Sabtu, 24 Julai 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


era KERAjaan beruk dan perompak UMNO-YAHUDI....hidangan kepala dinasour...sekali mesyuarat pulun RM 78270...ada akai ke...!!!!

Posted: 24 Jul 2010 04:39 AM PDT

Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010.

Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN.

Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan 'penghakiman' prestasi syarikat pun dibuat.

Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik.

Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan!

Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato' Seri Mahdzir Khalid, Dato' Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.

Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.

Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.

Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali?

Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara
'Mesyuarat di Naka':
1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00,
1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?)

13/2/2008 – RM10,000.00,
13/2/2008 – RM7,905.90,
13/2/2008 – RM4,610.00,
13/2/2008 – RM11,700.00,
13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)
Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, "Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah." Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu 'Mesyuarat di Naka', bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?

Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab.

Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu.

Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada 'muslihat besar' mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti.

Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak."


DD

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang....tapi apa UMNO/BN buat untuk kesahjeteraan rakyat di seluruh negara....rakyat sengsara semata mata ...!!!!

Posted: 23 Jul 2010 08:54 PM PDT

UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.

Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.


Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:

Keseluruhan agenda untuk membantu rakyat sila lihat di SINI


AnakSungaiDerhaka

melayu UMNO tergamak makan bangsa sendiri.....bangkai bangkai macam nie patut kasi mampos dengan apa cara sekali pun...!!!!

Posted: 23 Jul 2010 07:57 PM PDT

Peneroka FELDA DIjadikan Hamba Hutang oleh UMNO

Syukur kepada Allah SWT kerana Senator Syed Husin Ali telah memberikan kepada kita gambaran sebenar bagaimana peneroka-peneroka FELDA dijadikan hamba hutang oleh UMNOCO.

Patutlah majlis ceramah di JEMPOL ini telah turut dihadiri oleh sahabat-sahabat kita dari Polis Diraja Malaysia. Akibatnya, ramai peneroka-peneroka telah tidak jadi untuk menghadziri majlis tersebut.

Setiap Peneroka dipotong gaji mereka atas alasan "penanaman semula". Biasanya pohon getah dan kelapa sawit hanya akan memberi hasil selama 20 tahun. Selepas 20 tahun, proses penanaman semula terpaksa dilakukan.

Sepanjang 20 tahun itu, gaji peneroka FELDA itu dipotong. Namun, sewaktu penanaman semula, FELDA akan mendahulukan wang mereka untuk proses penanaman semula. Apabila tanaman mula membuahkan hasil, maka FELDA akan datang semula dengan senarai hutang yang para peneroka wajib jelaskan. PAdahal, gaji peneroka telah dipotong siap2 untuk proses penanaman semula ini.

Kaedah ini dipanggil "loop" ataupun "bulatan". Kaedah ini memastikan peneroka FELDA akan terus dibelenggu hutang dengan FELDA. DAn setiap kali pilihanraya, FELDA akan menggunakan alasan ini untuk mengaut sokongan padu dari peneroka bagi memenangkan UMNOCO dan BN.

Dan yang lebih memalukan adalah apabila Ahmad Mazlan boleh mengaku FELDA menggunakan wang simpanan FELDA sebanyak RM2 billion untuk proses penanaman semula. PAdahal, wang tersebut adalah wang yang datang dari saku peneroka sendiri.

Apapun kita buat, ingat satu perkara:

FELDA ADALAH BUKTI UMNO MAKAN MELAYU


(Hairan, mengapa syarikat "Plantation" lain yang bukan dibawah penguasaan UMNO untung besar, tapi SIme Darby dan FELDA menuju bangkrap????)

Cry out for justice, Felda settlers told
Tue, 20 Jul 2010 13:50 By Zefry Dahalan


JEMPOL: Settlers will be in debt to the Federal Land Development Authority (Felda) for generations unless it changes the way it finances the replanting of crops, according to PKR deputy president Syed Husin Ali.

The way Syed Husin sees it, the current "loop system of re-seeding" is outrageously unfair: a settler pays a monthly amount to the re-seeding fund, but when the time comes for re-seeding his plot, Felda charges him again for the costs.

"I urge Felda settlers to raise their voices and pressure the authority for justice," he said last weekend at the launching of seven PKR branches at Felda Palong 9, which is in the Jempol area.

There was a menacing police presence at the event and the scholar-politician questioned their purpose.

Jempol police chief Supt Mohd Sabri Muhamad led about 50 policemen of various ranks in the show of force.

Ibrahim Yusof, the information chief for Negri Sembilan PKR, said many Felda settlers who wanted to attend the function turned back when they saw policemen checking MyKads and recording settlers' personal particulars in a book.

"The presence of such a large number of policemen is to create fear among the Felda settlers and to prevent them from attending today's function," Syed Husin said to roars of agreement among the 100-odd settlers present.

"If not for them, I'm sure the crowd would have been much larger."

How the loop system works

According to Syed Husin, this is how the loop system works: When a Felda settler starts producing rubber or palm fruits, Felda starts making monthly deductions from his income for the re-seeding fund, for fertilisers and weed killers, and for various other costs.

Usually a rubber tree or oil palm gives it yields for 20 years. After that, the re-seeding begins.

"What happens here is that Felda bears the entire cost of re-seeding and then comes up with a list of debts that the settler must settle once the new crop starts producing."

Syed Husin challenged the deputy minister in charge of Felda, Ahmad Maslan, to explain why he declared in Parliament recently that the authority had spent RM2 billion for re-seeding when the cost was actually borne by the settlers.

He promised his audience that Pakatan Rakyat, if it were to achieve federal power, would ensure justice to Felda settlers.

"We will make sure the Felda settlers are debt-free," he said.



sumber...tulang besi



nota....


Setelah dibuat tinjauan rambang dibeberapa buah felda, didapati rata-rata mereka tidak faham apa yang dimaksudkan "Felda bankrap".

Mereka telah dikelirukan oleh pencacai UMNO Baru... Pada sangka mereka surat kbahar Suara Keadilan mengatakan felda bankrap itu bermaksud peneroka felda tidak mempunyai wang atau kehilangan harta sedangkan mereka anak beranak masih mendapat pendapatan setiap bulan seperti biasa.

Itu menyebabkan mereka berkumpul dan melakukan demonstrasi bodoh membantah penyebaran dakyah Felda bankrap.

Ini adalah satu kesilapan yang perlu diperbaiki oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam melebarkan pengaruhnya kedalam Felda.

Pilihanraya semakin hampir, cerita felda bankrap mesti diulas lebih jelas mengikut bahasa yang mudah difahami agar mereka boleh nampak penipuan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Mohd. Najib terhadap mereka adalah benar.

Fahaman peneroka felda terhadap politik tanah air amat ringkas, mudah berpaling tadah apabila diberi rasuah.

Kelemahan ini telah diketahui lama oleh UMNO Baru dan mereka telah mengambil kesempatan ini sebaik mungkin untuk menjadikan undi difelda sebagai fixed deposit mereka dalam setiap pilihanraya.

Oleh kerana itu Pakatan Rakyat khususnya pemimpin PAS perlu masuk kedalam felda dengan berbagai cara dan bersaing dengan UMNO Baru dengan memberi petunjuk dan bukti jelas bahawa UMNO Baru sedang menipu mereka dalam segala hal.

Jika kempen dapat diteruskan sehingga kepilihanraya ke13... insyaallah anak dan cucu peneroka felda akan memberi undi pada calon Pakatan Rakyat...

pondan liwat nie pun punya nafsu giler....belakang dia sapu depan pun dia mau....!!!!

Posted: 23 Jul 2010 05:24 PM PDT

Dakwaan 'cinta' Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar




Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin "hubungan romantik" dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

"Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

"Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak," kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan "anggota rasmi" dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

"Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

"Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota," katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

"Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan," kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

"Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin," katanya.

"Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya," tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. -TMI


Saiful having sex with prosecutor, says RPK

KUALA LUMPUR: In an allegation that startles even those used to his flamboyant style, fugitive blogger Raja Petra Kamarudin has accused one of the prosecutors in Anwar Ibrahim's sodomy trial of having a sexual relationship with Saiful Bukhari Azlan, the star prosecution witness in the case.

In a posting entitled "The bizarre case of Sodomy 2," he says Saiful and Farah Azlina Latif are lovers.

"Farah Azlina, one of the federal counsel of the trial unit of the Attorney-General's Chambers, who is on the prosecution team in the Anwar Sodomy 2 trial, is having an affair with Saiful," he writes.

The posting features a picture of Saiful with his fiancé, Janna Mohd Zaki.

The allegation about Saiful's relationship with Farah Azlina is made towards the end of the article, which reproduces three earlier articles in which Raja Petra gives details of the alleged political conspiracy behind the sodomy charge against the opposition leader. -FMT


Farah Azlina Binti Latif, one of the Federal Counsels of the Trial Unit of the Attorney-General's Chambers who is on the prosecution team in the Anwar Ibrahim Sodomy 2 trial, is having an affair with Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yes, that's right, Farah Azlina is bonking Saiful Bukhari. Have you ever heard of any other case anywhere else in the world where one of the prosecutors in bonking the key witness in what can be considered the most important trial in Malaysian political history?

Just when you thought Sodomy 2 is a most bizarre case it gets even more bizarre. I suppose, to save face, they might now have to say that Farah Azlina, Saiful Bukhari and Anwar Ibrahim were all in it together and that they indulged in group sex or orgies.

Let's see what happens from hereon. Will Farah Azlina still be retained in the prosecution team? Who she bonks is her business. But since Saiful Bukhari is the man who is going to testify against Anwar, then this would be conflict of interest of the first degree...

MToday

Tiada ulasan: