PENYAPU SIAL |
- NGO buntut UMNO nak hantar 50 bas penuh pengundi hantu keturunan bangla,nepal ,vietnam dan indon bagi memohon sedekah supaya PAS berjuboq dengan UMNO....!!!!
- dasar orang melayu UMNO anak haram....dah gadai maruah dan keistimewaan bangsa sendiri tuduh orang lain pulak penyebabnya...!!!!
- geng kerabat perompak era mahafiaraun memerintah di tuduh menipu kerajaan penyamun UMNO-BN Malaysia...!!!!
- anak mahafiaraun bagi warning kat blogger....jangan dedahkan penyelewengan,perampokan dan pelanunan terhadap ekonomi negara oleh kerajaan UMNO BN....
- masjid UMNO dan ahli ahli tertingginya...he he he
- Majlis Ulama Indonesia Haramkan Gossip Artis (Infotainment) ....majlis ugama negara kita bila lagi....apa nak tunggu ular mamak jadi ular dalam semak ke...????
- Thailand Yang Huru Hara Dapat Pelaburan Lebih Tinggi Dari Malaysia
- Mengapa Hanya Guru siswazah sahaja boleh berpolitik ?
- Ahli PAS Yang Sokong Haramsani Adalah Pengkhianat Kepada Parti
- sayfool liwat pemuda berdahi hitam bakal buat satu lagi sumpah laknat...????
- Setelah gagal satukan PAS dengan UMNO, Harussani kena satukan Mufti di Malaysia.
- skandal salful liwat dan timbalan pendakwaraya....kredibiliti kes liwat yang di ragui ...!!!!
- seperti kes PERWAJA....skandal PKFZ juga satu lagi sandiwara kerajaan barisan najis....!!!!!
| Posted: 29 Jul 2010 11:07 PM PDT Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz ![]() Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam. "Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu," kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider. Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru. Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan. "Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik)," katanya. Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan. Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara "Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?" yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap. Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media. Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan. "Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir. "Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu," kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat. Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak. "Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini," kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik. Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai. Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS. "Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS," katanya. "Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan," katanya. Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu. "Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu. "Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS," kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu. Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz. Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu. "Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak). "Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu," katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu. Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno "sudah ditutup." Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini. "Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah. "Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati," katanya. Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding. "Ia mungkin boleh berjaya," katanya. penyapu sial Apa lah binatang buas UMNO cuba nak tipu PAS lagi. Kelantan, negeri Majority Melayu 97% tak dapat royalti minyak, macamana pulak nak bincang penyatuan melayu. Dah kalah, baru nak melayu bersatu. Bubar je Umno, masuk PAS atau PKR lah! Memang UMNO memang sudah parah dan terdesak yg amat sekarang..ini buktinya..UMNO pun dah tak yakin dengan sokongan org Melayu dan telah membuat kesimpulan PAS telah mendapat sokongna majoriti tipis dari Org Melayu..kalu tidak masakan UMNO mintak sampai NGO sendiri pergi rayu kat Nik Aziz..tak pernah terjadi dalam sejarah poltik UMNO..sampai sanggup merayu belas kasihan dari Nik Aziz!! Jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja..ramai2 ahli UMO kleuar masuk PAS!! dan biarkan saki baki kroni dalam UMNO jadi pembangkang bila PRU13 nanti! |
| Posted: 29 Jul 2010 10:57 PM PDT Najib mengingatkan DAP supaya tidak menekankan hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera DAP diingatkan supaya tidak menyentuh ataupun menekankan soal hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera sehingga mencetuskan isu perkauman dan menyebabkan orang Melayu rasa tidak puas hati. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Selangor yang sentiasa cuba memperjuangkan dasar adil dan saksama tetapi konsep itu menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera rasa marah lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal penghapusan dasar yang melibatkan kepentingan mereka. Beliau berkata demikian setelah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pembelian hartanah komersial dan rumah mewah. Najib menegaskan walaupun dasar terbabit adalah dalam bidang kuasa di bawah kerajaan negeri, namun kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai niat ataupun bercadang untuk memansuhkan dasar terbabit. Beliau turut mengakui dasar terbabit tidak mungkin akan kekal selama-lamanya tetapi belum tiba masa lagi untuk menghapuskan diskaun berkenaan. penyapu sial NI BARU PADAN SELEPAS "MUFTI PERLIS" JADI ANJING SURUHAN UMNO JADI ORANG TENGAH,KINI NAJIB PULAK BERALIH KEPADA DAP. HAHAHAHA STRATEGI BODOH DAN SIAL SAHAJA NI. ZAMAN SIAPA YANG MENGURANG DAN MENGHAKIS KEISTEMEWAAN RAJA MELAYU DI MALAYSIA KALAU BUKAN "ANJING KURAP" INI??? # ANJING KURAP = UMNO NGOK 30% kouta bumiputra pulak apa cerita... ? Beruk mana punya kejer ? Lawak antarabangsa betul betul di celah juboq sayfool liwat....!!!! DAP baru cakp dah kena hentam sampai PM pun tak senang duduk. Tapi yang UMNO dah menjahanamkan hak orang melayu selama ini, kenapa diam. Siapa yang merampas tanah orang melayu Siapa yang merobohkan rumah orang melyu Siapa yang menarik biasiswa orang melayu Siapa yang kebas DEB untuk orang melayu Orang yahudi ke? orang Cina ke? hahahaha orang melayu UMNO yang buat semua tu. Memang jenis-jenis munafik memang suka menuduh orang lain sedangkan mereka sendiri yang rakus dan pelahap. |
| Posted: 29 Jul 2010 10:47 PM PDT Tun Dr Ling didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menipu kerajaan Malaysia Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA dituduh menipu kerajaan Malaysia kerana memperdayakan Jemaah Menteri mengenai pembelian tanah untuk projek 'Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang. Walau bagaimanapun, Dr Ling yang dihadap di Mahkamah Sesyen hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan terbabit. Beliau didakwa mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaaan. Sebutan kes terbabit sudah ditentukan pada 3 September depan. Kertas pertuduhan yang dibacakan dalam mahkamah menyatakan bahawa Dr Ling didakwa kerana menipu kerajaan dengan memperdayakan Jemaah Menteri antara 25 Sept, 2002 dan 6 Nov, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan mempersetujui pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek 'distribution hub' di Pelabuhan Klang. Antara syarat-syarat yang ditentukan antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang termasuklah kadar pembelian tanah dari RM25 satu kaki persegi menjadi jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456 serta beberapa lagi terma yang lain. penyamun sial ha ha ha ....Tun Dr Ling didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menipu kerajaan Malaysia : ALAA...JANGAN RISAULAH INI GERENTI LEPAS PUNYA BIASALAH IKAN JERUNG TERLEPAS,IKAN BILIS MENJADI MANGSA. PERCAYA KA? PERCAYALAH ( SEKADAR NAK SEDAPKAN ORG KUAT APCO ) Ling Liong sik je? Macamana dengan yang seangkatannya? Mahathir, samy no value tak bawak sekali ke? Jelas dalam malaysia maverik menceritakan segalanya, takkan tak tau kot. Biasalah klalau orang UMNO dan barua UMNO, gerenti akan selamat punya. |
| Posted: 29 Jul 2010 10:40 PM PDT Penulis blog diseru supaya tidak menulis atau menuduh sebarangan sehingga melumpuhkan ekonomi negara Parti pembangkang dan penulis blog diberi amaran supaya tidak menulis sebarangan ataupun membuat tuduhan yang tidak berasas sehingga melumpuhkan ekonomi negara. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata tuduhan yang tidak berasas boleh menjejaskan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelaburan. Beliau juga mengatakan gologan terbabit melakukan 'serangan kiri dan kanan' kerana menunjukkan sokongan padu terhadap transformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan tetapi juga mengkritik kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI). Serangan yang dilakukan itu bertujuan menggambarkan kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dalam usaha menarik FDI. Mukhriz mengingatkan semua supaya tidak merisikokan nasib negara dan generasi muda yang bakal memimpin dan membawa Malaysia ke masa depan yang lebih cerah. penyapu sial Ludah jer muka2 menteri UMNo ni... apa lagi yang tak kena ? Kejatuhan ekonomi adalah kesilapan rakyat ke ? Bila kena bongkar dia senyap ( diam tanda setuju ) Bila memberi jawapan ( jawapan bodoh pulak ) Setakat BLOG ni kemana sangat la peginya... ? UMNO kan ada banyak media saluran perdana ... tak berfungsi ker.. Bangang Benar.. Mukriz, tolong jawab dakwaan banyak pihak yang bapak kau tu dah banyak sangat menyamun duit rakyat. Bail out adik-beradik kau dah berbillion habis. Kau rasa kau orang ni tak mati ke? Tak akan disoal ke amal dan perbuatan kau orang. Tolong sikit, kamu yang buat dajal, lepas tu nak tuduh bolger. eeeeeeeeeeeeeeeee munafik sungguh. Nasib baik zaman bapak dia blog ni tak aktif lagi. Kalau tak mampus dari dulu lagi. Zaman bapak dialah yang paling banyak kebas duit rakyat. Bapak kamu pun penulis blog juga dan banyak hentam ekonomi negara sekarang sampai lumpuh. Mahathir mencipta hari ini dalam sejarah apabila menjadi konspirator Tuduhan Liwat I terhadap musuh politik No. 1 nya DSAI. Kroni Mahathir pula Najis Razak mencipta kosnpirasi Tuduhan Liwat II dengan pertolongan anjing pendakwa dan penyiasat dari Jabatan peguam Negara by Gani Patail dan PDRM by Musa Hasan. Mukris sekali lagi lu buka mulut wa sumbat lalat langau dan air longkang dalam mulut lu |
| masjid UMNO dan ahli ahli tertingginya...he he he Posted: 29 Jul 2010 10:30 PM PDT ![]() |
| Posted: 29 Jul 2010 09:48 PM PDT Kalau di Indonesia, di setiap rangkaian televisi pasti ada slot yang membincangkan hal ehwal artis termasuk hal-hal pribadi artis2 Indonesia. Dalam bahasa orang dulu-dulu, infotainmen ini adalah rancangan TV berkaitan "hal2 dalam kain" para artis Indonesia. Kalau di Malaysia, kita biasa panggil "gossip artis". Di Malaysia, gossip2 artis ini juga tidak kurang hebatnya. Sehingga ada majalah2 yang diterbitkan khas membincangkan gossip2 artis. Di televisi Malaysia pun, hal2 berkaitan dalam kain artis juga terus menerus diperbincangkan. Fatwa MUI ini adalah satu tindakan yang sangat baik dan mengharumkan nama Islam. Kalau dahulu, hanya Nahdatul Ulama yang mengharamkan Infotaimen, tapi sekarang ini Majlis Ulama Indonesia (yang mewakili Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama) juga mengharamkan Infotainmen (Gossip Artis). Sudah tiba masanya, umat Islam di rantau ini berhenti menjadikan para artis sebagai contoh tauladan di dalam menjalani kehidupan kita. Biarlah hal2 dalam kain para artis dibincangkan di kalangan para keluarga mereka sahaja. Yang kita khuatiri adalah generasi muda kita terutama para belia. Di tahap umur yang begitu muda, mereka sudah tentu sukar membezakan mana yang baik dan buruk. Apabila mereka melihat para artis kehidupan mereka bercerai berai, berskandal, berzina di sana sini, maka kelak contoh ini akan dijadikan tauladan kepada mereka. Maka, biarlah hal dalam kain para artis kekal di dalam kain. Janganlah hal2 dalam kain para artis di bawa keluar. Tiba masanya, para mufti di Malaysia menyokong fatwa MUI ini dan mengeluarkan fatwa yang serupa. Jangan asyik nak suruh PAS bersatu dengan UMNO sahaja. Pengharaman gossip artis ini lebih penting kepada masa depan umat islam di Malaysia. Kita menyeru Dewan Ulama PAS Pusat memulakan langkah menyokong fatwa Majlis Ulama Indonesia ini dan membawa fatwa ini, sekurang2nya di kalangan ahli2 dan penyokong PAS. Wallahualambissawab |
| Thailand Yang Huru Hara Dapat Pelaburan Lebih Tinggi Dari Malaysia Posted: 29 Jul 2010 09:38 PM PDT ![]() Sedar atau tidak, Thailand yang huru hara dan melalui rampasan kuasa tentera nampaknya berjaya menarik pelaburan asing JAUH LEBIH TINGGI dari Malaysia. Selama ini UMNO kerap memainkan fitnah kononnya pembangkang suka buat huru hara, rupanya Thailand yang huru hara berjaya mengaut pelaburan asing yang lebih tinggi dari Malaysia. Ini jelas menunjukkan penipuan UMNO selama ini. UMNO kerap mengatakan pelabur asing tidak akan masuk ke MAlaysia sekiranya ada demonstrasi dan tunjuk perasaan berterusan. Hakikatnya, UMNO takut rakyat berdemo memprotes tindakan UMNO mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Bayangkan, sepanjang 4-5 tahun lepas, bukan sahaja berlaku demonstrasi, kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan undang-undang darurat kerana keadaan begitu tidak terkawal. Malahan, IMF telah menganggarkan pertumbuhan ekonomi Thailand mencecah 7% pada tahun 2010, yang mana dalam tahun yang sama berlaku demonstrasi besar-besaran yang menyebabkan Lapangan Terbang Thailand terpaksa ditutup dan kota Bangkok lumpuh. Para demonstran bukan sahaja menutup Lapangan Terbang Bangkok, mereka juga menyerbu Parlimen Thailand. Jangan kita lupa, kebangkitan rakyat Pattani di Selatan Thailand yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Di Haatyaai, pergi ke mana-mana kampung Melayu, semua orang bersenjata. Pakai kain pelikat pun, mereka bawa pistol. Pergi surau pun bawak pistol. tapi, pelaburan di Thailand kedua tertinggi di ASIA Tenggara. Pada enam bulan pertama 2010, pertumbuhan ekonomi Thailand berada pada tahap 10%. UMNO TAKUT RAKAYT PROTES AMALAN KORUPSI MEREKA Hakikatnya UMNO takut dengan tindakan rakyat menentang cara mereka menggunakan kekayaan negara untuk mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Mereka takut jika rakyat turun ke jalanraya, mereka tidak dapat meneruskan aktiviti mereka mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. Pelabur asing mahu melabur di negara yang membawa keuntungan kepada mereka. Mereka tidak boleh melabur di negara di mana kehakiman negara boleh dipergunakan sewenangnya oleh parti pemerintah untuk memfitnah Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat yang kedua. Kalau kehakiman dan sistem undang-udnang di Malaysia tidak boleh dipercayai, bagaimana pelabur hendak melabur di Malaysia? Jelas, selepas 1997, UMNO telah gagal menukar ekonomi Malaysia menjadi lebih berdaya maju dan lebih daya saing. Hasilnya, pelabur asing menarik pelaburan mereka di Malaysia. Apa yang UMNO buat selepas 1997 hanya menggunakan wang rakyat untuk menyelematkan kroni2 dan UMNOPUTRA yang telah bankrap dan menuju ke dalam gaung. "COntigent Liability" sahaja yang ditanggung oleh rakyat Malaysia selepas MAhafiraun menyelamatkan kroni2 beliau berjumlah RM800 juta (kalau tidak silap saya). PELABUR ASING BENCI AMALAN KORUPSI UMNO Pendek kata, perangai UMNO mengkayakan kroni2 ini dilihat oleh para pelabur asing. Melihat perangai UMNO tidak berubah-ubah, maka para pelabur asing membuat keputusan meninggalkan Malaysia. Bayangkan, sekarang ini, bilangan pelaburan yang keluar dari Malaysia JAUH lebih tinggi berbanding jumlah pelaburan yang masuk. Mengikut Idris Jala dan juga NEM serta RMK10 Najib, harapan Malaysia untuk keluar dari "middle income economy" kepada "high income economy" adalah bergantung semata-mata kepada pelaburan asing. Barang diingat, duit minyak kita akan habis sekitar 2011. Pekerja2 di Petronas sekarang ini boleh memberitahu para pembaca bahawa Petronas sudah pun memulakan operasi mengurangkan pekerja. Ertinya, sekiranya kemasukan pelabur asing terus menjunam sebegini, kemungkinan besar Malaysia akan bangkrap jauh lebih awal dari 2019. Tiada jalan lain untuk menyelamatkan Malaysia kecuali UMNO dihumban ke Laut Cina Selatan secepat mungkin. Semoga UMNO dimatikan Allah WT secepat mungkin. AMINNNN!!!! Tulang Besi |
| Mengapa Hanya Guru siswazah sahaja boleh berpolitik ? Posted: 29 Jul 2010 09:35 PM PDT murid murid....perkataan ini apa bunyinya.....!!!! Langkah kerajaan yang diwar-warkan bagi mebolehkah guru berpolitik amat menggembirakan penulis. Kerana apa? Kerana guru juga rakyat Malaysia. Jika mereka rakyat Malaysia mengapa mereka dilarang berpolitik? Bukankah berpolitk itu dilakukan diluar waktu sekolah. Guru bukan berpolitik dalam bilik darjah. Bagi penulis, mana-mana penjawat awam juga harus dibenarkan berpolitik bukan hanya guru sahaja. Kalau pekerja pejabat, mereka bukan berceramah politk dalam pejabat tetapi di luar masa pejabat. Apa yang ditakutkan dengan penajwat awam berpolitik jika politik adalah hak yang dijamin dalam demokrasi? Mengapa hanya guru ataupun guru siswazah? Jawabannya mudah kerana merekalah yang mengajar anak bangsa. Anak bangsa yang masih mentah ini mudah untuk diajar bahawa UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Anak bangsa ini mudah diajar PAS, PEKEMAS dan semua parti berhaluan kiri adalah penentang kemerdekaan dan penentang kerajaan. Dan Nik Abduh diajar sebagai Al-Qaeeda. Kemudian disyaratkan pula hanya guru siswazah sahaja dibenarkan berpolitik. Guru siswazah kebanyakan, penulis ulang kebanyakannya adalah anak-anak muda. Bagus juga kerana majority anak muda ini di universiti adalah condong kepada PAS. Namun apa jadi dengan guru veteran? Ya, guru veteran ini kebanyaknnya, penulis ulang kebanyakannya penyokong UMNO. Maka logiklah mereka tidak perlu diberi kebenaran berpolitik. Kemudian timbul pula untuk berpolitik, guru tersebut perlu pula memohon kebenaran pehak atasan Kementerian Pelajaran. Naaaah...apa-apaan nih? Ertinya mungkin kena isi boranglah, kena sebut dengan jelas dalam borang itu parti mana yang nak disokong, kalau berkempen untuk PAS sila beri alasan mengapa anda tidak boleh ditukarkan ke Baram atau Long Pasia, atau ke Kudat. Namun penulis penyokong penuh ura-ura ini kerana bagi penyokong PAS mereka sudah lali dengan cara kerajaan ini. Lebih-lebih lagi jika mereka pernah mengikuti kursus ILHAM. Mereka tidak susah hati jika dipindah ke manapun. Kerana bagi mereka yang telah ditarbiah, bumi ini milik ALLah Taala. Dan mereka yang tidak adil itulah yang akan menerima pembalasan ALLah Taala.Wassalam |
| Ahli PAS Yang Sokong Haramsani Adalah Pengkhianat Kepada Parti Posted: 29 Jul 2010 03:34 PM PDT Setiap ahli PAS wajib membela Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya kerana Ustaz Ibrahim Libya adalah pemimpin PAS dan telah dizalimi kerana aktiviti beliau di dalam PAS. Mufti Perak, Haramsani, adalah salah seorang yang membela UMNOCO/BN kerana menzalimi Ustaz Ibrahim Libya. Ikuti laporan Ustaz Ahmad Awang: "Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut. Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut. Saya cabar ahli-ahli PAS yang menyokong HARAMSANI silalah keluar dari PAS. Kamu adalah pengkhianat dan penyokong kezaliman. Punya bongkak Haramsani sehingga hari ini dia tidak kembali pun ke Memali meminta maaf kepada balu-balu Memali. NAsihat saya pada ahli2 PAS, sila dapatkan doa2 TOk Guru Nik Aziz selepas peristiwa Memali yang beliau baca dalam ceramah2 beliau. Sehingga sekarang bila saya ingat kembali doa Tok Guru itu, naik bulu roma saya. Tulang Besi |
| sayfool liwat pemuda berdahi hitam bakal buat satu lagi sumpah laknat...???? Posted: 29 Jul 2010 03:17 PM PDT SKANDAL SAIFUL-FARAH, SATU LAGI SUMPAH LAKNAT AKAN DILAKUKAN ? PENDEDAHAN terhadap dakwaan skandal Saiful Bukhari dengan salah seorang Tim Pendakwa kes Liwat 2 DS Anwar iaitu Farah Azlina nampaknya hangat diperkatakan. Perlakuan yang dikatakan skandal hubungan sulit di antara pemuda `berdahi hitam' Saiful Bukhari dengan wanita tersebut mengakibatkan peguam berkenaan digugurkan dari Tim Pendakwa oleh Peguam Negara Ghani Patail. Percayakah anda dengan berita ini? Bagi saya, tentunya saya tidak percaya kerana pemuda tersebut amat `baik', jujur dan sentiasa menjaga moralnya tidak seperti DS Anwar yang dituduh meliwatnya. Perhatikan pada dahinya yang hitam itu sudah cukup untuk menggambarkan `kesolehan' anak Encik Azlan itu. Mana mungkin beliau berbuat demikian di dalam keadaan beliau dikatakan menjadi tunangan orang. Lagi pun, Saiful Bukhari belum `bersumpah laknat' lagi samada benar atau tidak beliau menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut. Bukankah `sumpah laknat' itu membuktikan kebenaran? Saya penuh yakin, selepas dakwaan ini Saiful akan hadir ke sebuah masjid untuk melakukan amalan `sumpah laknat' tujuh keturunan bagi membuktikan bahawasanya beliau seorang pemuda yang Soleh dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Sebelum itu, sudah tentu Saiful akan pergi berjumpa Najib atau pun KPN, juga mungkin akan bertemu raja sesumpah Ezam untuk memohon nasihat bagaimana untuk menghadapi dakwaan ini. Tidak mustahil juga Saiful akan mengadu hal ini kepada `Uncle Pet'. Mana tahu Saiful mungkin difitnah ? Apa pun kita ikuti perkembangan hal ini kerana seterusnya. Pengajaran dalam kisah ini adalah, "Jangan kita suka mefitnah orang, satu hari nanti kita akan difitnah'. Tetapi, kisah skandal ini satu fitnah kah atau benar-benar berlaku? Saya tidak percaya sehingga Saiful bersumpah laknat sekali lagi. Kita tunggu saja Saiful akan berpakaian baju kebangsaan lengkap umpama Pengantin untuk melakukan `Sumpah Laknat Siri II". Mungkin salah seorang dari Ulamak Muda Umno boleh menjadi saksi sumpah menyumpah tersebut. Apa pula komen raja sesumpah Ezam di dalam hal ini? WFAUZDIN NS |
| Setelah gagal satukan PAS dengan UMNO, Harussani kena satukan Mufti di Malaysia. Posted: 29 Jul 2010 03:14 PM PDT Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, bagi saya merupakan penjelasan yang "terang lagi bersuluh" mengenai isu yang hangat diperkatakan sejak lebih seminggu lepas. Nik Aziz juga dipetik sebagai berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan. Tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit dilihat adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik. Kerana itu saya mencadangkan dan memberi tugas baru kepada Harussani untuk satukan dahulu mufti-mufti yang ada di setiap negeri di Malaysia. Nampaknya sejak dahulu 14 orang mufti yang ada di Malaysia tidak pernah bersatu. Terakhir perselisihan pendapat mengenai ESQ Leadership Training Center yang menjadi perbahasan dan pertikaian. Mufti Wilayah telah mewartakan fatwa pada 17 Jun lalu yang menyatakan bahawa program latihan tersebut sebagai haram, sedangkan Harussani dan mufti yang lain mengatakan tidak bercanggah dengan Islam. Harussani di usia senjanya sebagai Mufti negeri Perak yang saya anggap diberikan pelbagai ujian oleh Allah khususnya berdepan dengan kemelut rampasan kuasa oleh BN yang menafikan. Kerana itu Harussani boleh kekal sebagai seorang yang dihormati seperti satu masa dulu kalau dia tidak memihak. Apalagi tindakannya berbohong dalam kes pertemuannya dengan Hassan Ali menambahkan rasa tidak hormat kepadanya. Tindakan nya memihak dan membenarkan dalam apa saja tindakan UMNO jelas menunjukkan tidak matang beliau untuk mengurus kerusi mufti yang disandangnnya. Kerana itu sejak akhir-akhir ini beliau mula merungut ada yang menamakannya dengan panggilan yang bukan-bukan yang tidak berminat saya ulangi disini. Tetapi isu sebenarnya kenapa sehingga sudah hilang hormat kepada namanya walaupun masih bergelar mufti ?. Rasanya tidaklah sanggup penulis blog tersebut yang sanggup berkata dengan bahasa yang sesuai dengan tidakan Harussani sendiri. Bukan dengan tujuan menyokong bahasa yang dikeluarkan itu namun rasanya itulah nasib kepada perbuatan yang dilakukannya sendiri. Bayangkan semasa beliau berceramah dihadapan pelajar malaysia di Adelaide Australia, bila ditanya hukum lompat parti, jawab Harussani tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam . Harussani berkata hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun. Katanya lagi sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan dia menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun disamping dia hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa. Demikianlah jawapan mudah dari Harussani untuk mengharuskan dan menghalalkan tindakan BN merampas kuasa di Perak. Kalaulah mencuri seekor ayam ada hukumnya, rupanya mencuri mandat rakyat di Perak tidak ada hukum. Sepertilah yang beliau anggap amanah di Malaysia tidak boleh mendedahkan siapa jumpanya, namun di Adelaide dia dedahkan kepada pelajar disana. Drs. Khalil Idham Lim |
| skandal salful liwat dan timbalan pendakwaraya....kredibiliti kes liwat yang di ragui ...!!!! Posted: 29 Jul 2010 03:08 PM PDT Hubungan Romantik, Siasatan Perlu Bagi Elak Perbicaraan Cacat ![]() Pengesahan hubungan romantik antara Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Latif dengan Saiful Bukhari Azlan, kedua-duanya terlibat dalam perbicaraan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu disiasat kerana ia memberi implikasi terhadap kes berkenaan. Peguam, R Sivarasa berkata kegagalan Pejabat Peguam Negara berbuat demikian hanya akan menjadikan perbicaraan kes yang sedia kala dipandang ramai sebagai konspirasi politik, menjadi sebuah perbicaraan yang cacat. Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, kecacatan perjalanan perbicaraan kes mudah berlaku dan memberi kelebihan kepada Saiful yang dijangka mudah memanipulasi maklumat yang dimiliki pasukan pendakwa raya. Hubungan Farah Azlina dengan Saiful Bukhari yang juga saksi utama kes berkenaan didedah sebuah portal berita, sebelum disahkan sendiri Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail tidak lama kemudian. Sebelum membuat pengesahan kepada media, Gani dilihat terlebih dulu menyediakan alasan bagi mengelak proses pendakwaan terjejas dengan menggugurkan Farah Azlina. "Implikasinya adalah setakat mana hubungan ini telah membenarkan saksi ini yang juga pengadu memiliki akses kepada maklumat sulit daripada saksi lain, maklumat dalam kertas siasatan. "Itu menjadi persoalan dan memberi implikasi serius. Ia mungkin mempengaruhi keterangan saksi dalam kes ini. Kalau benar, ini adalah perbicaraan yang cacat dan harus dibatal. "Gani Patail sendiri mengesahkan Farah Azlina ada hubungan romantik dengan Saiful. Ada dakwaan mengatakan dia memutuskan pertunangannya. Ini menunjukkan hubungan dengan Saiful adalah serius," katanya. Sivarasa juga berpendapat alasan kononnya Farah Azlina cuma berperanan sebagai pencatat nota perbicaraan, adalah dangkal kerana sebagai sebuah pasukan, mereka tentunya berkongsi pelbagai maklumat. "Itu tidak boleh diterima sebab adalah luar biasa mereka yang bekerja sebagai satu pasukan dan kita mudah mengatakan bahawa Farah Azlina tidak ada akses kepada dokumen sekali gus perbicaraan tidak terjejas," katanya. Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pengguguran Farah Azlina, tidak mencukupi kerana proses perbicaraan kes berkenaan, sudahpun bermula. Beliau menegaskan, siasatan menyeluruh mengenai sejauh mana urusan peribadi itu mempengaruhi dan memberi kelebihan kepada Saiful Bukhari, perlu dibuat. "Apa yang penting sekarang adalah siasatan tapi saya nampak sekarang dalam kenyataan Gani Patail tiada tanda wujud siasatan ini. Nampaknya, pihak pembelaan kena bawa perkara ini ke mahkamah," katanya. -TVS Adakah Saiful ada hubungan sulit dengan DPP? Peguam bela Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepastian daripada pihak pendakwaan sama ada 'ya' atau 'tidak' Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan. Demikian menurut Sankara Nair yang mendesak jawapan balas daripada Peguam Cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung dakwaan cinta itu yang telah dikemukakannya 26 Julai lalu. Menerusi surat itu, Sankara menggariskan tiga permintaan penting memandangkan satu penerbitan secara meluas diterbitkan sebuah portal online bertajuk "Sodomy II prosecutor faces chop amid 'affair' allegation". Kedua melalui penerbitan itu juga ia memberi implikasi serius terhadap integriti pasukan pendakwaan ekoran sebahagian mereka mempunyai capaian kepada maklumat-maklumat sensitif yang tidak boleh didedahkan kepada Saiful. "Malah jawapan Yusof pada 22 Julai lalu dalam penerbitan itu mengundang pelbagai spekulasi apabila wujud jawapan yang tidak jelas dan tegas," katanya. Ketika ditanya mengenai pengguguran Farah Azlina yang diumumkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam, beliau nyata tidak menerima keputusan itu. "Saya tidak dapat terima keputusan Peguam Negara itu sebab menjadi keutamaan adalah untuk Datuk Mohd Yusof memberi jawapan balas kepada surat kami itu. "Nak ketepikan Farah Azlina bukan menjadi hal tetapi ia bergantung kepada jawapan pihak pendakwaan sama ia atau tidak wujud hubungan itu sehingga menimbulkan spekulasi. "Dengan keputusan itu membawa lebih banyak spekulasi mengenainya. Mungkin ada kebenaran di sebalik perkara itu," katanya yang dihubungi Free Malaysia Today. Peguam Negara mengesahkan semalam bahawa Farah Azlina Latif digugurkan daripada pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu serta dari bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara. Langkah itu katanya susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008. Mohon tangguh perbicaraan Dalam perkara berkaitan, pihak pembelaan mohon penangguhan kes dijadualkan 2 Ogos ini sehingga keputusan berhubung rayuan Anwar mendapatkan laporan perubatan dan bahan bukti diberi. "Kami akan mohon penangguhan sehingga Mahkamah Rayuan beri keputusan sama ada rayuan kami berjaya atau sebaliknya.Bagaimana kita mahu meneruskan prosiding sedangkan mahkamah belum membuat keputusan?" soalnya. "Ini akan menyusahkan pihak pembelaan kerana tanpa laporan itu bagaimana kami boleh meneruskan perbicaraan. "Maka kami akan minta penangguhan sehingga keputusan daripada Mahkamah Rayuan diberi," jelasnya. Tambahnya lagi, Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam telah menghantar surat yang memaklumkan permohonan rayuan itu ditetapkan 6 Ogos depan. Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008. -FMT |
| seperti kes PERWAJA....skandal PKFZ juga satu lagi sandiwara kerajaan barisan najis....!!!!! Posted: 29 Jul 2010 02:49 PM PDT ![]() Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini. Ling, 67, bekas doktor perubatan menjadi ahli politik tiba di Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini, jam 4.45 petang dan kelihatan tenang apabila dikerumuni oleh para wartawan dan jurugambar. Beliau yang memakai baju belang, diiringi isteri Toh Puan Ena Ling dan dua anak lelaki Hee Leong dan Hee Keat yang hadir di mahkamah. Ling mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara. Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana 'mengelirukan' kabinet di antara 25 September dan 6 November 2002 supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk sebuah projek, yang kini dikenali sebagai PKFZ. Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%. Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik. Beliau juga ditawarkan dengan pendakwaan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan untuk kesalahan yang sama. Menurut kertas dakwaan, Kementerian Kewangan telah pun membuat penilaian terhadap tanah tersebut pada harga RM25 satu kaki persegi termasuk faedah terkumpul (compounded) dan fakta ini disimpan dari pengetahuan kabinet oleh tertuduh. Ikat jamin RM1 juta Terdahulu Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata, beliau mahu kes ini ditangguhkan kerana waktu sudah 4.30 petang. "Sudah 4.30 petang dan saya memohon penangguhan selepas ikat jamin dibuat dan ditetapkan tarikh perbicaraan," katanya. Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan pendengaran ditetapkan pada 3 September depan. Ling yang memerlukan masa untuk ikat jamin, telah dibebaskan atas bon peribadi. Beliau akan membayar sejumlah itu di Mahkamah Sesyen esok. Ditanya sama ada beliau yakin untuk memenangi kes beliau menjawab, "Dalam Mahkamah Keadilan, anda mesti merasa yakin." Ling juga diwakili oleh peguam bela RR Sethu. Terdahulu, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan tiga Timbalan Pendakwaraya (DPP) termasuk ketua pendakwaan Tun Majid Hamzah tiba di mahkamah pada jam 4.00 petang tetapi enggan bercakap kepada beberapa wartawan yang berkemah sejak awal pagi setelah mendapat isyarat seorang VIP akan didakwa. Dua DPP lain ialah Manoj Kurup dan Dzulkifli Ahmad. Ling, menteri kabinet yang telah lama berkhidmat, merupakan kawan rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Beliau dilantik sebagai ahli parlimen Mata Kuching pada 1974. Beliau berjaya mempertahankan jawatannya pada 1978 dan 1982. Pada 1986, beliau dilantik sebagai ahli parlimen Labis dan berjaya mempertahankan kerusi itu dalam tiga pilihan raya umum berikutnya. Ling menjawat Presiden MCA selama 17 tahun sehingga beliau bersara pada 2003. Pada 1986, beliau dilantik sebagai menteri pengangkutan. Sebelum itu, beliau memegang jawatan setiausaha parlimen kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, timbalan menteri penerangan, timbalan menteri kewangan dan timbalan menteri pelajaran. Ling merupakan seorang tokoh berprofil tinggi dihadapkan ke mahkamah dalam tempuh beberapa tahun. -FMT Ada beberapa perkara yang meragukan. 1) Segala-galanya di tangan Peguam Negara sehinggakan permohonan penangguhan kes pun dilakukan oleh Peguam Negara kerana waktu sudah 4.30 petang selepas ikat jamin dibuat dan ditetapkan tarikh perbicaraan. Persoalan : Apakah sengaja pendakwaan dilakukan pada waktu tersebut supaya kes terus saja ditangguhkan? 2) Wang ikatjamin RM1 juta. Persoalan: Hakim seperti telah diberikan skrip untuk menentukan wang ikat jamin berkenaan dan ia tidak dibantah oleh peguambela. Boleh diganti dengan bon peribadi dan wang dibayar esok. 3) Kes berprofail tinggi ini telah tersebar luas terlebih awal. Ramai wartawan dalam dan luar negara telah berkumpul. Persoalan : Dari mana berita tersebut diperolehi dan siapa penyebarnya? Apakah ianya disebarkan terlebih awal untuk meningkatkan integriti pejabat Peguam Negara yang kini telah banyak dipersoalkan? 4) Kes Ling Liong Sik ini hanya secebis dari keseluruhan kes rasuah PKFZ. Persoalan: Bagaimana yang lain? Terutama pemimpin UMNO yang turut terlibat? "(Antaranya) membabitkan Dato' Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi." "Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut." "Bekas Bendahari Umno (Tan Sri) Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Dato' Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) pada KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat pada KDSB." "Timbalan CEO pada KDSB ini (iaitu) Tuan Hj. Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor." Dan yang terakhir..... ending kes ini seperti sudah dapat diramalkan. Ia satu perulangan kes bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta. gb |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan