PERAKITE |
| Pakatan Rakyat lancar Tabung Impian Rakyat Posted: 20 Jul 2010 12:14 AM PDT Pakatan Rakyat akan melancarkan Tabung Impian Rakyat (Tiram) bernilai RM20 juta sebagai persiapan ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ke 13 nanti. Pengerusi Tiram, Datuk Husam Musa berkata, ia akan dilancarkan 7 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam dan dijangka semua pemimpin kanan Pakatan menghadirinya. "Sehingga ini, Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz sudah mengesahkan kehadiran," kata Husam. Pelancaran ini dibuat dalam bentuk majlis makan malam untuk pungutan derma dengan mensasarkan kutipan RM20 juta. Husam pernah menyatakan hasrat mengumpul dana RM20 Juta bagi menawan Putrajaya pada Mei lepas. PAS sering mendapat sumbangan kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan