Rabu, 14 Julai 2010

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


lenakah najib bila di bayangi skandal gelapnya dengan altantuya

Posted: 14 Jul 2010 07:46 AM PDT

Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi.

Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.
Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau.

Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman.

Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?
Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka.

Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.

Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.

Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati.

Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan

Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK.
Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.

Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah?

Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya.

UMNO haramjadah ...melayu meloya apco.....jadi haprak

Posted: 14 Jul 2010 04:44 AM PDT

CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World" adalah rekaan semata-matanya.

Jurucakap CNN, Selasa melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu. - Bernama.

ha..ha..ha... betapa malunya pemimpin2 umnoapco yahudi laknatullah semua tu... tapi nak buat macammana kan..., diorang semua tu memang jenis tak tahu malu dan tak berkemaluan... dulu, kini dan selamanya akan begitu... jenis muka tampal dengan kulit babi 14 inci... jenis sehaprak-haprak makhluk kat muka bumi Malaysia nih...

Lu orang agak2... makhluk2 haprak tu akan buat permohonan maaf ke... atas tuduhan melulu diorang..., jangan harap la....

Dah tu pulak akhbar rasmi diorang utusan meloya penyebar fitnah dan perosak minda rakyat apa cerita beb.... lagi macam haramjadah jelah... buat muka toya masing2 tanpa perasaan bersalah... itulah akhbar paling bangang sekali dalam Malaysia nih...

So... sekarang ni.. semua orang boleh menilaikan betapa jahat dan busuknya pemimpin2 umno dan akhbar pencacai yahudi nih... dah tu pulak apabila bercakap dan menyiarkan berita jenis tak pakai akal... semuanya jenis otak letak kat tumit kaki.. itulah hakikat dan kenyataannya betapa bodoh dan bangangnya jenis pemimpin dan akhbar yang di sokong oleh puak2 umnoapco...

Gua ingat nak suruh Anwar Brahim dengan CNN kemukakan saman terhadap utusan meloya dan individu2 yang buat fitnah nih... biar gua jadi lawyer bagi pihak Anwar dan CNN... pasti menang mudah jelah... kecuali mahkamah kat malaysia nih ubah tiang gol macam RPK katakan tu.... kah..kah..kah....

KDN buat laporan polis yang karut marut demi mempertahankan amalan kukubesi UMNO-BN-APCO

Posted: 14 Jul 2010 04:34 AM PDT

Laporan Polis KDN Terhadap Suara Keadilan Karut



Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasaiah menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri membuat laporan polis terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan kerana mendakwa terus diterbitkan walaupun telah tamat tempoh sahlaku permit perbitan 30 Jun lalu sebagai sesuatu yang karut dan palsu.

Laporan itu juga dibuat Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kerana akhbar 'KEADILAN' didakwa telah menyiarkan sedutan surat KDN bertarikh 2 Julai kepada Suara Keadilan yang tertera perkataan 'SULIT".

"Malam semalam, kita diberitahu KDN telah membuat laporan polis dan telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa kita telah gagal memberi jawapan kepada surat peringatan yang menghendaki kita menjawab pada atau sebelum 12 Julai dan kita telah menjawab melalui surat yang dihantar terus kepada KDN kira-kira 3.30 petang semalam.

"Ini merupakan satu pembohongan kerana kita telah menjawab semua soalan yang diajukan kepada kita. Dan saya ingin tahu, kenapa seorang pegawai kerajaan boleh bekerja hingga 9.30 malam hanya untuk mengeluarkan satu kenyataan media? Takkan tak boleh tunggu hingga pagi ini?" tegas beliau kepada KEADILAN di Parlimen semalam.

Tambah beliau sambil berjenaka, tindakan KDN ini seolah-olah negara dalam keadaan darurat di mana jika tidak keluarkan kenyataan negara akan hancur esok.

"Inilah keadaan sekarang, satu situasi yang sungguh pelik," kata beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sivarasa menambah, tindakan KDN menggunakan isu OSA pula menunjukkan betapa ke belakang pemikiran KDN dalam menangani masalah dengan akhbar pembangkang.

"Pakatan Rakyat kini sudah sampai ke tahap di mana kita sedang berjuang mempertahankan kebebasan media, dan KDN pula hendak menggunakan OSA, satu akta yang mnghalang aliran maklumat luar.

"Inilah perbezaan kita Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Kita sedang maju kehadapan dengan memansuhkan akta yang tidak relevan tetapi mereka mahu pula mempertahankan akta yang jauh kebelakang, yang menindas, dibawa oleh penjajah dahulu.

"Kita dihalang dan KDN cuba mendiamkan kita daripada menyuarakan pendapat dan berita parti kita. Kita sebuah parti yang berdaftar dan pemimpin kita merupakan Ketua Pembangkang, kita ada hak untuk menyuarakan melalui media rasmi parti kita," tegas Sivarasa lagi.

Beliau menegaskan akan membantah surat dan kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN, dan akan menjawab apa-apa soalan daripada polis.

"Kita sudah tahu polis ini 'alat' kerajaan Umno-BN yang digunakan sesuka hati mereka, kita juga bersedia untuk itu.

"Kita akan lawan secara politik, jika mereka mahu membawa kita ke mahkamah, kita juga bersedia. Ahkirnya saya hanya ingin katakan, melalui surat sebegini, rakyat boleh tahu ceteknya pemikiran Umno-BN dan membandingkan dengan kita di Pakatan Rakyat," kata beliau.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah bersedia untuk membuka semua maklumat berkenaan kerajaan negeri dan juga pentadbiran lalu agar rakyat dapat melihat dan menilai sendiri kemajuan negeri.

Hanya beberapa perincian berkenaan keselamatan negeri sahaja yang akan disimpan, dan selainnya akan dibuka untuk tatapan rakyat, kata Sivarasa.

Dengan cara ini, tambah beliau, akan dapat memberikan masyarakat secara umumnya perbezaan cara pentadbiran antara kerajaan Umno-BN dan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang dalam proses menyediakan satu surat untuk diberikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dalam proses mempersiapkan satu rombongan untuk berjumpa beliau dan menyerahkan surat tersebut.

"Kami belum mendapat temujanji, tetapi akan berbuat demikian setelah mendapat temujanji dengan beliau," ujarnya. -SK

kapal selam besi buruk tak boleh menyelam atau minta nyawa najib buat teman pergi menyelam bersama roh altantuya

Posted: 14 Jul 2010 03:51 AM PDT




Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.

Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar

Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.

Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan ribut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kena menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal.

Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah

sotong yang cerdik dan katak yang dah lah bodoh tapi PENYUNDAL....!!!!

Posted: 14 Jul 2010 03:42 AM PDT

NEGARA MEREKA ADA SOTONG `CERDIK', NEGARA KITA ADA `KATAK' BODOH

NAMPAKNYA nama seekor sotong yang telah menjadi `Nujum Pak Belalang' amat popular semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini. Kebanyakan `ramalan' si sotong yang dipelihara di Akuarium Sea Life, Selatan Jerman itu menjadi kenyataan . Sebanyak 6 perlawanan yang membabitkan Jerman, ramalan sotong tersebut adalah tepat.

Kekalahan Jerman seperti yang diramal oleh sotong berkenaan amat mengecewakan warga Jerman, sehinggakan diberitahu seorang Chief dari Jerman amat marah dengan kekalahan tersebut . Beliau bercadang ingin menjadikan sotong berkenaan sebagai bahan masakannya. Hebat pengaruh sotong terhadap manusia, kan?

Amalan mempercayai ramalan sebegini di sisi Islam hukumnya Haram dan dianggap Khurafat. Namun, media di negara ini termasuk stesyen TV menghebahkan kisah `ajaib' serta ramalan si sotong sepanjang kejohanan berjalan. Maka, budak-budak dan orang dewasa yang menonton TV di rumah pun ada yang terpedaya dengan ramalan tersebut termasuklah kaki `judi' bola. Maknanya media kerajaan pun ada saham mempromosikan amalan khurafat tersebut. Tidak tahulah kita apa pula nanti yang diperkatakan oleh Ulamak Tua dan Muda di dalam Umno di dalam hal ini.

Seandainya sotong tersebut kerajaan kita beli, mungkin dia boleh dipelihara di rumah Najib. Mudahlah beliau untuk membuat satu-satu keputusan. Mungkin juga sotong tersebut akan digunakan untuk menentukan benar atau tidak kerajaan terlibat di dalam Apco. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan atau ilham untuk menentukan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Jangan ada yang cuba bertanya sotong berkenaan siapakah yang terlibat membunuh Al-Tantuya sudahlah. Nanti ada sotong yang kena ISA pula kalau pun tidak kena bom C4 .

Itulah kisah sotong yang lebih cerdik dari manusia. Nasib baik di negara kita tiada spesis sotong secerdik ini. Kita cuma ada spesis `katak' yang lapar dan bodoh-bodoh belaka.


WFAUZDIN NS

MP katak di celah jubor UMNO....!!!!

Posted: 14 Jul 2010 03:31 AM PDT

BOLEHKAH rakyat menerima wakil-wakil rakyat yang mengingkari perjuangan asal mereka, mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas sebagai sebuah institusi baru dalam politik negara?

Sejarah 50 tahun proses demokrasi di Malaysia, sokongan rakyat terhadap wakil Bebas hanyalah isu terpencil. Hanya ada dua atau tiga orang sahaja yang menang bertanding atas Bebas.

Mereka tidak boleh menjadi institusi dan tidak mampu mencorak arus politik negara kerana mereka menjadi Bebas, berdasarkan kepada sebab-sebab yang tertentu.

Tanpa ada pertikaian, sebelum ini ada calon Bebas yang menang di atas kapasiti peribadi mereka yang amat dikagumi masyarakat setempat.

Namun, wakil-wakil rakyat Bebas yang ada dalam negara sekarang ini, kebanyakannya menang atas kepercayaan rakyat terhadap parti yang diwakili, bukan atas kekuatan peribadi mereka.

Tanpa ada parti, tanpa dokongan parti, tanpa kerjasama pengundi dan penyokong parti, mereka ini hanyalah 'sampah-sampah' politik yang tiada nilainya.

Di Parlimen ada lapan orang Ahli Parlimen (MP) Bebas, iaitu Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan dua lagi dari SAPP, Sabah.

Pada PRU 2008 semua mereka ini bertanding mewakili parti. Dua wakil SAPP menjadi bebas selepas SAPP keluar daripada BN. Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan lima yang lain bertanding atas tiket KeADILan.

Hakikat sebenar yang berlaku ialah, lapan orang wakil Bebas ini tidak sehaluan sesama sendiri. Wakil SAPP tidak pernah mencampuri wakil dari Semenanjung.

Ibrahim buat caranya sendiri. Lima wakil bekas KeADILan pun tidak sekata. Hanya Zahrain dan Zulkifli sahaja yang kehadapan. Wee buat cara sendiri, manakala Mohsin dan Tee Beng jarang kelihatan bersama Zulkifli dan Zahrain.

"Mereka ini alat sahaja..'dah tak ada rotan, akar pun berguna'. Lepas habis Parlimen (penggal ke-12), mereka tidak berguna lagi," kata seorang Menteri sambil-sambil minum kopi dengan penulis.

"Kita orang pun menyampah kat depa (mereka) ni, dah la masuk kut (melalui) pintu belakang, semua jenis 'makan besar'," komen seorang MP Umno, tanpa menjelaskan lebih lanjut apa erti 'makan besar' tersebut.

Pemerhati Parlimen boleh melihat dengan jelas gelagat MP-MP bebas ini setiap kali adanya persidangan Dewan Rakyat.

Nak kata macam 'kera dapat bunga pun ada'. Nak kata macam 'kera sumbang pun ada'. Pendek kata kalau lihat gelagat mereka, nescaya kita akan terpalit dengan perasaan 'geli geleman' dan menyampah.

"Pendirian saya jelas, sebaik sahaja depa keluar KeADILan, saya tak akan peduli dengan depa. Saya tak kan layan langsung. Mampuih pi ke depa," tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga MP Pokok Sena.

"Hang tengok tu, depa tu bukan ada kerja, duk berkelintau (berlongok) depan pejabat Nazri (Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz)," kata MP PAS Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar.

Hakikatnya lima MP Bebas yang mengkhianati perjuangan KeADILan tidak henti-henti menjaja pembohongan di Parlimen.

Mereka diumpamakan oleh KeADILan, sebagai 'beruk Mat Yeh' (istilah untuk wakil rakyat lompat), yang didakwa mendapat bayaran yang agak besar untuk 'defect'.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'Konsensus Bebas', cuba menunjukkan diri mereka sebagai kononnya pejuang yang berprinsip, walaupun hakikatnya semua rakyat tahu mereka hanya mementingkan diri sendiri.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bebas, hakikatnya mereka tidak boleh menipu rakyat, bahawa mereka adalah badut-badut upahan yang berselindung di bawah ketiak Umno.

Lima 'ekor beruk politik' ini tiada kerja lain. Kerja mereka di Parlimen hanyalah mencaci maki Pakatan Rakyat.

Mereka memang jenis tidak servis rakyat, jika mereka turun ke kawasan pun, nescaya akan ditempelak rakyat kerana mereka adalah pengkhianat.

"Umno-Barisan Nasional pun tak percaya lima ekor ini, kalau Pakatan Rakyat mereka boleh khianati, BN pun mereka boleh buat macam tu," kata Setiausaha Politik seorang menteri di lobi Parlimen baru-baru ini.

"Lepas ni BN pun tak nak mereka," tambahnya.Menariknya, drama MP-MP Bebas ini kadangkala tersangkut, akibat sanggahan MP BN sendiri.

Kadangkala pertelagahan mereka membawa kepada episod kata mengata yang menggelikan hati.

Antara yang terbabit dalam sengketa adalah Ibrahim Ali dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau).

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

"Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan," kata Khairy merujuk kepada serangan Ibrahim.

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Jaguh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?", balas Ibrahim.

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Dato' Dr Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Khairy juga baru-baru ini menyanggah ucapan Wee Choo Keong di Parlimen.Yang kelakar ialah, pada asalnya MP-MP Bebas hendak digunakan Umno-BN untuk menyerang Pakatan Rakyat, tetapi sudah terbalik. Dengan Umno pun mereka bergaduh.

Apa yang hendak ditekankan di sini, bukan soal kata-mengata atau perselisihan faham antara MP BN dengan MP Bebas semata-mata.

Hakikatnya, MP-MP Bebas ini tidak ada 'future'. Mereka bukan sahaja tidak dapat membina jambatan yang baik dengan MP Umno-BN, malah kehadiran mereka semakin menyusahkan Umno.

Oleh itu, sebelum mereka dibuang oleh Umno-BN bagaikan sampah, sebelum mati dalam kehinaan, elok mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan mandat semula kepada rakyat.


Mohd Rashidi Hasan

pembunuh altantuya dan geng UMNO-Yahudi kepanasan....negara dah nak bangkrap tapi masih mengamalkan dasar kuku besi...kali ini akhbar DAP pulak jadi mangsa

Posted: 14 Jul 2010 02:51 AM PDT

Rocket pula diberi surat tunjuk sebab

Akhbar DAP The Rocket menjadi mangsa terbaru Kementerian Dalam Negeri yang memantau ketat penerbitan parti-parti pembangkang.

Petang tadi, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

difahamkan akhbar DAP versi Inggeris berakhir bulan lalu manakala lesen untuk edisi versi Melayu dan Cina, masing-masing berakhir pada September dan November, tahun lalu.

Sabtu lalu, setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, katanya KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Rocket.

Sebelum ini, dua lagi organ parti pembangkang, Suara Keadilan yang dimiliki PKR digantung manakala Harakah yang dimiliki oleh PAS diberi dua surat tunjuk sebab.

Usaha mendapatkan ulasan daripada pemimpin DAP juga tidak berjaya.

"DAP akan membuat kenyataan rasmi berhubung 'surat' daripada KDN, esok," kata Pua dalam Tweeter.

malaysiakini




penyapu sial


tunggu kerajaan PR memerintah kelak ....haramkan terus media perdana dan juga KDN (kartun dalam negeri ) yang pro BN-Yahudi ......puak puak nie terlalu banyak menyalahguna kuasa dan menyekat kebebasan awam menyebabkan demokrasi negara lagi teruk dari negara zimbabwe

Tiada ulasan: