PENYAPU SIAL |
- PKR Ranting Permatang Pasir bubar kerana anggota menyertai Umno
- Kerjasama Umno-Pas akan hilang jika tidak bersungguh-sungguh - ramal sotong 'hisham'
- Minyak naik RM10 seliter pun tidak akan membebankan rakyat....
- kerajaan BABI negara buat lawak bodoh umtuk merompak dan memeras rakyat dengan kenaikan harga 5 dalam 1
- cilako punya kerajaan UMNO-APCO....dasar kepala penyamun dan perompak negara.....ada baki 10billion pon masih buat "pelarasan subsidi"
- apa nak jadikan negara ini negara kanggaroo atau pemimpin berotak sakai....lain yang merogol lain pulak yang kena dakwa....!!!!
- abang penyamun...adik pulak malaun....sama sama jadi perompak koboi berlesen....melampau nie...!!!!
- samada pasir di curi ke, di samun ke atau ada permit ke...yang untung penyanggak UMNO jugak....!!!
- menteri sakai BN berfatwa yang lansung tak boleh di pakai....!!!!
- MUFTI TAIK KUCING DAN MATA DUITAN....TARBIYAH ORANG UMNO DULU....
- raja katak dan raja beruk bertarung umpama perlumbaan memanjat pokok antara kera dan monyet...
| PKR Ranting Permatang Pasir bubar kerana anggota menyertai Umno Posted: 19 Jul 2010 08:34 AM PDT Apabila 56 anggota keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi untuk menyertai Umno, PKR Ranting Permatang Pasir terpaksa dibubarkan. Menurut Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali, mereka berkeputusan untuk keluar dari parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR. Beliau berkata anggota-anggota terbabit tidak lagi percaya dengan janji manis PKR kerana gagal merealisasikannya walaupun dua tahun sudah berlalu setelah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk. Selain itu, beliau juga berkata anggota Dun kawasan itu Tan Hock Leong tidak pernah turun padang untuk bertemu dengan penduduk sejak memenangi kerusi di kawasan terbabit. Ismail sudah menyerahkan boring keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir. Tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam menyatakan hasrat mereka untuk menyertai Umno, kata Musa. penyapu sial Kepada yang suka :-negara dirompak,suka penyeleweng, suka penipu, suka harga barangan naik, suka enjin jet hilang, suka APCO, suka rasuah, suka membunuh, suka segala keburukkan, yang tiada prinsip, yang tiada pegangan, yang tiada maruah, ingin melihat negara bankrap dan suka aset negara tergadai, silakan beramai ramai menyertai UmnoAPCO/BARISAN NERAKA... Manusia begini sahaja yang layak menyertai Bini Najip (BN) TIADA HAL PUNYA... Biasala kalau orang nakkan sesuatu tak dapat. |
| Kerjasama Umno-Pas akan hilang jika tidak bersungguh-sungguh - ramal sotong 'hisham' Posted: 19 Jul 2010 08:07 AM PDT Peluang bagi Umno dan Pas untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha memperjuangkan nasib orang Melayu mungkin akan hilang sekiranya kedua-dua pihak tidak bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Cadangan untuk mewujudkan kerjasama itu bakal 'dirampas' oleh pihak yang tidak ingin melihat ia direalisasikan, katanya. Persidangan yang sering membabitkan isu politik, peribadi dan ego termasuk isu keselamatan negara akan membawa kepada kemaharajalelaan pihak militan. Beliau menjelaskan faktor penting untuk menjayakan penyatuan itu dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam d negara ini – keikhlasan dan niat suci. Hishammuddin berkata penyatuan itu tidak akan berlaku sekiranya masing-masing gagal mengetepikan kepentingan politik dan agenda tersendiri. penyapu sial PAS DI KELANTAN MEMPERJUANGKAN JUGA NASIB DAN HAK RAKYAT KELANTAN,MEREKA MENUNTUT ROYALTI MINYAK UNTUK KELANTAN.ORANG KELANTAN PUN RAMAI ORANG MELAYU UMNO YANG MENERAJUI BN DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENAFIKAN HAK TERSEBUT.MEREKA HANYA SEKADAR MEMBERI WANG BELAS KASIHAN SAHAJA. IKA UMNO TIDAK UBAH SIKAP DAN KEANGKUHAN MEREKA INI RAKYAT PASTI MENOLAK MEREKA SEKALI LAGI. POKOKNYA SEKARANG,SIAPA MENINDAS SIAPA? DAN INI AMAT PERIT BAGI PAS UNTUK BEKERJASAMA DENGAN UMNO..PAS TIDAK AKAN TERTIPU DENGAN MUSLIHAT INI. |
| Minyak naik RM10 seliter pun tidak akan membebankan rakyat.... Posted: 19 Jul 2010 07:53 AM PDT ![]() Perdana menteri telah menyatakan bahawa penurunan sabsidi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf hidup di luar bandar. Ini kerana wang yang dapat dijimatkan dalam subsidi tersebut akan digunakan untuk tujuan tersebut. Oleh yang demikian,kata beliau pengurangan subsidi tersebut tidak membebankan rakyat langsung. Bolehkah kita mempercayai kata-kata perdana menteri ini? Kalau masa dahulu semasa pentadbiran Pak Lah minyak naik sehingga RM2.70 seliter beliau berkata rakyat masih mampu. Inikah sikap yang ada pada seorang perdana menteri? Membuat perangkaan mengikut rasa hati sahaja. Apa yang dikatakan oleh mereka adalah sama sekali tidak masuk akal.Sekiranya harga minyak naik, maka harga barang akan turut sama rasa tempiasnya. Baiklah, disini saya hendak mengajar perdana menteri ilmu hisab, kalau tak tahu apa maknanya boleh tanya kat timbalannya. Bagi harga RM1.80 seliter Purata rakyat malaysia menggunakan minyak 20 liter sehari: RM1.80 X 20 = RM36.00 sebulan: RM36.00 X 30 = RM1080 Bagi harga RM1.85 seliter RM1.85 X 20 =RM37.00 = RM1110 Maknanya rakyat terpaksa berbelanja RM30 lebih daripada biasa. Bagi golongan ahli politik BN, nilai RM30 memang tidak ada makna. Ini kerana mereka memang hidup dalm dunia kemewahan. bagi golongan rakyat biasa RM30 itu adalah cukup bernilai bagi mereka. Itu baru dinilai dari minyak, belum masuk perbelanjaan gula, beras, susu, tepung. Kalau kerajaan asyik merunggut kata mereka terpaksa menanggung subsidi yang tinggi untuk rakyat, adalah lebih baik kerajaan yang ada sekarang undurlah diri.Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menguruskannya pula.Mari kita lihat apa yang Pakatan Rakyat boleh buat untuk rakyat pula. Kepada pemimpin BN, kalau buat perangkaan tentang budget, minyak RM10 seliter pun mereka akan cakaprakyat masih mampu. Entah bagaimana cara mereka buat pengiraan pun masih lagi misteri. Alamatnya Muhyiddin Yassin kena fikir balik cadangan untuk mansuhkan UPSR dangan PMR. Lebih baik jangan mansuhkan, kalau mansuhkan lebih teruk pemimpin BN yang akan datang. Lagi tak reti mengira. Kerajaan seharusnya memikirkan bagimana cara untuk mendapatkan lebih banyak pelabur dari luar supaya dapat menambah pendapatan negara. Bukannya dengan cara menekan rakyat. Apabila kerajaan menghadapi masalah kewangan, rakyat yang menjadi mangsa. Mengapa rakyat yang perlu menanggung semua ini? Hakikatnya kerajaan yang harus memikirkan cara untuk untuk menambah pendapatan rakyat dan bukannya dengan membebankan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia, bersama-samalah kita menjatuhkan BN pada pilihan raya yang akan datang. Kalau kita tidak mengubahnya, nescaya satu hari nanti harga minyak RM10 seliter tidak mustahil akan menjadi kenyataan. mikidookie |
| Posted: 19 Jul 2010 07:45 AM PDT Alasan barang naik BN melucukan berita sensasi hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'. Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap sebagai tidak masuk akal. "Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?" Katanya, pengurangan subsidi, khususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion. "Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana, Hujah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap sebagai mengarut. "Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara yang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan. |
| Posted: 19 Jul 2010 07:29 AM PDT Ahmad Husni nafi kerajaan boros Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan kekurangan pendapatan sehingga memaksa penyelarasan subsidi dilakukan. Menurutnya, kerajaan mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion pada tahun ini dan mampu menampung pendapatan negara walaupun penyelarasan subsidi tidak dilakukan. "Hasil daripada pungutan cukai terancang Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kerajaan memperoleh RM158 bilion pada tahun ini berbanding RM148 bilion ketika pembentangan belanjawan tahun lalu," ujarnya. Beliau ditemui selepas menyampaikan peruntukan RM450,000 dan majlis pecah tanah pembinaan surau Taman Chepor Damai di sini hari ini. Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi, kerajaan menerusi transformasi ekonomi perlu merancang prospek ekonomi lebih terurus menjelang 2020. Dalam proses itu, katanya, aspek kesejahteraan rakyat adalah keutamaan yang mendasari setiap penstrukturan semula ekonomi termasuk pelarasan subsidi beberapa bahan utama. Beliau berkata, ia dilaksanakan bagi memacu iklim ekonomi negara yang lebih kondusif bagi menjamin masa depan semua golongan rakyat di negara ini. Sehubungan itu, katanya, penyelarasan subsidi melibatkan minyak dan gula tidak ada kaitan dengan dakwaan kerajaan boros berbelanja. "Saya cakap dalam konteks belanjawan tahun 2010 kerana saya yang menguruskannya. "Macam mana boleh dikatakan boros sedangkan kita ada Unit Pengurusan Projek untuk mengkaji pencapaian ekonomi dan perbelanjaan kita setiap bulan," katanya |
| Posted: 19 Jul 2010 07:24 AM PDT Dakwaan rogol Penan: Polis soal MP Ampang ![]() Keterangan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin akan dirakamkan oleh polis Kuching pada Jumaat ini berhubung dakwaan pemerkosaan gadis-gadis Penan. "Saya gembira untuk beri keterangan kerana polis akhirnya memberi saya peluang memberi butiran bagi membuktikan dakwaan berkenaan," kata Zuraida yang akan berlepas ke Sarawak. "Saya tidak faham mengapa pada September tahun lalu, saya tidak dapat membuat laporan dengan polis, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan timbalan ketua menteri, Alfred Jabu." Pada 13 Julai lalu, polis memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung laporan yang berjudul 'A wider context of sexual exploitation of Penan women and girls in Middle and Ulu Bernam, Sarawak', yang diedarkan oleh Kumpulan Penyokong Penan (PSG). Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak. Dalam laporan itu, PSG melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram. Ketika itu, mereka mendengar pendedahan daripada tujuh mangsa yang mendakwa diperkosa oleh pembalak. Zuraida, yang juga adalah ketua wanita PKR memfailkan usul tergempar bagi membahaskan isu itu di Dewan Rakyat tetapi ia ditolak. Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Heng Seai Kie juga menafikan laporan terbaru itu. ![]() Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat dan menemui masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram di Bahagian Miri pada 22 Julai ini penyapu sial skrip nie macam kes rahim tamby dengan gadis bawah umur lah....yang kena dakwa lim guan eng....tu dia UMNO punya undang undang sakai undang mahkamah kanggaroo....hampas tak boleh pakai.... |
| abang penyamun...adik pulak malaun....sama sama jadi perompak koboi berlesen....melampau nie...!!!! Posted: 19 Jul 2010 03:29 AM PDT Transaksi minyak hanya di bank 'adik Najib'? ![]() Dakwaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Adakah kerana CEOnya (ketua pengarah eksekutif) adalah adik perdana menteri, maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB?" soalnya di Pejabat Agung PAS hari ini. Menurut Harkahdaily, difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan. Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan. Menurut Salahuddin Petronas Dagangan Berhad (PDB) sendiri difahamkan tidak bersikap regid berhubung kaedah pembayaran debit minyak demi keselamatan dan kemudahan para pemilik stesen minyak. Arahan terbaru pentadbiran Najib itu, katanya lagi, sekaligus menyukarkan para pengusaha stesen minyak memandangkan perkhidmatan yang ditawarkan CIMB sekarang dilihat agak terhad jika dibandingkan dengan Maybank di seluruh negara. Dari segi yang lain, beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, pengurusan CIMB seakan mengambil kesempatan atas arahan terbaru pentadbiran Najib itu. "Selepas 1,000 keping wang yang didebitkan dalam mesin, mereka akan dicaj RM10. Setiap 100 keping yang didebit selepas itu, akan dicaj pula RM1. Mengapa mereka dipaksa sebegini," ujarnya. Menurut Salahuddin, Maybank sehingga kini tidak pernah mengenakan caj pada sebarang transaksi auto-debit, cek ataupun tunai. Malah, tambahnya lagi, pengusaha stesen minyak turut dinasihatkan membuat pembayaran debit di bilik pegawai akaun tertentu secara eksklusif supaya tidak terdedah kepada pengetahuan umum. |
| samada pasir di curi ke, di samun ke atau ada permit ke...yang untung penyanggak UMNO jugak....!!! Posted: 19 Jul 2010 03:24 AM PDT Orang-orang Taiping dulu sewaktu lombong-lombong pasir masih beroperasi, dapat membeli pasir dengan harga yang cukup murah. Satu lori besar, Cuma lima belas ringgit. Hari ini semua lombong telah ditutup. Sebab bekas-bekas lombong dijadikan taman-taman perumahan dan kawasan industri. Kalau nak beli pasir kena pesan dari Kampar. Harga dah jadi seratus lima puluh. Kalau jauh sikit dua ratus. Jauh lagi dua ratus dua puluh. Di Perak tak dengar pulak kes curi pasir. Yang ada kes rompak negeri. Jadi kerajaan haram. Tapi dah disahkan halal. Berbalik kepada kes pasir di Selangor. Maka melalaklah UMNO dan konco-konco UMNO kononnya Selangor tak tahu urus pasir, rosak alam sekitarlah, macam-macam lagilah. Perkara ni bukan baru. Sebelum PR memerintah dah lama jadi sasaran lensa TV3. Macam-macam gelaran diberikan. Yang popular "PENYANGAK ALAM SEKITAR". Tapi satu hal yang tidak dihighlightkan ialah KE MANA PASIR TU PERGI. Ke Korea kah, ke Indon kah, ke Singapore kah atau hanya dalam negara. Kalau keluar negara, memang sah mereka itu pengkhianat negara. Tapi kalau dalam negara, tentu untuk pembangunan. Nak buat sekolah, nak buat jalan, nak buat jejambat, nak buat rumah, nak buat kondo, nak buat macam-macam. Yang dapat kontrak tu tentulah geng UMNO. Yang untung pulak UMNO. Sebabnya setiap tauke projek dimestikan beri sumbangan dua persen kepada UMNO negeri. Untuk tabung pilihanraya. Habis tu kenapa bising-bising. Saja je. Nak burukkan imej kerajaan PR. Bila kerajaan Selangor minta kerjasama tangkap si pencuri pasir, TPM kata Selangor kena urus sendiri. Apa Selangor ada polis sendiri kah. Lainlah kalau Selangor dan kerajaan PR boleh buat pasukan polis sendiri. Rasanya boleh kut. Tengok macam mana pengawal keselamatan bank boleh tembak perompak, tak salah tembak perompak. Kalau Selangor guna security guard, boleh tembak perompak dan pencuri pasir tu. Ala … budak sekolah pun polis tembak. Alasan, disyaki penjenayah. Satu hal lagi. Macam mana UMNO sekarang ni bukan main lagi naik ekor dan naik tocang. Bukan main samseng lagi. Kerajaan negeri dah lantik penghulu, UMNO lantik pulak ketua kampong persekutuan. Kerajaan negeri lantik JKK, UMNO lantik pulak JKKP. Sebabnya dia ada bapak di kerajaan pusat. Bapak dia PM. Pak sedara TPM. Paksu dia IGP. Pakcik dia sepupu PM. Mak Ngah dia menteri. Ustaz dia menteri di JPM. Macam kes Israel lah. Sebab apa tok-tok Arab termasuk tok-tok Melayu takut sangat kat Israel . Sebab bapak dia Amerika dan Britian. Siapa berani kacau. Dulu ada kes di Ipoh . Seorang budak sekolah asrama penuh popular kena tindakan sebab hisap rokok. Tiba-tiba bos sekolah pulak kena tukar ke Sabah . Rupanya budak tu anak YB UMNO. Tak caya Tanya bekas pengarah yang dah lari dari UMNO tu Annuar kamaruddin |
| menteri sakai BN berfatwa yang lansung tak boleh di pakai....!!!! Posted: 19 Jul 2010 03:15 AM PDT KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI ![]() KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat. Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan? Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak. Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan. Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula. Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini? Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama. Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini. Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita WFAUZDIN NS |
| MUFTI TAIK KUCING DAN MATA DUITAN....TARBIYAH ORANG UMNO DULU.... Posted: 19 Jul 2010 02:59 AM PDT ![]() Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri. Sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin umno yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular. Selain itu mufti Perak di sarankan menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini. Dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. "Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini. Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ", yang mana dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum. Dato' Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam. Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara. Selain itu sememangnya PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia. Sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS telah membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional. |
| raja katak dan raja beruk bertarung umpama perlumbaan memanjat pokok antara kera dan monyet... Posted: 19 Jul 2010 02:29 AM PDT KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA GELAGAT dua tokoh Melayu ini kadangkala menjadi satu hiburan buat kita. Mungkin juga satu lawak pula bagi kaum bukan Melayu apabila memerhatikan tingkah laku dua tokoh Melayu tersebut iaitu KJ selaku Ketua Pemuda Umno dan Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. Kisah mereka berdua seolah-olah kita memerhati seekor monyet dan kera bertarung. Masing-masing berkata merekalah paling hebat memanjat pokok. Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim Ali atau lebih dienali sebagai `raja katak' Pasir Mas menyarankan agar KJ Ketua Pemua Umno meletakkan jawatan sahaja atau tidak lagi bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno. Mungkin lebih menyakitkan hati KJ, apabila raja katak Pasir Mas ini menyindir dengan berkata `inilah penyakit naik kerana mertua'. Pedih juga ayat raja katak tersebut. Oleh kerana terlalu ingin tunjuk hebat, raja katak Pasir Mas ini lupa bahawa dia naik jadi MP Pasir pun kerana siapa? Kerana dia bekas pemimpin Umno Pasir Mas? Kerana dia bekas seorang Menteri di zaman Mahathir dulu? Atau kerana beliau Presiden PERKASA? Raja katak mungkin lupa berapa kali beliau bertanding di Pasir Mas semenjak beliau ditendang keluar oleh Umno dan pernah hilang deposit atau tidak? Kemudiannya, siapa yang pungut `katak' bawah tempurung ini serta memberikan beliau kerusi yang beliau duduki sekarang? Meskipun KJ tidak dinafikan naik begitu cepat di dalam politik adalah sewaktu era mertuanya menjadi PM, tetapi beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di atas tiket yang sah iaitu Umno. Dikatakan KJ terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu bertanding, itu perkara lain dan ianya normal bagi sebuah parti bernama Umno. Rasuah politik wang bukan `dosa besar' di dalam Umno. Jika ianya satu dosa besar, masakan Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka. Jika KJ naik di atas pengaruh mertuanya ketika itu atau pun kerana politik wang, Ibrahim Ali pula naik di atas belas ikhsan PAS, walaupun kemudiannya beliau menjadi `Si Tanggang'. Pada pandangan anda di antara kedua-duanya siapa lebih bermaruah? Kedua-duanya Melayu. Bagi saya, jika disuruh pilih di antara dua Melayu iaitu KJ, Ibrahim Ali dan seorang berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng, sebagai Melayu saya terpaksa juga memilih Lim Guan Eng walaupun beliau Cina. Saya malu mahu pilih KJ apatah lagi raja katak. Bagi saya orang Melayu mestilah mempunyai maruah diri. Masalahnya dua-dua Melayu ini adakah punyai maruah diri? KJ dan raja katak 2 kali 5, 5 kali 2. WFAUZDIN NS |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan