PERAKITE |
| RPK: ..kalau begitu siapa yang harus dipercaya ? Posted: 05 Jul 2010 01:12 AM PDT Raja Petra Kamaruddin (RPK) memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini. Sambil merujuk rganisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti. "Kalau begitu bukankah New Straits Times disokong oleh Umno..., The Star oleh MCA " kata beliau ketika ditemui di London semalam . Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing. "Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media di Malaysia. " katanya lagi. Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu. Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat Raja Petra menjawab "saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan bukannya menerima daripada mereka." Raja Petra berkata, itu sebabnya beliau ingin melihat wujudnya sistem dua parti di Malaysia berbanding hegemoni BN yang memerintah sejak lima dekad lalu. Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan semalam Najib berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra. Malah menurut Najib, rakyat juga tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan . Kalau Raja Petra ditaja pembangkang bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya " kata Najib. |
| Suara Keadilan akan terus diterbitkan ? Posted: 05 Jul 2010 01:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat PRK akan menerbitkan akhbar mingguannya Suara Keadilan minggu ini seperti biasa meskipun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan yang luput Rabu lepas. Pengarah Strategi PKR Tian Chia dan Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib mengesahkan yang akhbar itu akan diterbitkan kemungkinan esok ataupun lusa. "Biasanya Suara Keadilan akan diterbitkan pada Selasa jika tiada halangan akan diterbitkan esok seperti biasa " kata Dzulkarnain. "Sebagaimana dikatakan oleh Tian Chua, saya merasakan parti mendapati Kementerian Dalam Negeri ada niat jahat kerana tidak memperbaharui permit, " kata beliau. Chua ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata penerbitan akan diteruskan seperti biasa memandangkan keputusan kementerian masih belum jelas dalam soal memperbaharui permit. "Apa yang kerajaan maksudkan tidak jelas apabila mereka mengatakan bahawa permit tidak boleh diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan, " katanya. "Kami akan terus mengeluarkan sehingga satu keputusan dibuat " kata Chua. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan