memlengkapkan lagi sifat 'Serambi Mekah' di bawah kepimpinan ulama terkenal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Teori retorik disanggah Teori retorik biasanya dipakai di dalam kajian sastera bagi melihat asas-asas genre atau jalan penulisan yang bersifat sastera dan komunikasi. Di sebalik teori ini juga terkandung nilai-nilai retorik krtikan mengenai kuasa, dominasi dan ideologi. Ia menyentuh soal politik dan pemerintahan, namun ia masih tertumpu kepada nilai-nilai falsafah yang berasal dari idea Plato. Di dalam penggunaan moden retorik difahami sebagai seni berbahasa bagi komunikasi berkesan dan berlaku dalam lima asas, iaitu penemuan atau pencarian sesuatu, tatacara, gaya, ingatan dan penyampaian. Justeru retorik selalu disesuaikan dengan pendekatan politik demokrasi yang mengutamakan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik. Namun, retorik tidak terlepas dari nilai-nilai 'mengada-adakan' sesuatu yang belum pasti dan pura-pura, tetapi dibahas secara logik, etos dan bersandarkan fakta yang mungkin direka-reka. Sesungguhnya umat Islam tidak harus terperangkap dengan momokan teori retorik yang dilontarkan pada malam wacana tersebut. Asasnya kerana ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mengambil pendekatan retorik berhubung sikap dan keyakinan serta tindakan mengenai perintah agama. Di sisi Islam, manusia diciptakan Allah atas tujuan menjadi khalifah di bumi bagi memastikan kehidupannya berpandukan konsep pengabdian (ubudiah) kepada-Nya. Justeru dalam soal bernegara umat Islam tidak boleh bertindak secara retorik. Ajaran Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan contoh teragung untuk diikuti dan dilaksanakan oleh umatnya, iaitu "bernegara secara beragama." Oleh itu, manusia sebagai khalifah Allah tidak diizinkan untuk menyakini berasaskan retorik yang bersumberkan sekularisme (menepikan ikatan agama). Ini kerana sebagai khalifah Allah, maka Allah memberi tugas bernegara secara beragama –melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. Justeru itu dalam urusan bernegara, PAS sentiasa berpegang kepada prinsip bernegara mengikut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad yang meletakkan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai teras utama. Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh beretorik di dalam hal-hal keagamaan. Misalnya, perintah sembahyang (solat) lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berhaji ke Tanah Suci Mekah dan berzakat bagi yang sampai had rezekinya adalah tidak boleh ditunaikan secara retorik. Mungkin pendukung sekular sahaja yang tergamak mengatakan ibadat sembahyang, pergi haji atau tunai zakat sebagai amalan retorik. Hakikatnya semua amal ibadat di dalam Islam, termasuk pekerjaan rutin tidak boleh dianggapkan retorik. Pada asasnya semua amal ibadat adalah perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, di sebalik amal ibadat adanya nilai pahala, syurga, keikhlasan dan paling penting bukti pengabdian kepada al-Khaliq. Umno sebenar parti retorik Tidak wajar sama sekali menuduh PAS sebagai parti retorik dalam soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Paling tidak wajar juga apabila menuduh PAS menjanjikan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai retorik. Sedangkan dunia telah tahu, malah sebahagian ahli Umno juga tahu, dan mungkin juga Panel Pemikir Jasa semua tahu (tetapi buat-buat tidak tahu), betapa dasar Islam yang dipakai dalam Umno ibarat gelombang ombak di lautan yang berbuak bergulung bila ada ribut, tetapi hanyut dan terdampar bila lautan kembali tenang. Misalnya, Umno era Mahatirisme terkenal dengan dasar Islamisasi, kemudian bertukar kepada Islam Hadhari ketika era Pak Lah dan bertukar lagi menjadi 'Islam satu Malaysia' pada era Najib. Selepas ini Islam jenis apa pula? Kemudian, bagi rakyat Kelantan mereka tidak akan lupa, sejarah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Hudud yang diluluskan tahun 1993. Namun, Perdana Menteri ketika itu mempersoalkan hukum hudud itu dan tidak menerimanya, meskipun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Malah Kerajaan Negeri Kelantan turut menerima surat daripada Perdana Menteri yang melarang penguatkuasaan hudud di Kelantan. Apakah tindakan sedemikian tidak retorik? Oleh itu, kalau ada suara-suara sebelah Umno yang melalak (jangan sampai peringkat menyalak) dalam menyeru PAS bersatu melaksanakan dasar Islam, maka katakan, "Umno pembohong." Lihat sahaja Umno era Najib, mana satu dasar Islam untuk kita banggakan? Sebaliknya, apa yang dilaksanakan tidak lebih daripada mengharu-biru keadaan, sehingga berlakunya pertelagahan sesama mufti dan tidak sependapat dalam pelbagai isu. Muncul pula tali barut yang tuduh menuduh dengan ungkapan sesat, wahabi dan syiah. Paling teruk terdedah akhlak segelintir rakyat yang mempamerkan petunjuk prestasi utama yang buruk seperti peningkatan kes jenayah seksual, jenayah along, jenayah ragut, jenayah buang anak dan amalan rasuah. Umno – buang Melayu terima Islam Mengenai pemakaian dasar Islam dalam perjuangan parti, PAS amat komited memperjuangkan Islam. Dasar perjuangan Islam adalah kesinambungan daripada perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan 1948, tetapi diharamkan penjajah Inggeris beberap bulan selepas itu. Pengharaman itu dipercayai disebabkan desakan pemimpin Umno yang menganggapkan Hizbul Muslimin yang dianggotai alim-ulamak sebagai ancaman kepada Umno serupa dengan komunis. Kemudian pemimpinnya ditangkap dan saki baki pemimpin Hizbul Muslimin telah bergabung semula menubuhkan PAS tahun 1951. Umno pula sebuah parti Melayu yang diwujudkan atas sentimen marahkan penjajah Inggeris yang memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union difahami sebagai mencabar hak kerakyatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Atas asas ini, amat jauh sekali untuk mengatakan tujuan Umno ditubuhkan untuk menjayakan dasar Islam. Oleh itu, berlakunya golongan ulama yang meninggalkan Umno disebabkan mereka tidak mahu bersubhat dengan isu judi loteri yang dilaksanakan kerajaan Umno. Justeru tiada asas untuk mendakwa Umno sebagai pejuang Islam. Jika ada yang mengatakan Umno berjuang Islam, maka ia adalah retorik. Demi Islam, PAS-Umno bergabung? Berpandukan kontradiksi antara PAS dan Umno tersebut, sudah tentu dasar perjuangan kedua-duanya tidak mudah dikompromikan. Apa pun, sekiranya wujud political will, mungkin sampai ketikanya Umno menukar dasarnya kepada dasar Islam. Apabila bertukar kepada dasar Islam, ia akan serupa dengan PAS. Lantas PAS boleh bergabung dengan Umno, sebagaimana bergabungnya Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat (singkatan KeADILan). Maka dalam soal politik PAS-Umno, sekiranya PAS bergabung dengan Umno, mungkin nama yang sesuai ialah Parti Islam Bersatu Malaysia singkatan BERSATU). Soalnya, inginkah pemimpin Umno menukar dasarnya lalu memakai dasar Islam semata-mata untuk bersatu dengan PAS? Apa pun, sekiranya BERSATU itu menjadi realiti, suatu pemilihan kepimpinan yang baru perlu dibuat. Ketika itu, pemimpin yang layak mengetuai sebuah parti Islam semestinya mereka yang faham dengan perjuangan dan pergerakan Islam. Maka, tidak semestinya semua pemimpin Umno hari ini akan dipilih. Ini dilemma sesetengah pemimpin Umno yang memang tidak ingin terlepas jawatan. Sudah tentu mereka ini tidak bersetuju. Maka akan ada yang kecewa dan bertindak melawan sebarang usaha menukar dasar parti untuk bersatu dengan PAS. Jika demikian sikap sesetengah pemimpin, mungkinkah Umno boleh membuang retoriknya selama ini? Namun, demi bersatu atas nama Islam sewajarnya Umno membuang retorik perjuangan kebangsaannya. 'Ikhtiar' Umno menolak Islam Realiti Umno sekarang adalah menolak Umno dengan penuh sedar. Ia dilakukan dengan penuh 'ikhtiar'. Umno memakai dasar kebangsaan adalah dilakukan dengan penuh sedar, iaitu mengutamakan kebangsaan daripada Islam. Berbeza dengan DAP yang tidak memakai Islam, ia tidak dianggap suatu 'ikhtiar' kerana DAP tidak mewakili kelompok parti yang ahlinya beragama Islam. Sebaliknya DAP menjayakan perjuangan yang tidak berteraskan mana-mana agama disebabkan terbawa-bawa dengan prinsip politik sekular yang diadu domba oleh Barat, terpengaruh dengan aliran sekular Umno dan pelbagai kecaman pihak musuh Islam. Retorikkah berjuang Islam? Apabila umat Islam tidak mahu memperjuangkan Islam, maka perjuangan umat Islam boleh dianggap kosong. Sementara Islam sendiri selaku fikrah dan wadah kehidupan dunia akhirat boleh mengisi kekosongan itu. Apabila Umno tidak bersedia untuk menerima dasar Islam, sebenarnya Umno akan terus membiarkan ahlinya berada di dalam kekosongan. Di sinilah hujah tepat untuk Umno menerima Islam sebagai wadah perjuangan demi memastikan umat Islam tidak terperangkap dengan sebarang perjuangan yang kosong. Sebaliknya PAS yang sejak awal menerima Islam telah menghubungkan kehidupan ahlinya dengan panduan Islam. Hanya Islam sebagai landasan perjuangan politik yang boleh mengisi kehidupan ahlinya mencapai keredaan Allah SWT. Ini kerana komitmen PAS apabila berkuasa ialah melaksanakan prinsip Islam di dalam urusan kerajaan dan rakyatnya. Justeru apa yang PAS perjuangkan telah mengambil kira maslahah umat dan syariat, sekaligus menurut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka, amatlah dangkal sekiranya ada pihak yang berstatus ulama atau mufti yang mencadangkan perpaduan orang Melayu berwadahkan bangsa bukannya agama. Sepatutnya, cadangan itu hendaklah di atas prinsip perpaduan berwadahkan Islam. Amat tidak masuk akal apabila seorang bertaraf mufti (Berita Harian, 18 Julai 2010) menusuk cita-cita sampai terungkap kata-kata "saya tidak pernah berputus asa" mahu menyatukan orang Melayu atas sentimen perjuangan bangsa. Maka, kita boleh anggapkan sikap dan cita-cita ulama atau mufti itu sebagai pemakaian teori retorik yang keterlaluan sehingga lupa jawatan ulama atau mufti itu sebenarnya adalah atas nama Islam bukannya bangsa. Perjuangan Islam di tempat yang salah? Bayangan daripada kisah seorang ulama atau mufti di atas, ternyata wujud di dunia ini sikap orang berpengetahuan agama yang hidupnya dengan pakaian agama, tetapi pemikiran dan falsafah akidahnya masih terpaku pada perjuangan kebangsaan Melayu. Sehingga dipetik kata-kata (dalam Berita Harian, 18 Julai 2010), "perpecahan wujud kerana kita meletak keutamaan di tempat salah, jika diletakkan di tempat betul,.. kita boleh berjaya." Persoalannya di sini, apakah maksud 'meletak keutamaan di tempat yang salah'? Sebagai orang beragama, wajar diperjelaskan, apakah meletakkan keutamaan kepada kebangsaan Melayu itu adalah tindakan yang betul? Adakah dengan mengutamakan perjuangan Islam itu adalah tindakan yang salah? Realiti daripada apa yang berlaku, kelihatan amat jelas natijah kenyataan mufti tersebut adalah mendahulukan sentimen keMelayuan berbanding keIslaman. Semoga Allah SWT mengampuni segala kesilapan hamba-Nya yang serba kekurangan dari segi iman dan takwa. Hanya kemuliaan iman dan takwa kepada Allah akan memuliakan manusia dan bangsanya. Ingatlah, manusia dan bangsa itu dianggap umat yang berjaya di sisi Allah dan Rasul-Nya apabila berjuang tidak di atas dasar bangsanya, tetapi berjuang atas dasar fisabilillah. Bukan fisabilillah jika berjuang atas sentimen perpaduan bangsanya sedangkan Islam di kesampingkan, maruah Islam terus dihina dan penghayatan Islam terlalu minimum, hatta pemimpin dan isteri-isterinya tidak menjaga kesempurnaan maruah dan aurat peribadinya. Insaflah dan kembalilah dengan menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan sebenar. Sesungguhnya perjuangan PAS menjadikan matlamat pelaksanaan cara hidup Islam dalam diri, masyarakat dan negara bukanlah retorik. Maka katakan, perjuangan Islam itu adalah satu tanggungjawab bagi seluruh umat Islam. Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. | ||||
| Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno Posted: 18 Jul 2010 07:17 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS bukan sahaja menolak malah tidak melihat sebarang keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno biarpun pelbagai pendekatan mahu digunakan pemimpin parti pemerintah itu. ![]() Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia. "Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini. "Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh," katanya kepada Harakahdaily. PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G). Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan. "Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme. "Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut. "Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula. Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno. Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian. PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G. "Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada. "Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim. | ||||
| SPRM: ‘Kami tidak diam diri, isu pasir dipolitikkan’..tak perlu laporan tindakan boleh diambil..?? Posted: 18 Jul 2010 07:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai — Sambil mengakui bahawa isu pasir di Selangor sedang dipolitikkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, pihkanya kini meneliti segala perkara yang ditimbulkan media sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali memberitahu, pihaknya akan menyiasat elemen rasuah tanpa menunggu laporan rasmi daripada mana-mana. "Apa yang ditimbulkan oleh media, kita tidak diam... kami (juga) tidak menunggu sesiapa membuat laporan kepada kami... tak perlu tunggu laporan dibuat," kata beliau ketika ditemui selepas Forum Konsep dan Kesan ESQ Ke Atas Pelan Transformasi Besar SPRM dan Tekun di sini malam tadi. Mengulas lanjut, Mustafar berkata, sebagaimana pernah dikatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull isu ini kelihatan telah dipolitikkan. "Kami, SPRM menyiasat isu pasir di semua negeri, seramai 42 orang telah ditahan dan 22 orang dikenakan tuduhan... isu ini terus disiasat," kata beliau. Mustafar diminta mengulas perkembangan isu kontroversi pasir membabitkan negeri Selangor sejak seminggu lalu. Semalam, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor menolak dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor. Kumpulan Semesta berkata pemberian diskaun kepada mana-mana pelanggan yang membeli pasir secara pukal adalah amalan biasa dalam perniagaan bagi meningkatkan jualan. Syarikat itu berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kelmarin bahawa ada bukti menunjukkan wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh syarikat itu dalam penjualan pasir kepada syarikat kontraktor. Kenyataan Kumpulan Semesta itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusinya Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan. "Malah, kami juga mengalu-alukan pihak berkuasa termasuk SPRM untuk menjalankan siasatan," katanya. Noh mendakwa sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli. Beliau juga mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit. SPRM telah menahan 42 orang setakat 11 Mei lepas kerana terlibat dalam sindiket kecurian pasir di empat buah negeri. Menurut laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2009, 12 orang ditahan di Selangor, 11 di Johor, 10 di Pahang dan sembilan di Perak. Sebanyak 22 pertuduhan telah dibuat di mahkamah berhubung kes itu yang disifatkan sebagai amat serius kerana mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan. "SPRM merasa kesal dan kecewa kerana isu itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi seolah-olah SPRM bertindak secara pilih kasih," kata laporan itu. | ||||
| Main kacang hijau - Harussani mengaku ! Posted: 18 Jul 2010 07:09 PM PDT Salah lapor atau salah baca? Siapa yang gila, akukah atau dia..kah? Siapa yang mengajak berbincang? Mushkyil..!!PAS ni macam-macam laa..! Jangan la letak macam-macam pra-syarat. Kesian la kat depa tu !! PAS Hina UMNO ? amboi noo..buat lupa pulak, ker dok tgh buat drama 'airmata'? Bagi rakyat simpati. Yang UMNO dok hina PAS lebih dari 50 tahun tu apa dia? Betui la..penyamun selalu lupa orang yang dia samun, tetapi orang kena samun tetap akan ingat penyamun ! Najib berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa sahaja cadangan atau rundingan membabitkan perpaduan orang Islam dan Melayu. Beliau menambah, setiap rundingan tidak sepatutnya disertai dengan prasyarat kerana ia boleh membantutkan usaha tersebut. Apa ni Muffin..cakap biar ler terang! Ker nak aku cakap BANJAR dengan hang baru nak faham? Hang kata pimpinan PAS jumpa hang, cantik la tu..! Bila sebut pimpinan PAS, dalam otak aku sah dari Pusat atau Negeri..maklum lah, yang nak pi jengah tu tahap tinggi punya monarki, MUFTI beb...MUFTI..bukan kutty..! Paling koman PAS mesti hantar orang yang tinggi protokolnya dalam parti..! Tapi yang hang spoilt sangat tu pasai apa..muffin ! Ker hang temberang lagi..!! Jangan bagi malu BANJAR ! Lunta jabok...bagitau laa kat umum, yang datang tu cuma pimpinan kecil, eh..kecil sangat kaa sampai nak sebut sapa dia pun malu? Ker tak nampak langsung pasal kecil sangat? Esok lusa jika ada pimpinan PAS kecil datang jumpa hang, pastikan dalam baju 'petihah' hang tu ada seketui kanta, senang nak tengok..benda kecil dan halus ni payah nak nampak dengan mata kasar..! Biar jelas dan terang. Apapun pemimpin PAS tak payah ler layan Harusani..ni. Dia tengah ber'halusinasi' tu. Jangan kacau. Nak kacau.., pi kacau Najib dan Mat Sembab, tu level hangpa di Pusat dan Negeri. Mereka pemimpin yang ada kuasa dan pemimpin politik. Apa guna melayan Harusani yang bukan pemimpin politik dan sedar diri. Bab dia ni, bagi kami dan pemimpin PAS yang kecil-kecil saja yang pi layan. Jangan lupa bawak kacang hijau. Depa kata, muffin ni suka main kacang hijau. Wakaka..!! (*) lunta = jala | jabok = reput | ||||
| APABILA MUFTI BERCERAMAH POLITIK UMNO Posted: 18 Jul 2010 07:09 PM PDT 6 Syaaban 1431H.Oleh : assayuti Catatan dibuat oleh beberapa pelajar Melayu di Adelaide yang mendengar dan menyalin ringkasan dari apa yang disebut oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (TSHZ)ketika perjumpaan dengan pelajar Melayu Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk "Perpecahan Ummah dan Peranan Kita". Catatan berikut dibuat berdasarkan isu-isu hangat yang diperbincangkan di dalam perbincangan tersebut, dan juga kekeliruan dan keraguan yang timbul di kalangan sebahagian besar pelajar yang hadir ke program tersebut. Semua fakta yang ditulis turut terdapat dalam beberapa bentuk rakaman oleh beberapa pelajar yang hadir. 1. Keperluan ummat Islam Melayu bersatu; 1.1. Orang Melayu telah 480 tahun dijajah, dan penjajah menubuhkan sekolah missionaries yang mana orang Melayu tidak mahu bersekolah di sekolah tersebut. • Maka kerajaan mewujudkan Sekolah Melayu untuk kaum Melayu sahaja yang akhirnya kaum Melayu tetap gagal untuk menjadikan mereka maju. 1.2. Melayu bangsa sangat istimewa, kerana tiada negara dan bangsa di dunia ini yang bila disebut sahaja Melayu orang akan tahu mereka adalah Islam, kecuali di Malaysia. 1.3. Kelemahan utama Melayu di Malaysia; tidak pandai di dalam 3 bidang; (1)pentadbiran Negara, politik (2)pendidikan (3)ekonomi 1.4. Ketika Najib lawat ke Perak, ketika jamuan di rumah Zambri, Najib jemput TSHZ makan disebelah Najib dan TSHZ duduk di berhampiran Mahyuddin; • TSHZ bertanya tentang kedudukan sebenar orang Melayu; Mahyuddin jawab dari segi ekonomi Melayu sudah amat jauh ketinggalan; sebab dalam 17 tahun kebelakangan ini ekonomi Melayu hanya berada pada 17%, iaitu bergerak setakat 2.5% sahaja, sedangkan India naik 3.8%, dan Cina melonjak 5%. • Mahyuddin sebut Melayu hanya boleh maju jika mereka berubah sikap. 1.5. Sebab utama Melayu jadi teruk disebabkan tidak mahu bersatu di dalam semua bidang. Melayu suka berkelahi sepanjang masa. • Melayu berkelahi dalam semua bidang; ekonomi, politik dan ilmu. Semua bidang Melayu gagal bersatu. • Melayu jika bergaduh mengambil pendekatan berkerat rotan berputus arang, sedangkan kaum lain tidak begitu. 1.6. TSHZ membentangkan statistik; dari tahun 2005-2010, jumlah sebenarnya anak luar nikah yang telah didaftarkan adalah 700,000 anak luar nikah, yang mana 95% adalah anak Melayu. Jumlah itu belum termasuk jumlah anak luar nikah yang tidak didaftarkan. • *** Nota: Fakta tersebut amat salah apabila pelajar tersebut mendapatkan fakta semakan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati angka itu tidak tepat; http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17_303anakluarnikahdidaftar2 009/Article/ • JPN menyatakan sepanjang 2005-2010 jumlah anak luar nikah adalah 214,033, iaitu Melayu 74,723 (35%), India 23,696 (11%) dan Cina 23,692 (11%), dan bangsa lain 91,922 (43%), • Jika berdasarkan angka TSHZ, jumlah anak luar nikah Melayu adalah 665,000 untuk tempoh 5 tahun tersbut, dan angka yang diberikan oleh TSHZ adalah 9 kali ganda lebih besar dari jumlah sebenar yang dikeluarkan oleh JPN. • Dan kenyataan TSHZ yang menyebut anak luar nikah Melayu adalah 95% daripada jumlah keseluruhan adalah tidaktepat disebabkan angka JPN menunjukkan Melayu berada pada 35% sahaja, iaitu di tangga kedua. # Sila rujuk lampiran. 1.7. Apa yang berlaku di Malaysia Melayu sebenarnya berpecah teruk, sedangkan Cina, walaupun seolahnya berpecah antara DAP dan MCA, hakikatnya mereka bersatu dan hanya mahu mencapai satu tujuan; iaitu mahu jadi kerajaan dalam pakatan pembangkang. 1.8. Melayu tidak sepatutnya percaya kepada India, apatah lagi pepatah Melayu pun menyebut; jika jumpa Hindu dan ular, bunuhlah Hindu dahulu. • Pada India kita jangan percaya, walau India yang dah Muslim pun disebabkan perangai mereka adalah tetap sama dan kita tidak boleh percaya. • Contonya, kalau India Muslim dan Melayu bergaduh, India Muslim mesti akan pertahankan kaum India mereka juga dalam pergaduhan tersebut dan tidak akan menyokong Melayu. • Sekarang ini kita dapati kalau ada sahaja mana-mana Melayu terlanggar kereta Hindu, sudah pasti Hindu akan turun membawa parang untuk bergaduh dengan Melayu. 1.9. Sikap orang Melayu yang paling teruk adalah Melayu suka bergaduh sesama bangsa sendiri, contohnya melihat kepada peristiwa menghalang kereta Sultan Perak semuanya adalah Melayu yang menunjuk perasaan, sedangkan Cina berkata orang Melayu tersebut telah tiada kerja lain hendak dilakukan, itu sebablah mereka menunjuk perasaan. Melayu hanya dipermainkan oleh Cina. 1.10. Dalam PRU13 kelak, jika Melayu gagal bersatu, Malaysia sudah pasti akan hilang paling kurang 5 negeri kepada DAP, disebabkan Cina telah sebulat suara sokong DAP, walau mereka sebenarnya berpura-pura sokong Kerajaan BN. • Berdasarkan maklumat dari kenalan TSHZ, pada masa ini samseng-samseng Cina sedang memberi amaran kepada semua orang Cina untuk mereka semua mesti mengundi pembangkang dalam pilihanraya kelak. Jadi ini menjadikan orang Cina sentiasa bersatu. • Orang Hindu pula di Malaysia sudah pasti akan sokong DAP, tidak akan sesekali menyokong kerajaan. 1.11. TSHZ berkata dulu UMNO marah pada beliau, tetapi sekarang ini PAS pulak yang sanagt marahkan TSHZ dan memaki beliau disebabkan TSHZ menyatakan tidak setuju untuk jadikan profession ulamak dalam berpolitik. • Jangan sesekali parti politik terlibat untuk memberi fatwa, nanti orang dah tak percayakan ulamak, biarkan hanya ulamak yang memberi hukum dan fatwa. Jangan sesekali mempolitikkan profession ulamak. • Masyarakat akan jadi keliru, apatah lagi sekarang sudah timbul istilah ulamak lama dan ulamak baru, sampai ada ulamak baru yang bergelar "doktor" dan suka membid'ahkan orang. 2. Cina dan DAP tidak ikhlas 2.1. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, walau dalam Pakatan rakyat, PAS sebenarnya langsung tidak diberi apa-apa jawatan oleh DAP yang memerintah. 2.2. Pada masa kini, semua gerai Melayu tepi jalan jual yang menjual goreng pisang dan karipap yang tidak berlesen telah dihancurkan sampailah ke Kepala Batas, sedangkan di Bandar Pulang Pinang (Georgetown) peniaga-peniaga Cina sengaja dibiarkan oleh DAP berniaga. 2.3. DAP sekarang tidak mahu lagi membina rumah di bawah harga RM60k, yang menjadikan orang Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut, dan orang Melayu terpaksa pergi ke Sungai Petani untuk membeli rumah. 2.4. Kejadian yang seeperti di Pulau Pinang sebenarnya telah turut berlaku di Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. 3. Isu Perak 3.1. TSHZ menyatakan beliau telah sedaya upaya berusaha untuk menyatu-padukan Melayu Islam dalam krisis perpecahan Melayu di Perak. 3.2. Selepas PRU12 di Perak di menangi 18 DAP, 28 BN, 6 PAS, 7 PKR. TSHZ berusaha untuk menyatukan kedua parti politik Melayu PAS dan UMNO, dan kalau PAS mahu bersatu kongsi kuasa dengan UMNO, maka dapatlah Melayu perintah Perak buat pertama kalinya. 3.3. Hasrat TSHZ yang telah dipersetujui adalah untuk satukan PAS dan UMNO; dengan pemerintahan diserah pada PAS iaitu Menteri Besar dipegang oleh PAS beserta 5 jawatan Exco, dan jawatan-jawatan lain diambil oleh UMNO, dan kita tolak Cina yang menang satu dalam BN itu. 3.4. TSHZ sudah bincang dengan Raja dan pemimpin UMNO, keduanya bersetuju dengan cadangan saya tersebut. 3.5. TSHZ juga sudah menelefon PakLah, dan PakLah pun menyatakan persetujuan dengan cadangan TSHZ. 3.6. Maka pada satu malam jam 12 malam saya pergi Kelantan dalam keadaan hujan lebat, dengan disediakan 2 kereta mengiringi saya. 3.7. 5.00 pagi TSHZ sampai di Hotel, TSHZ terus menuju ke Masjid Nik Aziz untuk mendengar kuliah subuh. • Walaupun begitu TGNA tidak perasan kehadiran TSHZ disebabkan TGNA tidak pandang kiri-kanan, sehinggalah habis kuliah baru TGNA perasan dan bertanya mengapa TSHZ tidak tegur beliau dari awal. TSHZ dan TGNA selepas itu berbincang di rumah TGNA sampai jam 9 pagi. • TSHZ menyatakan tawaran itu kepada TGNA. 3.8. Pada awalnya TGNA tidak bersetuju. • TGNA kata PAS tidak boleh percaya pada UMNO, disebabkan UMNO telah pernah menipu PAS. • Sebenarnya mengikut TSHZ bukan UMNO yang menipu PAS dan menendang PAS keluar, tapi PAS sendiri menolak calon PAS iaitu Mat Nasir dari menjadi Menteri Besar pada satu ketika dahulu. Itu kisah sebenarnya, bukan UMNO patut disalahkan. Namun menurut TSHZ fakta tersebut beliau tidak nyatakan kepada TGNA ketika perjumpaan tersebut. 3.9. TSHZ menyatakan pada TGNA adalah lebih baik berkawan dengan UMNO daripada berkawan dengan Cina sebab hati Cina adalah tidak betul sebab Cina adalah kafir. 3.10. TGNA akhirnye bersetuju dengan pandangan TSHZ, dan berkata idea itu bagus, tapi TGNA kata dia bukanlah Presiden PAS yang boleh buat keputusan, kena tanya TGHA sebab dia Presiden. 3.11. TSHZ berkata beliau tidak akan berjumpa dan bertanya kepada TGHA disebabkan TSHZ hanya mahu bertanya kepada Mursyidul Am sahaja. • Bagi TSHZ jika Mursyidul Am kata boleh bekerjasama maka bolehlah. TSHZ berkata jika TGNA telah bersetuju maka TGNA sendirilah yang perlu menelefon TGHA. 3.12. Masa perjalanan pulang ke Perak, TGHA menelefon TSHZ mengatakan dia bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh TSHZ. TSHZ juga menelefon Ustaz Harun Din, dan Ustaz Harun pun menyatakan persetujuan beliau. • TGHA kata walau dia bersetuju, tapi itu bukan keputusan Presiden sebab keputusan hanya terletak pada hardcorenya, iaitu pada kuasa Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak. 3.13. Bila sampai Perak, TSHZ menelefon Ustaz Ahmad Awang menyatakan keputusan ketiga-tiga TGNA, TGHA dan Ustaz Harun Din yang bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Ustaz Ahmad Awang berkata beliau tidak bersetuju. • Ustaz Ahmad Awang berkata lebih baik berkawan dengan orang kafir daripada berkawan dengan orang Islam yang zalim. • TSHZ menyatakan pada Ustaz Ahmad Awang satu hadith sohih; "bantulah saudara kamu yang zolim atau dizolimi", iaitu kita hendaklah menasihati dan mendekati kerajaan yang zalim agar mereka agar mereka tidak melakukan kezaliman. • *** Nota: Maksud Hadith yang cuba diselindungkan TSHZ dengan hanya menyatakan untuk kita "menasihati dan mendekati" mereka yang zalim tersebut, dan tidak menyebutpun kewajipan kita untuk menghalang mereka dari melakukan kezaliman; Maksudnya; Nabi s.a.w. Bersabda: "Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim". Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikanlah atau halanglah dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia".(berdasarkan Sohih Bukhari:6438) 3.14. Ustaz Ahmad Awang tidak mahu menerima pandangan TSHZ, dan Ustaz Ahmad Awang berkata beliau menggunakan kaedah usul fiqh, "akhaffu dhorurain". 3.15. TSHZ mempertikaikan di mana wujudnya "akhaffu dhorurain" tersebut? Dan adakah lebih bahaya orang Islam dari orang kafir? • Al-Quran menyatakan kita boleh berkawan dengan orang kafir tapi kalau kita kasih pada orang kafir maka kita akan jadi kafir juga. • Dan kalau kita putuskan hubungan dengan orang Islam maka hukumnya kita tidak akan masuk syurga. • Al-Quran juga menyebut tentang Yahudi dan Nasora tidak redho dengan Islam selama-lamanya, maka itu juga bermaksud semua orang kafir sebenarnya tidak akan redho dengan Islam. • TSHZ menyatakan itulah sikap orang Melayu bila bergaduh, dan mereka sudah tidak mahu menggunakan pandangan Al-Quran. 3.16. Selepas itu TSHZ berkata Ustaz Ahmad Awang campak telefon dan tidak mahu lagi bercakap dengan TSHZ. 4. Kisah sebenar kedudukan Melayu dalam Isu Perak 4.1. Masyarakat hendaklah ambil iktibar hasil perpecahan Melayu contohnya di Perak; walau hanya di perintah oleh Pakatan Rakyat selama 11 bulan, kita dapati sekarang ini di mana sahaja ada kawasan majoriti Melayu dan Melayu boleh menang di kawasan itu, pasti DAP telah pindahkan pengundi Cina seramai mungkin, hingga sekarang ini tidak ada lagi satu pun kawasan yg menjadi majoriti Melayu di Perak. 4.2. Selama 11 bulan pemerintahan DAP di Perak, tanah rezab tempat komunis pada satu masa dahulu, dan semua semua tanah-tanah strategik telah diberikan kepada Cina. 4.3. Pakatan Rakyat telah beri tanah pada Cina untjuk tempoh 999 tahun sedangkan polisi hanya membenarkan pemberian setakat 99 tahun sahaja. 4.4. Sebenarnya isu lompat parti oleh 2 PKR dan 1 DAP keluar Pakatan Rakyat adalah disebabkan wakil rakyat tersebut tidak bersetuju dengan keputusan yang tidak adil dan menganiaya kaum Melayu tersebut. • Wakil-wakil rakyat tersebut sebenarnya bukan kena beli atau dilarikan seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat, tetapi sebenarnya mereka melarikan diri disebabkan mereka hendak dipukul. 5. Usaha penyatupaduan Melayu 5.1. 2 minggu sudah 160 NGO termasuk NGO-NGO dari Perak berkumpul dan berjumpa TSHZ meminta jadi Penasihat mereka untuk perpaduan Melayu. • Mereka berkumpul di PWTC yang turut dihadiri oleh TSHZ, dan mereka menyediakan resolusi yang diserahkan kepada Najib. • TSHZ menasihati mereka usaha tersebut dibuat bukan atas nama parti politik buat, buat atas nama NGO Melayu semata yang mahukan perpaduan Melayu dan bahaya perpecahan. 5.2. Bagi TSHZ, UMNO dan PAS hendaklah bersatu, dan betulkan apa-apa yang telah salah dan belajar dari kesalahan lampau. • TSHZ menyatakan beliau sanggup untuk duduk menjadi orang tengah untuk menyatupadukan orang Bumiputera yang tinggal hanya 54% ini, termasuk Bumiputera Sabah & Sarawak. 5.3. Pada minggu sudah sebenarnya ada pimpinan tertinggi PAS yang bertaraf Yang Berhormat bersama dengan peguamnya datang berjumpa TSHZ dari jam 7pm (selepas maghrib) hingga 11 malam di sebuah hotel, meminta TSHZ mencari jalan penyelesaian untuk menyatu-padukan semula kaum Melayu, sebab kata YB tersebut dalam PRU13 kelak 75% Cina sekarang bersatu menyokong Cina. • TSHZ berkata beliau sudah tidak tahu hendak berkata apa, disebabkan TSHZ telah cuba yang terbaik untuk menyatupadukan Melayu di Perak pada satu masa dahulu. 6. Pesanan kepada pelajar, i.e jawapan balas kepada pelajar selepas disoal berkaitan beberapa perkara; 6.1. Hukum lompat parti; • Isu lompat parti tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam dan disebut di dalam Al-Quran. Hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun. • Sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan TSHZ menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun. • TSHZ hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa. • TSHZ menyatakan tidak kiralah parti apa pun yang memerintah sebenarnya tidak ada bezanya. • Semuanya hanyalah 2x5 sahaja. • Walau Kelantan dan Kedah diperintah oleh PAS, apa yang berbeza hanyalah azan berkumandang di supermarket di Kelantan ketika masuk waktu, dan gerai-gerai tepi masjid tutup bila azan berkumandang. • Sedangkan rekod jenayah adalah paling tinggi di Kelantan, dan Kelantan menjadi negeri yang paling kotor di Malaysia. • Contohnya di Indonesia pula katanya wujud 70 parti Islam, yang menjadikan mereka gagal memerintah di Indonesia disebabkan perpecahan mereka. 6.2. Maksud sebenar hadith "tolong saudara kamu yang zalim"; • TSHZ ditanya oleh pelajar tentang sepatutnya cara "membantu orang yang zalim" setelah sekian lama gagal menasihati mereka, maka sekarang hendaklah menggunakan kuasa politik untuk menukarkan kedudukan mereka agar tidak lagi memberikan ruang mereka melakukan kezaliman, sesuai dengan maksud sebenar hadith tersebut, sesuai dengan maksud sebenar hadith tersebut. • TSHZ menyatakan maksud hadith itu hanya adalah meminta rakyat menasihati, mendekati dengan orang yang zalim tersebut, agar mereka tidak lagi melakukan kezaliman tersebut. TSHZ tidak memberikan jawapan kepada pertanyaan pelajar tersebut. • Sebaliknya TSHZ menasihati pelajar tersebut hendaklah fokus dan belajar bersungguh-sungguh, dan hendaklah menjadi pakar dalam bidang yang beliau ceburi. • TSHZ menasihati pelajar yang dihantar ke luar negeri jangan sesekali bermain dengan politik, dan hanya boleh bermain politik selepas belajar dan bila sudah bekerja. • TSHZ juga meminta pelajar jangan sesekali memaki kerajaan yang ada, sebab ramai pelajar di luar negara berterusan memaki kerajaan sedangkan bila hendak dipotong biassiswa mereka bukan main marah. 6.3. Hukum Judi Bola oleh Najib untuk membantu Ekonomi • Sebenarnya mengikut Awang Adek kerajaan hanya hendak menahan dari berlaku perjudian haram yang tidak mampu dikawal oleh kerajaan dengan kehilangan RM10 hingga RM20 billion, dan dengan memberi lesen kerajaan dapat mengutip cukai. • TSHZ menyatakan beliau telah bersuara dan menelefon sendiri kepada Najib, tetapi Menteri Kewangan menyatakan beliau tidak tahu-menahu tentang itu. • Saya seterusnya dan menulis surat kepada Najib menyatakan perkara itu tidak boleh dilakukan. • TSHZ menyatakan dia yakin kerajaan akan tarik semula lesen judi itu. 6.4. Gagalnya ekonomi dan pendidikan Melayu maju sebenarnya turut disumbang oleh kegagalan kerajaan yang gagal berperanan dan hanya mengutamakan segolongan politik Melayu yang kecil sahaja • Sebenarnya kerajaan telah membuat satu tindakan yang terbaik untuk membangunkan Melayu, tetapi kaum Melayu itu sendiri yang gagal memajukan diri sendiri. • TSHZ tidak memberikan jawapan khusus untuk persoalan ini. Rujukan I Statistik Anak Luar Nikah oleh JPN 21/03/2010 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/17_303anakluarnikahdidaftar2009/Article/ 17,303 anak luar nikah didaftar 2009 Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my 2010/03/21 KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)," katanya kepada Berita Minggu. Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa. Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran 'anak luar nikah' membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes). Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti 'bin' atau 'binti' Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah). "Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. "Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran," katanya. Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah. "Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. "Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. "Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan," katanya. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 07:07 PM PDT ![]() Tindakan Najib menaikkan harga minyak lewat tengah malam dua tiga hari lepas adalah satu tindakan yang bijak. Jika sebelum ini PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak sekitar jam 4 atau 5 petang. Tindakan ini dilihat tidak berapa cerdik kerana menyebabkan rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak mengisi minyak hingga menyebabkan kesesakan di stesen minyak utama tanah air, dan menyusahkan pihak stesen minyak menguruskannya dalam kesesakan tersebut.Disamping itu juga, tindakan ini dilihat merugikan kerajaan kerana pengumuman awal hanya menyebabkan rakyat bersegera ke stesen minyak untuk mengisi minyak dan dibeli dengan harga biasa sebelum kenaikan. Dan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa rakyat ketika itu, seperti lalat menghurung tahi! Dan itulah level rakyat Malaysia yang paling tepat untuk digambarkan. (Mungkin juga dimata pemimpin-pemimpin UMNO tercinta dikala itu) Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang begitu memahami masalah rakyat, telah mengumumkan kenaikan itu tengah lewat malam. Mungkin Najib tidak mahu menyusahkan rakyat, yang dilihat terpaksa keluar malam malam buta semata-mata untuk mengisi minyak ibarat lalat menghurung tahi itu. Mungkin juga Najib tidak mahu menyusahkan pihak stesen minyak, kerana terpaksa melayan pelanggan yang ramai seperti lalat menghurung tahi itu. Inilah bahananya jika kenaikan harga minyak diumumkan lebih awal.Namun sikap mulia yang ada pada perdana Menteri kesayangan kita ini menunjukkan sikap yang wajar diteladani. Dan inilah sikap pemimpin berjiwa rakyat juga bertepatan dengan konsep satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Kesusahan rakyat itu lebih difahami disamping menguntungkan kerajaan jika pengumumkan dilewatkan. Saya secara personal, begitu kagum kerana memiliki Perdana Menteri yang begitu mulia,memahami disamping isteri Perdana Menteri yang cantik jelita bak puteri Kayangan. I`m Proud to be Malaysian. | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 07:06 PM PDT STATISTIK PERCERAIAN DI MALAYSIA. Tahun Orang Islam Orang Bukan Islam 2000 13,536 1,613 2001 13,187 3,238 2002 13,841 3,793 2003 15,543 3.318 2004 16,509 3,291 2005 17,708 3,804 2006 21,419 5,747 2007 20,529 4,335 Sumber: JAKIM dan Jabatan Pendaftaran Negara. (Sila baca statistik tersebut dalam konteks global, bukannya glokal seperti mamat Pembela Islam). Lu orang agak2 la... dari tahun 2008 hingga ke tahun ini (2010), kes perceraian yang melibatkan orang Islam nih semakin meningkat atau menurun...???? Siapakah yang di labelkan sebagai Orang Islam dalam Statistik tersebut...???? Dan bangsa ini masih menjadi "Juara" di Malaysia selain dari gelaran "Juara" dalam bidang2 berunsur negatif yang lain. Apakah yang pembela bangsa dan agama buat selama 54 tahun, adakah nasib bangsa dan agama terbela..??? Pun begitu masih ramai lagi yang memilih puak2 tu... walau pun sudah terbukti semakin hari bangsa melayu dan agama islam semakin terhakis dan bercelaru dibawah pemerintahan mereka, ironinya dengan hanya berslogan dan sedikit kenyataan membela melayu/agama... umat melayu masih percaya lagi dan sanggup diperbodohkan berkali-kali. Ha..ha..ha..., cubalah tanya Raja Katak apa komen dia dalam hal ini... kih..kih..kih..., jangan tanya dengan parti haramjadah umnoApco tu... diorang semua tu.. talam dua muka dan hipokrit Agama dan bangsa. IkutSukaAku | ||||
| DISERAK BERTALU TALU - HINGGA TEMBOK PECAH DARI DALAM Posted: 18 Jul 2010 07:05 PM PDT SIAPA YANG AKAN MENJADI SANG RAJUNA TAPA? ![]() PAS TAK PERNAH MINTA MUFTI PERAK JADI ORANG TENGAH - minsider PAS hari ini menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Mufti Perak Harussani Zakaria agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu. "Tidak, PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi... saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat, setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad. MUFTI PERAK : PEMIMPIN UMNO, PAS JUMPA SAYA ORANG KECIL SAJA - minsider Sambil menjelaskan beliau tiada kuasa untuk mengatur pertemuan antara Umno-PAS, Mufti Perak berkata, mereka yang datang memujuknya agar menjadi orang tengah adalah "pemimpin kecil" kedua-dua parti Melayu Islam itu. Harussani Zakaria yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini, sekali lagi mengakui ada pemimpin Umno dan PAS berjumpa dengannya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut. "Memang ada pemimpin kedua-dua parti berjumpa saya mengenai perkara itu tapi hanya orang kecil sahaja. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH.. woit… INI MESTI JUMPA ZUL NORDIN DAN LOKMAN ADAM…. kah kah kah… kah kah kah... BARU TAHU RAHSIA.... KENAPA ZUL NORDIN MENGAKU AHLI PAS...kah kah kah.. kah kah kah .... ADA STRATERJI.... NAK RUNTUHKAN PAS DARI DALAM... kah kah kah woit…. HEBOH MACAM NAK RAK…. kah kah kah.. woit… RUPA RUPA NYA JUMPA MAT BISUL…. kah kah kah PAS SELANGOR : MELAYU TETAP BERKUASA WALAU PUN TANPA UMNO – minsider PAS Selangor menegaskan pendiriannya menolak sebarang pertemuan Umno-PAS sambil memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jikapun Umno diketepikan dalam pilihan raya umum ke-13. Oleh itu PAS Selangor pimpinan Dr Hasan Ali berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil. "Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini," kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. KAH KAH KAH…. nota: yang ini jaga jaga sikit baca ayat betul betul baca kenyataan betul betul bukan kuasa rakyat tapi kuasa melayu nampak? kuasa melayu jenis ini tak ada beza dengan kuasa melayu jenis gerombolan dua dua kuasa dua dua yang nak rembat harta kah kah kah nota: ingat sang rajuna tapa dan dang anum? kalau tak tahu jangan jadi melayu jadi bengali jual roti kah kah kah TT. | ||||
| Melayu: Jangan takut jika Umno hilang kuasa, PAS ambil alih Posted: 18 Jul 2010 07:01 PM PDT Pimpinan Pas di pelbagai peringkat termasuk akar umbi kini sudah bersedia mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang UMNO di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir (Gambar) berkata, Pas Selangor memberi jaminan pada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir sekiranya UMNO hilang kuasa kerana kuasa politik itu akan kembali ke tangan pimpinan Melayu dalam Pas dan PKR yang lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini. Beliau berkata demikian mengulas isu cadangan kerjasama Pas-UMNO yang dimainkan media demi perpaduan dan kepentingan Melayu. Menurutnya, isu perpaduan Melayu yang dijanjikan adalah agenda politik UMNO dan ia tidak relevan bagi Pas Selangor. "Pas Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan UMNO semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Roslan, sejak Mac 2008 sehingga kini, Pas Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguh kerajaan PR Selangor yang didokong bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan rakyat. "Orang-orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan Pas dalam memimpin mereka. "UMNO di Selangor pula semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan PR yang didokong Pas, UMNO Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang Melayu sendiri," katanya. -SH | ||||
| Posted: 18 Jul 2010 06:59 PM PDT JULY 19 — Media adalah komponen yang penting apabila kita membicarakan mengenai keadilan dalam pilihanraya. Tanpa media yang bersikap adil kepada semua calon atau parti politik yang bertanding, tidak mungkin sesuatu pilihanraya itu menjadi adil dan bebas. Di dalam Deklarasi Kriteria Pilihanraya Yang Bebas dan Adil (Declaration On Criteria For Free and Fair Elections) yang dipersetujui sebulat suara oleh Inter Parliamentary Council (kini dekenali sebagai Governing Council) yang dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Antarabangsa (Inter Parliamentary Union) dalam sesi ke 154 di Paris, Perancis pada 26 Mac 1994 ada menyatakan, "Setiap calon pilihanraya dan semua parti politik harus mempunyai akses kepada media yang sama rata, terutamanya media komunikasi massa, untuk menyampaikan pandangan politik mereka". (Every candidate for election and every political party shall have an equal opportunity of access to the media, particularly the mass communications media, in order to put forward their political views.) Parlimen Malaysia adalah ahli kepada Persatuan Parlimen Antarabangsa atau IPU. Ertinya, pada ketika itu, perwakilan daripada Malaysia tidak membantah deklarasi tersebut kerana ianya dipersetujui secara sebulat suara. Oleh yang demikian, Malaysia perlulah mematuhi deklarasi ini untuk membenarkan semua calon atau parti politik yang bertanding dalam pilihanraya mendapat akses daripada media yang sama rata dan adil. Media di Malaysia Di Malaysia terdapat media yang dimiliki oleh negara dan media yang dimiliki oleh swasta. Contoh media yang dimiliki oleh negara adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM). Manakala media yang dimiliki oleh pihak swasta pula adalah seperti TV3, NTV 7, TV9 dan Astro. Media yang dimiliki oleh pihak swasta, bertanggungjawab kepada pemegang-pemegang saham syarikat tersebut. Jika majoriti daripada pemegang-pemegang saham bersetuju supaya syarikat tersebut cenderung kepada sesuatu parti politik, tidak ada apa yang boleh dikatakan oleh masyarakat luar kerana masyarakat tidak mempunyai kepentingan didalam syarikat tersebut. Contohnya jika TV3 bertindak menyokong sesuatu parti politik dalam kempen pilihanraya, tidak ada apa yang boleh dibantah oleh masyarakat oleh kerana pemegang-pemegang saham didalam syarikat tersebut "gembira" dengan tindakan media mereka untuk memihak. Yang menjadi masalahnya adalah, lesen untuk membuka stesen televisyen tidak diberikan kepada syarikat-syarikat yang tidak sehaluan dengan pemerintah. Disinilah ketidakadilan berlaku dalam media swasta di Malaysia. Mempunyai modal yang besar untuk membuka stesen televisyen bukanlah jaminan selagi tidak mendapat lesen dari pemerintah. Berbeza dengan media milik negara seperti RTM. RTM bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat Malaysia oleh kerana ianya dimiliki oleh negara. Dana yang digunakan oleh RTM untuk menggendalikan operasinya datang dari wang pembayar cukai negara. Oleh itu, RTM seharusnya memberikan laporan yang adil dan seimbang kepada parti yang memerintah dan parti pembangkang. Di dalam kempen sesuatu pilihanraya, RTM tidak boleh berat sebelah. RTM seharusnya memberikan laporan yang seimbang mengenai calon dari parti pemerintah, parti pembangkang dan independen agar masyarakat Malaysia mempunyai maklumat yang mencukupi sebelum mereka keluar membuang undi. Inilah yang seharusnya dilakukan oleh RTM sebagai sebuah media yang dimiliki oleh negara dan bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia. Tetapi ini tidak berlaku. RTM telah menjadi alat untuk mencernakan propaganda dan kempen daripada parti pemerintah. Ancaman kepada media milik parti pembangkang Baru-baru ini heboh mengenai isu akhbar-akhbar milik parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di "ganggu" oleh KDN. Suara Keadilan milik PKR tidak diperbaharui permitnya. Permit akhbar tersebut tidak diperbaharui berikutan dengan laporan mengenai "Felda bangkrap". Harakah milik PAS turut terpaksa memberi surat tunjuk sebab kepada KDN sebelum diperbaharui permitnya. Selain itu, KDN turut memberi "amaran keras" agar Harakah hanya dijual di pejabat dan markas PAS. Selain itu, pegawai-pegawai dari KDN turut mendatangi pejabat DAP untuk meminta surat tunjuk sebab daripada parti itu berkenaan dengan penerbitan akhbar Roket milik parti tersebut. Tindakan yang dilakukan oleh KDN tersebut dilihat sebagai satu percubaan untuk membunuh kebebasan bersuara bagi ketiga-tiga parti politik komponen PR tersebut. Tanpa akhbar-akhbar tersebut, ketiga-tiga parti tersebut tidak mempunyai medium untuk menyampaikan pandangan mereka kepada masyarakat. Apa lagi dalam keadaan media arus perdana tidak memberi ruang yang seimbang kepada mereka. Situasi media di Malaysia pada masa kini tidak ubah seperti di Filipina di zaman pemerintahan Marcos dan Indonesia di zaman pemerintahan Soeharto. Kedua-dua diktator tersebut tidak membenarkan kebebasan akhbar sewaktu mereka memerintah. Marcos ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat Filipina pada tahun 1986. Soeharto pula digulingkan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998. Dalam erti kata lain, keadaan media di Malaysia telah ketinggalan 12 tahun dibelakang Indonesia dan 24 tahun dibelakang Filipina. Pilihanraya umum ke 13 Pilihanraya umum (PRU) ke 13 akan datang tidak lama lagi. Ada kemungkinan hujung tahun ini, tahun depan atau dihujung 2012. Tidak ada sesiapa yang tahu bila ianya akan berlaku melainkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jika Najib Razak mahu pilihanraya dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi, maka dua minggu lagilah Malaysia akan berhadapan dengan PRU 13. Pada ketika ini, kuasa untuk menentukan tarikh PRU berada di tangannya. Yang membimbangkan adalah keadaan media di negara ini. Tidak ada tanda-tanda media di Malaysia akan dibebaskan atau sekurang-kurangnya media milik negara seperti RTM dibenarkan untuk memberikan laporan yang adil dan seimbang kepada semua pihak yang akan bertanding nanti. Jika keadaan seperti ini berterusan, PRU yang bakal berlangsung nanti tidak akan mencapai tahap bebas dan adil mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Persatuan Parlimen Antarabangsa dalam Deklarasi Kriteria Pilihanraya Yang Bebas dan Adil pada tahun 1994 itu. Di zaman berkembangnya internet dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook ini, media arus perdana juga harus berevolusi. Jika tidak, kerugiaan demi kerugiaan akan terus ditanggung. Laporan-laporan berita "ala tahun 60an" sudah tidak lagi diterima pakai dan hanya akan menyebab akhbar tersebut jauh daripada masyarakat. Mengatakan bahawa media di Malaysia bebas oleh kerana terdapat lebih daripada 200 blog yang aktif adalah kenyataan yang bodoh lagi membodohkan. Blog dan laman sesawang tidak boleh ditutup oleh pemerintah pada ketika ini oleh kerana mereka sudah terperangkap dengan perjanjian sewaktu mahu mengambangkan internet di negara ini satu ketika dahulu. Amin Iskandar (Black) | ||||
| SPRM: Panggil saksi tambahan tertakluk afidavit Bala minggu ini Posted: 18 Jul 2010 06:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menemui saksi-saksi susulan jika wujud keperluan selepas meneliti afidavit detektif persendirian P. Balasubramaniam berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan model wanita Mongolia, yang dijangka diserahkan kepada agensi itu minggu ini. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, sukar untuk ditentukan sekarang kerana ia bergantung pada keperluan kelak selepas meneliti keterangan Balasubramaniam. "Kalau ada keperluan lagi, kami akan memanggil mereka yang diperlukan... kalau ada keperluan," kata beliau ketika ditemui selepas Forum Konsep dan Kesan ESQ Ke Atas Pelan Transformasi Besar SPRM dan Tekun di sini malam tadi. Sehubungan itu beliau enggan mengatakan sama ada siasatan terbaru ini akan selesai sebaik sahaja SPRM menerima afidavit daripada Balasubramaniam. Mustafar juga mengakui bahawa Balasubramaniam adalah saksi penting yang diperlukan untuk melengkapkan siasatan ini. Beliau enggan mendedahkan berapa ramai saksi yang telah ditemu bual setakat ini. Afidavit detektif persendirian itu yang mengandungi respons kepada 52 soalan berhubung maklumat terbaru kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan diserahkan kepada SPRM minggu ini. "Jawapan sudah disediakan... (seorang lagi peguam Balasubramaniam) Manjeet akan membawanya ke Kuala Lumpur minggu depan (ini)," kata peguam Balasubrmamiam, Americk Sidhu ketika dihubungi The Malaysian Insider melalui emel awal minggu lalu. The Malaysian Insider difahamkan sebelum ini SPRM memberikan tempoh kira-kira sebulan kepada Balasubramaniam untuk menjawab jawapan secara bertulis. Difahamkan soalan-soalan itu berkaitan dengan elemen rasuah berhubung kes pembunuhan Altantuya dan akan membolehkan SPRM melengkapkan siasatan mereka berhubung aduan dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran pendedahan Balasubramaniam menerusi temu bualnnya di Singapura akhir tahun lalu. Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai-pegawai kanan SPRM di London pada 5 Julai lalu tetapi rancangan itu dibatalkan oleh suruhanjaya tersebut kira-kira enam hari sebelum itu. Tindakan mengambil keterangan secara akuan bersumpah atau afidavit itu diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010. SPRM membatalkan rancangannya untuk bertemu Balasubramaniam di London atas alasan implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan saksi di luar negara. | ||||
| Who makes a better opposition? Posted: 18 Jul 2010 06:50 PM PDT By Ding Jo-Ann ![]() (boxing gloves © vierdrie | sxc.hu) How has the BN adapted to this new state of affairs? Has it embraced its role as the opposition in Pakatan Rakyat (PR)-controlled states? Has the PR continued to play its role as an effective opposition in BN-controlled states and at the federal level? The Nut Graph asks political scientist Wong Chin Huat. TNG: Have the political parties functioned as an effective opposition — for BN in the PR-controlled states and for PR at the federal level and in BN-controlled states? How can they do better? Wong Chin Huat : The BN refused to accept its defeat in the PR states and has tried to undermine the state governments. By extension, it is therefore also undermining our federal system. For instance, the BN federal government denies PR state governments public funds that are due to them. To cite two examples — petroleum royalty and Penang's heritage fund. The PR states are also sidelined by the tourism ministry. Even at the grassroots level, the BN refuses to accept PR state-appointed village committees and set up parallel ones instead. This behaviour is akin to kids who cannot accept losing a game. ![]() Kelantan doesn't get oil royalties for offshore oil (© Dawn Allwyn | sxc.hu) The PKR-led Selangor government's latest moves in enacting a Freedom of Information (FOI) law and appointing an opposition member to head the Public Accounts Committee (PAC) must be praised. This is the first ruling party in Malaysia's history to do so. In contrast, Selangor Umno has been silly in opposing both these initiatives. Obviously, Umno is dreaming of returning to power in the near future and would not want measures that would create a more level-playing field for the opposition. Umno is dreaming of returning to rule without check and balance, just as they did before March 2008. Citizens must now apply pressure on the BN as well as PAS and DAP to follow Selangor's footsteps in the governments they lead. Enough lip service about reforms. Just deliver. Are there signs that the BN and Umno have started to reform in response to their relatively poor performance in the last general election? Umno, under Datuk Seri Najib Razak, has tried to rebrand itself as a centrist party under the 1Malaysia banner. Many blast Umno for its tacit support of ultra-right groups like Perkasa, but that is really not an issue. If there are free and fair elections, you can simply kick out racist parties if you don't like them. The real threat is if your votes do not count. ![]() Khairy Jamaluddin Malaysia is still effectively an electoral one-party state. The only substantial difference between Umno and the Chinese Communist Party or the Communist Party of Vietnam is those parties do not hold elections. Umno still thinks that they are the natural rulers of Malaysia. In that sense, the Chinese and Vietnamese communists are more honest. Any other comments on how parties can be more effective as the opposition? After 2008, everyone has been talking about the need for a two-party system. But we cannot build a two-party system [simply] by voting. We need to change the institutions. We need to dismantle the electoral one-party state Umno has built and ensure room for opposition parties to survive healthily and make a come-back instead of contemplating defection, coup or sabotage. This would be beneficial for Umno itself, which could one day be occupying the position of the opposition. ![]() BN and PR need to negotiate (© svilen001 | sxc.hu) There is a reason why both BN and PR are interested only in toppling each other, instead of negotiating for peaceful co-existence and vigorous multi-party competition. It is because they are political gamblers. They like our "winner-takes-all" system. They believe they can or have to win big. Deep down, they don't believe in having an opposition that functions like the government-in-waiting. And they don't trust their opponents to be kind to them either. Hence, Selangor Umno's ridiculous response to FOI and the PAC chair appointment. Because there will only be one winner, the fight is very cut-throat. Do people hate this? Does the public want to see healthy politics instead? Then tell both the BN and PR to negotiate as if they will be the opposition after the next general election. Don't be impressed by both sides' gestures to signal moderation on ethno-religious issues. The real problem that holds us back is not racism, but authoritarianism. So, don't pick a good master, but be the master yourself and kick out the servants if they do not perform well. | ||||
| MCA Yakin Manfaat Penyelarasan Subsidi Untuk Rakyat ..Cukong MCA bertambah kaya..!! Posted: 18 Jul 2010 06:46 PM PDT KUALA LUMPUR: MCA percaya penjimatan daripada penyelarasan subsidi yang dilaksana kerajaan berkuat kuasa Jumaat lepas akan kembali kepada rakyat. Timbalan Presidennya, Datuk seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan mengambil langkah tersebut bagi memastikan kemakmuran negara berkekalan untuk generasi akan datang. "MCA menyokong langkah penyelarasan subsidi untuk bahan api dan gula sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan defisit dan menumpukan hasil pendapatan bagi membantu rakyat yang memerlukan. "Langkah ini juga perlu untuk membendung penyeludupan sumber kita ke negara jiran. Subsidi adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin tetapi ramai rakyat asing turut menikmatinya," katanya dalam satu kenyataan, di sini Ahad. Justeru kata Liow, rakyat negara ini harus bersedia untuk menerima perubahan tersebut yang memerlukan masyarakat mengubah cara hidup. "Perubahan ini tidak dapat dielakkan namun ianya akan dilakukan secara beransur-ansur agar tidak menjejaskan perniagaan atau membebankan pengguna," katanya. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional juga akan terus menumpukan kepada kebajikan rakyat dalam melaksanakan polisinya. - BERNAMA | ||||
| KJ dakwa FAM gagal, tak pertahan kerusi..tau tak pe..!! UMNO gagal..bila mau letak jawatan..? Posted: 18 Jul 2010 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Julai — Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan badan induk itu pada 31 Julai ini. Beliau, yang pertama kali memegang jawatan itu sejak 2007, berharap calon baru yang akan menggantikan tempatnya itu akan melihat semula perjalanan FAM secara menyeluruh. Beliau juga mendakwa FAM gagal membentuk struktur bola sepak yang mantap sehingga kepincangan dalaman menyebabkan ramai penaja menarik balik tajaan masing-masing. Khairy mendakwa satu ketika dahulu liga tempatan dikerumuni oleh banyak penaja tetapi kini situasi berubah dengan pihak swasta banyak menaja iklan untuk Piala Dunia dan Liga Perdana Inggeris. "Kita tidak boleh persalahkan penaja kerana mereka mahu hasil pulangan yang tinggi. Lebih-lebih lagi untuk menarik ribuan penyokong untuk satu-satu perlawanan liga tempatan pun susah," katanya. Khairy juga mendakwa bahawa FAM turut gagal menyelaras struktur bola sepak di peringkat akar umbi yang juga menjadi punca badan induk itu gagal menyerapkan pemain serba boleh ke dalam skuad kebangsaan. Malah beliau juga turut mendakwa FAM tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memperkasakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. "Lebih daripada 90 peratus peruntukan kewangan dalam FAM dibelanja untuk penganjuran liga tempatan sehingga FAM gagal untuk tunaikan janji memperbaiki struktur bola sepak tanah air," kata beliau dipetik Bernama. Khairy mendakwa tidak sampai 10 peratus peruntukan kewangan FAM dibelanjakan untuk liga peringkat daerah. Penglibatan Khairy secara aktif dalam sukan itu bermula pada 2006 apabila beliau bersama rakannya Jason Lo dan Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby menubuhkan pasukan MyTeam, yang kini dikenali UPB-MyTeam FC. Selepas itu, beliau menjadi pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd pada 2007. | ||||
| Muhammad Muhamad Taib Contoh terburuk Pemimpin UMNO...ha..ha..ha..dulu semua wangi..!!! Posted: 18 Jul 2010 06:39 PM PDT by Anak Sungai Derhaka Puad Zarkashi berkata "Muhammad Muhamad Taib telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," Jadi semua pemimpin-pemimpin UMNO memang merupakan contoh pemimpin yang buruk dan Muhammad Muhamad Taib adalah yang terburuk.. Kah.. kah.. kah.. patutlah perangai pengikut pun buruk macam beruk.. perangai pemimpin pun teruk.. Kehilangan Mat Taib Dipersoal Ahad Julai 18, 2010KUALA LUMPUR: Kegagalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda-tanya. Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan juga pentadbiran negeri Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain. Beliau mendakwa tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab. "Beliau telah beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman, dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya di sini pada Ahad. Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997, dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas naib presiden Umno dan bekas pengerusi badan perhubungan Umno Selangor serta bekas ketua penerangan Umno, didakwa telah tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden Umno pada Mac tahun lepas. Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, malah Muhammad yang merupakan bekas ketua Umno Hulu Selangor sejak 1982 hingga 1998, juga dilaporkan tidak memberikan kerjasama semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. "Janganlah hanya dengan sedikit kekecewaan kita bertindak keterlaluan sehingga sikap yang ditunjukkan lebih buruk daripada mereka yang tidak berjawatan tetapi tetap komited dalam perjuangan," katanya. Mohd Puad berkata sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke pengetahuan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) dalam masa terdekat agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan. Beliau berkata MT tidak boleh membiarkan perkara tersebut berlarutan di mana keputusan segera mengenai kedudukan Muhammad sebagai Ketua Bahagian perlu diputuskan demi kebaikan bersama. "Saya akan bawa isu ini ke mesyuarat MT terdekat dan terserahlah kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukannya tetapi yang pasti perlu ada keputusan apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah itu, apatah lagi Umno dan Barisan Nasional (BN) kini menjadi pembangkang di Selangor," katanya. Kedudukan Muhammad sebagai Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya mula dipersoalkan apabila baru-baru ini terdapat saranan daripada anggota bahagian itu agar beliau melepaskan jawatannya dengan segera kerana gagal menunjukkan komitmen terhadap kerja-kerja parti. Mereka juga mendakwa beliau gagal mengetuai parti dalam merealisasikan semua objektif dan fungsi yang ditetapkan. BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





























Tiada ulasan:
Catat Ulasan