Selasa, 13 Julai 2010

PRO REFORM

PRO REFORM


Permainan Solo Najib Tumpaskan Usaha Selamatkan Gaza

Posted: 13 Jul 2010 03:56 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia mengkritik Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana menyebabkan usul menyelamatkan Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata cubaan Najib membawa usul 'Selamatkan Gaza' secara solo menyebabkan ia ditolak sebulat-suara oleh negara anggota-anggota PBB, termasuk Amerika Syarikat.

"Mengapa kita tidak mengumpulkan suara kolektif sebelum membawa usul ini? Mengapa Najib tidak menjemput Turki dan negara-negara lain yang bersama dengan pendirian kita," soal Mahfuz, seperti yang dilapor portal Free Malaysia Today.

Mahfuz meragui kegagalan Najib melobi usul ini bersama negara-negara anggota lain yang turut mengecam keganasan rejim Tel Aviv sebelum ia dibahaskan di persidangan PBB.

"Najib sepatutnya mampu mempengaruhi PBB dengan menggunakan syarikat pelobi Apco yang rapat kepada Yahudi dan Amerika Syarikat. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, itu tidak berlaku," kata Mahfuz.

"Saya yakin Apco ada membisikkan sesuatu mengenai Gaza kepada Najib," tambah beliau sebelum mengulangi desakan memutuskan hubungan Kuala Lumpur dan syarikat berkaitan Zionis itu.

(TVS)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

VIDEO IMEJ MISTERI KE 100

Posted: 12 Jul 2010 05:51 PM PDT


Semua video/foto imej misteri paling terkini adalah 100% hasil kerja PRO REFORM dengan tujuan untuk berkongsi bersama pembaca agar kita tidak terlalai dan sentiasa berwaspada dalam menempuh era FITNAH dan SIHIR DAJJAL. INGATLAH..!!! mereka yang tergolong dalam GOLONGAN DAJJAL ini akan sentiasa berusaha dengan menggunakan apa cara sekalipun semata-mata untuk MELALAIKAN KITA, apatah lagi sekarang, di mana kita sudah pun berada pada ZON KRITIKAL dalam menghadapi kedatangan HARI KIAMAT.

Tiada ulasan: